Penunggu Tasik Bunut Payong

ASSALAMUALAIKUM semua penggemar kisah seram. Saya ada satu pengalaman untuk dikongsikan bersama. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1999 di sebuah kampung Bunut Payong, Kota Bharu. Ketika itu saya baru berumur 9 tahun. Setiap hari selepas waktu asar saya dan 3 beradik lain akan pergi mengaji Quran di rumah tok guru yang terletak tidak jauh dari rumah kami dihujung kampung. Disebabkan pagi kami adik beradik pergi ke sekolah jadi terpaksalah kami pergi mengaji di sebelah petang dan dipersetujui oleh tok guru kami.

Sebenarnya sudah lama kami 4 beradik mengaji di hujung kampung tapi belum pernah mengalami kejadian aneh di kampung tu. Walaupun pelbagai cerita mistik dan seram yang saya dengar tapi masa tu masih budak2 jadi tidaklah saya ambil tahu sangat. Dihujung kampung ada sebuah tasik lama yang selalu jadi tempat kanak2 beriadah pada waktu petang, pelbagai kisah mistik yang menjadi buah mulut penduduk kampung di situ kerana tasik itu pernah beberapa kali “makan orang”. Setiap tahun mesti ada kes orang m**i lemas dan ternampak kelibat hantu air pada waktu senja dan kanak2 dilarang berkeliaran dikawasan tasik itu pada waktu senja takut disembunyikan oleh makhuk halus.

Berbalik pada cerita saya, selepas selesai mengaji quran sekitar jam 6 petang saya dan 3 beradik lain tidak segera pulang ke rumah kerana ingin bermain di sekitar kampung sebelum pulang ke rumah. Tambahan pula, di belakang rumah tok guru ada hutan dan tasik. Saya dan 3 beradik lain selalu ke hutan untuk memungut buah getah untuk main laga buah getah. Di situlah tempat kami bergelak ketawa dan bermain dipinggir tasik. Adik saya pula gemar menangkap ikan kecil untuk dipelihara dalam akuarium.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari seperti biasa selepas mengaji Quran kira-kira jam 0630 petang, 3 beradik lain ajak untuk menangkap ikan dipinggir tasik tetapi saya memberitahu supaya segera pulang kerana hari sudah senja, tetapi adik saya enggan dan mahu teruskan untuk ke tasik itu. Sedang asyik melihat ikan kecik berwarna warni tiba tiba kami disapa oleh 2 orang tua lelaki dan perempuan dalam umur 60an. Orangnya rendah sangat seperti orang kerdil dalam animasi snow white, mata bulat, kulit agak merah, dibahagian atas bibir antara hidung tiada garisan seolah olah rata.

Rupaya sebijik orang kerdil dalam snow white, mereka keluar melalui semak samun dan menyapa kami, “apa awak buat di sini?”. Saya jawab, “tengah tengok ikan je pakcik”. Kehadiran dua orang tua tu agak mengejutkan saya tapi saya tidak sangka mereka itu adalah makhluk yang menjaga tasik itu dan kami menyangkakan makhluk itu adalah orang biasa. Maklumlah wajahnya tidaklah seram seperti hantu2 lain. Jadi ia tidaklah menakutkan kami. Selepas dua orang tua itu menyapa kami hanya beberapa saat saja, mereka berdua terus masuk melalui semak samun dan hilang begitu saja.

Pada mulanya saya ingin mengikuti pakcik itu tapi dia hilang dengan cepat membuatkan saya sedikit seram dan kami berempat bergegas pulang. Setibanya di rumah, saya telah menceritakan kepada emak saya dan mereka terkejut mendengar cerita kami dan mengatakan bahawa dua orang tua itu adalah Jin yang menjaga kawasan tasik itu dan mahu menunjukkan kepada kami yang mereka itu ada dan wujud di situ. Walaupun guru mengaji kami sudah melarang sebelum ini untuk tidak berkeliaran dihutan tetapi kami berdegil kerana mahu memungut buah getah dan bermain sebelum pulang. Selepas kejadian itu kami tidak lagi berani menghampiri hutan dan tasik itu dan selang beberapa tahun kami tidak lagi mengaji di situ kerana guru Quran kami sudah pergi dijemput Illahi.

Itu saja kisah saya yang tidak begitu seram tetapi kejadian itu tidak pernah saya lupa sehingga sekarang. Sekian terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]
Huzai Loo

2 thoughts on “Penunggu Tasik Bunut Payong”

  1. Awat x jatuhkan kapak mase tu…
    Nnt mesti penjaga tu kuorkan kapak tembaga perak emas semua…
    Hehehehehhe…
    Citer ni x seram sbb akk melalut membygkan pakcik makcik penjaga tu comel2 sweet jer jln pegang tgn…
    Hehehehehee…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.