Pengasih, Penunduk, Penyeri Muka

Terima kasih admin jika kisah aku disiarkan. Cerita yang nak aku ceritakan ini berkenaan dua kejadian. Tak tahulah seram atau tidak. Cuma bagi aku ianya macam sihir.

Kisah 1:
Kejadian ni berlaku dalam 5 tahun lepas. Waktu ni umur aku baru menginjak ke 20. Boleh aku katakan aku seorang yang tak pernah percaya tentang sihir , hantu dan lain lain. Sebab aku seorang yang berani. Aku tahu benda tu wujud cuma aku tak percaya. Sampailah satu masa ada kejadian yang jadi kat aku. Aku cuti semester ketika itu. Jadi aku bekerja di sebuah kedai runcit untuk isi masa bosan. Bukan nak berlagak. Tapi sejak aku kerja, ramai customer lelaki yang datang. Kadang bukan nak beli barang, sekadar nak datang mengusik dan melihat aku. Rasa bangga juga lah masa tu.

Konon macam kau jadi perhatian. Hari ke hari aku kerja, semuanya okay. Ramailah lelaki yang tinggalkan nombor telefon untuk aku (belum ada wechat ke whatsapp masa ni). Aku tak layan pun. Sebab aku tahu diorang tu main main. Tapi ada satu hari tu, dua anak beranak ni datang kedai. Nampak macam orang baru pindah sebab aku tak pernah nampak muka mereka. Ayahnya nampak alim sebab berkopiah, berserban. Anaknya menyakitkan mata aku. Sepanjang ayah dia borak dengan aku tanya pasal selok belok tempat ni, dia sengih je. Makin meluat pula aku.

Esoknya anak beranak ni datang lagi. Aku namakan Ustaz (ayah dia) & Fakrul (anak). Macam biasa datang beli beras, gula, susu dan barang dapur lain. Si Fakrul ni masih macam semalam sengih. Tapi kali ni dia berani buka mulut dah. Dia cakap hai, duduk mana, nama siapa. Sedangkan semalam aku dah berbual semua tu dengan Ustaz. Saja nak cari topik la tu. Settle je aku packing barang yang diorang beli, si Fakrul ni minta kertas dengan pen. Aku dah boleh agak dia nak bagi nombor. Tipikal sangat. So aku bagi jelah. Dia tulis something, lipat kertas tu lepastu dia balik dengan Ustaz. Ustaz nampak anak dia macam tu, dia senyum je.

Kat kertas tu tulis “saya suka awak. Mesej lah 017-xxxxxxx”. Aku simpan. Tapi tak save terus. Malam tu lepas balik kerja aku rasa bosan. Aku cari kertas tadi aku save number dia. Aku mesej dia. Dia cakap lah suka aku lah senyum aku manislah. Aku layan je sebab tengah tak buat apa. Esoknya Ustaz datang lagi kat kedai. Dalam hati aku “eh hari hari pula orang tua ni beli barang dapur haha”. Tapi rupanya tidak. Dia datang jumpa aku sebab nak ajak kenduri. Terkejut beruk juga la. Dan tak semena-mena bahasakan diri dia Ayah. Aduh kekok aku. Dia cakap “lepas maghrib nanti free tak? Datang rumah ayah dekat lorong 2/7. Ada kenduri doa selamat sikit yelah ayah baru pindah kan”. Aku pun senyum dan cakap “in shaa Allah ayah”. Puas lah aku ajak kawan kawan aku teman aku pergi kenduri. Tapi semua husy. Kalau tak pergi, aku rasa serba salah pulak. So aku pergi lah sendiri.

Lepas maghrib tu aku terus siap pakai tudung dengan jubah. Simple je la kan. Masa aku datang Si Fakrul sambut aku. Aku perasan dia macam over sikit malam tu. Siap tarik tangan aku ( lapik baju) nak bawa pergi dapur. Masa tu Ayah ada. Ayah bisik cakap “anak ayah suka kamu ni”. Ah aku abaikan. Aku masih tak suka Fakrul. Tapi tak semena mena balik je kenduri tu aku rasa macam nak sangat jumpa Fakrul lagi. Tiba tiba pula aku suka. Gayut lah tiap tiap malam. Mesej sepanjang masa. Kadang kalau takde pelanggan kat kedai, aku gayut dengan dia.

Macam orang angau beb. Fakrul ni pun selalu datang kedai sebab nak tengok aku. Dia tahu ramai laki suka lepak situ. Kuat jeles sebenarnya dia tu. Hari ke hari aku makin dengar je cakap Fakrul ni. Yang aku pelik. Aku boleh bagi duit dekat dia. Duit gaji akulah. Si Fakrul ni tak kerja. Sebab tengah cari kerja. Kadang jumpa aku mintak rm50 la 100 la. Aku ni macam orang bodoh bagi je. Tapi aku macam tak kisah. Aku jadi kisah bila tengah bulan duit aku asyik tak cukup je sebab selalu bagi dia kan. The best part. Belakang dia aku boleh kutuk dia kaw kaw cakap benci apa semua sebab memang asalnya aku tak suka dia.

Tapi bila dia depan mata aku, sumpah aku macam lembu kena cucuk hidung. Dengar je cakap dia. Aku tak perasan semua tu. tapi kawan aku Ina perasan. Dia kerja dengan aku juga cuma dia bahagian belakang. Aku cashier. Satu hari tu Ina cakap “aku nampak kau lain. Depan Fak kemain kau tunduk, belakang dia benci sangat kau. Entah entah dia guna guna kan kau”. Aku macam mindfuck kejap. Tapi aku ignore.

Sampai satu tahap aku sendiri macam nampak pelik dekat Fakrul. Tiap tiap malam masa gayut, dia akan bacakan zikir katanya. Tapi serius aku tak pernah dengar dekat radio ke belajar ke. Pelik pelik. Tapi aku layankan je sebab family dia alim alim so aku fikir maybe pengetahuan agama dia dalam dari aku kan. Aku mula ada perasaan aku ni dah kena tunduk bila satu hari tu aku tak perasan Fakrul ni dah sampai depan kedai. Masa tu ada customer lelaki datang nak beli rokok. Korang tahu kan kalau kat kedai, rokok tu susun macam kat almari kan.

Yang si customer ni boleh pula bergurau kejap nak Dunhill kejap nak Winston kejap nak Mevius. Masa dia bayar tu of course la aku senyum sebab customer kan. Aku memang senyum dekat customer. Lepas je mamat tu keluar, Fakrul muncul terpacak depan aku. Muka bengis. Sumpah aku takut. Dia panggil aku pergi belakang kedai. Aku dah macam boleh agak yang kitorang nak gaduh. Dia terus jerit kat belakang “aku dah cakap jangan layan jantan. Kau layan customer jantan. Bodoh ke apa kau ni. Senyum senyum”. Aku jawab “dah saya sorang cashier, siapa lagi nak layan”. Dia jegilkan biji mata dia papppp terus sebijik penumbuk kena perut aku.

Terduduk beb. Kau bayangkanlah tenaga lelaki tumbuk perempuan. Rupanya Ina skodeng kat pintu belakang. Terus dia jerit “woiii”. Fakrul terus start motor, blah. Aku menangis gila gila sebab aku tak pernah kena jentik pun dengan bapak aku. Tapi dia siap tumbuk. Ina pujuk aku. Dia ajak aku jumpa ustaz( bukan ayah Fakrul) untuk berubat. Aku cakap lepas balik kerja nanti. Petang tu dalam sejam sebelum closing, Fakrul datang lagi. Dia mintak maaf siap nangis dekat aku. Masa ni hati aku luluh balik. Tapi Ina terus datang depan. Dia halau Fak. Fak bengang kot dia jerit “kau tunggulah. Kawan kau ni tetap nak dekat aku punya”.

Malam tu aku janji dengan Ina nak pergi rumah ustaz dalam lepas isyak. Tiba tiba lepas maghrib aku dapat mesej dari Fakrul. Dia cakap Ayah minta datang rumah ada hal penting. Aku pun macam pak turut, ikut je. Aku siap siap terus pergi rumah dia. Aku sampai rumah dia tengok kereta ayah takde. Aik pelik aku. Aku ketuk pintu, Fak terus tarik aku masuk rumah. Dia cakap ayah keluar sekejap. Aku rasa pelik. Aku cakap nak balik. Dia cakap tunggu ayah. Lepastu dia tinggalkan aku kat ruang tamu kejap. Masa ni aku dah mesej Ina. Aku minta dia datang dengan bf dia sebab aku risau apa apa jadi lagi kot kena pukul ke. Dalam 3minit lepastu Fakrul keluar. Terkejut aku. Dia tak pakai baju. Cuma boxer weh. Aku dah rasa macam ada benda tak elok nak jadi.

Aku bangun dari sofa. Dia tolak aku. Dia cuba nak peluk aku. Aku tolak tolak la. Lepas tu aku dengar macam dia bisik apa dekat aku tapi tak jelas. Terus aku macam rela je dia peluk aku. Tiba tiba aku dengar bunyi orang ketuk pintu macam nak pecah. Tersentak dan aku macam tersedar. Fakrul dengan tak berbaju tu terus buka pintu. Buka buka rupanya Ina dengan bf dia. Ina tarik aku. Dia pula yang macam nak nangis masa tu. bf dia terus settlekan fak. Lepas tu terus kitorang blah. Ina bawa pergi jumpa ustaz. Ustaz cakap memang aku dah kena pengasih. Nak tahu time bila? Masa dia berani borak dengan aku. Rupanya dia dah hembus ayat yang dia baca dalam hati. Dengan masa kat kenduri dia tarik tangan aku rupanya dia ada calit minyak. Menangis aku masa tu sebab kalau Ina tak datang mesti aku dah jadi apa pun tak tahu lah. Dan setiap malam yang aku kata dia baca zikir merepek tu rupanya ayat dia baca untuk aku tunduk. Tak sangka aku benda macam ni betul betul wujud. Aku ingat cerita dalam tv je. Ustaz tu kata pengasih ni boleh sampai dalam banyak bentuk. Tak semestinya calit minyak ke apa. Melalui percakapan pun boleh.

Contoh orang yang kau berkenan ni berdiri depan kau, kau bacalah apa ayat pengasih tu hembus je. Confirm kena. Hembus je beb. Hembus dari jauh pun boleh. So hati hatilah. Kalau rasa ada orang pelik je kelakuan dia dengan kau. Banyak banyak baca ayat kursi. Dalam hati pun takpe

Kisah 2 
Ni kisah aku sendiri. Masa aku umur 18. Masa tu baru nak masuk universiti. Papa aku ni macam risau sangat anak perempuan tunggal dia ni nak masuk belajar. Papa cakap kalau nak orang suka je kat kita, ada satu ayat ni. Dia cakap nanti pensyarah ke kawan kawan ke semua rasa suka je tengok kita tapi Papa pesan benda ni pakai waktu perlu je. Papa siap buat lawak lagi katanya sebab ayat tulah mama gilakan dia hahaha. Dia macam mantra lah bagi aku. Tapi mantra tu ada perkataan Allah, Rasulullah. So aku macam tak rasa benda tu syirik ke apa ke.

Aku practice hari hari sebelum nak keluar bilik (hostel) dengan tiap kali masuk kelas atau nak jumpa orang. Trust me. Benda ni berkesan gila. Bertahun aku amalkan benda tu. Tu yang masa aku kerja kedai tu ramai je laki suka datang. Aku syak sebab ayat tu. Semuanya okay je sampai laa ada satu masa tu aku meracau. Macam kena sampuk orang kata. Masa ni umur aku 21. Final sem diploma aku. Meracau teruk. Kawan kolej panggil ustaz. Ustaz kata ada benda berlawan dalam aku. Aku tak faham.

Tapi sebab benda tu dah keluar so aku okay jelah. Balik tu aku cerita dekat mama papa. Diorang risau. Diaorang bawa aku pergi jumpa PakJi. Pakji ni macam pengamal perubatan islam lah. Katanya ada benda orang lain berlawan dengan benda aku. Sudah. Benda apa ni ada dekat aku. Pakji bagi aku satu ayat surah amalkan katanya supya benda tu pergi. Malam tu masa aku nak tidur tiba tiba sekilas pandangan aku macam ada perempuan dekat hujung sudut bilik aku. Masa tu aku tengah nak berkalih badan. So aku fikir maybe imaginasi aku kot.

Tapi cuak tetap cuak. Aku pusing balik. Guess what? Masih di situ weh perempuan tu. dia macam bersanggul rambut putih tunduk bongkok. Pakai baju kebaya ke kurung macam tu. tapi muka tak nampak sebab tunduk. Aku terus baca ayat yang Pakji bagi tadi sambil mata aku pejam. Habis je baca. Aku buka mata alhamdulillah dah takde benda tu. Aku ignore jelah. Aku ingat dah habis dah. Rupanya malam tu masa aku tidur, aku mimpi perempuan tadi tu tapi kali ni dia senyum. Sambil tangan dia macam tengah susun bunga. Entah susah nak gambar. Tapi dia lawa walaupun nampak tua. Esok tu Papa dengan Mama kena outstation.

Tinggal aku sorang dekat rumah. Dalam maghrib macam tu aku pergi dapur bancuh air sebab haus. Masa ni aku uzur. Tiba tiba sudu jatuh masa aku nak masukkan gula. Masa aku tunduk aku nampak macam ada rambut panjang terjuntai tepi aku. Putih rambut macam uban tu. terduduk aku. Sekali lagi aku nampak perempuan tu tapi kali ni nampak dia senyum sebijik macam dalam mimpi aku. Aku dah tak berani. Aku start kereta terus pergi rumah Pakji. Aku cerita pasal perempuan tu. Pakji bagitahu sebenarnya itulah benda yang duduk dalam aku. Dia penjaga aku. Masa aku meracau kat hostel tu sebab ada benda (jin) nak masuk dalam badan aku tapi benda aku ni tak bagi. Itu yang jadi meracau. Aku tanya pakji mana datang benda ni sebab aku tak pernah ada membela atau keturunan tok nenek aku pun takde membela.

Pakji tanya aku “kamu ada ambil kat mana mana tak? Atau kamu puja? Dia ni nenek tua. Nenek tua ni yang buat mana mana laki tengok kamu rasa suka je”. Terus aku teringat ayat yang papa bagi. Aku cakap dekat Pakji dan aku bacakan ayat tu. menggeleng orang tua tu lepas dengar ayat tu. Pakji cakap ni ayat penyeri muka guna pendamping. Allah. Aku terus terfikir papa. Malam tu aku tak berani balik rumah sendiri. Aku balik rumah member aku yang tak jauh dari rumah aku. Aku call papa yang tengah outstaion. Aku marah marah sebab bagi aku ayat yang bahayakan aku.

Papa terkejut. Dia cakap dia tak sangka aku masih amalkan bertahun tahun. Dia cakap dia gurau je ayat tu. ayat tu pun dia pernah baca sekali je saja saja. Papa kata memang dulu kawan papa yang bagi ayat tu. Aku macam bingung kejap. Macam mana nak buang benda ni. Esok aku jumpa Pakji lagi. pakji suruh aku stop amalkan ayat tu. tapi katanya benda ni dah kenan dekat aku. So memang boleh cuba buang tapi dia tetap boleh ada lagi. Nak tak nak. Pokok pangkal dia diri aku sendiri untuk bentengkan diri aku. Bentengkan ni maksud aku selalu solat, mengaji. Alhamdulillah sekarang aku dah tak guna ayat tu dah. Tapi kadang kadang tu aku dapat rasa juga macam ada benda cuba nak datang dekat aku.

Mungkin ni bukan cerita seram. Tapi kat sini aku nak pesan supaya hati hatilah dengan segala benda yang kita buat. Jangan jahil agama. So that takde lah buta buta kita percaya satu benda. Dan jangan pernah sekutukan Allah. Sama sama kita beringat. Tabarakallah.

:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “Pengasih, Penunduk, Penyeri Muka”

    • Yes betul tu ‘WanBadri’.. time tu wasap n wechat belum ada lagi katanya tapi mevius dah ada sepatuynya mild seven.. ahahaha.. cmnertu.. maybe time tu awek ni xpakai smart phne kut that y dia habaq xdak wasap ngan wechat.. myb time tu awek ni pakai phne yg de torchlight kut..
      sori.. aku habaq sbb pasai rokok tu.. tak patut time tu xder wasap n wechat tapi time tu rokok mevuis pulak tu sepatutnya mild seven lah baru betui..
      Sori lah klu trasa bagai dgn comment aku ni sbb aku britahu fakta yg btul bkan auta ye..

      Reply
  1. Sy rasa mantra pengasih nak suruh lelaki suka ni btl2 wjd. Sb sy pnh jmpa pmpuan yg semua laki2 tergila gila kan dia lain mcm. Kalau laki pndang dia je mcm dorg semua jd mcm org gila. Sy knl bdk pmpuan ni ms sy baru kerja di satu klinik. First time sy tgk bdk pmpuan ni sy nmkn Ani ye. Ok mula2 tgk Ani ni dia sy tgk dia biasa2 saja. Umr dlm 19 ms tu. Mcm pmpuan lain yg muka biasa. Ad rupa sikit tp pengamatan sy sama je dgn kbykn pmpuan lain kt luar sana. Lps tu dia jns suka sengih2 .. Kalau senyum dia ad gg yg bertindan skt. Lps tu ad sorang lg kwn sy nama kan dia D ye. Bg sy D ni lagi lawa dr dia dgn kulit flawless gile. Lawa sgt lah.. Sb ramai lg pmpuan lawa lg sy pnh jumpa berbanding si Ani ni. Ani ni bkn x cantik. Cantik dia biasa2 sb ramai je yg cntik kn. Ok dh ckp psl tu.. Yg buat kan sy pelik psl Ani ni.. Spnjg sy pnh jumpa pmpuan lawa ni.. Sy pnh tgk cara lelaki ngorat dgn pndang dorang tau. Cara dorang cm biasa2 lah kan kita tgk.. Mksud cara ngorat blh diterima akal. Fewit lah ckp hai lah. Mnta no lah. Biasa2 je kn. Tp yg sy pelik dgn Ani ni laki mana tgk dia mmg laki tu terus mcm stop tergumam, tergamam lah mcm terpaku mcm pelik sgt kelakuan laki tu. Mcm terus tergila2 kn dia. Mcm kn angau pn ad. Terus jd mcm gila byg walau jmpa pertama kali.. Smpai yg plg teruk tu terus kejar Ani dgn kereta smpai tmpat kerja walau dorang 1st time jmpa Ani wktu tu. Kn mcm pelik tu. Pdahal sy tgk dia biasa mcm pmpuan lain jg. Dan dia dia selalu cerita kalau laki tgk dia msti terus memuji2 dia cntik dn nk jadi kan dia istri terus walau x knl. Ssh sy nk explain kt sini. Korang byg cmni.. Tbe2 ad laki x kenal yg baru jmpa tgk dia tu terus mcm kn elektrik shock tau. Lps tu mcm x keruan.. Mcm gila byg time tu jgk. Mcm pelik gila. Ani ni dh mula sengih2 time tu. Haa yg tu lah sy nk gmbar kan pelik tu. Sy pn rasa dia ad amalkan bnda ni jg. Sy bkn nk jeles ke ap. Sb baik sy jeles ngn kwn sy tu kn sb dia lg cntik. Kwn sy tu still ad laki ngorat tp biasa2 je tp xde lah mcm angau ke mcm terkna elektrik shock ke. Ngorat yg mcm korang selalu tgk tu je. Tp kalau korang brd tmpat sy korang msti akn berkata bnda yg sama. Sb kawan sy tu lg lawa. Ani ni mcm pmpuan lain yg biasa2 je. Tp bila lelaki tgk dia first time terus jd x keruan. Korang msti akn pelik. Smpai skrg sy dh x jmpa si Ani sb dh lama berenti kerja kt situ. Nk prcya atau x terpulang pd anda semua. Tp bnda ni mmg wujud.

    Reply
  2. Makcik aq ada bagi 4 baris pantun.. ada sebut nama Allah dan rasul.. dalam seminggu aq amal tiba2x satu pagi tgh aq baca tiba2x tegak bulu roma.. terus x baca terus..
    1 hari aq pernah histeria sbb berubat dgn satu ustaz ni.. aq histeria sebagai nenek tua.. ustaz tu kata ini lah pendamping pengasih tu.. sedangkan aq amal kan seminggu jer.. tp lama benda tu ada.. skrg dah buang.. tapi kena perbanyakkan solat taubat n baca alquran.. skrg alhamdulilah..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.