Penunggu Asrama SMK

KISAH ASRAMA SMK

Zaman persekolahan adalah saat yang paling manis dilalui setiap orang..bergelak ketawa, belajar bersama rakan-rakan, zaman cinta monyet, zaman semua benda hendak di terokai, hati penuh dengan sifat ingin tau. Momen yang sungguh tak dapat dilupakan.

Kali ni kisah aku berkisar tentang misteri di sekolah ku sewaktu aku berada di sekolah menengah dalam tingkatan 2 aku namakan sekolah ku sebagai SMK.
Melihat kawan-kawan duduk di asrama membuatkan aku pun teringin hendak duduk di asrama sekolah mana pernah berjauhan dengan umi dan abah, tetapi hasil “hasutan” rakan baik ku Isniah aku akhirnya menyuarakan keinginan kepada kedua orang tuaku untuk duduk di asrama sekolah. Perghh…lega umi dan abah izinkan dengan syarat aku kena pandai jaga diri dan macam-macam lagi pesanan penaja dititipkan walhal jarak sekolah SMK dengan rumah lebih kurang dalam 2 km. Bila-bila masa jer boleh datang melawat paling tidak pun melepaskan rindu jumpa melalui pagar.
Maka tibalah hari yang dinantikan..petang sabtu abah dan umi menghantarku ke asrama sekolah dengan kereta kesayangan abah kereta Datsun “bahulu” yang berwarna merah. Kenapa bahulu?..Sebab bentuk kereta tersebut macam kuih bahulu..hihi..Selesai urusan pendaftaran semua aku masuk ke dorm yang menempatkan seramai 30 orang pelajar. Wow ramainya..mesti seronok kataku dalam hati. Isniah juga ditempatkan di dorm yang sama denganku cuma katilnya selang 3 katil dengan katilku.
Maka bermulalah kehidupanku di asrama SMK. Pada suatu malam, sesudah lampu semua dipadamkan, aku cuba melelapkan mata. Tiba-tiba aku rasa macam katilku bergoyang. Eh lasak betul Isma ni tido. Aku merungut pikir Isma yang tido di katil atas punya angkara. Aku cuba pejam mata kembali, eh bergoyang lagi..ish tk boleh jadi ni. Aku bangun dengan tujuan melihat Isma di katil atas. Sekilas aku ternampak macam ada lembaga yang melintas. “Aik sapa tu.” tanya aku. Aku bangun tengok Isma tengah nyenyak tido.. Aik sapa pulak yang tengah peluk Isma tu..aku tengok ada seseorang yang tido dengan Isma..”hurmm patut laa katil bergoyang bagai dunia nak runtuh.. Dia bantai tido dua orang rupanya”. Aku bercakap sendiri dan terus baring menyambung tidur yang tergendala.

Pagi esoknya semasa tengah bersiap hendak ke sekolah aku bertanya Isma; “semalam kau tido dengan sapa, siap berpeluk bagai… sampai bergoyang katil. Aku nak tido pun tak senang”. “Eh mana ada..aku tido sorang laa nak tido dengan sapa lagi”, jawab Isma. “Kau mamai ke apa”..kata Isma. “Aik..aku mimpi ke, ah biar jer laa”. Kataku.

Selang dua atau tiga malam selepas kejadian itu, aku terjaga pada pukul 2 pagi kerana aku terasa kakiku sejuk sekali. Aku buka mata lalu aku tarik selimut supaya menutupi kakiku. Dari samar-samar cahaya aku nampak ada orang sedang berjalan mundar mandir di depan bilik asrama. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Kemudian berhenti seolah-olah merenung aku melalui cermin tingkap. Bulu romaku meremang tiba-tiba. Rasa seram yang teramat sangat. Mataku masih terpaku ke arah lembaga itu kemudian aku nampak ada tangan panjang yang berbulu terjulur masuk melalui cermin tingkap nako itu.

Aku terus menutup mata dan berselubung dengan kain selimut. Kemudian aku terasa kakiku kembali sejuk dan kain selimut semacam ditarik orang semakin meleret ke bawah. Aku membuka mata dan ternampak satu wajah yang pucat dan hodoh menyeringai betul-betul di depan mukaku. Mukanya sangat hodoh dengan mata tersembul kuar, hidung yang berongga menampakkan d***h dan nanah yang berbau busuk. Hanya tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Aku terus membaca ayatul Qursi sambil memejamkan mata. Aku dalam keadaan sebegitu lebih kurang sejam kemudian bila ku bukakan mata, makhluk itu sudah tiada. Syukur Alhamdulillah aku tidak diapa-apakan.

Sekian dulu buat kali ini..nanti aku sambung lagi. Harap semua terhibur dengan coretan yang tak seberapa ini.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
NazilaIla

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.