Cerita ni jadi selepas aku dengan husband baru je kahwin. Kitorang decide untuk staycation dekat negeri sendiri sahaja. Almaklumlah MCO .
So aku pun survey dekat AirBnb sebab sini yang boleh dapat bilik cun tapi harga murah. Dapatlah dekat satu tempat ni, ada seaview . Dan bilik cun.
Okay so hari tu kitorang check in , booking untuk 2 malam . Aku masih ingat jelas , tingkat 5 . Dan waktu kitorang jalan nak ke bilik tu kitorang notice bilik floor tu macam sunyi . Tapi takpelah okay je . First masuk bilik , cantik . Cantik sangat. Tapi, macam ada yang tak kena . Sebab masuk je bilik tu dia rasa macam kurang seri eventhough cantik . Dan memang rasa aura bilik tu lain . Tapi ignore je lah .
Fast forwardlah , takut bosan. Malam tu order 4fingers . Husband turun ambil . Waktu husband dekat bawah tu , lama jugak dalam 15 minit . Aku duduk sorang tengok movie , aku asyik tangkap ada bunyi ketuk atau macam bunyi something solid berlaga dengan something yang solid . Alaaa faham tak haha . Okay , kalau bunyi tu dari arah yang sama aku okay tau tak , tapi bunyi tu macam berulang tapi dari merata sudut bilik tu . Aku buat chill je la eventhough jujur memang ada rasa takut . . Husband aku naik pun aku tak cerita , sebab mindset aku kalau aku cerita nanti benda tu seronok aku notice dia . Okay kitorang makan makan , and then layan movie then proceed nak tidur .
Waktu tu around pukul 12 lebih atau 1 pagi . Aku susah nak lelap , husband jenis senang tidur pun dia susah lelap. Waktu ni la bermula gangguan . Start dengan bunyi perabot atas tak berhenti . Lama jugak. At first macam positif, husband kata la budak budak je kot . Aku yang bebal ni pergi kata , budak budak apa pukul 1 2 pagi ni . Guess what , makin rancak dia bunyi , dan tak habis lagi bebal aku. Lepas bunyi rancak tu , aku kata , haihhh orang atas ni . Time ni sumpah berderau d***h, bunyi perabot tu macam dari arah kanan jauh sikit dari katil kitorang , dia heret sampai betul betul la atas kitorang . Aku terdiam , husband pandang aku , aku pandang husband . Fuhh waktu ni sumpah kecut tahap takleh bincang dah .
Kitorang decide nak ignore dan sambung cubaan untuk tidur . Aku dapat terlelap tapi just tidur tidur ayam . Tiba tiba aku terjaga sebab dengar bunyi dari belah husband, bunyi macam orang ketap gigi laju laju , aku pandang . Husband aku macam menggigil tapi bahagian kepala je , gigi dia macam kancing dan terketar , mata terbukak separuh dan cuma nampak mata putih je . Nak tercabut jantung , aku terus sentuh laki aku dan kejut dia . Dia toleh arah aku , tapi macam keadaan dia paksa push kepala dia untuk toleh arah aku . Dia tersedar , aku takut dia kena rasuk je . Tak gentle geng , cuak gila . Dia terus kata , jom lah awak , kita turun duduk dalam kereta .
Dalam kereta dia cerita , dia tidur . Tapi asyik kena timpa , dan dia mimpi pelik pelik . Mimpi exactly situation dalam bilik tu , tapi ada budak kecil lari lari , ada perempuan . Dan paling scary , dia kata ada bangla dalam toilet tengah berak ahahaha . Yang scary , bangla tu tinggi siling . Dia kata dia ajak masuk kereta , sebab dia takut benda tu expose diri dia je .
So , aku terus whatsapp orang yang manage airbnb tu . Aku cerita apa yang jadi semua , dan mintak tukar bilik . Cara dia as if benda tu macam biasa jadi , dia just kata okay . Esok pergi ambil kunci , tapi kitorang dapat bilik lagi mahal dan cantik . hahahaha . Rezeki , dapat merasa bilik mahal dan merasa pengalaman seram 😂..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit