Penunggu Air Terjun

PENUNGGU AIR TERJUN

Hai pembaca FS, selama ni aku jadi pembaca setia FS sahaja, tapi kali ini terpanggil untuk cerita pengalaman aku sendiri pergi tegur kawan aku baru balik mandi air terjun waktu magrib. Ini cerita betul dari pengalaman aku sendiri.

Aku ini penuntut di sebuah university dia area utara sana. Satu hari tu, jiran depan bilik, merangkap kawan selalu lepak berjemaah makan dekat bilik (mereka ni bertiga, kawan course sama mereka), pergi mandi air terjun area utara sana sampai maghrib.

Diorang keluar dari tengahari, lepas tu mereka lepak mandi semua dekat air terjun tu sampai maghrib, then kalau tak silap pukul lapan malam macam tu baru gerak balik. Itu pun bukan mereka balik terus, tapi mereka pergi sambung melepak dekat luar. Nak dijadikan cerita, lepas mereka semua balik dari melepak semua tu, salah seorang daripada tiga orang ni tiba-tiba demam menggigil teruk.

After balik class tengahari keesokannya tu, aku dapat call dari kawan yang demam menggigil tu. Dia duduk sorang dekat bilik sebab roommate dia pergi class. Then dia minta ubat demam apa semua sebab aku adalah pembekal ubat sejati a.k.a doctor.

Then lepas kelas, aku drive kereta laju laju balik hostel sebab nak pergi tengok dia, sebab masa dia call minta ubat dan suruh tengokkan dia lagi risaunya dia nangis-nangis.

Sampai je hostel aku terus pergi bilik dia, tengok keadaan dia. Bila dia buka je pintu macam ada satu angin keluar dari bilik dia. Aku macam terdiam dan dalam masa yang sama kawan yang sakit tu terus keluar dari bilik, nak muntah. Then aku pun duduklah sekejap dalam bilik dia. Rasa tak kena weh! Panas dan macam ada benda tengah perhati aku. Kawan yang sakit tu masuk bilik balik, aku pun check lah dia, bagi ubat semua.

Yang tak logiknya, tiba-tiba mulut aku yang tak berapa nak ada insurans ni pergi tegur kata, “hang bawa balik apa ni oi?”

Muka kawan yang sakit tu macam berubah bila dengar aku tanya macam tu. Lepas tu mulalah sesi soalan bertalu-talu dari aku.

“Aku duk tanya, hang pi mana semalam? Balik pukul berapa?”

Dia pun jawab dengan tak relanya. Dia kata, pergi mandi air terjun, balik pukul tiga pagi sebab pergi sambung lepak apa semua. Yang paling tak diterima akal, depa ni pergi mandi dan lepak dekat air terjun dalam keadaan uzur sampai maghrib! Jam tu juga aku bagi tazkirah percuma. Tak lama lepas tu, roommate dia balik dengan seorang lagi kawan baik dia.

Aku duk bebel dengan depa, “awat pergi tempat macam tu dalam keadaan begitu?!”

Lepas dah bagi tazkirah free, aku pun balik bilik dalam keadaan hati yang tak menyenangkan. Aku cerita dekat roommate aku pasal ni, roommate aku pula marah aku, kata, “awat pi cabui sangat mulut hang tu?! Malam sat lagi aku tak tahu na!”

Saat tu aku diam sahaja.

Malam pun tiba. Aku dengan roommate dah ready lah nak tidur dalam pukul 1:30 pagi macam tu. Hati sejak dari siang memang dah tak sedap dah, tapi buat buat chill like nothing happened. Dalam nak tidur tu, hampa pernah rasa dak tetiba hang baru je nak lelap, rasa macam roh hang melayang, ada dekat tempat lain sekelip mata. Ha, situation dia macam tu lah. Tetiba, hampa tahu aku dekat mana? Aku dekat gigi air dekat air terjun tempat kawan aku mandi tu. Aku nampak kawan aku tengah mandi dekat kawasan air terjun tu, dalam masa yang sama, aku ternampak ada satu makhluk tengah mencangkung tengok depa mandi.

Tetiba dalam sekelip mata, aku ada dekat tempat depa tengah mandi tadi dan benda tu tengah tengok aku dalam keadaan marah. Muka dia tak payah cakaplah! Sekelip mata sahaja aku nampak. Hang boleh bayang dak, orang asli macam dari zaman dulu yang pakai cawat je tu? Dia tengah mencangkung pegang macam kayu, lepas tu muka dia, badan dia semua putih pucat dengan muka yang sumpah hodoh weh.

Aku sumpah terperanjat dan dalam masa yang sama aku tersedar! Dalam masa yang sama juga roommate aku tetiba keluarkan bunyi macam orang mengerang, mengigau. Dia ala-ala bunyi harimau macam tu. Bulat mata aku pandang dia tengah tidur sambil mengerang macam tu. Tetiba roommate aku terjaga dan dia macam ketakutan.

Aku pun tanyalah,  “kau kenapa?” Sambil tu, aku pun takut juga.

Dia kata, “ada orang datang nak kacau kau!”

Lepas tu aku nak jerit Allahuakbar. Tapi… aku macam, “what?!”

Roommate aku tu pulak dah sedar pun tetiba mengaum plus mengerang. Aku yang memula takut pada skala tujuh, tetiba naik double jadi skala 14 sebab roommate aku.

Tetiba lagi sekali mulut aku yang tak berapa productive ni kata, “aku tahu. Dia datang dan marah aku sebab aku tegur dia.”

Roommate aku pandang aku macam nak lari terus keluar bilik sebab dia kata tetiba aku membebel bahasa yang tak diketahui. Yang aku ingat, tetiba roommate aku tepuk pipi aku sambil panggil nama aku. Then dia terus buka lampu bilik. Dia terus capai iPad aku sebelah katil dan terus pasang al-Mulk. Aku macam before tu, macam unconscious gitu. Roommate aku terus tanya aku, okay ke tak? Yang aku ingat, aku kata aku okay, tapi aku macam tengah marah diri sendiri sebab pergi tegur kawan aku tu. Lepas roommate aku tengok aku membebel sorang, dia terus tak tanya apa-apa dah. Dia buat tak tahu je dan terus tidur.

Lepas dah pasang al-Mulk dan ruqyah semua, aku tak boleh tidur langsung sebab bila aku tutup mata, aku macam nampak mahkluk yang rupa menakutkan tu tengah tengok aku. Macam tengah bagi amaran.

Dalam aku tengah melayan perasaan, tetiba aku bau benda yang tak menyenangkan sambil ada orang ketuk tingkap guna kayu. Aku terfikir juga, siapa yang ketuk tingkap kitorang tu, sedangkan kitorang duduk tingkat tiga?!

Aku pun buat tak endah, pasang ayat al-Quran kuat-kuat dan tidur jelah. Esok pagi, kitorang bangun, barulah aku cerita dekat dia semua benda tu. Roommate aku marah aku balik sebab gatal sangat pergi tegur apa semua. Lepas daripada tu kitorang kerapkan baca Yaasin dekat dalam bilik.

Untuk tambahan, bilik kitaorang selalu berbau kapur barus dan banyak lagi benda pelik-pelik berlaku. Nantilah kalau ada masa aku cerita benda yang selalu aku nampak tumpang dalam kereta orang or atas bas tengah malam. Kalau entry ni di post, aku akan cerita lagi okay

penglihat

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

15 thoughts on “Penunggu Air Terjun”

  1. Again, segalanye bermula akibat kekurangan diri sendiri. Kepada penulis, sekiranya kisah ini benar dan berlaku kepada penulis, saya nasihatkan segera berjumpa Yang lebih Arif untuk pulihkan ‘diri’. Khuatir perkara yang lebih buruk/agresif boleh berlaku.
    6/10

    Reply
  2. hbis gtu je? org lain yg pegimandi, penulis plk yg kena ganggu kaw2 pahtu xde kesinambungan ape alih2 “Lepas daripada tu kitorang kerapkan baca Yaasin dekat dalam bilik”

    dh tu ape jd ngn kawan yg pegi mandi tu

    Reply
  3. hbis gtu je? org lain yg pegi mandi, penulis plk yg kena ganggu kaw2 pahtu xde kesinambungan ape alih2 “Lepas daripada tu kitorang kerapkan baca Yaasin dekat dalam bilik”

    dh tu ape jd ngn kawan yg pegi mandi tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.