Penjaga Rumah Kosong

Hai semua…

Biar aku namakan diri aku Kak Di. Kisah ni dah lama. Masa aku dalam 4 atau 5 tahun macam tu. Sekarang aku dah 40 tahun. Jadi lama kan? Kisah ni jadi masa kami duduk menyewa kat Simpang Renggam Johor.

Masa kecil dulu Malaysia ni agak aman. Tak risau pun nak biar anak-anak pergi kedai masa kat kampung. Petang-petang main satu kampung pun takde masalah. Masih ramai yang baik hati dan suci mindanya. Sekarang tak bolehlah. Ramai manusia sakit jiwa. Tak boleh biar anak-anak keluar tanpa pengawasan.

Eh berbalik pada cerita aku. Sebab dulu Malaysia amanlah benda ni jadi pada aku. Haha…. Masa aku umur 4 atau 5 tahun tu, kakak-kakak dan abang aku semua dah sekolah rendah. Ayah aku Cikgu. Mak pulak surirumah. Jadi Mak selalu minta aku pergi kedai. Bukan mak saja, jiran-jiran terutama Nenek (pemilik rumah sewa yang kami duduk) pun selalu minta aku beli barang kat kedai.

Aku tak kisah. Lagipun selalu dapat upah. Nanti aku beli asam atau keropok untuk dimakan masa balik sambil menyanyi riang.

Satu hari aku diminta ke kedai macam biasa. Aku pun jalan macam biasa ke kedai. Adalah dalam 10 minit jarak kedai dari rumah. Memang akan lepasi satu rumah besar yang memang selalu takde orang diami. Tapi kawasan rumah tu cantik. Siap ada pokok pagar yang cantik. Yelah, zaman dulu kampung memang takde pagar. Jadi aku rasa pemilik tu jadikan pokok pagar tu untuk tandakan kawasan halaman rumah dia.

Entah kenapa hari ni gatal pulak tangan aku untuk petik daun-daun tu. Yelah, gembira kan dapat upah untuk beli jajan. Siap nyanyi-nyanyi lagi.

Balik dari kedai tu aku rasa macam tak best. Tapi sebab kecil lagi, aku tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu. Sampailah petang tu, kami adik beradik duduk sama-sama makan bubur. Masa tu aku dah tak sedar apa-apa dah. Cuma kakak aku beritahu mata aku dah naik ke atas, mulut pulak berbuih-buih. Mulanya dia ingat aku buat lawak. Diaorg pun pakat gelakkan aku. Tapi lama sangat buat lawak, jadi dah tak lawak. Kakak-kakak dengan abang aku pun beritahu Mak. Kelam kabutlah Mak sebab Ayah dah pergi surau untuk solat Maghrib.

Jadi malam tu Ayah aku panggil geng surau dia datang rumah. Ada sorang Ustaz tu memang pandai ubat orang. Dia pun ubat aku. Kakak aku cerita, aku menjerit-jerit masa diubat. Siap cakap nak balik- nak balik, tapi punyalah degil benda tu taknak keluar dari badan aku. Lama jugaklah aku diubat.

Rupanya itu hantu raya yang jaga rumah tu. Bila aku petik-petik daun-daun tu, benda tu rasa aku ni ancaman. Benda tu rasa aku mencuri hak milik tuan dia kot.

Sepanjang aku diubat malam tu memang aku tak sedar. Bangun pagi pun aku tak ingat apa-apa. Tapi badan semua sakit-sakit. Cuma bila ingat-ingat balik, ada yang waktu aku sedar kejap. Aku dah berdiri kat pintu jerit-jerit nak balik. Ustaz pun kata baliklah. Tapi tinggalkan budak ni.
Ada jugak yang aku ingat, aku jerit panggil nama mak aku sebab sakit. Mak aku dah menangis-nangis dah.

Kiranya malam tu gemparlah kampung kami sebab kejadian tu. Sejak dari tu, aku insaflah. Mak asyik pesan jangan kacau apa pun barang orang. Kita tak tahu siapa penjaganya.

Harap korang terhiburlah walaupun kisah ni pendek. .. Assalamualaikum gais

Diba

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 3.8]

15 thoughts on “Penjaga Rumah Kosong”

  1. Nayo betooiii tuan umh letak penjaga super alert cmtu…
    Petik daun pn jd kerja semalaman…
    Abis tu klu lembu kambing yg makan cmne???
    Ke xper sbb spesis haiwan…?

    Reply
  2. betullah. zaman kecik2 aku dulu rileks je budak2 main luar rumah lari2 satu taman perumahan. mak2 tak risau pun (tp tetap marah lah kalau balik lambat sbb tak elok senja2 duduk luar rumah). aku dulu sekolah kampung, balik jalan kaki lalu tepi2 semak, tepi hutan semua pun alhamdulillah takde apa2. lepas sekolah boleh keluar pegi kedai dkt rumah org tepi2 jalan dkt kampung2. ahh indahnya zaman kecilku.

    eh, anyway, best cerita ni walaupun sgt pendek and simple je.

    Reply
  3. mengimbau kenangan lalu.
    zaman 80-an mmg macam tu.
    aman tenteram.
    malam – malam kena suruh pergi kedai beli ubat nyamuk la apa la.
    rumah berdekatan kubur pulak tu.
    jalan pun pandang depan je tak tengok kiri kanan. 😀

    Reply
  4. Zaman 80an mmg best.. Mandi sungai sorang pun slmt.. Jln kaki pagi buta gi sekolah pun x takut.. Gi kedai mlm pun x takut.. Takde org culik pun.. Rindunyaaa zaman tu

    Reply
  5. pegi balik sekolah ikut jln dlm so kena rentas ladang2 getah dan jugak kaw kubur yg terletak kat pinggir kg bila sampai je kat kubur semua pakat berlumba2 lari mmg sunyi gila kawasan kubur maklum ler ujung kg dlm ladang getah pulak tu, tapi jiwa kanak2 80 an mmg kental, mana semak tak masuk, mana hutan tak redah mana sungai tak terjun hahaha

    Reply
  6. Sy pn membesar di spg renggam.pnh 1 mlm, naik moto ngan arwah ayah g ‘moh heng'(pasaraya).. Blik tu lalu kg chokro, ade ppuan tahan moto tepi jalan. Sy siap lambai lg, ayah terus pecut moto lelaju..rupenye ayah xnmpak pon ppuan tu.dlm 4-5thn umur sy mse tu..

    Reply
  7. Bestnya berada dlm zaman tuu….zaman skrg xder dh semua tuu..semua kene dijaga rapi…ermmm….btw cerita yg disampaikan ni sampai…..terbaik…nanti blh cerita lagi lah ye penulis…heheee

    Reply
  8. Terkenang semasa tahun 80an, pintu rumah depan tak berkunci pun takpe. Ramai kanak-kanak dan jiran tetangga setaman kenal satu sama lain. Masa 90an pun masih Okey sebab adik bongsu saya merayau masuk ladang kelapa sawit naik basikal sorang-sorang pun selamat gak. Baru tahun lepas dia citer, patutlah setiap petang badan dia bau hamis peluh je masa tu, sampaikan adik lagi sorang tu panggil dia “anak ikan”. Pandai pulak dia jawab, kalau aku anak ikan maksudnya mama pun ikan jugak kan hahaha.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.