Penjaga ayam hutan

Assalamualaikum wbt kepada pembaca pembaca FS.Nama aku Roy dan pakcik aku nama dia aku panggi pak su. Paksu aku ni suka menembak ayam hutan dan bila aku balik kampung mesti dia akan ajak ak pergi menembak ayam sebab dia tahu aku jenis berani. Aku pun tak penah nak menolak sbb aku pun suka benda benda mcm ni. Waktu paling best nak menembak yela time bulan penuh ngan waktu tgh malam sbb time tu sunyi dah orang kampung dah tidur plus time bulan penuh so limpahan cahaya bulan boleh terangkan ladang kelapa sawit.

Masa aku balik kampung,  mmg tepat pada waktunya. Pak Su ajak aku pergi menembak ayam. Dalam pukul 10.45 malam macam tu, kitaorang pun bergerak masuk ke ladang dan setiba dia port. Pak su aku buat benda biasa sblum mula dia akan bagitau pantang larang dan baca doa semua. Seleai sesi taklimat, Kitrg pun mulakan pencarian.. Malam tu mmg sunyi tak macam selalu ada bunyi cengkerik n bla bla. Untuk mencari ayam ni kitrg kene suluh kat daun daun pokok kelapa sawit  sbb Ayam hutan akan tidur di pelepah kelapa sawit. Sedang khuyuk mencari,  tiba tiba paksu ak nampak seekor ayam ni. Pak Su tanpa membuang masa lantas memasukan bola besi (mcm bola bearing) kedalam senapang anginnya. Semasa nak menembak kitrg kene tutp lampu sbb taknak bgi dia sedar tapi pada senapang  ada satu lampu khas untuk menyuluh manga.. paksu ak lepas satu das tembakan dekat badan tapi ak ayam tu tak jatuh ke bawah malah dia masih boleh terbang ke pokok lain. Apalagi, kitrg pun kejar la ayam tu then tembak lagi tapi dia tetap boleh terbang lagi. Tapi kali ni dia terbang dan terus bertukar jadi kak langsuir then terus mengilai.

Bila tengok je benda tu, aku apa lagi lari tak cukup tanah pergi ke moto.  Pak su ikut aku berlari bukan sebab takut yang teramat tapi sebb risaukan aku hilang di tengah ladang sawit tu.  kak lang tu apa lagi kejar kitrg sebab marah kerana kacau dia.. Dia betul betul terbang atas kami sambil ngilai yang sangat nyaring.. Sesampai ke moto, Paksu suruh aku duduk belakang dia sambil dia berhadapan ngan kak lang tu.. Btw paksu ak ni orang berilmu sikit so dia bercakap ngan kak lang tu utk minta maaf.. Aku yang ketakutan ni tengok je la paksu aku ni baca surah surah dan bercakap ngan dia.  Tapi yang hairannya, masa dia berckap tu ak tak nmpk pun kak lang tu.  Aku just dapat bau wangi mcm bunga kat kubur. Rupanya masa paksu aku beckap tu kak lang tu duduk sblh aku. Pak su sehabik baik membuat rundingan dengan kak Lang. Seleai je rundingan, akhirnya kak lang terbang meninggalkan kami.

Paksu kemudian aku ajak balik. Dia kata malam ni bukan rezeki kita.. Tapi kak lang tu tak puas hati lagi dia floow kitrg rupanya. Setiba sampai di rumah paksuaku  suruh duduk di luar sebelum masuk ke dalam rumah. Pak Su amik air then baca baca ayat sblum dia renjis kat aku dan dia.. Nenek pula time tu belum tidur. Dia nak ke tandas sbb katanya nak buang hajat.. Tandas rumah nenek aku ni sblah dia pokok rambai.. Pokok ni mmg besar..

Masa kami tengah  cerita paksu pasal tadi,  tiba tiba nenek  dtg kat kami dengan muka cuak.. Then dia bagitahu masa nak ke tandas tu dia nampak kak lang tgh bertenggek kat pokok rambai tu gan mata merah sambil ngilai.. Yang hebat nya nenek aku ni dia boleh lepaskan hajat dia dulu biarpun seram dan rasa takut. Masa dia keluar tandas pun, dia masih nampak kak lang tu kat situ..Pastu dia tanya la paksu ak ada buat silap ke tadi.. Paksu pun bgitahu la citer apa yang berlaku di dalam ladang sawit.  Nenek aku pun ckap patut la dia ikut korg balik.. Malam tu kitrg tak tidur dan kene duduk kat beranda luar tu sambil dgr kak lang tu ngilai mungkin dia sakit kot kene tembak..

Lepas dgr org azan tu, ‘shuppppp’ kak lang tu terbang depan kami kemudian lenyap begitu saja. Bila kak Lang dah tiada, baru la aku dpt masuk rumah then siap pergi solat then aku tidur.. Tghari tu aku dan bangun nenek bgitahu kes smlm dah settle.. Rupanya Paksu aku pergi masuk balik tmpt smlm dan buat apa tah..Mungkin Paksu mnta maaf kat dia dan minta supaya tak kacau kami lagi.

Aku ingaykan selepa kejadian tu, Paksu tak nak menembak lagi. Rupa-rupanya dia masih teruskan menembak ayam dan aku pun tak pernah lepaskan peluang ikut dia kalau balik kampung. Alhamdullilah kami tidak pernah lagi berhadapan dengan kes jumpa kak Lang. Just ada la juga rasa seram sejuk masa mencari tu tapi dah tak kene dah…

Itu jela cerita yang aku dapat cerita.  Apa yang aku boleh pesan haiwan/pokok yang duduk dalam hutan ni kkdg ada yg menjaga diorg. Sebab tu orang kata jgn sesuka hati amik benda kat hutan takut teramik salah barang..

Sekian terima kasih

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
ROy

3 thoughts on “Penjaga ayam hutan”

  1. Saya pun dengar ayam hutan ada penjaganya. Tak tau lah kenapa cari kerja jadi penjaga ayam. Kawan2 suami saya memang menjerat ayam hutan. Kadang-kadang bila nampak sekumpulan ayam hutan, mereka diganggu. Itu maknanya ada tuan. Jadi mereka akan patah balik, takde rezeki untuk malam tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.