Pengalaman Menjadi Imam “Makhluk Ghaib”

Assalamualaikum. Rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman mistik dan misteri alam ghaib kepada semua.

Kisah berlaku lebih kurang 4 tahun lepas dimana pada ketika itu aku masih lagi menuntut di peringkat diploma di salah sebuah universiti swasta yang terletak di negeri Perak. Universiti ni lokasinya agak ke dalam dan berada di puncak bukit. struktur pembangunannya masih baru memandangkan bangunan lama terletak di ibu kota negeri perak. Jadi faham-fahamlah sajalah, tempat nya sunyi, masih belum tercemar dengan pembangunan-pembangunan lain dan asap-asap kenderaan.

Struktur hostel kami terdiri daripada 3 tingkat dan disetiap aras terdapat lebih kurang 20-30 buah bilik. Setiap satu bilik terdapat satu balkoni kecil utk kami sidai baju atau mengambil angin. Dalam satu bilik dihadkan kepada dua orang. Itu masa batch aku la, tapi sekarang ni, satu bilik dah jadi 4 orang. Ini untuk menampung student yg makin ramai. Nak dijadikan cerita, pada musim hari raya haji, parent aku berada di Mekah. Dan aku nekad utk stay di hostel bersama kawan2 yg lain yg mana kampung mereka jauh, luar dari negeri perak.

Pada suatu malam, selepas pulang dari membeli makanan, jam menunjukkan tepat jam 9.30 malam. Dah menjadi kebiasaan kalau aku balik dari mana2, aku suka mandi dan terus solat sebab takut tertido tak memasal aku kene qadha solat pulak. Aku pun mula bentangkan sejadah dan niat utk solat isyak.

Pada rakaat pertama, terasa biasa2 sahaja. Kalau aku sorang, aku selalu baca bacaan dalam solat secara jahar (kuat sedikit dari biasa). Bila tiba part ameen selepas bacaan al fatihah, telinga aku menangkap bunyi yg mengameenkan dalam kuantiti yg agak ramai. Dalam hati pada masa tu, tak takut. Lantas aku terus menukar niatku menjadi imam.

rakaat demi rakaat dirasakan biasa saja. Seolah2 aku memang mengimamkan orang dari awal. Sehinggalah usai solat, zikir selepas solat dan angkat tangan utk berdoa.

Semua doa-doaku, ‘dhomir’ (kata ganti nama), utk seorang, aku tukarkan menjadi utk ramai-ramai. Doa utk ibu bapa, doa dipelihara dari azab apa neraka, semuanya ditukarkan dari ‘aku’ ke ‘kami’. Dan setiap aku berhenti, aku terdengar orang ramai-ramai mengaminkan doaku.

Pada saat itu, aku mula merasa cuak sedikit. Tapi aku teruskan jugak doa.
Selesai saja berdoa, aku toleh ke belakang dan pintu seolah-olah baru ditutup dari luar. aku mula rasa sangat takut. Padahal tadi rileks je. Aku lipat sejadah dan lari pecut ke bilik kawan aku sampai tercungap2 jadinya.

Itulah pengalaman aku mengimamkan orang ghaib. Alhamdulillah tak ada apa-apa perkara buruk yg jadi, cuma disebabkan ianya pelik, sebab tu aku rasa takut.. nasib baik dia tak mnculkan diri depan mata, kalau lawa takpela, kalau mata tercabut sana sini, aku pulak yg pengsan nanti. Sekian coretan aku kali ni. Assalamualaikum..

Al Qamar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 5]

16 thoughts on “Pengalaman Menjadi Imam “Makhluk Ghaib””

  1. Aku pun pernah rasa pengalaman mcm ni masa dkt asrama . Lepas habis solat masa dkt surau sorang-sorang,mmg rasa tgh jadi imam utk ramai org. Padahal surau kosong . Habis baca doa, mengigil badan ,terus nagis sbb sejuk sgt bdan rasa lain mcm , then terus kluar surau sbb takut. Call ibu, ibu dtg asrama bawa air baca yasin sbb mmg badan dah lain mcm.

    Reply
  2. berkemungkinan yang menjadi makmum tersebut ialah jin islam.Jadi tidak perlulah rasa hairan,jikalau dia ikut sekali dengan kita untuk bersolat.Jin pun sama seperti kita,ada kehidupan yang perlu dijalankan cuma populasinya lebih ramai dari manusia

    Reply
  3. sye pun rasa kekadang ada orang ikut saya semayang skali…tapi sye buat2 rilek je bila dah selesai solat terus lari lintang pukang duduk dengan mak ayah kat ruang tamu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.