Aku Lana
Apabila sudah selalu bercerita pasal alam mistik beberapa siri gangguan berlaku di resort. Kalau dulu mereka hanya pandang-pandang sekarang sudah pandai memunculkan diri. Tau tak, apabila kita selalu bercakap pasal mereka, ataupun search benda-benda mistis akan menarik minat mereka untuk mendekati manusia. Ada beberapa mereka tak suka mendekati manusia, ada antara mereka suka menyakat, menakutkan dan menyesatkan manusia. Aku pun tak suka percaya apa yang aku nampak. Tipu daya syaitan hanya untuk memperdayakan manusia.
Kak Ida kena tumpang.
Kak Ida ni, selalu drive malam untuk pulang ke rumah memandangkan dia ada suami dan anak-anak. Selalu lepas closing bisnes dia akan stay sekejap dan bagi taklimat tugasan untuk esok. Jadi dia akan balik dalam jam 11 atau jam 12 malam.
Dia antara orang yang jarang kena gangguan mistis ni.
Dijadikan cerita, malam itu kak Ida bertugas di kaunter dan dapur. Kaunter cafe ni berhadapan dengan dua bangunan kayu yang telah lama dibina oleh penduduk asal tanah ini, Bila bos beli, bangunan itu dia cantikkan semula tanpa mengubah binaan asal. Bangunan kayu lama yang misterius. Satu rumah besar kemudian di bilikkan 9 ke 10 bilik tak silap untuk tujuan penginapan. Banyak cerita-cerita mistis tentang bilik-bilik di bangunan lama, banyak menggangu pelancong yang datang.
Mata kak Ida dari tadi teracap tepat ke belakang bangunan kayu itu. Terdapat sosok putih berdiri tepat memandang kak Ida. Tiada sesiapa yang perasan pada ketika itu.
Lepas waktu bertugas dia bergesa balik. Memandu sorang-sorang, membelah kegelapan malam jalan hutan yang sunyi. Untuk menghilangkan rasa seram dia pasang lagu hindustan kuat-kuat. Di pertengahan jalan, dia di tahan polis yang membuat roadblock. Cemas kak Ida sebab masa ni lesennya m**i. Adui.
Polis yang bertugas menyuluh kereta kak Ida berulang kali.
“Cik seorang saja ke? mana orang kat belakang tadi?” tergaman Kak Ida
“Saya sorang saja encik?” jelas kak Ida. Polis terus menyuluh bangku belakang mencari kelibat orang yang dia nampak.
“Awak tipu saya ke, saya nampak tadi ada orang kat belakang. Malam-malam begini nak kemana?”
“Saya baru balik kerja encik. Memang saya sorang saja encik.” Kak Ida mula seram sejuk. Tiba-tiba pegawai mereka datang.
“Tak pa,cik boleh jalan. Lain kali balik malam-malam gini, buka surah-surah, bukan lagu hindustan. Memang la ada yang ikut.” Ha..terus seram sejuk Kak Ida. Dia tengok bangku belakang. Tiada siapa-siapa.
“Encik boleh hantar saya balik tak..tak pun saya duduk sini sampai pagi. Saya tak boleh drive balik.” Kaki tangan kak Ida menggigil. Dia merayu.
“Dah balik..Satu kerja pulak saya nak jaga awak. Takda apa-apa ni. Dah takda sapa-sapa. Pergi balik. Drive perlahan-lahan. In Sya Allah takda apa-apa.” Katanya sambil menyuluh ke dalam kereta. Mau tak mahu kak Ida teruskan perjalanan.
Masuk simpang kampung, kereta-kereta yang berpapasan dengannya membunyikan hon sambil menunjuk ke belakang. Kak Ida tambah pecut. Tak silap, kak Ida demam selepas itu. Kesian kak Ida.
Kak Long
Satu malam,kak long memasak di dapur kuarters.Pintu dapur dia buka seluasnya.Masa tu hanya ada aku dan dia.Lincah dia memasak sambil celoteh dengan aku.Ingat tak kak ponti dapur.Kawasan dia berlegar hanya di kawasan dapur dan belakang dapur.Masa kak long masak tu,dia berdiri hampir dekat peti sejuk.Buka peti sejuk ,mukanya tepat memandang kita.Kalau tak nampak,tak pa,kalau jenis yang nampak mau demam seminggu.Muka dia hancur hitam.Dia m**i accident.Allahualam.
Time kak long masak ni dia perhati kak long.Mukanya hampir sangat masa kak long menyuci sayur di singki.Dia perhatikan kak long buat kerja.Entah macam mana kak long tertarik rambut kak ponti.Sedar-sedar sudah ada sehelai dua di tangannya.Kak long tengok aku.Aku menganguk
“Ya,dia di sebelah kak long?” kak long meremang.Perlahan-lahan di letak sayur di singki dan berkata perlahan.
“Aku nak masak je,jangan kacau aku.” Hahaha.Cuak kak long.
Kak long dengan aku kalau solat maghrib terus tunggu isyak. Semasa tunggu tu waktu tu,kami akan mengaji Al quran. Tiap-tiap malam kami mengaji, pasti ada yang mengikut di luar ruang tamu. Merdu dan sayup-sayup tapi masih boleh di dengar. Suara lelaki yang mengalun suara mengaji dengan sangat merdu. Rupanya dari dulu lagi kak long dengar, tapi dia tak endah. Sebab bila dia jenguk ke luar tiada siapa-siapa. Bila aku jenguk keluar, ada satu sosok duduk membelakang sambil mengalun surah seiring dengan bacaan kami.
Masih kisah pasal kak long. Satu hari dia bertugas di bangunan paling belakang. Kerja membersihkan kawasan. Sebab kawasan tu jarang berpenghuni. Tengah membersihkan tu Mona datang. Tapi Mona tak banyak bercakap. Di asyik membersihkan sampah-sampah di belakang dorm. Selongkar, kemas balik, lepas tu dia selongkar lagi. Kak long ajak Mona berbual, dia sahut sepatah. Entah bagaimana pandangan kak long terarah ke hadapan. Jalan menuju ke kaunter. Dia nampak sosok Mona tengah menyapu dedaun kering. Mona yang satu lagi sedang ligat membersihkan sampah-sampah. Meremang bulu roma kak long. Dia melihat dua Mona dalam masa yang sama.
Kak long diam perlahan dia mesej kaunter, Jenni ada di depan, Kak long bertanyakan Mona ada di mana. Jenni kata Mona ada berdekatan menyapu daun. Kak long terkesima. Kak long lihat Mona yang satu lagi. Masih ligat bekerja. Yang mana satu Mona? Tiba-tiba Mona berdiri di hadapannya
“Kak long dah tahu kan?” Sambil dia ketawa seakan mengilai. Seberani kak long, baru kali ni dia terasa takut.
Selepas kejadian itu, ramai staff yang diganggu. Dia menyerupai setiap staff di situ dan menemani kawan lain. Akhirnya apabila ramai staff sudah yang komplen, bos panggil orang-orang agama dari gereja untuk membersihkan kawasan. Kebetulan pula ada sekumpulan guru-guru dari sekolah agama camping, kak long dan dan kak ida minta tolong azankan kuarters. Terima kasih kepada guru-guru agama tersebut.
Penghuni resort lainnya adalah perkampungan bunian, Mereka membina kelompok mereka sendiri. Ada empat kawasan penempatan mereka, satu pasar. Mereka juga mempunyai kehidupan seakan seperti kita, cuma yang aku nampak sini mereka berbusana seperti orang melayu lama. Berselendang, berbaju kurung biru. Kehidupan mereka juga sibuk macam kita.
Kadang-kadang berpapasan tapi kita tak sedar. Kadang-kadang cuma sosok tubuh tanpa muka.
Satu hari anak saudara aku Riana dan Eyya ikut achik datang Aku cari-cari Eyya di mana, rupanya bawah meja di dapur sambil main dengan sosok kecil. Dia kata main dengan kawan. Ada satu keluarga bunian suka apabila nampak Riana. Riana masa tu umur dalam 3 tahun rasanya,
-comel budak ni.- mereka puji Riana. Ada anak kecil dalam dukungan . Bila durang achik balik, mereka lambai tangan dengan Riana.
Sosok tubuh anak-anak kecil. Kadang-kadang kita asyik menonton wayang seram, mereka akan ikut tonton sama. Ada yang duduk atas almari mengomel.
“Mana ada hantu macam tu. bla..bla..”
“Tipu la cerita hantu ni..bla..bla..” mereka boleh kata cerita hantu tu tipu.
“Cerita hantu tu tak betul la kakak..Mana ada hantu macam tu..” aisyh…hahha
Beberapa bulan lepastu aku berhenti kerja sebab nak melanjutkan pengajian ke sebelah utara semenanjung. Beberapa tahun selepas itu kak long pulak berhenti kerja.
Percaya atau tidak mereka ada dalam kehidupan kita, Cuma tuhan bagi kita keistimewaan untuk tidak melihat mereka. Bayangkan kalau kita boleh nampak. Sekali ruang hijab terbuka, itu bukan satu anugerah. Maksudnya kena berubat.
Jangan pandai minta buka hijab tau…nanti semua keturunan ponti di nampak.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
di resort daerah mana bah nie..? mau jugak datang menginap disitu… share lagi story.. Syiok baca.
Yg mukadimah tu betul ke..macam mana kalau kita hari² baca fs..huhu
Kau dgn hantu² tu comel la..kadang² kelakar pun ada..tp kau memang berani..cerita kau pun best, so keep writing okehh!
ya betull..kalau jenis yang lemah semangat mudah la di dekat
yang jenis kuat semangat,mereka pun tak nak dekat..dalam rumah kalau boleh kena ada la lelaki,biarpun kanak-kanak..mereka takut aura lelaki