Penjaga Misteri

Hai assalamualaikum. Aku D, kalau ada yang tak tau atau lupa, aku pernah share kisah pasal “Anak Patung” dulu. Tak silap aku Disember 2016. Kisah kali ni tentang kakak aku pulak. Macam biasa, kisah aku nak share ni masih kisah yang simple.

Ok, aku panggil kakak aku Zi. Zi tinggal kat Jalan SS3/80 Petaling Jaya. Dia memang tak duduk sekali dengan family aku sebab nak cuba berdikari duduk sendiri. Lagipun rumah yang dia tinggal tu dekat dengan tempat kerja dia. Zi kerja area LRT Asia Jaya, nama company apa aku tak ingat dah. Masa ni Zi takde kereta lagi, so pergi mana-mana memang bawak motor je. Waktu bekerja Zi selalunya petang sampai ke malam sebab pagi dia ada kelas. Hari-hari dia habis kerja pukul 11.30 malam. Agak lewat.

Siapa yang familiar dengan jalan kawasan rumah Zi, boleh taulah macam mana keadaan kawasan rumah tu. Lagi-lagi bila Zi pergi balik kerja, dia selalu ikut jalan dalam. Lagi la banyak simpang. Perjalanan tempat kerja Zi dengan rumah dia, lebih kurang 15 ke 20 minit. So kalau dia balik 11.30 malam, sebelum pukul 12 tu sampai dah la kat rumah.

Kisahnya bermula begini. Ada satu hari tu Zi dapat housemate baru, nama dia Ma. Ma kawan Nur, dan Nur ni kawan Zi. Tu pun Nur minta tolong sangat, katanya sementara je. Zi ni baik hati, bagi Ma duduk free. Tu lantak dia la. Diorang ni tak pernah jumpa sebab masa mula-mula Ma masuk pun, Nur yang tolong setelkan semua. Zi takde masa, pagi pergi kelas, petang balik kelas terus pergi kerja then bila dah tengah malam baru nak ada kat rumah. Tengah malam mesti Ma dah tidur. Weekend kalau Zi tak kerja, dia balik rumah family. Memang payah la nak bertembung. Pernah jugak Zi cuba nak berkenalan dengan Ma, tapi bila dia panggil-panggil dalam rumah, takde respon. Mungkin Ma takde kat rumah. Pintu bilik sentiasa berkunci. Transport pun Ma takde. So Zi tak tau Mi tu sebenarnya ada kat rumah ke tak.

Semenjak Ma tinggal dengan dia, ada dua perkara yang kena kat Zi. Pertama, Zi selalu rasa sakit-sakit badan bila bangun tidur, terutamanya bahagian kaki. Rasa berat dan tak boleh nak angkat, tapi bukan cramp. Kalau cramp kaki langsung tak boleh nak gerak, tapi ni kaki masih boleh gerak cuma rasa sakit dan berat. Sebelum dapat housemate baru, okey je dia bangun tidur. Takde sakit mana-mana pun. Nak kata penat belajar dan kerja, sebelum-sebelum ni pun masih okey. Then bila dia mandi mesti akan ada kesan-kesan lebam area peha dan betis. Lebam-lebam tu bila tekan takde rasa sakit langsung.

Perkara kedua yang jadi kat Zi, bila dia balik kerja. Dalam perjalanan nak balik tu memang kena lalu banyak simpang. Simpang pertama dia masuk lepas dari roundabout dekat dengan sekolah, dia nampak macam ada seseorang. Lelaki pakai baju merah berdiri tepi jalan. Muka tak nampak sebab lelaki tu tunduk je. Bila dah nak sampai simpang kedua, Zi tengok kat side mirror, lelaki tu dah takde. Tapi, lelaki tu ada kat simpang tepi jalan kedua tu pulak. Zi terkejut. Takkan la manusia boleh lari dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat. Masa ni Zi dah tak sedap hati. Ada sesuatu ajak dia main cak-cak ke. Dia tau tu bukan manusia. Dan untuk yang kesekian kalinya, masuk simpang ketiga, lelaki tu masih ada berdiri kat tepi jalan. Zi terus pecut bawak motor dia laju-laju.

Dalam kepala Zi, jangan la lelaki tu ada lagi sebab dia nak kena lalu lagi tiga simpang untuk sampai rumah dia. Tapi, lelaki tu tetap ada, ada dan ada. Yang paling Zi tak sangka, dia sampai nak jatuh motor bila dia nampak lelaki tu berdiri tepi gate rumah dia. Bila dia nampak lelaki tu, cepat-cepat dia tekan remote gate, tapi tak mau bukak. Berpeluh-peluh Zi tekan remote gate tu smpai button remote tu lekat ke dalam. Bayangkan la macam mana cuaknya Zi nak masuk rumah bila lelaki tu berdiri tepi gate rumah, dengan berdiri tegaknya, tunduk je tak angkat-angkat kepala. Zi memang takde pilihan, last-last Zi langgar je gate sampai jahanam gate dengan bahagian depan motor dia, lepas tu terus lari tak pandang belakang naik atas masuk bilik. Dah masuk bilik baru rasa sakit sana sini sebab pergi langgar gate rumah dengan motor. Jantung dia jgn cakap la, berdegup laju gila.

Sementara tunggu motor elok, bengkel tu bagi satu motor lain. Masuk hari seterusnya bila balik kerja, dia nampak lagi lelaki tu. Yang buat Zi ada rasa berani sikit, walaupun lelaki tu ada kat setiap simpang jalan, dia tak pernah tunjuk muka, cuma tunduk je. Hari demi hari lelaki tu ada kat setiap simpang jalan Zi balik kerja. Mula-mula Zi fikir, mungkin jalan atau tempat tu berhantu, tapi kenapa baru sekarang dia kena macam ni. Sebelum ni memang tak pernah ada masalah.

Benda ni berlarutan hampir sebulan, dan akhirnya Zi buat keputusan untuk bagitau family pasal lelaki tu. Family pun bawak la Zi jumpa dengan sorang kenalan ni, Uncle Man. Uncle Man cakap, jangan risau, lelaki tu nak jaga Zi je. Kira penjaga Zi la. Penjaga? Eh, mana pulak datang penjaga ni, family kitorang tak pernah ada penjaga, pendamping atau bela apa-apa pun. Macam-macam Zi tanya Uncle Man, dari mana lelaki tu datang, untuk apa jaga dia, kenapa dia, tapi Uncle Man senyum je.

Lepas Zi balik dari jumpa family, motor dia pun dah okey, gate dah repair, Zi pergi kelas dan kerja macam biasa. Dan alhamdulillah di setiap simpang jalan nak ke rumah dia, dah takde lelaki tu. Ma dah keluar tanpa bagitau apa-apa. Nur pun tak tau mana Ma pergi. Kunci rumah dia tinggalkan kat peti surat. Zi masih teruskan kehidupan dia kat situ tapi, dia tak terima mana-mana housemate sejak kejadian yang jadi pada dia. Dia rela duduk seorang diri. Bukan apa, ada housemate tapi macam takde, tak pernah jumpa. Lepas tu, jadi benda-benda pelik.

Sekarang pun Zi dah pindah dan dah kahwin. Pasal housemate tu dia anggap bukan rezeki dia nak berkenalan dengan Ma, dan harap sangat antara Ma dan lelaki penjaga ni bukan satu kebetulan. Tapi tu lah, masih menjadi tanya tanya kami satu family sampai sekarang, siapa lelaki penjaga misteri yang jaga Zi sebelum ni. Wallahu alam.

Terima kasih admin dan pembaca baca kisah tentang kakak aku yang biasa-biasa ni. If ada support, aku share lagi kisah lain. Bye geng!

D

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Penjaga Misteri”

  1. ‘Zi memang takde pilihan, last-last Zi langgar je gate sampai jahanam gate dengan bahagian depan motor dia’

    Part ni memang tak masuk dek akal. agak2 patot la dik oi

    Reply
    • Kalau dah takut sangat, pintu kayu pon boleh jahanam dengan tendangan kak oi. Rasa dulu pengalaman tu, haa pstu tengok gate kau boleh tak jahanam dengan hentaman yg kau buat.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.