Penghuni Almari Baju (Seram)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca dan admin FS. Okay, aku rasa dah lebih lapan bulan aku dok baca kisah-kisah seram orang dalam FS ni. Aku rasa dah tiba masa aku share kisah yang terjadi dekat aku masa aku mula-mula pindah ke Selangor dulu (2010).

Waktu ni aku baru berkahwin. Husband bawa aku duduk dengan dia dekat Kota Damansara. Dia sewa sebuah rumah semi-D. Sebelah rumah kitorang ni satu keluarga berbangsa Cina duduk. Baik family tu.

Okay, enough intro, ke cerita sebenarnya:

Pada malam pertama ni, aku tak boleh tidur. Sebab memang kalau bermalam dekat tempat baru, deria aku semua akan jadi terlebih alert dengan persekitaran. Penglihatan, pendengaran, deria bau, semualah! Laki aku pulak, pantang letak kepala mesti lelap. Aku pun duduklah bersandar dekat kepala katil sambil baca novel. Waktu tu lampu semua dah padam. Cuma tinggal lampu meja sebelah katil jer yang terpasang.

Okay, korang tahu tak perasaan dia bila bilik tu gelap, kita fokus dekat benda yang ada depan kita, contoh: buku atau laptop, dan dekat ekor mata kita, kita akan nampak macam pergerakan-pergerakan dalam gelap tu? Ha, itulah yang berlaku. Tapi masa tu serius aku tak takut. Sebab aku anggap perkara biasalah, permainan mata. Aku pun fokus jer lah dekat novel aku tu. Entah dalam berapa lama lepas tu, aku perasan macam pergerakan yang random tu tiba-tiba jadi macam pergerakan yang solid. Macam ada benda lalu dekat kaki katil aku tu secara slow motion. Aku dah perasan dah time tu, tapi aku fokus juga dekat novel depan muka aku tu. Tangan sebelah dah cubit-cubit lengan laki aku suruh bangun. Tapi haram tak terjaga.

Pergerakan tu macam benda hitam, muncul tiba-tiba dari bucu dinding, berjalan masuk dalam almari dekat hujung bilik tu. Almari tu pulak pintu tertutup. Sampai jer dekat almari tu, pergerakan tu hilang. Slow slow aku tutup suis lampu meja sebelah aku tu, aku selubung kepala dalam selimut. Tangan aku still dok gegar-gegar badan laki aku suruh dia bangun. Laki aku pun macam bergerak-gerak sikit. Legalah sikit aku time tu.

Entah lepas berapa minit aku berselubung tu, udara dalam selimut tu macan dah kurang. Aku jadi berpeluh-peluh panas dan tak cukup nafas. Aku puk nekad nak selak jugak selimut tu ambil nafas.

Ish, meremang bulu roma aku tulis ni. Korang tahu, depan almari tadi tu tiba-tiba macam ada benda hitam tinggi gila berdiri. Aku menjeritlah panggil laki aku. Baru dia betul-betul tersedar. Dia bukak lampu meja sebelah dia pulak. Aku pulak tengah pejam mata, tunjuk-tunjuk dekat almari tu. Dia pulak dok “Apa? Apa? Apa benda?” dengan aku.

Aku buka mata, aku tengok benda yang aku nampak tu rupa-rupanya pintu almari tadi. Lagilah aku meremang. Padahal sebelum aku berselubung tu, pintu almari tu tertutup. Laki aku pun bangunlah pergi tutup pintu almari tu. Aku pun takde lah nak bagitahu dia pintu almari tu tadi tertutup ke apa ke. Sebab aku takut benda tu dengar. Haha!

Aku ajak laki aku tukar tempat, lepas tu aku tak kasi dia tidur selagi aku tak tidur. Penyudahnya, dua-dua tak tidur sampai ke pagi. Dia dok tanya-tanya aku kenapa. Memang taklah aku nak cerita time tu. Pagi tu hari Sabtu kalau tak silap aku. Sebab laki aku tak kerja hari tu. Bila matahari dah muncul, barulah aku dapat tidur.

Bangun-bangun dah pukul 1 petang. Kitorang pun keluar lunch. Masa dekat kedai makan tu barulah aku cerita dekat laki aku. Laki aku, sama macam mana-mana lelaki, of course akan menidakkan apa yang aku cerita tu. Dia kata dia lupa tutup almarilah, apalah, padahal memang aku pasti kot almari tu memang tak terbuka sebelum tu!

Okay, tibalah malam kedua kami bermalam dalam rumah baru kami tu. Malam tu, aku ugut suami aku, kalau dia tidur dulu sebelum aku, aku lari tidur dekat hotel. Dia pun ikut jer lah kerenah aku. Kesian pulak bila fikir balik. Tapi aku memang terdesak kot time tu.

Malam tu, aku tak baca novel. Masuk jer bilik aku terus lelapkan mata. Laki aku pulak dok menghadap laptop, tengok movie pakai earphone. Lama sikit lepas tu, dia dok tepuk-tepuk belakang aku. Aku tanyalah, kenapa? Dia tanya aku balik, kenapa panggil-panggil dia. Aku pun cakaplah, panggil apa bendanya, aku tengah cuba sedaya upaya nak tidur masa tu. Dia pun pakai earphone balik. Tak lama lepas tu, dia tepuk-tepuk aku lagi. Kali ni muka dia memang serius pucat gila. Dia kata aku saja nak kacau dia, tapi aku tahu dia sendiri tahu yang aku memang tak panggil dia. Aku sendiri pun tak dengar siapa-siapa panggil dia. Dia dah gelabah, bukak suis lampu meja sebelah dia. And you know what? Pintu almari kitorang tu terbuka luas time tu. Padahal sebelum tu memang aku dengan dia sendiri yang nampak pintu tu memag tertutup rapat. Oh, by the way, almari ni memang dah ada dalam rumah tu sebelum kitorang pindah masuk tau. Memang sewa yang kitorang bayar tu siap dengan furniture sekali. Jadi, almari tu kosonglah. Baju-baju semua kitorang letak dalam almari dekat bilik lain.

Laki aku pun gigihlah pergi check-check pintu almari tu nak tengok samada pintu dia longgar ke tak. Padahal dalam hati aku dah seriau dah. Tak sedar-sedar lagi ke, dah sah-sah ada sesuatu yang tak kena dengan rumah tu. Dah dua malam kot jadi macam tu! Siang tak ada apa-apa pulak.

Ya, memang pintu almari tu tak ada masalah. Elok jer ketatnya bila ditutup. Laki aku pun sambung balik tengok movie dia. Aku pulak dah baring makin rapat dengan dia. Seram kot. Kali ni dia pakai earphone sebelah telinga jer. Mungkin sebab nak dengar memang betul ke ada orang panggil dia ke tak. Menurut laki aku, panggilan yang dia dengar tu sebiji dengan suara aku. Cumanya, panggilan tu tak bernada. Yelah, kita kalau panggil orang kan ada nada. Tapi ini tak. Mendatar jer suara tu.

Aku pun tak tahu bila masa aku terlelap, aku bangun-bangun dah pukul 10 pagi. Laki aku pulak tengah tidur lagi. Benda first aku pandang bila bangun pagi tu is pintu almari tu. Still tertutup. Lega. Then, aku pun bangunlah nak pergi bilik air. Nak pergi bilik air, aku kena lalu depan almari tu. Korang tahu, aku dengar suara berbisik-bisik dari dalam almari tu! Aku tak pasti suara lelaki ke perempuan. Suara bisikan yang macam garau-garau macam tu. Aku mencanak lari ke katil semula, kejut laki aku. Laki aku pun dalam mamai-mamai bukaklah pintu almari tu check dalamnya. Kosong. Suara bisik-bisik tadi pun tak ada dah. Laki aku sambil mengomel-ngomel apa entah, pergi tidur balik. Aku pulak masuk dalam bilik air. Dalam bilik air tu tiba-tiba suasana jadi panas gila. Aku sampai berpeluh-peluh. Penyudahnya, aku cakap towel, buat keputusan nak mandi. Waktu aku tengah mandi tu, suasana dalam bilik air tu still panas gila. Memang macam berbahang betul lah.

Okay, benda yang berlaku dalam bilik air ni lah yang membuatkan aku berbulan-bulan trauma nak mandi sorang-sorang. Aku syampu-syampu rambut, tiba-tiba aku rasa macam rambut aku panjang gila. Padahal rambut aku sampai bahu jer kot. Ini aku rasa macam rambut aku sampai ke pinggang! Aku dengan tak tutup air, tangan berbuih-buih syampu apa semua, cuba nak bukak tombol pintu bilik air tu. Tapi tak boleh! Tangan licin gila sebab syampu. Aku meraung-raung dalam bilik air tu panggil laki aku! Lepas aku meraung tu, aku dengar raungan yang hampir sama dengan raungan aku, tapi dari arah belakang. Macam mengajuk-ajuk aku. Cuma macam aku cakap tentang suara yang panggil laki aku malam tu, tak bernada. Aku dah tumbuk-tumbuk pintu bilik air dah time tu. Suara tu pulak berubah jadi berbisik-bisik macam aku dengar tadi. Lepas tu laki aku bukak pintu bilik air tu. Muka dia time dia bukak pintu bilik air tu, memang berubah gila. Dia macam nampak benda dekat shower belakang aku. Cepat-cepat aku berlari keluar.

Kitorang siap-siap, dengan laki aku tak mandi, kitorang keluar dari rumah tu. Bila dia dah okay sikit, aku pun tanyalah apa yang dia nampak dalam bilik air tu. Dia kata, aku ada dua orang dalam bilik air tu. Tapi yang lagi sorang tu muka macam tak sempurna. Macam dia nak tiru muka aku, tapi tak pass lagi. Mata, hidung, mulut semua senget-benget, rambut panjang kusut masai, duduk mencangkung dalam shower booth tu.

Petang tu family aku dengan family mertua datang. Family mertua aku bawak seorang imam masjid. Kitorang panggil dia Haji. Haji ni pun cakaplah, dia tak pasti tentang jenis-jenis hantu ni, tapi dia kata, semua jin jugak. Cara nak halau dia adalah dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan zikir. Yang lelaki-lelaki semua pun berkumpullah dekat ruang tamu dalam bulatan, baca ayat-ayat lazim. Lepas tu berzikir. Last sekali, Haji tu azan. Time tu kitorang semua dekat bawah. Tapi bila Haji tu azan, macam-macan bunyi keluar dari tingkat atas. Ada macam bunyi raungan yang macam nak meniru azan, tapi butiran-butiran sebut semua salah. Haji tu pun buat keputusan untuk buat bacaan al-Quran dan zikir dalam bilik kitorang tu pulak. Time tu, benda tu senyap jer. Takde suara-suara dah. Selesai mengaji, zikir dan azan, Haji tu kata rumah kami tu dah clear. Lepas tu dia mintak garam, dia baca ayat-ayat suci al-Quran dekat garam tu dan dia taburkan sekeliling rumah. Jiran kitorang orang Cina tu siap keluar tengok. Tapi dia tak halang pun. Dia macam sokong pulak adalah. Siap tanya, kalau buat untuk rumah diorang sekali boleh tak. Haji tu pun tabur jugaklah garam yang dah dibaca ayat al-Quran tu dekat perkarangan rumah dia.

Lepas dari tu, tak ada dah gangguan-gangguan. Tapi time tu dekat nak seminggu jugaklah dua orang adik lelaki aku tidur dekat rumah tu teman kitorang.

Sekarang kitorang dah pindah rumah lain. Bukan sebab berhantu ke apa, tapi sebab laki aku dapat kerja dekat Sungai Buloh. Rumah yang ni, alhamdulillah tak ada apa-apa.

Macam tu jer lah kisah kitorang berpindah ke rumah baru. Aku rasa kan, kalau korang masuk rumah baru, benda pertama yang korang kena buat adalah buat bacaan al-Quran, lepas tu pagar rumah tu. Macam Haji tu cakap, tak semestinya ‘ustaz-ustaz’ jer boleh buat. Kalau tuan rumah nak buat sendiri pun tak ada masalah.

Okay, itu sahajalah kisah dari aku. Sampai situ jer. Apa yang aku cerita ni memang tak ada sambungan-sambungan ke apa ke. Korang nak mintak-mintak sambungan buat apa? Suka ke orang kena kacau sampai bersambung-sambung?! Haha. Takdelah, aku gurau jer. Dan aku tak ada cerita lain lagi dah. Dan aku haraplah takkan ada lagi cerita-cerita seram yang berlaku dekat aku dan laki aku. Okay, terima kasih dan assalamualaikum semua.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

17 thoughts on “Penghuni Almari Baju (Seram)”

  1. Tak bole nak feel bila ko takut dgn mak sendiri. Sebab try nak masuk dlm story ko tapi last2 jatuh simpati bila terbayangkan sorang ibu yg sakit. Yela..ko takut kan. Lepas tu plak story ko terus ke depan. Part koma noktah takde,m.

    Reply
  2. Ckt je tu..aku masa duk menyewa kt segamat dgn anak sorg n wife lg gila. 5 thn duk situ tiap2 hari kena kacau x kira masa.last2 makhluk2 tu pindah kot sbb bosan kacau aku anak beranak tp x jalan.bila aku dh pindh dr umah tu br la jiran lama aku bukak cite umah tu dulu ada org m**i b***h diri.. Dem..

    Reply
        • Tmbhan: area boh kasap.jenis gangguan: usik brg2 terutama mainan anak yg msh baby,brg2 jth sdri dpn mata, mandi manda, penampakan (lelaki n perempuan, cahaya warna warni)/n bunyi2 yg x msk akal. Org jln trn naik tgga (rumah 2 tgkt) org berbual. Eh,macam2 la..3 hr pn x abis cite.tp x tkt pn.seram ckt ada la. Mula masuk pn dia dh bg warning.letak lighter kt atas belebas tingkap naco.wife tgh menyapu tetiba jatuh sdri lighter tu.angin xde,n xde sape usik n aku sdri yg ltk lighter tu elok2.nntila aku cite panjng lebar.merata aku g mesti jumpa.3 mggu sudah pn baru kena kacau.haha..klako btl aku ni..

          Reply
        • 7 thn duk segamat, 4 umah.plg lama umah bujang n umah 2 tgkt ni.dua2 berhantu tahap gaban.umah bujang siap ada tangkal cina kt pntu.tanya jiran kata xde pape.tanya member cine; itu untuk halau hantu.hantu suda masuk itu lumah.patutla huru hara aku kt umah tu dulu..dem

          Reply
  3. Seramnyaaa..teringat dulu masa tinggal kat kuarters kerajaan. Pontianak dengan pocong nak berkawan dengan saya sebab saya surirumah. Biasalah kita ni perempuan kan ada hari sedih dan marah kalau lepas bergaduh dengan suami. Masa ni lah setan datang hasut. Tengah2 malam ketuk pintu bilik lah. Teman kita tengok tv lah masa suami tak ada. Kelibat tu selalu sangat nampak. Malam2 nampak kak pon berdiri kat hujung katil. Tak tahan dengan keadaan tu sampai menangis2 menggigil satu badan kena kacau, dah diazankan 4 penjuru, panggil lagi ustaz azankan, tapi tak jalan jugak, akhirnya kami berpindah ke luar. Aman lepas duduk kat luar takde lagi gangguan. Hihi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.