Pengalaman seram ketika menjalankan tugas

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua peminat Fiksyen Shasha. Nama aku AD, Harini aku akan menceritakan sebuah pengalaman aku sendiri yang berlaku pada tahun 2017.

Aku bekerja sebagai operator rumah pam dan tangki di sebuah syarikat bekalan air yang terletak di kawasan utara. Kawasan rumah pam dan tangki ni kebanyakannya terdiri di kawasan yang jauh dari penduduk setempat dan berada di kawasan yang berbukit di dalam hutan. Tapi bukan hutan tebal la.

Nak dijadikan cerita, aku dapat arahan untuk membuat pemantauan rumah pam dan tangki di satu kawasan ni dimana rumah pam dan tangki tersebut terletak di dalam hutan.

Aku dapat arahan pada masa tu dah senja dah. Jadi, tanpa membuang masa aku secara solo terus bergerak pergi ke tangki tersebut dengan hanya menaiki motosikal. Untuk pengetahuan semua, di kawasan tu ada satu jalan mini tar untuk sampai di rumah pam dan tangki tersebut.

Tibanya aku disana, langit semakin gelap dan aku dapat merasakan ada sesuatu yang bersama aku disana. Tetapi aku tidak menghiraukannya dan fokus untuk membuat kerja aku. aku terus membuat pemeriksaan pam dan sistemnya. Ternyata sistem untuk memeriksa paras air dalam tangki di rumah pam mengalami masalah teknikal dan tak dapat membuat bacaan paras air dalam tangki tersebut.

Aku terus maklumkan hal ini kepada atasan aku dan mereka memberi arahan kepada aku untuk memeriksa paras air dalam tangki secara manual dengan cara memanjat tangki air tersebut.

Lalu aku pun pergi panjat tangki tersebut untuk memeriksa paras air. Aku mengambil masa 45 minit berada di atas tu dan kawasan itu sudah menjadi gelap, hanya bertemankan lampu suluh dan cahaya bulan saja masa tu.

Bila semuanya telah selesai, aku terus turun dari tangki tu. Setelah aku turun dari tangki, tiba-tiba bahu aku menjadi berat bagaikan ada sesuatu yang duduk di atas bahuku.” haaa sudah, aku dah terkena kali ni. Dah la aku sorang ja dalam hutan ni”. Kataku dalam hati.

Kemudian aku terus membaca beberapa potongan ayat Al-Quran. Setelah itu baru bahu aku berasa ringan.

Sedang aku berjalan pergi ke motosikal aku yang terletak tidak jauh dari situ, dengan keadaan kawasan yang gelap. Semasa aku berjalan tu, aku menghalakan lampu suluh mengadap ke bawah supaya aku tidak tersepak batu, atau benda-benda yang bahaya.

Bila aku rasa hampir dekat dengan motosikal aku, aku menghalakan lampu suluh ke arah motosikal aku, Tiba-tiba aku ternampak ada satu lembaga hitam yang sedang berdiri bersebelahan dengan motosikal aku dan aku dapat melihatnya hanya sekali imbas sahaja dan terus hilang.

“Aku mai sini cuma nak buat kerja ja. Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku”. Kata aku kepada makhluk tu. Tanpa membuang masa aku menghidupkan motosikal aku dan terus pergi dari situ tanpa sebarang gangguan semasa aku keluar dari kawasan tersebut.

Mungkin cukuplah sampai disini penceritaan ku kali ini, insyaAllah ada masa akan ada lagi coretan kisah dari aku.. Untuk penulisan kali ini, silap dan salah mohon dimaafkan..

Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AD

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 40 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.