Pengalamanku tentang UlekMayang

Assalamualaikum FS, boleh panggil saya dgn nama Syana ? Sebelum2 ni mmg jadi silent reader je. Tapi haritu ada terbaca kisah dari Fik pasal UlekMayang. Tu yang terdetik nak kongsi kisah saya pasal ulekmayang juga.. Maaf kalau tak seram.

Mulanya macam ni. Waktu saya membesar, saya ni seorang yang pemalu, jenis yang memang nyorok je belakang orang lain. Jadi masa form2 saya dapat tawaran masuk ke sekolah berasrama. Biasalah kalau tak pernah ada pengalaman, kita nak mencuba benda baru. Jadi saya pun decide nak tukar sekolah. Dalam sebulan dua tu saya okay je. Tapi entahlah. Bende nak jadi kot. Saya boleh berkenalan dengan makhluk lain pulak kat situ. Sara nama dia. (pasal dia ni nanti ada kesempatan saya cerita).

Dah kata pun makhluk lain kan ? Jadi dari situ lah saya mula sakit2. Awalnya memang tak sedar pun dia lain dari kita semua. Sebab dia muncul macam manusia lain. Pergi sekolah sama2, makan, belajar. Semuanya saya buat dengan dia. Macam saya cakap awal2 tadi. Saya ni jenis pemalu, pendiam. Jadi kiranya time tu saya berkawan dengan dia jelah. Bila dah asyik sakit ni warden telefon ayah saya, bagitau keadaan saya kat asrama ni macam mana. Malam tu diorang datang sebab saya cakap kaki saya ni sakit lepas tersadung kat tangga.

Bila datang, ayah saya dah perasan perbezaan yang ada pada saya. Yela anak bapakkan. Senang lah nak detect ? Bila dibacakan ayat kursi,mulalah saya maki semua org sbb diorang pegang taknak lepaskan saya. Haa sudah. Ayah telefon kenalan ustaz ngaji dia. Yang pandai bab2 mistik ni jugaklah. Katanya kalau dah gitu mesti benda tu tenggek kat kaki ni. Taknak bagi balik. Tapi ayah paksa jugak saya ikut balik malam tu sbb taknak susahkan pihak asrama. Malam tu balik ayah kata lebih kurang 11 ke 12 malam gitu lah. Sampai rumah dah 3 pagi. Ayah cakap, sepanjang dalam kereta tu saya dok bersembang sorang2. (Time ni Sara ikut. So saya tgh sembang dengan dia.) Diorg cakap saya dah macam tak betul. Kejap nangis kejap marah kejap suka. Naik bulu roma mak dengan ayah saya.

Dipendekkan cerita, dah ikhtiar berubat sana sini tak pulih2 jugak, mak saya amik keputusan masukkan saya ke sekolah maahad. Time ni form4. Untuk saya kuatkan dalaman. Dekatkan diri dengan pencipta. Oh lupa nak cakap. Start saya sakit ni, hijab saya ni terbuka. Jadi segala makhluk yang lalu lalang saya boleh nampak. Okay berbalik cerita tadi. Masa kat maahad ni saya tak pernah cakap dengan sesiapa yang saya sakit. Tapi pihak sekolah tahu. Bila masuk hari pertama tu saya boleh lah nampak kot mana budak yang mak ayah dia ada pendamping ke, ada benda kat sekolah ke. Semua saya nampak. Dah hampir seminggu sekolah situ, ada budak baru masuk. Sebaya. Panggil dia Peah lah. Peah ni dari sekolah maahad lain.

Selama sebulan lebih tu saya tak pernah lagilah kena histeria ke apa ke. Sampailah satu hari tu, sekolah ada buat program. Nak sampai lewat malamlah baru balik asrama. Asrama kiterog katil double decker, saya ni tido bahagian atas, Peah pun sama tapi katil kiteorg bertentangan. Entah malam tu apa kena dia nyanyi lagu ulekmayang siap menari-nari atas katil. Malam tu pulak mata saya ni susah nak lelap. Sepanjang dia nyanyi, menari tu. Saya nampak banyak benda hitam kelilingi dia. Makin lama makin banyak makin rancak dia menari sampaikan ustazah suruh dia berhenti pun dia buat tak tahu. Budak2 kecik dah mula lah takut. (Maahad saya dulu dari umur 9tahun – 21tahun).

Putri; Kak Peah, berhentilah nyanyi. Kita takutlaa.

Pomm. Pintu bilik air tu terhempas sendiri. Pastu si Peah ni terjun katil terus datang kat saya, dia terkam. Sebab dari awal dia nyanyi tu saya dah mula baca ayat kursi. Pastu minta lah benda2 tu semua pergi. Yela. Saya dah tahu yang saya ni sakit, taknak lah ada masalah lagi kan. Time dia datang kat saya tu, dia macam lompat gitu je naik ke katil saya. Pastu dia pandang saya tu macam nak makan ah kiranya. Ustazah dah risau apa semua. Takut jadi benda buruk je. Time dia kena tu, ramai yang tarik dia turun tapi tak sorang pun berjaya. Tiga orang ustazah, dua orang akak program. Saya yang bawah dia terus baca ayat kursi, sebab itu je yang lepas baca. Benda yang ganggu tu pulak, panas agaknya. Dia cekiknya saya. Haa sudah. Mula ah peluh, air mata semua nak keluar. Boleh nampak benda tu benci saya sangat2. Kalau boleh nak saya m**i malam tu jugak. Tapi alhamdulilah. Kekuatan yang dari mana saya dapat pun tak pasti. Saya terus dengan bacaan ayat kursi, niat benda tu pergi. Saya tepuk dahi Peah, elok benda tu keluar. Dia pulak tersembam atas saya. Tak sedar diri. Penat mungkin.

Malam tu lebih kurang 2 pagi selesai lah. Peah sedarkan diri, kiteorg bagi dia minum air yasin. Nampak dia penat lemah malam tu. Pastu dia masuk tido dalam bilik ustazah. Takut apa2 jadi lagi. Yang budak2nya pulak bersusun tilam kat bawah tidur ramai2. Alhamdulillah. Saya takda lah kena apa2. Subuh tu bangun macam biasa dan program diteruskan.

Saya dengan Peah pun takdalah salah faham ke apa. Semua nya okay je. Lepas je kejadian tu, beberapa bulan lepas tu saya pindah sebab keluarga saya pindah tempat kerja tapi sepanjang 3 tahun berlalu, kami masih berhubung macam biasa.

Sekian. Tu je yang saya nak kongsi. Maaf kalau tak seram. Hanya berkongsi pengalaman. Terima kasih kepada admin FS sekiranya cerita ini disiarkan. Maaf sekiranya tatabahasa atau bahasa saya ada salah. Pertama kali mengarang ni ? Terima kasih. Jumpa lagi ??

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

5 thoughts on “Pengalamanku tentang UlekMayang”

  1. nak tahu pasal Sara.. mesti Sara tuu hantu yang tolong “jaga” Syana sebab Syana sentiasa baik dengan Sara

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.