Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana sudi publishkan cerita seram yang tak begitu nak seram ni sebab cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar sebagai penulis. Jadi aku cuba untuk tidak menokok tambah sangat dan cuba mengorek memori-memori seriau yang aku cuba lupakan untuk teruskan kehidupan seperti biasa.
Sebagai introduction, aku adalah penulis skrip drama tempatan part time yang job tak begitu nak hado. Idea banyak, bilangan proposal drama adalah jugak dalam 8 ke 10 cerita yang belum diapprove oleh TV station tersimpan dalam hard drive. So selepas few years sibuk sebagai housewife, baru sekarang aku mula rajin mencari idea semula untuk menulis, mungkin ada rezeki dalam menulis novel cerita kahwin-kahwin paksa pulak.
So recently, sambil bukak fail2 lama, aku terjumpa satu fail dokumen yang bertulis ‘Psychological Horror Notes’. Oh, aku teringat ada cerita seram yang aku tulis halfway. Sekarang kat TV bukan trend cerita seram, tapi kalau nak tulis cerita pendek atau novel masih orang layan ni. Click2 aku bukak fail tu. Bila baca, semangat aku nak menulis mula down. Damn. I forgot this part of my life.
Rupanya synopsis cerita seramnya satu perenggan, tapi yang panjang lebar berjela nak dekat 7 muka surat adalah nota-nota seram daripada gangguan sebenar yang aku alami zaman aku anak dara dulu. Ayat berterabur, grammar out, bahasa pun ada yang tak paham, nampak sangat cuak dan unstable. Tapi sedikit demi sedikit aku mula ingat kejadian tahun 2011 di mana aku agak out of function sekejap sebab diganggu hampir setiap malam tanpa aku nampak apa ke benda yang menganggu. Adalah jugak sampai ahli keluarga aku bawak berubat dan aku dapat sedikit penjelasan daripada seorang Ustaz.
Sebelum berubat tu, aku agak lost dalam dunia sendiri, pendam sorang-sorang. Memang aku tak pernah cerita kat sapa-sapa pun sampai sekarang, orang bawak aku berubat pun, sebab nampak aku dah tak betul. Susah nak cerita dekat orang, sebab bukan kena kejar dengan langsuir, dengar jembalang ketawa ke, pocong kat belakang kereta ke, bukan. Gangguan dia tak macam tu. Gangguan dia secara dalaman, slow and steady. Berdebar-debar. Rasa macam kau bukan sorang dalam bilik. Dan ada benda yang tengah perhati je kau dekat-dekat. Bila kau cuba fokus dalam kerja kau ada bunyi barang jatuh sampai kau terkejut beruk. Tapi barang mana yang jatuh? Takde!
Anyway, aku memang jenis suka duduk bersendirian duduk dalam bilik, lepas balik kerja samada tengok TV, download torrent, main game kat PC atau cuba-cuba menulis. Semuanya dalam bilik. Bilik sebelah bilik adik, tapi selalu kosong sebab dia selalu tidur rumah kakak. Bilik belah depan pulak bilik mak. Bilik tu rasa sejuk sikit sebab mak selalu mengaji. Bilik aku? Harommm jadah pemalas. Terus terang aku confess, zaman tu memang zaman jahil aku, mak bebel2 pun aku iyekan aje.
Di sini aku copy paste nota aku, permulaan transition di antara fiksyen dan jurnal:
“Insert the element of flashback from ancient periods. It will explain the origin of the evil power.
I was making small notes until I start having real disturbance in my nights.
Disturbance 1- Date 4th Nov 2011
The first dream was so vivid and it was an hour after I dozed off…”
Basically hanya selepas sejam tidur, aku terjaga daripada mimpi yang menakutkan sampai ketakutan menulis untuk menahan mata daripada tidur semula. Mimpi tu mula macam biasa, aku di rumah lama zaman kanak-kanak aku di Gombak, tetapi duduk dalam Myvi sorang-sorang. Aku menjerit nama maid untuk tolong angkat barang tapi suara tak keluar. Entah macam mana mimpi normal boleh jadi nightmare, bila aku makin rasa takut gila babs tanpa sebab. Takut sangat sampai nak nangis. Aku cuba keluar daripada kereta tapi stuck. Aku tahu ada benda dalam kereta tapi tak nampak, tak boleh buat apa. Entah macam mana tiba-tiba aku ada dalam bilik tidur pulak dengan tingkap terbukak luas. Bila masa pulak tingkap aku sebesar ni? Tapi rasa takut tu masih ada. Aku masih rasa tak selamat.
Dekat tingkap besar yang non existence tu, kebetulan pulak opposite arah kiblat, ada terapung lembaga putih seperti hantu cliché yang lain, sarung kain putih, rambut panjang serabai tapi takda muka, ataupun aku tak ingat muka macamna. Dia warning kaw-kaw dekat aku, terang-terang aku ingat dia nak apa.
“Takut? Kau ingat rasa ni! Inilah yang kau akan selalu rasa kalau kau teruskan!”
Ayat dia aku tak boleh nak ingat sebijik-sebjik, tapi aku paham sangat dia cakap apa. Aku tau dia nak apa. Aku ingat warning dia. Memang aku kena sound, dan aku tak rasa semuanya daripada imaginasi sendiri. Dia tak bagi aku sambung menulis dan research cerita seram. Cerita tu baru rangka je pun. Pasal sekumpulan orang yang terperangkap dalam hostage situation, tapi kena rasuk dengan syaitan seorang demi seorang. Tukar-tukar, kejap perompak, kejap mangsa tahanan. Belum lagi pergi research beriya interview mangsa rasuk ke.
Tapi yang pasti, ada ‘benda’ yang tak nak aku teruskan menulis. Dalam jurnal ni aku tulis aku macam separuh jaga, aware than I’m still sleeping, terasa panas sejuk kat pipi belah kiri, ada benda sebelah pandang aku masa tidur. Tapi aku masih cuba selamatkan diri dan lari tidur ke bilik mak, naik atas katil dia, selimut tutup muka. Aku ingat aku selamatlah. Tapi selimut slow-slow kena tarik. Khinzir! Mak tak sedar ke? Masalahnya aku mimpi je lari ke bilik mak, I’m still inside my freaking room! Bangun! I have to wake up!
Akhirnya entah macam mana, aku terjaga dengan ketakutan yang amat sangat. Seram sejuk all over. Baru pukul 4 pagi, besok nak kena kerja dan aku takut giler nak tidur balik. Sebab aku tau, bukan aku sorang dalam bilik. Aku boleh rasa, tapi tak boleh nampak. Kalau orang labelkan ia hijab, then aku bersyukur giler mata aku berhijab, sebab aku tak boleh nak nampak apa kejadahnya dalam bilik aku tuh. I will never know, and I don’t want to know.
Itu baru gangguan pertama yang aku catit. Duration pengalaman2 seram ni tak lama pun, berdasarkan nota2, dari bulan November sampai Disember je, tapi jadi impak besar dalam hidup aku yang aku rasa patut share dengan orang lain untuk dijadikan pengajaran. Sebab puncanya semua daripada aku sendiri. Masa bulan October tu dekat Astro ada Halloween Fest, jadi sebulan penuh dengan kisah hantu, kisah jijik seram Hollywood dan Asia. Aku rasa wow, menariknya kalau aku boleh tulis cerita horror sepam dua. Aku yang attract benda-benda tu, tengok TV sorang-sorang dalam bilik fefeeling Stephen King writing his craft. Tapi iman aku tak cukup kuat, orang lemah semangat sensitif jangan cari pasal.
Ok, aku berhenti dulu setakat ni, mungkin sambung lagi kalau ada orang lain yang relate. Ye lah, gangguan biasa-biasa tapi tak boleh nak cerita macam mana kat orang yang tak pernah lalui. Kau pernah rasa tak masa tutup mata, baru nak tidur, tapi ada satu rasa. Rasa ada ‘benda’ tengok kau. Hishhh. Dah 2017 ni pun masih terasa seram sejuk bila taip balik kisah ni. Walaupun aku dah matang sekarang, dah tak sepenakut dulu, aku takleh over sangat layan menulis ni, nanti kang kena warning lagi.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
mula2 baca dah seram kt perenggan no 2 tu lagi seram dari cerita puan tulis kt bawah tu.. huhu..
apa kata puan buat novel seram sy rase lagi ok..hehe.. bukan ape da terlalu banyak lambakkan cerita kahwin paksa ni.. sekadar pandangan sy.
Betul .. Xpayah la tulis crite kawen paksa ke, kawen dgn Nanak org kaya ke.. Crlah idea Lain..
Saya pun da pengalaman seram dsabbkan salah dri sendiri mncari tajuk hantu utk movie maker pngajian di poli.Gambar hantu, bunyi gamelan, lagu pulangkan misha omar.. Mrnyesal x sudah
Gombak?Area mana? Ntah2 kita jiran haha. Btw this story itself can be a novel. Kudos to you and be safe wherever you are.
Akak-ii akak ..
buat la novel seram pulak ..
Kalau bleh dpasarkan bagi saya 1
Sya nk free,upah bgi cdangan yg atas tu
Hohoo guro-ii
Drama skrip apa yg kak dah tulis tu. Nak tahu jg…Hahaha… Haah betul kata salah Cik yat pleaselah jangn kawin paksa dah bnyk sngt. Org pun complain sbb asyik² gitu ja.
Memang macam-macam cerita ada kat Gombak tu ..
dia baru nak start tulis cerita seram tu… baru rangka dah kena haruk siap warning korang ramai2 suggest dia buat novel.. haru hidup akak ni nanti kahkah
assalamualaikum wbt akak penulis. boleh pm saya x, banyak kisah seram dan benar saya nak story atau bukukan/publish, cuma xtahu mcm mana dan jalannya.. maybe akak penulis ada idea.. boleh bagi email x akak penulis?