Salam sejahtera aku ucapkan kepada admin Dan pembaca FS sekalian..haha..nama aku Mika (bukan mama sebenar). Aku berasal dari Sibu,Sarawak cuma menetap di Bintulu. sebenarnya ,. Aku memang Tak nak pindah ke Bintulu …maklumkan siapalah suka keluar dari tempat asal iaitu tempat kelahiran sendiri jika ni merupakan kali pertama buat nya…..nak tak nak kenalah aku dengar cakap ibubapa …..hmmmm… Dengan ni bermula kisah seram aku yang aku sendiri belum alaminya sebagai seorang remaja yang baru lepas daripada sekolah rendah….Selama ni, aku hanya merupakan silent reader ….tetapi setelah melihat berbagai kisah seram yang dikongsikan oleh peminat FS yang lain… Aku pun tertarik nak kongsikan pengalaman hidup saya dalam bab-bab seram ini. JOm Kita mulakan.
Lokasi :di Bintulu,Sarawak
Tahun :2015
Pada awal bulan April tahun 2015, aku mengikuti seisi keluarga berpindah ke Bintulu …sedihnya rasa kerana meninggalkan rakanku yang kuanggap keluarga kedua di sekolah. Bapa telah mencari rumah sewa sementara sebab belum Ada Wang nak membeli rumah….maklumlah rumah di Bandar punyalah Mahal…siapa mampu…..terutamanya golongan yang hidup miskin dan sederhana…Hanya mengharapkan penempatan sementara saja menjadi tempat pohon perlindungan kami semua.. {panjang benor intro pasal rumah}….haha…..Kita teruskan…Untuk pengetahuan semua, bapa saya menyewa satu rumah sewa pada harga rm1000 lebih kurang cam tu lah….Oleh itu, dengan hati yang bangga kami sekeluarga dapat memperoleh tempat perteduhan biarpun sementara….Awalnya mmg tiada apa-apa ketika baru tinggal di situ.
Tetapi selang berapa minggu, barulah perasaan si dia ada di sekitar mulai menjelma ke fikiran… Pada suatu malam, ketika bapa saya hendak ke kedai kopi (milik kawannya) biasalah kaum lelaki …kalau bukan di rumah tentulah dengan kawan merekakan. Bapa saya ni jenis tak suka tutup pintu rumah utama ketika keluar …jadi mmg menjadi rutin kami setiap hari untuk tolong tutup pintu, manalah tahu silap hari bulan ada pencuri nak masuk rumah mencuri….
Dengan itu, perasaan malas nak tidur tu timbul ketika nak tutup pintu tetapi terpaksa…”haih : kataku”tertiba pada pertengahan perbuatan menutup pintu “hello” sapaan yang mengejutkanku menyebabkan aku menghempaskan pintu tersebut lalu berlari lintang pukang masuk ke dalam rumah….Mana Tak nya …..semua rumah di sekitar tu tidak berpenghuni (masih rumah baru)…..rumah kami saja yg berlampu……Mana Pula datangnya suara hello tersebut ..
Saya Hanya mampu menunggu ibuku keluar dari bilik air lepas mandi dan beritahu hal yang berlaku ke atas saya …lepas beberapa bulan, bapa plan nak pindah rumah dekat dengan pasar untuk memudahkan dia membeli inventori kerjanya dan membuat perbelanjaan rumah.
Rumah yang kami nak duduki tu ada kisahnya tersendiri yang dialami oleh penghuni yang berkongsi rumah dengan kami ….cuma rasa tak nak ceritakan sebab bukan kami yang hadapi nya….
Tahun : 2017
Ketika ni , aku masih form 4 ….kami pun berpindah lagi untuk mencari penempatan yang berhampiran dengan tempat bapa aku bekerja…ianya berdekatan ngan “Taman Putera”….(siapa orang Bintulu , tahulah dia)
Dengan harga sewanya rm 800…, Siapa tak mahu…at least murah dari harga sewa rumah tadi.
Cerita seramku di rumah ni bermula pada malam selepas seminggu ku dan keluargaku mendiami rumah yang sampai kini kutinggal. Pada suatu malam, memang menjadi rutinku sebelum masuk tidur kena cuci muka bersihkan minyak muka , buang air Dan berus gigi. Oleh itu, dalam jam 10 lebih ….ku terus ke bilik air untuk melepaskan niat ….tetapi pada masa itu, ada sesuatu yang mengganggu ku….satu sosok perempuan berjubah putih panjang , badan berisi lalu belakangku dengan sekelip mata saja bagaikan angin ketika ingin mencuci muka…..bagaimana aku dapat perasan ….kerana memang jelas nampak wajah sisi si—tu tadi lalu di belakangku melalui cermin besar. Apalah daya mungkin itu dugaan Tuhan…aku abaikan saja si dia tu….namun gangguan tu tak berhenti di situ.
Pada malam berikutnya, aku bangun mengejut dari tidurku yang nyenyak…segera ku ambil jam randik yang berada berdekatan tempat tidurku….Ya Tuhan…jam hanya menunjukan pukul 3 pagi….terus ku sambung tidurku ….selang beberapa minit , kurasakan sesuatu yang berat menindih kepalaku (untuk pengetahuan semua , Masa nak tidur semula tu , aku beralih ke posisi tidur yang membelakangi gi tuwww). Nak angkat tak dapat angkat….dalam fikiranku “nama Hal tok akai ….nama utai Bak palaku” maksudnya “kenapa ni Adui , apa Benda di atas kepala aku”…sekali aku angkat tangan dengan niat utk alihkan barang yang berat di atas kepala .
Korang nak tahu Tak apa Benda yang saya sentuh….ya Tuhan….’tangan’ ..(tengok meremang bulu Roma bila nak taip pasal ni)…
Apa yang aku buat aku buat Pura-pura m**i….just turunkan tangan dan baca doa dalam hati yang terlintas di fikiran kerana tekak bagaikan dikunci…baca punyalah baca dalam beberapa minit tu, aku rasa kelapaku mulai ringan balik …aku terus bangun dan tidur semula …anggap semua tak berlaku…{ Buat pengetahuan para pembaca FS yang aku hormati, kenapa aku dpt angkat tangan biarpun kena tindih….ok macam ni, aku rasa yang tindih aku tu adalah si–dia yang menjelma kan diri di cermin tersebut iaitu cik pon– tapi sebilangan orang , mereka ditindih satu badan angkara pocong atau apa pun yang pastinya iaitu makhluk halus }..
Itu saja dari aku kepada semua. Sekiranya apa yang aku sampaikan tu tidak menarik atau tidak dapat menghiburkan hati semua pembaca FS….maafku pinta.
Sekian , terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
halah3x..adik kecik pun tak takut
saya sebagi pembaca FS amt kagum dngn crta beliau .. namun sekali saya ingin menanyakan bahawa adakah pengarang masih tinggal di Taman Putera?
Ya , saya masih tinggal di situ …
Pengalaman yang agak menyeramkan 6/10👍, (dapat merasai sejuk kat tulang belakang😂)