Penunggu Pokok Lubuk Pancing

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakyat jelata FS. Disini Aku ada satu pengalaman semi-seram yang ingin di kongsikan pada korang. Di harap korang terhibur..

Pada tahun 2010 , jam 08.45pm malam.

Pada malam tu, kebosanan tahap dewa telah meresap ke dalam diri aku, memaksa aku mendecide satu pekara yang agak tak luar biasa lah jugak .

Pekara yang aku akan lakukan pada malam tu bukan lah pekara haram atau salah disisi undang-undang. Pekara yang aku akan lakukan dengan kawan aku, ialah memburu sang siakap merah. (mangrove jack) Niat dihati dah lama teringin nak test market satu lubuk ni.

Ia berlokasi di taman tasik sura berhampiran UITM Dungun Terengganu. (siapa yang tinggal area tu dia tau la)

Sebelum memancing aku akan servey dulu di gigi air sekitar taman tasik tu, mencari anak ikan dan udang untuk dijadikan umpan hidup. Nak dijadikan cerita malam tu, sedang aku bersama kawan aku duk layan kepala cari anak ikan, tetiba ada satu suara menyampuk, “lame dok napok?…” Ooo.. Brader guard taman tasik ni rupanya. ingat kan jembalang air mana yang tegur.

Agak celupar jugak la mulut aku kalo bergurau. .

Aku memang kenal dengan brader ni, kerana sebelum ni aku pernah bersembang kosong dengan dia. Boleh aku katakan la, dia ni seorang yang ramah mesra, tidak kira sesiapa, ringan je mulut bertegur sapa. Kalo bercerita, ada saje cerita yang keluar dari mulutnya. Ada tu aku pun naik bosan, tapi buat-buat layan la, ambil hati je.

Aku dengan kawan aku panggil brader ni, brader mesra alam.

Nak tak nak, malam tu aku dengan kawan aku, terpaksa layan brader tu sepam dua. Tapi kenapa pulak malam tu dia cerita pasal hantu. Dengan acuh tak acuh je aku layan cerita dia. Tapi kawan aku khusyuk bebenor layan dia bercerita. Sambil tu, aku tangguk anak ikan di gigi air. Aku tak kisah sangat, sebab aku dah selalu dengar kisah-kisah yang lagi brutal dari tu.

Dia cakap kat hujung taman ni ada satu pokok gelang besar berhantu. Pada pokok tu ada banyak akar-akar liar yang menumpang macam tali tarzan. (sebelum ni aku tak pernah dengar pun pasal pokok tu.)

Siang tadi ada satu jentera jentolak nak tumbangkan pokok tu. Tapi tetiba je jentolak tu jadi tak berfungsi dan m**i secara tiba-tiba.

(kebetulan taman tu sedang renovate)

Lepas tu operator jentolak tu nampak ada benda warna putih bermata merah atas pokok tu. Aku fikir macam tak logik je.. dah la pekara tu terjadi siang-siang buta. Nak reka cerita, reka la yang logik sikit. Nampak macam ada komplot tak nak bagi aku mancing kat situ je.

Sememangnya kat hujung taman tasik tu, lubuk utama ikan siakap merah.

Tanpa menunjukan reaksi mengelabah dan takut bila mendengar cerita tu, aku pun berkata, “kite memang nok ngail situ la….” Terkebil-kebil je mata brader tu bila dengar kata-kata aku, yang aku rasa agak macam orang cakap besar la jugak. Tapi aku bukan cakap besar, sesungguhnya niat aku datang nak memancing.

Tanpa mempedulikan brader tu, aku dengan kawan aku pun menyusul tepi gigi air menuju ke hujung taman yang dikatakan ada pokok berhantu. Dalam masa yang sama, aku menyapa kawan aku dan berkata, “dier ingat kita takot arr tu…” sambil ketawa kecil.

Tetapi tiada sebarang komentar. kawan aku tu diam je.

Sampai je kat situ, mata aku melilau cari pokok yang didakwa. Indah khabar dari rupa. Pokok nya tak la sebesar mana. Sama je saiz dengan pokok-pokok yang lain ada kat situ. Tapi yang membezakan pokok tu, sebab terdapat akar-akar liar yang menumpang pada pokok tu. Macam tali tarzan. Pokok tu cam biasa je aku tengok, yang nampak seram tu sebab banyak akar berjuntai-juntai.

Sememangnya pokok tu berada betul-betul sebelah lubuk.
Kalau pergi atau balik dari lubuk tu, memang terpaksa hadap pokok tu. Eeee…

Tanpa mempedulikan pokok tu buat sementara, aku pun labuhkan la umpan aku yang pertama ke dalam lubuk. Sambil tu, aku pun masih jeling-jeling jugak ke arah pokok tu. Mana le tahu kot-kot muncul benda putih bermata merah seperti yang didakwa tadi.

Sambil menyedut asap rokok dunhill kepala mendonggak ke langit, dalam kepala, aku berfikir. Betul ke apa yang diceritakan oleh brader tadi? sebenarnya aku dah malas nak ambil port dengan cerita pokok tu.

Dalam kepala aku nak naikkan sang siakap barang sekilo dua.

Malam tu, aku dengan kawan aku berkampung dan berembun di tepi lubuk tu. Dalam kepala asyik duk layan umpan diragut sang siakap, masa pun berlalu. Kalau tak silap aku, dah pukul 12.30am. Tapi tiada apa-apa pun berlaku. Joran pun nampak kaku je. maknanya umpan-umpan semua tak laku. .

Aku dengan kawan aku decide nak blah je dari situ sebab dah tak tahan dengan gigitan nyamuk dan kedinginan malam yang begitu kejam pada ketika itu. Cewahh.. Haha.

Sambil mengemas perkakas, aku sempat lagi menjeling ke arah pokok tu tuk kali terakhir.

Mana la tahu kot-kot muncul.

Aku pun menyusul tepi gigi air menuju ke tempat di mana aku berjumpa dengan brader tadi. Dalam kepala aku mase tu dah tak ambil port lansung dah pasal pokok tu dengan ikan siakap.

Dalam kepala asyik teringat bantal dan tilam je kat umah. Badan rasa penat, mata berat macam ada batu je tersangkut.

Sedang asyik berjalan, dalam kepala teringat kat umah, tetiba aku rasa kepala aku jadi kembang. Rasa kembang seolah-olah jadi besar. Masa tu aku tak expect apa-apa pun kenapa kepala aku rasa macam tu.

Setelah perasan yang aku sebenarnya berada betul-betul bersebelahan sama level dengan pokok tu dalam 10 meter, baru aku tahu.

(Wow..! Bertapa kuat nya “Aura” dia. Masa mula-mula datang lalu tadi tak rasa apa-apa pun.) Dan secara spontan aku tertoleh ke arah pokok tu.

Ya Allah.. Dalam samar-samar cahaya bulan macam dalam movie hantu kak limah, aku nampak Ada satu lembaga macam orang, Warna putih lepak atas pokok. Mata merah bersinar-sinar macam mata kucing bila terkena cahaya.

Aku memang shocked giler masa tu. Rasa bengang pun ada. . Hadui.. Kenapa la last minit baru nak munculkan diri. Dah la tunjuk kat aku sorang-sorang pulak tu. Tu yang buat aku bengang. Adei..

Sememangnya kawan aku dah jauh ke depan tinggal aku kat belakang sorang-sorang dalam 20 meter dari awal lagi. Huhu..

Walaupun rasa jantung bagai nak pecah dibuatnya, aku control.

Rasa mengelabah, aku pura-pura steady macam takde apa-apa yang berlaku. Dan aku terus berjalan tanpa, mempedulikan setan putih tu. Sempat jugak aku sebut beberapa p****g ayat-ayat suci. Tapi itu je yang termampu keluar dari mulut aku masa tu.

Dalam hati terdetik jugak rasa menyesal. Sebab teringat ‘Attitude’ aku yang agak bongkak masa dengan brader tadi. Huhu..

Dengan berjalan ala-ala pelumba jalan kaki, Dari jauh aku nampak kawan aku duduk bertengek atas motor sambil tersengih menunggu aku.

Sampai je, Secara auto dia berkata, “mung napok atu ke tadi?…”. Aku terkejut dengan soalan dia. Dengan muka acah-acah selamba tetapi agak cuak aku berkata, “mung napok jugok ke?…” Secara tiba-tiba dia ketawa, mengilai bagai dirasuk. Aku yang dah takut separuh m**i, bertambah 15% lagi rasa nak m**i dibuatnya.

“Celaker btol!” Boleh lagi dia gelak. Aku ingat dia terkena rasuk dek setan putih ke apa. Badigol punya kawan.

Sebenarnya masa nak balik tadi, kawan aku tu dari awal lagi rasa kembang kepala masa lalu dekat pokok tu, ketika aku tengah sibuk kemas perkakas. Tapi dia buat donno je, and keep going.

Dia juga sebenarnya memang dah boleh agak, yang aku akan terkena malam tu. Kerana itu dia mengajukan soalan dan ketawa bagai nak rakk pada aku. Jilaker.. Haha

Dah memang nak kena aku malam tu. Nak buat macam mana. Aku bukan sengaja nak teloh pokok tu. Ia terjadi secara auto atau spontan. Padan muka aku..

Malam tu sampai umah series aku tak boleh tido. Sampai pagi teringatkan setan putih tu. Ia berlarutan sampai 2,3 malam jugak. Dah macam terkena badi pulak. Haha. Sehingga la bapak aku dapatkan air tawo (Air penawar) dari seorang ustaz untuk aku minum.

Walaupun setan putih tetap berada dalam kepala fikiran aku, Lama kelamaan aku rasa macam biasa.

Aku masih lagi berkunjung ke taman tasik tu dan Pokok tu masih wujud. Dan aku percaya setan putih tu tetap berada di situ, selagi pokok tu ada di situ.

Dan dia akan muncul pada bila-bila masa, dan watku-waktu tertentu yang dia mahu sahaja.(wallahualam)

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Tok mung

16 thoughts on “Penunggu Pokok Lubuk Pancing”

  1. Saya ex student Uitm Dungun.. Dulu ITM.. Tasik tu mmg keras… Dgr cita pada tahun 1980an ada student luar kampus ITM mengandung dan buang anak dlm Tasik tu.. Asrama student yg terletak berhampiran Tasik juga ada yg di ganggu.. Pada tahun 1987 ada sepasang kekasih yg ingin ke Tanjung m**i lemas ketika menyeberangi Tasik Sura dari arah pantai depan ITM.. Air tiba2 pasang ketika itu.. Dan mayat si lelaki sampai sudah tidak ditemui.. Rakannya mimpi arwah bg tau mayatnya tiada yg nampak krn dia memakai cincin emas.. Seolah2 pandangan org yg mencarinya di tutup..Tasik ni byk misterinya.. Tapi tidak ramai yg tau.. Kedudukan Tasik ini amat istimewa ketika itu.. Belakangnya Bukit Bauk.. Depannya mengarah Laut Cina Selatan.. Sebelah kiri asrama/kolej ITM.. Sebelah kanannya jika ditelusuri air ada Tanjung yg cantik.. Jika dah di renovate mungkin dah berbeza skrg..

    Reply
    • Betul tu.. Tahun 80an dlu sy mase tu budak ingusan lg. Hihi. Memng sy ad dngr cite2 tu. Sememng nya sy org kampung sura hujung. Heh. Yg paling hot kisah sepasang kekasih yg m**i lemas melintas tasik tu ketika air tngah pasang. Memng betul sampai skg mayat si lelaki x jumpa2. Dngr kata org2 yg arif, mayat budak tu berada d bawah batu (kawasan mcm lubuk air brpusar Bile air pasang) dkt tangga bukit tanjung tu. Ad sesuatu yg bawa mayat tu ke situ dan mayat tu tdk blh di ambil smpai skg. Memng betul tasik ni bnyk misterinya dan kisah2 seram. ramai yg x tahu. Dan kini tasik tu sdh bnyk berubah. Tetapi misteri dan seramnya ttp tdk berubah.. Haha

      Reply
    • Aku org ganu jgk..tp x tahu pn kembang kepala tu maksudnya meremang bulu roma..hihihi aku terfikir kpale dia jd besar mcm belon..haha adoi lah..

      Reply
  2. Meremang bulu roma berbeza dgn rase kembang kepala.. Seolah2 rasa kepala jd besar. Btol aku x tipu. Aku percaya korang belum prnah rasa aura mcm ni. Sbb tu korang x blh bayangkn mcm mne. Hihihi. Aku nk cite pun x reti, sbb mnde ni korang kene alami sendiri.. Br korang tau mcm mne. Ad ketika tu smpai bt bibir ko jd kebas.. Memang giler la.. Teruk dr meremng bulu roma lg siakkk.. Huhuhu

    Reply
      • Orait citer ni ..sriya gok r tok mung wey..hahahah.. bese jgok gi lpak2 tpi tasik kat taman tu, tp alhmdllah xde ape2 .. Cume pernah 1.30 pagi trnampak bebebrapa lembaga putih terapung bergerak slo2 atas tasik tu … Selok gok r kejjak,..member kabo tu tu geng ‘narik’ harta. Orang cari rete karun rupe2nye, mase tu geng2 tu naik rakit cross tasik..

        Reply
  3. minggu lepas baru kena. malam tu, dlm pkul 7.45 tu kena attend meeting. masa lalu situ, nampak ade perempuan pkai baju putih, rambut
    panjang paras peha duk jenjalan situ sorg2…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.