Penjaga Dua Minggu

Assalamualaikum FS readers. Aku nak cerita tentang pengalaman aku berkawan dengan bunian. So harap semua terhibur. Dan terima kasih FS sebab siarkan. Aku ada juga kene kacau dengan segala jenis makhluk Allah. Tapi dalam banyak-banyak jenis ni, aku paling ingat bila aku berkawan dengan jin Islam atau lebih dikenali dengan bunian. Ketika usia berumur kira-kira 14 tahun. Aku mengikuti satu kem anjuran pengakap peringkat sekolah di dalam hutan. Jadi aku sungguh berminat. Dan disitulah bermulanya kisah aku diganggu oleh makhluk itu.

Kami masuk ke dalam hutan itu selama 2 minggu. Hari first kami kat dalam tu tak de ape benda yang jadi pun. Masuk hari kedua, malam seingat aku lebih kurang pukul 10 macam tu. Kawan aku ajak aku ke sungai sebab nak pergi kencing. So aku kata malas la baik aku duduk dalam khemah ni je lagi best. Dia pun beria-ia memujuk aku ajak teman. Aku pun ikutkan saja la. Tapi aku cakap aku, “Joe, aku tunggu kau kat sini je lah. Kau pergi la sungai (dekat pohon besar berhampiran sungai)”. So dia cakap okay ja.

Pastu dah siap katanya, aku pun pergi la masuk dalam khemah. Tak lama lepas tu, si Joe masuk dalam khemah. Dia marah-marah aku sebab aku tinggalkan dia katanya. Tapi yang jalan dengan aku tu siapa? Aku try tanya Joe, dia cakap dia cari aku tak jumpa-jumpa. Jadi dia pun balik lah khemah. Ok done kena kacau dengan dia sehari. Aku nak kene tunggu lagi 2 minggu. Matilanakkkkk, hahaha.

Esoknya, Semua orang diarahkan bangun seawal 5 pagi untuk mandi dan Sembahyang subuh berjemaah. Yang aku pelik kami sembahyang dalam 20 orang sahaja, tapi kenapa bunyi “Amiiiinnnn” tu seolah-olah 1 masjid seperti sembahyang jumaat yang ramai tu. Aku pun terkejut. Oh, aku duduk saf yang paling akhir ye. So aku dapat dengar dengan jelas orang yang mengaminkan surah Alfatihah tu kat belakang aku. Aku pun seriau dah. Just aku buat tak tahu je. Aku pun malas nak ambil port sangat benda-benda macam ni. Selesai makan pagi, kami semua diarahkan untuk berkumpul di tengah-tengah perkemahan bagi menjalankan aktiviti yang sudah dirancang sebelum ini bersama kami.

Tapi malam kedua tu, lain pulak cerita nya. Ustaz suruh kami masuk duduk di dalam khemah seawal 9 malam. Aku pun apa lagi macam biasa la. Suka melawan hahaha. So aku bukak sedikit zip pada khemah tu. Astagfirullah, korang tahu ape yang aku nampak? Aku nampak ustaz tengah berlawan dengan satu makhluk yang rupanya seperti pohon tua mereput tu. Tapi kami tak dengar ape-apa pun dalam khemah tu. Yang paling aku terkejut, seorang perempuan menutup aurat berjubah putih yang aku sendiri tak pernah lihat “design” baju tu. Memang mengagumkan. So aku tengok Puteri tu (wanita berjubah putih tu aku panggil puteri ye) tengah bergabung tenanga melawan jin hutan (ustaz cakap) tu.

Yang paling aku terkejut bila ada keluar butir-butir putih dari bunga yang Puteri tu bawa. Dan butir-butir tu la yang dapat menghalau jin hutan tu. Bila jin hutan itu pergi, aku terperasan yang Puteri tu toloh kat aku. Mungkin sebab aku intai diorang kot. So aku cepat-cepat tutup zip khemah. Malam tu aku tak dapat tidur. Langsung tak dapat lelapkan mata. Bila aku pejam mata, aku terbayangkan Puteri tu tadi. So aku berjaga. Aku intai la kat luar kot ada sape-sape yang belum tidur. Rupanya semua dah tidur. Satu kelibat di belakang khemah aku lalu. Aku kejut kawan aku tapi dia dah tidur m**i. So aku keseorangan.

Aku kuatkan semangat aku untuk keluar dari khemah. Mungkin ustaz ke sape kan. So aku nak make sure je. Tapi lain pulak bila aku keluar. Satu ekor manusia pun tak ada kat kawasan perkemahan tu. Cuma yang hidup unggun api yang menghangatkan setiap malam kami. Bila aku nak masuk ke dalam khemah ada suara menegur aku “kenapa tak tidur lagi Mohd?”. Bila aku toleh, aku nampak Puteri yang tolong ustaz aku berlawan tu. So aku dah kecut perut dah. Kaki aku pulak rase nak cramp lagi tak boleh jalan. Aku pun cakap je la, “sape kau? Macam mane boleh kenal aku”. Pastu dia gelak kat aku. Aku pun pelik. Dia ajak aku duduk kat tunggul kayu dekat dengan unggun api tu. Aku tolak sebab aku masih lagi takut. Dia cakap dia just menjaga kami semua daripada jin-jin yang ada kat kawasan hutan ni. So aku pun terus masuk khemah buat-buat tidur.

Keesokan harinya, aku jumpa ustaz. Aku bagitahu semua sekali kat dia. Dia cakap aku lah paling bertuah, sebab aku boleh nampak puteri tu. Orang lain tak boleh. Sebab ape aku tak boleh tidur pun sebab puteri tu nak jumpa aku. Katanya sebab aku nampak masa diorang tengah lawan dengan jin hutan. So ustaz tu cakap, jangan bagitahu kat orang lain sewaktu perkhemahan berlangsung. Kalau nak bagitahu jugak, bila dah balik sekolah. Setiap malam aku akan bercakap dengan puteri tu. Kalau orang nampak aku kat luar, diorang takkan dengar apa yang aku cakap tapi diorang akan dengar aku yang menyanyi kat luar (Puteri tu kata).

Dua minggu dah berlalu, sebelum naik bas, puteri tu sempat jumpa aku, dia cakap ni hadiah (bunga) daripada dia sebab sudi kawan dengan dia selama 2 minggu. Tapi bunga tu mesti duduk di dalam air bukan tanah. Barulah bunga itu akan segar. So aku sangat gembira dan aku mengucapkan terima kasih kat dia. Sebelum balik aku sempat “selfie” dengan puteri tu dekat tepi hutan. Sampai separuh jalan, aku buka “phone” aku. Aku buka gambar aku masa dengan puteri tu, tapi bila aku buka gambar tu, gambar puteri di belakang automatik hilang sedikit demi sedikit. Dan bunga tu pun masih mekar di rumah opah aku. So sekian saja pengalaman aku dijaga oleh bunian selama 2 minggu. Lain kali aku sambung lagi cerita yer. Assalamualaikum.

Mohammad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4]

13 thoughts on “Penjaga Dua Minggu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.