Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha ,aku nk share sedikit kisah yang pernah jdi dalam keluarga aku sendri. Aku sebenarnye tak pandai sangat nak mengarang tapi aku nak share pengalaman aku ni dengan korang. Cerita ni tak la seram tapi lebih kepada peringatan buat korang semua.
Okay ceritanye mcm ni, beberapa mingu yang lepas aku dengan family ade pergi berkelah ke Janda Baik . Memang tiap-tiap tahun kami akan berkelah bersama tapi kali ni kami hanya pergi ke Janda Baik di Pahang. Tempat tu cantik dan tenang sangat . Kami berkelah di tempat yang agak jauh dri orang . Semantara tnggu untuk masak BBQ abang abang n anak buah aku yg lain pegi mndi n bermain air ,kami yang perempuan ni laa tukang hidang makanan..
Aku ade seorang akak yang tengah sarat mengandung anak ke-2 , aku dengan akak aku berbual lah tetibe akak aku cakap yang dia nk kutip beberapa Batu dekat sungai ni untuk dibuat tungku ketika dalam pantang. Aku pun bersetuju untuk bantunya mencari Batu . Selepas siap makan, aku dengan akak aku pergila cari batu, dpat laa dalam 2 Batu yang sesuai untuk digunakan untuk orang dalam pantang . Aku bagytau mak aku yang kitaorang ada ambil Batu dekat sungai tu and mak aku pesan sruh abang ipar aku minta izin takot jika ade penunggu . Abang ipar aku pun pergi dekat dengan tempat kami ambil Batu tu Dan cakap “Nek, cucu amik Batu sikit ni untuk buat ubat yer” sambil kami bergelak ketawa melihat abang ipar aku seperti main main .
Pulang saja kerumah, anak sulung akak aku yang berusia 4 tahun tu mengamuk ngamuk ,kami hanya beranggap yang dia penat mungkin maklumlah sehari suntuk main air. Keesokan harinya tu, anak akak aku ni ade cerita kat mak dia yang dia mimpi. Untuk senang aku cerita aku nk bgytau yang anak buah aku ni nama dia Zikri and kitaorang pangil yiyi . Yiyi ni memang petah sikit bercakap. Okay balik pada mimpi tu dia cakap dia mimpi seorang nenek yang datang dekat dia. Akak aku pun buat tak tau jer laa dan cakap kat dia yang tu mungkin mainan tidurnye
Hampir seminggu jugak si yiyi ni suka mngamuk bila senja and malam masa dia tidur asyik mengacau jer, ade satu pagi tu dia bagun dan terus pegi kat mak dia and marah marah. Salah satu ayat yang aku ingat yiyi cakap ” ma pulang balik ap yang ma amik tu nenek tu hari hari jumpa yiyi marah yiyi, yiyi takot ma” memang terkedu laa sebab masa kami amik Batu tu si yiyi ni tengah mandi sungai lagi and dia tak tau pun pasal ni.
Waktu senja je yiyi akan mengamuk dan akan cakap ade nenek buruk datang cari dia . Kami sekeluarga mula syak ade benda yang tak kena dengan Batu tu. Sebelum jadi lebih teruk abang ipar aku tekad untuk pulangkan dengan cara baik batu batu yang diambil tu. Abang ipar aku pergi semula ke janda baik tu and pulang kan batu tu di tempat yang kami kutip .
Selepas dipulangkan tak ada lagi kejadian pelik yang berlaku pada yiyi. Jadi aku nak ingat kan korang jangan berani amik apa apa yang bukan kepunyaan korang. Walaupun sebiji batu atau pun sekecil mana batu tu. Mungkin ini Kali terakhir aku pergi ke Janda Baik hehehehe.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Memang betul jangan main ambik je barang2 bukan kepunyaan kita tapi mintak izin macam tu sebahagian dari perbuatan syirik. Moga dijauhkanlah. Insya Allah
betul tu.sy ade dengar ceramah ustaz2 yg bagi tahu perkara yang sama.
“And” adalah perkataan terbanyak digunakan dlm cerita ni…
Menarik sis!!! Pengajaran yg penting utk kita umat manusia… Terbaik!!!
salah. ‘and’ cuma ada 9. ‘batu’ lagi banyak ada 30.
Btl,jgn main amk je…dulu abah sy pun pena amk batu dekat ulu yam…dah bwk balik,mlm 2 dye mimpi ade ppuan datang and mintak pulang kan balik ape yg dye amk…hr prtama dye xhirau kan,sbb pd dye,hanya mimpi…tp bila hr ke 2 mimpi yg sama…br dye pulangkan batu 2…dah pulang kan,br lah xde dah mimpi gitu lagi…
Memang betul, sebaiknya jangan ambil. Kalau ke pantai pun sama, kulit cengkerang ke apa² eloknya jangan kutip takut² memang da ada pemiliknya.
Dulu pernah juga dengar cerita ada sekumpulan pelajar ni buat rombongan ke pantai, time nak balik tu ramai la yang kutip kulit cengkerang, batu, pasir pantai etc. Sampai je asrama, malam tu mereka histeria dan perkara tu berulang sampai seminggu. Ustaz mereka ada buat solat hajat untuk minta petunjuk apa sebenarnya yang terjadi, baru tahu jawapannya.
‘Benda’ tu minta pulangkan balik apa yang mereka ambil kat pantai tempoh hari, malam tu juga dorang kumpulkan semua barang yang dorang kutip tu. So, mereka cadang esoklah nak pergi ke pantai tu untuk pulangkan semula semua barang kat tempat asalnya. Esoknya time nak pergi, masa nak ambil benda yang dorang kumpul kat dewan malam tadi tu. Barang tu semua da ghaib! Hilang entah kemana.
Sy memang sampai sekarang beringat pergi mana² kalau jumpa apa² saja walaupun syiling seposen jangan kutip. Kita taktahu kisah sebenar disebalik barang tu😥
Aku selalu masuk hutan buat kajian universiti. Pernah dengar cerita dari orang2 kg kat situ yg pernah ada 1 rombongan pelajar buat kajian ttg kunang-kunang (firefly) di satu kwsn hutan paya bakau, diorang ada ambik beberapa sampel (firefly) utk dibawa balik ke uni utk kajian. Sudah nya mlm sebelum diorang balik tu berlaku gangguan n kerasukan. Jin kwsn tu minta pulang kan balik kunang2 tu. Itu haiwan2 mereka.. Sudah nya tpaksa batal sampling trip tu, pi lepas balik semua kunang2 tu.. Wallahua’llam..
Ya benar.. jangan ambik apa2 barang yang sememangnya bukan milik kita.. wlopn duit syiling ke cincin ke apa2lh yg boleh menarik perhatian kita.. kemungkinan itu ada penunggunya..
hati2 dengan lafaz macam tu.ucaplah salamun ala sulaiman fil aalamin..xpayah lah nk mintak izin dgn nenek datuk…
ye, btl tu… doa nabi sulaiman a. s…. ble mse la plk setan2 tu kwin dgn atuk nenek cik/puan… nak pnggil nenek bagai… syirik tu…
mmg pun…sblom nk msuk hutan perlu tahu laa pantang larang masuk hutan… x blh ambik atau petik apa2 dlm hutan tuu…bkn nk sruh percaya kat benda2 tuu… tpi perlu ingat selain kita ada makhluk lain jugak yg menghuni atas muka bumi nii…nak selamat elakk laa semua tuu…even cakap besar pun…
Kira ok la..kwn mak aku dh arwah pun punca meninggl sbb kna gangguan dr ambil batu or barang dkt gunung ledang.mse tu dieirg mndi sungai mak aku de tnye dkt kwn die.akk buat ape tu.arwah ckp xda pape.tp mak aku syak arwah ade ambil sometg mcm.batu.sjk dr blk arwah sakit smpai meninggl.sbb arwah mmg ade sakit mcm kncg manis campur dgn yg tu..papepon berngat al-fatihah
Aku dlu pnh kena. Gatal p kutip batu tungku dkt sg gabai, konon2nya nk bertungku la, bg pecah lemak yg merata dkt badan ni.
Since aku simpan batu tu, mcm2 bnda yg jd. Kadang dgr org ketuk pintu .. halusss je bnyi dia, bila bukak x de org. Pastu aku kuat mimpi yg bkn2. Ada satu hari tu aku mimpi satu org pompuan pakai jubah hitam .. lipstik merah menyala .. mata dia hitam sgt, mcm pakai celak dkt mata, tgh duduk atas batu ralit pandang aku. terkejut n terjaga rasa cam nk m**i time tu.
Sampai la last version kejadian mimpi ngeri aku. Aku dok dpn cermin tgh siap2 nk p keja, tiba2 je aku nmpk adik aku yg dok kt kg time tu ada tgh meniarap dkt katil atas (double dec) lg sekali terkejut beruk. Aku tnya dia bila smpi tiba2 je ada. Dia senyum je, dia ckp dh lama dia ada kt atas ni. Terus aku terbangun .. dup dap dup dap.. tgk jam da nk dkt pukul 4am. P bilik kwn aku tumpang tido. Dorang pn terkujat tgk aku tiba2 je menerojah msk bilik depa .. hahaa. Dorang tnya knp, aku mls nk jwb. Esok pg br cite kt depa pasai nightmare mlm td. masing2 muka pucat😂
Lps setiap perkara di kaji & di tapis, maka kitaorg buat conclusions mayb batu sg yg aku ambik tu penyebab aku di timpa kejadian2 misteri & mimpi aneh saban mlm.
Hari minggu tu kitaorg sepakat p pulangkan blk batu sungai tu ke tempat asal.
N selepas tu da x de lg gangguan2 yg dtg. Alhamdulillah.
Aku pun ad pgalaman gak. Ad member ak ni p mndi kt air terjun ulu selangor. Die bw balik batu 2 biji, n batu tu mmg cantik. Macam ad çorak marble kat batu tu. Kitorg mmg teruju sbb batu tu mmg cantik.
Nak dijadikan cerita, malam tu jugak semua org dlm rumah tu tak bole tidur. Sorang kene tindih, sorang mengigau ntah pape, sorang macam cacing kpanasan. Aku plak xdpat nk brgerak sbb ak xdpat rase lnsung kaki. Dr pnggang smpai ke kaki ak rse kebas and xdapat nk angkat kaki. Mmg smpai ke subuh xdapat tido.
Esoknya, ad sorg akak dlm umah tu sruh die p pulangkan balik batu tu. Tapi, walaupun batu tu dh d pulangkan kadang2 ad je kjadian2 aneh yg myinggah rumah ktorg. Ad yg ketuk pintu kul 3 pagi la, kdang2 dengar suara budak brgelak ketawa n mcam2 lg. Macam ad something yg d tinggalkan plak. Wallahualam
Mak saya pun pernah kena. Mak cerita dia ada kutip bunga kecik kecik kat bawah pokok besar, tak ingat dah bunga apa mak cakap. Malam tu, ada lelaki tua berdiri depan pintu, marah marah, suruh pulangkan balik barang yang mak ambik. Tapi mak tak pasti sama ada mimpi ke betul. Esoknya mak letak balik bunga bunga kat bawah pokok tu
Ada jumpa any janda yng baik?