Penunggu Rumah

Assalamualaikum warga FS. Saya seorang peminat cerita mistik & nama saya Amar. Ini merupakan kali pertama saya publish cerita saya kat sini. Saya peminat baru page FS ni, sebelum ni tak pernah bukak & baca pon cerita kat link FS ni. Tapi lepas sekali bukak terus melekat. Hahahaha… Ok la, sebenarnya saya nak sharekan satu peristiwa yang paling menakutkan sepanjang 27 tahun saya hidup. Jadi, terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya admin publish cerita saya. Kisah ni bertajuk Penunggu Rumah. Hahaha.. Mmg puaka betul la rumah ni.

Kerja Baru

Pada tahun 2014, saya baru je tukar kerja ke syarikat baru. Masa ni sebenarnya saya masih dikira fresh graduate lagi. Kalau tak silap la ni syarikat ke 3 dalam masa setahun pengalaman sy bekerja. Hahaha.. Jangan ditiru ye perangai saya ni. Awal2 dulu sy mmg kaki lompat company. Mmg tak digalakkan ok. Hahaha.. Ok la, back to the story. Saya baru berpindah ke syarikat bumiputra di selangor. Tapi projek saya di negeri Kelantan (projek kecik je). Jangka masa projek tu dalam setahun setengah.

Tapi saya join projek tu selepas 6 bulan setelah projek tu bermula. Kiranya, saya kena outstation ke negeri kelantan selama setahun. Syarikat saya ada la beri kelebihan seperti rumah, kereta, dan staff untuk projek tu semuanya kena duduk di rumah yang sama. Tapi yang peliknya, takda sorang pon yang duduk di rumah sewa company tu. Saya dtg dr selangor ke kelantan naik flight. Jadi saya akan landing di Pengkalan Chepa. Kebetulan tiket yang staff company belikan pada waktu malam pulak. Adoi, dah la penat2 sampai malam. Kena plak tunggu kat lapangan terbang malam2. Haishh… Jadi saya terpaksa tunggu salah seorang staff untuk ambil saya.

Dalam 30 minit lepas tu baru datang. Dia perkenalkan diri sebagai Abe mie dan syahrail. Org kelantan rupanya staff2 utk projek sini. Abe mie dan syahrail pon hantar saya ke rumah sewa company. Sampai2 je mmg tengah malam, dalam pukul 12 mcm tu. “Sebenarnya, rumah ni staff2 projek yang tinggal. Tapi sebabkan staff2 yang join projek ni semua nya dah berhenti, jadi company ambil org local utk gantikan staff2 yang telah resign yg tinggal berhampiran je & ada rumah sendiri.

Lagipun jangka masa projek pendek. Tinggal setahun je lagi.” Terang abe mie dalam bahasa klate. Terkejut jugak, apasal plak staff2 sebelum ni semua resign? Projek ni tak besar pun, sekadar seorang jurutera, seorang supervisor & 2 orang pekerja am saja. Jadi kesimpulannya, sebelum ni rumah ni diduduki oleh 4 org sahaja. Pekerja2 ini telah berhenti dan digantikan dgn pekerja local yg tinggal di sekitar tapak projek termasuk juga abe mie & syahrail. Maknanya saya akan tinggal di rumah company sorang2 selama setahun. Nak tanya lebih2 saya pun dah penat sangat jadi saya pun habiskan perbualan & bersalaman dgn abe mie & masuk ke rumah tersebut.

Malam Pertama

Malam tu sebelum saya tidur, kebiasaan saya akan basuh kaki dan solat dulu. Rumah ada 3 bilik & semua bilik berperabut tapi sayangnya cuma saya yang duduk. Rumah walaupun terpasang semua lampu tapi tetap nampak gelap. Dapur paling dekat dengan bilik air & bilik air agak usang dan banyak serangga m**i & jubinnya pecah2 hingga ke lantai. Semasa saya ambil wuduk terasa diri seperti diperhatikan setiap gerak geri.

Selesainya solat, terus labuhkan badan yang kepenatan & tidur. Pada waktu itu, sepanjang tidur saya terasa panas walupun kipas angin terpasang sering saya terjaga pada waktu malam dan kelihatan seperti sebujur tubuh hitam yg tinggi sedang berdiri tegak di hujung kaki saya sambil tunduk memandang saya di bawah. Saya kegelisahan sampai ke pagi akibatnya saya tidak cukup tidur & masih kepenatan. Saya tidak mengangap apa2 pada waktu itu sebab saya menganggap ianya sekadar mainan tidur. Tapi malangnya setiap malam alami situasi yang sama.

Gangguan demi gangguan.

2 bulan pertama saya bekerja di projek tersebut, saya sering balik lewat malam dan jarang ada di rumah terutama pada waktu siang. Macam2 gangguan dah sy pernah kena sejak tinggal di rumah tu. Tapi saya endah tak endahkan je sebab dah terlalu biasa. Kebiasaan gangguan yang saya terkena, bunyi orang bertukang di dapur, bunyi org asah pisau, bunyi org ramai2 ketawa di luar rumah & semuanya pada jam 12 mlm ke atas. Pada awalnya saya selalu think positive. Mungkin jiran belakang rumah tengah bersiap utk berniaga, mungkin jiran sebelah suka bertukang waktu malam, mungkin anak2 muda baru balik dr lepak sebab tu ketawa tak ingat diri. Jadi saya selalu fikir positif saja. Sebab malas nak ikutkan perasaan.

Pulang dari KL

Tapi kemuncak gangguan yang saya terkena, masa saya baru balik dari KL sebab ada meeting. Saya sampai di kelantan setelah penat drive dr KL pada jam 3 pagi. Saya waktu tu bawa seorang supervisor sebab mmg polisi syarikat driving jauh mesti berteman supaya hal2 yang tak diingini dapat dielak.

Sampainya saya di rumah, saya terlalu penat terus terlelap di sofa. Dalam terlena saya dikejutkan oleh syahrail yang meneman saya ke KL sebelum ni mengetuk pintu rumah. “Mar, boleh aku tumpang tido?” Tanya syahrail. “Tadi aku ajak ajak ko tidur sekali je kat sini ko taknak, mai la masuk.” Terkeluar slang utara saya. Hahaha.. Syahrail ni terus masuk sambil tersenyum. Saya yang kepenatan terus kunci pintu atas dan mangga dari dalam dan tarik kusyen sofa dan baring di ruang tamu di bawah kipas syiling. “Tido la kat mana2 pun, buat mcm rumah sendiri.” Saya pun terus terlelap sambil lampu terpasang. Kalau tutup lampu kang gelap sangat plak.

Dalam tidur saya termimpi saya didalam rumah di tengah2 ruang tamu di tempat saya tidur. Saya terlihat tubuh saya yang terlelap di sebelah saya berdiri. Masa tu tuhan je yang tahu mcm mn perasaan. “Aku dah m**i ke ni?” Fikir dalam hati. Tiba2 rumah yang lampu samar2 itu riuh rendah dgn bunyi org bertukang. Bunyi yang sangat kuat dtg dari dalam bilik air. Sangat kuat! Ya Allah, sebijik mcm bunyi yang biasa dengar setiap malam sebelum2 ni. Saya terus berlari masuk ke bilik utama di depan sambil tutup pintu.

Bunyi bertukang itu kemudia berhenti. Kemudian keluar pula bunyi org mengasah pisau dari dalam bilik! Ya Allah, dalam bilik boleh plak makhluk ni nk mengasah pisau. Ada bahagian di bilik utama tu mmg gelap gila, klu lampu tertutup, lampu dari luar samar2 bercahaya masuk dari celah2 tingkap. Mmg tak nampak la sapa yg mengasah pisau tu. Saya apa lagi, berlari masuk ke bilik belakang yang mengadap dapur & bilik air plak. Bilik ke tiga itu ada tingkap yang kita boleh lihat suasana dari dapur.

Tiba2 di dapur kecoh semula bunyi org mengasah pisau. Dan di bilik air bunyi hentakkan org bertukang. Saya yang ketakutan cuba baca apa2 surah namun mulut seakan2 terkunci. Kemudian dapur yang berdekatan dgn tingkap bilik ke 3 itu terdengar hilaian tawa seakan2 mentertawakan saya yang sedang ketakutan.

Bunyi hilaian tawa seperti bunyi org ketawa yang saya sering dengar pada waktu malam itu mula semakin kuat dan seakan mendekati tingkap. Situasi itu seakan2 saya memasuki dunia lain. Biasa kita tgk movie mat saleh yg seram. Macam tu la situasi lebih kurang. Dalam keadaan takut dan riuh rendah dengan bermacam2 bunyi, saya mengintai sedikit demi sedikit melalui tingkap bilik ke 3 itu. Alangkah terkejut, saya terpandang tubuh yang kurus kering dan hitam dengan mata merah menyala & mulut yang besar sedang ketawa dan memandang saya sambil mengasah pisau. Lalu saya terus berlari keluar dr bilik tersebut dan terasa seperti lembaga itu mengejar saya seakan2 ingin menikam dari belakang. Pintu rumah yang terkunci pada waktu itu sempat saya buka keluar tapi apa bila ingin melepasi pagar rumah terasa seperti badan ditarik dari belakang dan tersembam ke tanah dan terjaga.

Ya Allah, mimpi apa tadi tu. Badan saya masih mengigil dan nafas tercungap2 dan berpeluh membasahi satu badan. Seluruh badan pada waktu itu seperti kekejangan.

“Kau tak apa-apa ke?” Sapaan dr syahrail yang sedang duduk bersila mengadap badan saya. Saya buka mata yang kepenatan itu terpandang syahrail berusaha mengejut saya tadi. Seronoknye la masa tu bila syahrail kejut. “Aku ok je syahrail, takda apa lah.” Masih dalam ketakutan sempat lagi berlagak konon tak takut. Hahaha… saya menutup kepala dengan bantal dan berpaling ke tepi sambil doa syahrail akan terus tido selah saya sampai pagi.

Masa tgh tenangkan diri tu, sy dapat satu susuk badan seperti mengempap badan saya dr atas. Seperti badan ditindih orang. Saya meronta2 cuba utk gerakkan badan dan meminta tolong. Masa tu dah dapat hints dah tadi tu bukan syahrail sebenarnya. Sekali lagi muncul semula hilaian tawa seperti dalam mimpi itu tadi. Rupa2nya tubuh yang disangka syahrail itu rupa2 nya jelmaan makhluk sial tu yang berlakon jadi syahrail. Ya Allah, aku ingat sudah abis la gangguan tadi rupanya syaitan ini tak puas lagi permainkan aku!

Dalam keadaan ketakutan saya cuba utk lepaskan diri tetapi tidak berjaya. Cuba untuk membaca apa2 surah tetapi mulut seperti sudah terkunci. Lembaga tadi yang duduk di belakang saya bersuara, “aku akan keluarkan kau dari islam! Aku akan jadikan kau hamba aku!” Ya Allah, mmg saya tidak dapat lupakan ayat yang dicakapkan. Saya pada ketika itu berasa takut namun hati tetap berasa marah yang teramat sangat.

Cuba saya bacakan surah Al-Fatihah didalam hati sambil mengingati maksudnya. Perlahan2 bacaan dalah hati berjaya dilafaskan sedikit demi sedikit sehingga jelas terbaca di bibir. Alhamdulillah, badan saya sudah berjaya terlepas dari cengkaman syaitan durjana. “Pergi kau syaitan lahnatullah!” Jerit saya yang sangat marah pada ketika itu. “Aku keturunan Adam yang menyembah Allah! Tuhan seluruh alam! Aku tak takutkan engkau kerana engkau makhluk yang hina dan dilakhnat oleh Allah swt! Aku tak takutkan engkau!” Laung saya yang pada ketika itu berasa sangat marah dan sedikit ketakutan.

Malam ketika itu yang dirasa seperti sangat kecoh tiba2 kembali sunyi menyepi. Tidak lama kemudian, azan subuh berkumandang. Pada subuh itu, saya nekad untuk solat di surau berdekatan kerana takut konsentrasi solat terganggu. Alangkah terperanjat apabila melihat pintu yang pada awal tadi yang dikunci telah dibuka dan terbuka luas. Seakan2 mimpi itu benar2 berlaku. Mana mungkin pintu yang perlu digunakan anak kunci dan bermangga boleh terbuka dengan sendiri.

Perkara sebenar yang tak diceritakan

Keesokkan harinya, saya berjumpa dengan syahrail. “Syahrail, kau ada datang ke rumah tak malam tadi?” Tanya saya kepada syahrail. “Takda la, kan aku balik terus ke rumah lepas hantar ko. Ko ajak aku teman stay je rumah ko mlm tu tapi aku tak nak.” Jelas syahrail. Ya, saya masih ingat perbualan itu mmg berlaku.

Saya cuba terangkan tentang situasi yang berlaku malam tadi. Mula2 syahrail terkejut dan tak percaya apabila saya katakan dia datang semula untuk menumpang tidur. Kemudian apabila saya ceritakan tentang bunyi2an yang berlaku dia seperti sudah jangka akan apa yang telah berlaku. Katanya mmg rumah tersebut bergitu. Bukan saya saja yang diganggu dgn bunyi2 an seperti itu. Sebelum ini pernah syahrail datang ke rumah tersebut untuk menjenguk ketika saya pula g ke KL beliau pernah mengalami peristiwa yang sama.

Malah cakap syahrail lagi, sebelum ini staff yang sudah berhenti itu pun pernah mengalami peristiwa yang sama dan kerana tak tahan akan ganguan mereka berhenti dari kerja. Pernah mereka cadangkan untuk meminta syarikat kami utk tukar rumah. Tetapi disebabkan sewanya yang murah pihak atasan menolak permintaan mereka. Sebabkan itu mereka berhenti. Syahrail juga ceritakan, sebenarnya taman rumah syarikat menyewa itu merupakan bekas hutan. Sebelum itu taman ini adalah hutan belantara.

Kebetulan rumah company sudah lama kosong tidak berpenghuni, jadi kebiasaannya sudah ada yg duduk. Wallahualam… “Siot korang, bukan nye nak kasi tau aku awal2. Masing2 senyap je biarkan aku duduk dgn makhluk tu sorang2!” Panas hati plak masa tu. “Kalau kitaorg kasi tau ko konpem ko nak resign kan? Abis tu sampai bila pon xde org opis yg nk tolong kami kat sini.” Cakap syahrail. Malam tu syahrail janji nak temankan saya utk semalam.

Sebaik je sampai ke rumah. Saya pergi ke tandas kerana tak tahan utk buang air kecil. Bila saya masuk, saya perasan jubin2 tandas berterabur di lantai. Sebelum ni tak perasan plak. Saya cuba tumbuk2 dinding bilik air tu, mmg seram gila bila bunyi yg keluar sama mcm bunyi org tgh bertukang. Malam semalam. Ingatkan makhluk ni rajin sgt bertukang, sekalinya xde kerja tumbuk dinding bilik air. Sampai berterabur jubin kat lantai. Siot tol…

K la.. Masa menaip ni pun dah malam sgt. Nak dekat jam 12 dah. Saya sambung cerita saya lain kali sebab saya berjaya stay projek tu selama setahun sampai projek tu abis. Dan kisah seram tu tak habis sampai situ saja. Ada satu kes makhluk tu acah2 intai masa sy tengah berjaga waktu malam. Pernah jugak sy demam panas sebab nampak kelibat pocong dari dalam rumah. Allahuakbar.. Kalau rajin nanti saya sambung la ye.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Amar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.3]

3 thoughts on “Penunggu Rumah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.