Pengalaman Seram Menyewa Apartment Tingkat 8

Kejadian ni berlaku semasa aku menyewa di sebuah apartment di sebuah negeri. Nak dijadikan ceritanya,, masa tu aku menyewa bersama lagi 4 orang teman, apartment tu macam biasalah mempunyai 3 bilik, dan aku duduk di bilik kecil sebab tinggal seorang.. lagi 4 orang housemate tinggal berdua dalam setiap bilik.. apartment tu disebuah plazaa mempunyai 9 tingkat dan rumah yg aku duduki di tingkat 8, mempunyai lif.

aku dan 2 org housemate ni mase tu kerja disebuah pasaraya je,lagi 2 orang berpangkat akak kerja bwah gov,so,memg tiap hujung minggu diorang berdua akan balik ke kampung. tiba hujung minggu, aku tinggl bertiga memandangkan lagi 2 org akk housemate tu balik kampung masing2. balik kerja dari pasaraya standard jam 10 malam,dekat je dengan rumah jalan kaki dalam 5 minit macam tu lah. tapi biasalah,balik kerja bukan nak mandi dulu, duduk depan tb, main phone lah kan.. hehee.. yg ada kat rumah aku, sha dan alin.. kebetulan alin keluar pergi makan dengan kawan2 dia,so tinggal lah aku berdua dengan sha.

memang malam tu tetiba jadi rajin plak mengemas dapur basuh segala jenis pinggan mangkuk dekat sinki tu, sha pulak tengah masak meggi, biasalah bujang, malam bila lapor, malas masak, maggi la penyelamat nye.. owh,, lupa nak bagi tahu, pintu rumah aku,, depan dia ade gril berpagar, dan sesiapa sahaja yang balik akan bunyi la gril tu kene bukak,, sebab biasalah dah lama kan.. tengah aku borak2 dengan sha sambil mencuci pinggan mangkuk,tetiba aku terdengar orang bagi salam,, suara alin,, so aku cakap lah dekat si sha ney,
” sha, tu alin dah balik tu,gi lah bukak pintu.” suruh aku. tapi aku pelik bila sha buat muke takut dan cakap kat aku
” tak nak la akk, sha takut.” ” ehh, budak ney, pelik aku, tak pernah2 nak takut tetibe jadi takut, gaduh ke ape dengan alin tu?” suara aku dalam hati.

Selepas itu, aku masih dengar lagi bunyi suara alin memberi salam sambil menggegar pintu rumah, aku pon cakap lah lagi,
“Sha,, pergi lah bukak pintu tu,, Alin dah balik tu, tengok tu,, sampai dia gegar2 pintu dah.” tegaskan aku lagi pada sha.
“tak nak lah akk, sha takut,, kalau akk berani akk pergi lah bukak.” cabar sha.
aku jadi semakin pelik dengan tingkah sha malam ni.. tapi, yang pelik nya aku langsong tak terkeluar suara nak menjawab salam ali di pintu tu.
“takut pulak, pelik betol la awk ney sha, jom lah teman akk tengok kat pintu tu.” putus aku pada sha. sha membontoti aku sambil mengomel, akk sendiri pon takot kan, aku cuma terdetik hairan sekali lagi dengan tingkah sha, tetapi aku hanya mendiamkan diri. langsong tak terfikir yg kami semua ade kunci sendiri.

Sesampai sahaja aku didepan pintu dengan sha,, aku cume tergerak untuk mengintai di lubang kecil yang ada pada pintu rumah aku tu je, tak tergerak untuk aku memulas tombol pintu, bila aku melihat,, tiada sesiapa pon,, dan bila aku berpaling ke belakang,, aku ternampak muka sha yg terkejut dan pucat,, aku cuma memandang hairan sambil berkata “tak ada sesiapa pon sha,, ke akk salah dengar ney?” soal aku,, sha cuma mampu menggeleng kepala sahaja..

aku tengok jam dah jam 12 tengah malam, rupanya punya lama aku dan sha dekat dapur sampai tak sedar jam dah pukul 12 malam. sha pon masuk ke bilik,, dan aku pon masuk bilik aku setelah memadam suis lampu di ruang tamu. baru je aku pulas tombol nak tutup pintu bilik,, aku terdengar seperti suara sha sedang berborak di telefon dengan boyfriend dia, dengar dengan jelas sebb bilik kecil aku tu dekat dengan ruang tamu tu, so ape2 memang boleh dengar sangat la, kebetulan pulak mata aku masa tu macam baru lepas kene jirus dengan air sejuk, segar bugar, so aku pikir boleh la aku duduk borak dengan sha dulu sambil tengok tv sampai mengantuk..

bila aku berlari keluar ke ruang tamu,, yang aku nampak ruang tamu yang kosong dan gekap, terdetik kat hati aku,, “ehh,, tadi tu sape? takkan aku salah dengar lagi” aku menuju ke bilik sha,, gelap. mungkin dah tidur dah tu,, pikir aku. aku pon teros masuk ke bilik dan tutup pintu,, sekali lagi aku dengar suara sha sedaang berborak,, aku malas nak layan aku terus berbaring sebab dah lewat malam sangat dah, esok nak kerja lagi. terus aku terlena, tapi sebelum tu aku terdengar rumah atas seperti sedang mengalihkan perabot. aku tak ambik kisah lalu terus lena.

keesokan harinya, di tempat kerja, aku bertemu dengan sha untuk bertanya perihal semalam,, rupa2nya sha sudah tahu dari awal lagi. dia tak nak bagi tahu aku sebab takut aku marah.Al kisah nya,, seorang kawan dia ney mempunyai penjaga, dan semalam kawan dia yg bernama ina ni nak datang rumah sebab ada selisih faham dengan keluarga dia,, tapi belum sempat ina yg datang,, penjaga dia yang datang dulu, dengan menyerupai suaara alin. mujurlah aku tak bukak pintu semalam,, terkejut aku bila sha bercerita hal sebenar,, aku marahkan dia sebab tak ceritakan aku awal2 sekurangnya aku tahu, bukan aku tak percaya, dulu masa tinggal di asrama aku dah melaluinya, sha hanya mampu memohon maaf padaku berkali2. Aku marahkan dia sebab kalau aku bukak semalam pintu tu,, aku pon tak tahu ape yg akan jadi,, alangkah aku tegur pon dh macam2 yg aku dengar.

dan aku bertanya pada sha mengenai suara dia yg aku dengar berborak didalam telefon di ruang tamu, sha hanya mampu menggelang dan mengatakan bahawa lepas massuk bilik tu dia terus tidur, tak ada otp dah. aku cuma senyap sambil angkat kening je kat dia,, dan aku bagi amaran kat dia lain kali apa2 caakap je kat aku,, aku bukan nak marah pon. sekadar untuk berjaga.

dan mulai dari malam tu aku selalu terdengar almari rumah atas kene seret selalu,, sampai kan aku terpikir,, agaknye tengah2 malam pun orang rumah atas ney lapor kot,, makan tengah malam,, sebab selalu jugak lah aku terdengar bunyi kerusi ditarik. yang peliknye aku kat bilik dengor kerusi kene tarik, kat dapur pon sama, dekat ruang tamu pon same.. sampai kan aku langsung tak boleh tidur sampai lah ke subuh..

sehinggalah suatu malam ney,, aku tengah baring didaalam bilik, lampu dah padam dan bergelap lah, sedang aku main telefon,, tetiba aku terdengar ade orang baling guli kat sebelah aku,, betul2 sebelah aku,, aku ulang,, SEEBELAH AKU!! mase tu memang meremang habis bulu roma aku, lantas aku menarik selimut sampai ke muka dan menghadap dinding.
dan aku tak tahu mase tu aku terase seperti bukan aku sorang je yg ada dalam bilik tu. dan hingga ke subuh pagi esoknya aku tak boleh tidur.

tiap kali aku berseorangan didalam rumah,, aku terase seperti ada yg meneman,, namun aku buat tak tahu je la, nak sedapkan hati sendiri. kekadang sampai aku terpaksa tidur sensorang kat rumah sebab 4 orang housemate aku balik kampung bercuti. gangguan tu berlanjutan hingga aku berhenti dan bekerja di tempat baru. masih juga terdengar bunyi kerusi ditarik dan aku tak boleh tidur hingga subuh.tetapi, aku seperti sudah lali dengan bunyi tu.
rupanya di tempat kerja baru aku ade seorang staf ney memang selalu kene ganggu dan dia ada pendamping. kekadang tu sampaikan dia terkena kat tempat kerjaa.

bos kat tempat kerjaa baru aku ney cuba panggil seorang ustaz untuk mengubat, sambil tu cuba bersihkan stor baru yg dulunya tempat tu dah lama tak dihuni oleh sesiapa,, aku pon join la skali,, sebab aku kalau bab2 macam ney memang aku suka libatkan diri,, ambil ilmu untuk belajar mengubat orang. ustaz tu baca ayat2 ruqyah dan mulalah terjadi macam2 sehinggakan staf tersebut pengsan, dan akhirnya ustazz buatkan air untuk kami semua mandi dan simbah di tempat stor baru tu. aku tam mandi pon, cuma sekadar membaca ayat2 ruqyah dan tetiba bulu romaku meremang.

sejak dari hari itu, aku sudah tidak mendengar sebarang bunyi di syiling, mahupun bunyi guli dibaling. dan aku mampu untuk tidur bila jam menunjukkan pukul 10.30 malam. alhamdulillah.. dan aku mengingatkan diri aku sendiri untuk tidak terus menegur apa2 yang pelik even itu suara atau kawan aku sendiri.

terima kasih kerana sudi membaca,, ada masa terluang lagi,, saya akan berkongsi kisah lagi.. wassalam.. 😉

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *