Penumpang Misteri

Hai & assalamualaikum! Aku Ira. Ingat tak yang cerita pasal xray department kat hospital Perak tu? (http://fiksyenshasha.com/kisah-praktikal-di-hospital-di-perak/) Heheheheh aku perhati yang komen, share tu akak2 & abang2 xray je. Mesti diorang wonder siapa aku. Haha okay dah. Kali ni aku ada cerita. Tapi bukan cerita pasal hospital dah. Ni pasal penumpang misteri. Aku punya cerita memang sama macam cerita2 uber yang orang duk viral tu. Tapi ni memang kisah benar. Takde ciplak.

Cerita dia macam ni, aku sekarang tengah cuti sem. (aku sambung belajar lepas diploma). Kejadian ni jadi lepas raya baru ni. Aku buat parttime cari duit poket jadi uber driver kat kuantan. (mesti ada yang wonder siapa ira yang stay kuantan hehehe). Masa mula2 dulu aku buat sampai pukul 2 pagi (terlebih semangat, nasib parents memahami).

Ada satu hari ni, tak silap aku time tu seminggu lepas raya. Aku start pukul 9 pagi – 2 petang & 7 malam – 2 pagi. Aku macam dah seronok buat sampai tak fikir ape dah. Sampai la aku sendiri yang kena. Time tu pukul 1 pagi. Aku dah drop customer kat area Perumahan Bukit Pelindung. Tiba2 ada pin dari Yanti. So aku accept je la untuk last trip la kiranya. Location yang dia pin tu kat area SKAC (taknak bagitau nama full sekolah tu but i bet orang kuantan tahu nii.) Dia suruh aku pick up dekat bus stop sekolah tu je. Ada la dalam 10 minit tunggu. Dah la area situ seram jugak. Tak seram sebab ape, tapi sebab aku sorang. Aku fikir kalau 5 minit lagi dia tak sampai aku gerak balik je. Tiba2 ada orang bukak pintu belakang, ada perempuan cantik duduk. Kus semangat sebab terkejut.

“Assalamualaikum, kakak;” sapa perempuan tu.
“Waalaikumussalam, lewatnya hehe ingat dah tak ada orang tadi. Baru nak balik.” jawabku.
“Ada, cuma takut. Saya tunggu kat tadika tu ok sikit” jawabnya. (tadika tu atas pada sekolah tempat aku pickup dia) Aku pelik, kenapa tak tunggu kat sekolah, kenapa mesti kat tadika. Ah biar la, yang penting dia manusia, bukan hantu (confident je).

Aku curi2 pandang dia. Cantik, comel, putih. Memang kalau aku ni lelaki pun boleh lemah iman. Ok gurau.

Aku ni jenis tak suka sunyi sangat, so aku akan borak2. Passenger layan ke tak tu belakang kira.

Aku tanya dia, “tak takut ke keluar malam2 ni, dah lewat pulak tu. Tunggu pulak kat tempat macam ni.” Tiba2 bau wangi semerbak dalam kereta. Terganggu jugak la emosi tapi husnuzon je maybe dia suka perfume ala2 classic gitu.

“Takut? Tak la, kalau cukup ilmu okay je” jawabnya.
Aku angguk. “Asal mana?” aku tanya lagi.
“Asal Semarang.”
“Ohh semarang. Jarang jumpa orang dari sana”. (acah2 tahu padahal aku tahu bali, jakarta, lombok, medan je)

GPS Waze mengarah ke destinasi iaitu ke kawasan perkampungan Beserah. Antara tempat yang aku kurang suka. Sebab dah pernah kena kacau. Tapi sebelum buat Uber lagi.

Yanti jawab “Ada je kak. Kami orang dari sana kuat2, berani.”
“Maknanya tak takut hantu la ye? Haha” aku saja bergurau. Memang saja cari padah. Tapi time tu bulu roma dah meremang habis.

Dia pun jawab lah, “kami orang sana memang tak takut hantu, malah kami berkawan dengan hantu.” sekali lagi telinga aku berdesing.
Lampu kereta terasa malap.Jalan ke perkampungan tu memang gelap. Kereta terasa berat. Tiba2 hujan membasahi bumi.

Aku nak sedapkan hati, tanya lagi “biar betul kawan dengan benda tu?”
Dia jawab, “betul kak, ngak tipu. Dulu yang tua berumur banyak membela. Tapi sekarang yang muda taknak bela. Cuma kalau nak bela apa salahnya kan. Untuk keselamatan batiniah.”

Ahh sudah. Aku dah makin seram. Dah tak berani nak pandang cermin pandang belakang. Waze dah tunjuk tempat yang dituju hampir sampai. Dia suruh aku berhenti berhampiran dengan tanah perkuburan.

Gulp. Aku dah telan airliur. Rasa semacam je tapi aku kuatkan semangat jugak. Time dia nak turun tu, aku baru nak off application tu. Tiba2 Yanti cakap “kakak, jangan tutup lagi ya, tutup bila dah sampai ke Bukit Pelindung.” aku pelik campur berdebar.

Taktau kenapa aku angguk je. Dia keluar dari kereta,. Aku terus keluar dari kawasan tu. Proton Saga aku meluncur laju tapi masih berhati2. Fikiran aku dah celaru. Teringat ayat Yanti tadi. Biar betul nak suruh aku pergi tempat tu. Tapi dalam kereta tak ada orang. Untuk ape? Dalam hati dah fikir, nak off je & balik ke, ikut je apa dia cakap? Jam dah pukul 2 pagi. Patutnya aku dah balik. No harm kat aku memandangkan dia bayar pakai kad kredit.

Tapi aku fikir lagi, kot la memang ada ‘benda’, mau nya dia ikut aku balik rumah. Huh, bola roma meremang lagi. Aku cuba beranikan diri jeling ke cermin pandang belakang. Sah tak ada apa. Tapi wangi masa Yanti masuk tadi masih ada. Aku dah istighfar, baca doa habis tunggang langgang dah. Aku buka radio untuk memecahkan kesunyian. Kenapa la dari tadi aku tak teringat pun nak buka radio?

Sampai di Bukit Pelindung, aku berhentikan kereta. Aku dah bersedia nak U turn & pecut. Tiba2, macam ada angin kuat masuk seolah2 pintu kereta dibuka. Padahal tak buka pun. Serta merta bau wangi hilang, & dapat rasa kereta aku dah tak mendap. If you know what i mean.

Aku terus off application & terus pecut balik rumah. Aku dah rasa tak sedap badan dah. Tiba2 ada text message masuk, ucap terima kasih sebab ikut cakap dia. (yanti). Dia sempat tanya, ‘benda’ tu tak kacau kan?. aku dah memang rasa semacam.

Malam tu, dalam bilik aku tiba tiba ada bau wangi sebiji macam bau dalam kereta aku. Sampaikan dalam kepala aku dah terngiang ngiang apa yang si Yanti tu cakap. Esoknya terus aku demam, dan malam aku meracau racau. Lepas pada tu family memang tak bagi aku buat Uber dah. Menganggur la aku cuti sem kali ni. Sebab tak ada yang nak ambil kerja tempoh kejap je. Ok sekian dari saya, Jxr Ira. Maaf jika cerita kali ni tak seram. InsyaAllah ada kelapangan aku cerita kat hospital pulak.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “Penumpang Misteri”

  1. Eii seram la ni.. tapi boleh buat sampai 2 3 pagu tu memang power la untuk seorang perempuan yang tak tahu mana destinasi yang akan penumpang pegi

    Reply
  2. kak yulie… oooo kak yulie…..!

    saje nk bagitahu ni haaaaa… kita semalam beli periuk nasi komputer tafel. pastu petang td beli sambal ikan bilis dlm tin, panaskan dlm periuk nasi tu. lepas tu kita campur sekali nasi putih dlm periuk tu, gaul2, ala2 nasi goreng ikan bilis gitew. dah siap, berkumpul la semua geng2 sajat td makan nasi goreng kita. ngn sajat2 sekali datang u know. meriahhh kemain. suke kite

    Reply
    • Org ado2 ni pakai piyok pon tefal gitu…
      Makan reramei ni msk ape pon tetap makan tu sedaappp dan mcm x kenyang2…
      Kena plak smbl mkn smbl borak, tup2 memasing dh nak bermistik2 buat2 ilang ingatan sape abiskan makanan bebanyak tu, hahahahah…
      Siap Sajat pon join ko, akk is jeleesss…
      Kirim salam kat Sajat…
      Akk sukeeee tgk die membebel, hahahahha…
      Lg satu sukeeee tgk time die sental muke ngan sabun pink jangan mengata tuuu…
      Heheheheehe…

      Reply
      • Akk mmg dah lameee tingin nk sabun pink tu, sbb tgk sajat sental mcm freesshhhh jer sabun tu…
        Tp tulah bile g JB lupeee jer nk try singgah kat salun sajat tu…
        Kat tempat lain kiosk2 jamu lelain ade tak???

        Reply
  3. Beraninyeeee buat Uber sampai pepagi rabun buta warna ko dik…
    Klu akk nk kena drive time cenggitu sensorg, mmg akk terus buat2 pitam ke, lesen m**i ke, roadtax tercabot ke, nombor plat patah ke, tinted koyak ke…
    Papepon pasni take care lelebih sket…
    Pastu jgn berani sgt taauuuu…

    Reply
  4. Agaknya ada 2 yg menumpang. Satu turun dulu. Yg lagi satu turun Bukit Pelindung. Mungkin Yanti manusia dan yg lagi satu… erm. ‘Kawan’ dia kot? Apa jadi agaknya kalau tak dengar cakap dia & tutup app tu dulu?? Sedangkan dengar cakap pon kena kacau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.