Penumpang Misteri KTM

Assalamualaikum dan hai,terima kasih siarkan cerita aku.

Intro diri aku.aku – perempuan,dan aku mudah ‘nampak’ sejak kecik lagi.tak la frequent sampai hari2 yang orang katakan ‘terbuka hijab’,tak,aku bukak hijab aku marah la bapak aku,cuma aku mudah nampak ‘benda2’ macam tu dari orang lain.

Let’s cut the chase.kisah aku.

Kisah ni berlaku dalam dua tiga tahun lepas.Di dalam KTM.Aku tak tahu la seram ke tak,tapi aku nak jugak share.hehe.

Kalau kau familiar naik KTM,kau mesti ingat masa laluan KTM belum diubah.Masa tu aku baru dapat kerja di Sungai Buloh.kerja di hospital.tapi aku bukan bahagian kesihatan,aku kerani biasa je.hoho

Alkisah hari tu,sehari sebelum raya.aku balik lewat pasal kena cover kawan2 aku yang ‘tiba2’ MC dan EL secara misteriusss sehari sebelum raya.bengang jugak la,tapi diam je la pasal baru kerja kan.ha.

Aku tak ada pilihan dah,rushing terus la ke stesen KTM pasal aku nak naik bas kat TBS pulak nih.mujur beg pakaian aku angkut sekali pagi tadi.bas pukul 10.30 pm tapi pukul 7 petang macam tu aku baru terkedek-kedek pergi punch card,ko ghase?tak rasa kuih raya dah wuu.mujur ada kakak tempat kerja aku tu baik hati tumpangkan aku ke stesen KTM pasal dekat2 rumah dia.ye la teksi pun dah takda time tu.

Sampai dalam pukul 8 tu aku rush bukak puasa, solat apa semua kat surau KTM sempat la aku naik train pukul 8.52 pm.time tu duk doa sempat la sampai TBS,sungai buloh dengan stesen TBS agak jauh jugak der.kebetulan – aku dapat coach yang tak ramai orang.train tu ada je orang lain tapi tak ramai.

Aku duduk seat yang panjang tu,aku keluarkan novel,pakai earphone sambil dengar lagu.tak lama train tu berhenti kat Kepong Sentral,ada pakcik tu naik,duduk seat depan aku,tapi agak jauh dari aku.alah faham2 la seat panjang dalam KTM tu.pakaian pakcik tu lusuh,dia pakai baju tshirt merah,seluar pendek.

Mula2 pakcik tu bercakap sorang2,aku dah macam seram dah,aku fikir,kalau dia tetiba bangun,aku nak lari couch lain.sah pakcik ni sakit mental kot sebab dia duk membebel sorang2,tapi aku tak dengar la apa dia cakap pasal aku sumbat earphone kat telinga.aku jeling2 dia dari novel aku,pahtu aku sambung baca novel.

Habis satu mukasurat aku intai balik pakcik tu.aik!ada lelaki pakai sut sebelah dia.kemas,segak.pakai blazer necktie semua.bila masa brader ni datang?tak perasan aku.tu la,pakai earphone sangat.dia duk layan pakcik tu cakap.aku anggap mungkin brader ni seorang yang sangat baik hati dan merendah diri pasal dengan pakaian dia,perwatakan dia,tak sesuai nampak dia duduk dalam KTM,bersebelahan seorang lelaki tua sakit mental.punya la pakcik tu seronok bercakap dengan dia,dan brader tu layan je.siap angguk2.geleng kepala.senyum.aku pun dalam keadaan kagum dan terharu – sambung baca novel.

Tiba2 mesej masuk dalam telefon,mak aku mesej tanya dah kat mana.phone aku ni kalau mesej masuk,dan aku tak on dalam mode silent,lagu mp3 automatically tertutup.dan aku dapat dengar butir perbualan pakcik sakit mental tu.

“budak tu boleh nampak kau.dia nampak.dia nampak bukan aku sorang nampak.dia nampak,budak tu,tu,tu,dia nampak.”

aik?nampak siapa?aku pun pandang pakcik tu.dia siap tunjuk2 aku kat brader tu.

dan brader pakai kot tu pusing,pandang aku.

ya Allah!masa tu rasa sejuk satu badan.mata brader tu – hitam!lansung tak ada warna putih.hitam sehitam kot yang dia pakai.baru aku perasan muka dia pucat sangat2.

dia senyum.menampakkan dua batang taring.

aku apa lagi – angkat beg – terus aku lari ke couch lain.nampak aunty india tengah tersengguk-sengguk nak tido,aku cepat2 duduk sebelah dia pasal takut sangat,kesian dia terperanjat pasal aku duduk tiba2.

Dengan tangan menggeletar,segera aku pasang surah2 yang ada dalam handphone aku,dan aku dengar melalui earphone,sambil aku ikut baca terkumat – kamit,hingga aku tenang sikit.tu la,tadi duk layan lagu lagha,sekali dah kena baru nak bertobat.iskk

Aku selamat turun di stesen TBS tanpa ada gangguan,selamat naik bas,dan selamat sampai di kampung.

Aku tak pasti brader tu siapa(atau ‘apa’.)mungkinkah dia cosplayer?(jadah apa engkau cosplay macam tu time malam ha setan?takut aku!)mungkin dia ada masalah kesihatan yang membuatkan mata dia jadi hitam macam tu?dah tu taring tu apa?aku anggap gigi taring manis je la.husnu zhon je.hah.hari raya pertama aku demam dek pertemuan tu.

Jika bukan manusia,anggap sahajalah beliau itu – jin dan iblis yang nak sesatkan kita.sebenarnya yang lebih menakutkan adalah – orang yang suka MC dan EL tanpa sebab munasabah,lalu menyusahkan rakan sekerja lain!

hehe.

Ada masa,umur panjang,aku menulis lagi.

-Lady

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *