5ed11310

‘Penghuni’ Dorm 7

Sejak sekolah aku masuk bangunan baru, aku ditempatkan di dorm 7. Dorm paling hujung sekali. Paling belakang sekali. Dekat dengan tangki bapak besar gila. Belakang tangki tu hutan. Kawan2 selalu nampak kat dorm 7 tu ada benda duduk. Aku tak caye. Sampailah aku kena kacau.

Dekat bangunan lama. Aku ada sorang kawan yg ada masalah selalu kena kacau. Member aku pandai ubat org. Aku pun offer diri nak tolong ubatkan sekali. Padahal tak reti pun. Ingatkan masuk bangunan baru hilang masalah dia. Makin bertambah, seminggu berturut2 dia kena. Katanya benda tu jantan, besar. Datang dari jauh. Ada org hantar kat dia.

Okay bukan tu sebenarnya aku nak cerita. Nak cerita pasal dorm 7. Satu hari tu ade sorang kakak senior dlm dorm tu masuk dorm time maghrib2 atas sebab tertentu. Dia bukak je lampu, Tgk kat sebelah katil dia (katil dia sebelah tingkap ngadap tangki puaka tu) ada satu makhluk ni tengah kibas2 rambut dia. Konon nak show off rambut dia lah. Kalau rambut lawa takpelah. Ni tebal n keras. Panjang pulak tu. Malam tu pulak kakak tu tidur lewat. Dalam kol 12-1 dia nampak mcm bdk junior dua org gi tandas tapi tgk2 kat katil ade je diorang.Tengahari esoknya jugak kakak tu cite kat aku.

Aku boleh agak, kalau bukak cerita pasal benda tu mesti aku akan kena kacau. Sebelum ni dah dua kali dah kena kacau disebabkan jadi hero utk member aku yg bermasalah tu. Sampai demam seminggu weh! aku ngadu kat member yg reti berubat tu. Dia kata kalau nak tolong org, diri kena kuat. Sejak tu aku stop masuk campur. Pengecut kan aku.huhu… okay balik pada cerita. Malam tu jugak aku kena. Macam biasa.. tak boleh tidur sampai pagi. Dgr suara perempuan bisik kat aku. Suara dia garau tapi mendayu. Dia bisik bahasa asing doh. Dekat je sebelah tinga Suara yang sama stiap kali kena. Tangan kebas2. Tapi kali ketiga aku kena lain macam sikit. Kena goncang tilam siap. Main kasar engko ye. Aku dah kecut dah. Aku taknak lah bkk mata. Kang muncul benda tu. Mau tak terkencing. Pastu dengar org main baldi depan dorm. Aku ckp dlm hati “Allah ada. Benda tu makhluk je… ” pastu aku sambung kuatkan hati. Bsik dlm hati “jgn kacau aku. Kau tu makhluk je. Aku nak takut Allah je. Bkn kau” aku dah nak nangis. Bkn ape, esok kena bangun awal… jam dah kol 3 lebih. Lama2 terlelap jugak.

Pastu esoknya aku cerita kat kakak senior tu. Dia boleh gelak. Aduhhhh… then cerita tu diam mcm tu je. Selang satu malam, sorang lagi kakak lain (ketua dorm) yg kena. Kitorang punya style, ketua/penolong dorm wajib kena cerita bedtime story. Aku penolong. Memandangkan aku tak suka bercerita plus takut. Aku suruh kakak tu lah yg citer. Lampu semua tutup. Then dia akan mundar mandir cerita pasal kisah nabi. Cerita punya cerita, sampai pertengahan kisah tu. Kakak tu terdengar hanger jatuh dekat katil hujung sekali. Dia angkat letak atas katil. Sambung bercerita. Pastu hanger tu jatuh balik. Kakak tu toleh… cer teka ada apa. Makhluk sama tengah duduk dekat sebelah katil hujung tu. Sambil mengiklankan rambut dia yang panjang nak mati. Rambut dia yang keras dan tebal.

Kakak tu buat tak tau je. Sambung ceritakan bedtime story. Dia taknak lah kecoh2. Nnt budak dorm takut pulak. Esok nya dia cerita kat aku. Hanya kitorang bertiga yg kena kacau. Dan kitorang je yang tau pasal ada penghuni. Dalam masa yang lain, dorm atas dorm kitorang, selalu dengar budak kecik nangis. Dgr pompuan nyanyi.

Sekarang??? Tak tau ada tak lagi benda tu. Mintak2 dia tak kacau aku. Sbb aku tak larat kalau tak cukup tidur. Cuma nak cakap kat sini… hati kena yakin, benda tu cuma makhluk Allah. Kedudukan kita ni lagi mulia dari puak2 jin ni. Dlm quran mmg ada sebut pasal jin. Diorang mmg ada disekeliling kita. Biar diorang buat hal diorang, kita buat hal kita. Kalau diorang kacau tu maksudnya diorang nak tarik perhatian kita. Diorang nak iman kita turun. Kita jgn lah layan…jgn jadi mcm aku. Pengecut. Okay lah….sekian.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. Dlu kalo g kebun menebas/kutip durian/kutip buah slalu kaki terbelit bende seakan rmbut tp keras,kasar n kusut,kdg2 bergulung2 kt kaki..tnye arwah opah ape ni?selambe tp serius die jwb:OUH ITU RAMBUT LANGSUYOR..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *