Perantaraan

Assalam dan hai pembaca FS!!terima kasih kepada FS kalau sudi upload cerita saya yang tidak seberapa ni..tp saya harap korang enjoy baca cerita pengalaman saya ni…

Ok sebelum saya cerita pengalaman saya.. Mari sini saya nak intro sedikit sebanyak watak yang terlibat dalam cerita saya ni..saya dikenali sebagai Ash(bukan nama sebenar ye kawan-kawan) dan nurul(bukan nama sebenar) merupakan housmate saya…

“Ash jom balik rumah lewat dah ni”sapa nurul dari pintu kelas aku..aku dan nurul merupakan student form 6 dan kami menetap dirumah sewa milik nenek aku..kami masuk form 6 jauh dari tempat asal kami dan mula belajar hidup berdikari…kami tak masuk asrama sebab aku di amanahkan untuk jaga nenek sebab kebetulan aku masuk form 6 dekat dengan rumah nenek tapi jauh dengan family..

Masa mula-mula masuk form 6 semuanya ok walaupun aku dengan nurul berlainan kelas…walaupun agak perit hidup jauh dengan keluarga tapi kami berjaya survive sampai habis sem 1..aku perwatakkan kasar manakal nurul ni perwatakkan lembut macam perempuan melayu terahkir…hahaha aku lagi banyak bergaul dengan lelaki dan banyak langgar peraturan… Nurul pulak berlawanan dengan aku..

Dah jadi kebiasaan bagi kami bangun pukul 4/5 pagi untuk study sebelum masuk kelas.. Dan suatu pagi tuh aku bangun seluruh badan aku kebas dan sejuk..Tapi aku diamkan,aku tak bagi tahu nurul mahupun family aku..Pagi tuh tiba-tiba nurul pasang ruqyah dan aku rase tak tenang rase sakit hati dan meluat tengok nurul..jadi aku capai kain tuala terus aku mandi dan bersiap nak ke kelas..

Pada awalnya,aku sangka aku jadi macam tuh sebab tak cukup tidur.. Mana taknya pukul 12 tidur pukul 4 bagun..ok lepas siap mandi badan aku masih kebas siap langkah aku berjalan aku tak dapat rasa deria kaki aku..apa tangan aku pegang aku tak dapat rasa..aku mula berdebar sebab aku dengan nurul pergi kelas dengan kereta dan aku yang drive..sebab nurul takut nak drive dalam bandar..

Tapi aku diam kan lagi kejadian tuh..aku keluar bilik air dan cuba positive mungkin semalam aku salah tidur tuh tangan dengan kaki kebas..kemudian aku lalu depan nurul dan dengan sepontannya aku berdengus kebencian tengok nurul..padahal masa tuh nurul tak buat salah apa pun(sorry nurulll).. Lepas aku siap pakai baju pakai tudung aku capai telekung nak solat subuh..

Tiba-tiba aku jadi panas badan macam nak demam padahal masa tuh aku baru buka tingkap rumah dan buka kipas tahap 5..gile ape benda dalam badan aku buat aku macam ni..aku sejenis manusia yang cepat sejuk dan benci sejuk..tp aku suka panas dan panas masa tuh menyebabkan aku nk something yang sejuk gile-gile…aku tak solat subuh harituh sebab tak tahan panas ..aku bukak balik telekung yang dah elok aku pakai dan lari dekat peti ais makan aiskrim masa tuh baru pukul 6.20 pagi..

Masa tuh aku tak perasan perubahan aku..jadi seperti biasa pukul 6.50 kiteorang turun rumah nak ke kelas dan sekali lagi nurul masuk kereta dia pasang ruqyah…Aku yang dengar rasa nak mengamuk masa tuh tapi aku diamkan..sampai sekolah aku parking kereta terus naik kelas..aku tinggal nurul dekat kereta dan suruh dia kuncikan kereta..Harituh aku tak jumpa nurul dan rehat sama-sama..

Petang tuh aku sengajar stay back sampai pukul 5 …tiba tiba nurul mari kelas aku ajak balik rumah.. Masa tuh aku dah ok sikit jadi tak meluat tengok nurul.. Jadi aku pun ambik kunci kereta drive balik tapu aku ni jenis bukan balik rumah terus.. Aku mesti cari makanan dulu sebab aku ni kuat makan..so lepas siap makan pergi lepak pantai(ni kesilpan paling bodoh aku buat) dalam pukul 6.30 kami sampai rumah sewa.. Nenek aku duduk sebelah rumah sewa aku je..jadi petang tuh lepas sampai aku pergi singgah rumah nenek aku yang sibuk beli pokok dia taman.. Aku bagi makanan yang aku bungkus untuk nenek..

Dan nurul ajak aku lepak dekat buai laman rumah nenek..aku pun layankan ajerah sebab ingatkan dah ok..rupanya sangkaan aku meleset sekali lagi nurul pasang ruqyah terus aku stress dan marah dia(sorry sekali lagi nurul)..lalu aku berlari masuk dalam rumah mandi dan tunggu azan margrib..lepas kene marah nurul dengan aku tak bercakap macam selalu…dalam pukul 10 nurul dah tidur.. Aku jenis tidur lambat dalam pukul 11.30 aku dengar suara budak menangis..”Ah pekdoh mari mane pulok suare budok nangis nihh(ah sudah mari mana pulak suara budak menangis nih) “aku berdegus dalam hati masa tuh aku tengah buat homework dekat tepi tingkap..

Aku bangun terus masuk bilik tidur sebelah nurul(time takut reti pulak aku cari nurul)..aku tarik selimut capai bantal busuk kesayangan aku terus aku pejam mata dan tidur..

Dalam 10/15 minit lepas aku pejam mata aku bermimpi aku kena kejar oleh binatang berbisa iaitu lipan..mula-mula kecik je so aku larilah sekuat hati sebab lipan tuh nak sengat aku..sekali aku pusing belakang tengok lepak tuh dah besar dari aku yang ketinggian 163 cm ni…memang lari pecutlah aku dalam mimpi tuh..dalam mimpi aku macam mimpi 3 situasi berbeza..

Lepas mimpi kena kejar..aku bermimpi aku terbaring atas katil besi yang sejuk dan pura pura m**i.. Masa tuh ade lipan dekat ibu jari kaki kiri dan kanan aku. Dan aku tak pasti ibu jari kaki mana dia gigit tapi lepas dia gigit seluruh badan aku kebas..dalam reality pun badan aku kebas jugak ok..masa mimpi ni berlaku aku tahu ni mimpi dan aku cuba nak bangun dari tidur tapi tak boleh(yang ni paling perit)…

Dan mimpi last,aku mimpi aku tercampak dekat kawasan pantai dan yes tuh pantai yang aku pergi dengan nurul petang tuh..masa dekat kawasan pantai tuh aku nampak sorang pak cik tua tengah rawat orang sakit bawah pokok yang besar..dan orang sakit tuh mak aku..lepas jer mak aku pengsan.. Dia toleh kebelakang dan tanye sebab apa aku datang.. Korang tahu masa ni part ni paling seram dan aku menangis-menangis dalam reality(base on story nurul cerita) nak bangun dari tidur ni.. Masa pak cik tuh tanya aku gelak wegh dan senyum sinis dekat pak cik nih…dia just gelak-gelak lepas tuh tiba-tiba terapung dan terekam dekat pokok yang mak aku pengsan..dan hantuk kepala aku dekat pokok tuh…aku rasa masa tuh badan aku dikawal oleh sesuatu tp bedan tuh x nak bercakap dan dia sakitkan jasad aku dalam mimpi tuh..

Lepas tuh pak cik tuh duduk atas tanah dan baca surah apa aku tak pasti sebab masa tuh aku bukan diri aku..dan tengok dia tekan tanah dengan kuat sampai merekah…lepas je part tuh aku baca ayatul kursi dan mengucap..aku terus terjaga dari tidur dan nampak nurul depan muka aku.. Dia cakap aku dekat 2 jam meracau dan yes malam tuh aku dengan dia tak tidur…

Esokkn harinya,badam aku kebas lagi dan aku lesu sepanjang hari… Dekat kelas ramai tegur tengok muka aku pucat macam kehilangan d***h yang banyak… Tapi aku hanya balas dengan senyuman…waktu rehat aku whatsapp mak aku dan bagi tahu keadaan aku apa yang berlaku…Mak aku baru lepas kena buatan orang masa aku f5 dan masig dalam tempoh pemulihan hijab badan…

Mak aku just cakap “kakak kena kuat dan lawan rasa takut tuh dan sebelum tidur jangan lupa buat pendinding”…3 hari lepas tuh baru aku balik rumah parents aku sebab cuti hujung minggu…masa aku balik baru tahu rupanya mak aku kena buatan orang lagi tapi kali ni dengan kaedah pemujaan dekat kawasan air mengalir tak putus..

Adik aku cakap mak aku cakap dialek alik indo tapi tak pasti daerah mana…aku balik rumah hari khamis dan malam tuh jugak aku kene berubat dengan ustaz yang berubah mak aku..Dalam pukul 11 malam ustaz ni mari rumah aku dan suruh aku belunjur mengikut arah kiblat..dia mulakam bacaan dan aku mula pening…Dia just dia dan pegang kepala aku…Leps tuh aku dah tak ingat apa-apa…

Keesokan harinya,aku tanya adik aku apa jadi dekat aku semalam..sebab badan aku dah tak kebas dan sejuk macam ais..adik aku cakap semalam aku banyak gelak je ustaz tanya aku gelak bila ustaz gelak sekali aku marah…adik aku cakap orang yang buat dekat mak aku jadikan aku perantara nak hantar ‘benda tuh’ dekat mak aku..sebab dalam adik beradik aku yang paling manja dengan mak aku..sebab aku sorang je anak perempuan dalam adik beradik..

Aku bermimpi semua benda tuh sebab orang tuh mula memuja mak aku tapi dia hantar dekat aku dulu baru dia hantar dekat mak aku.. Malam aku bermimpi tuh mak aku terkena untuk kali ke-2..sebab aku ialah PERANTARA untuk melepaskan kebencian dan dendam dia terhadap mak aku…Baru aku tahu sebab apa nurul selalu pasang ruyqah bila dengan aku sebab dia cakap dia ternampak ade kelibat lain dibelakang aku tapi aku tak perasan..side effect dia aku jadi lagi sensitive dengan sejuk dan mudah berasa kehadir ‘dia’… Sebab akulah PERANTARA manusia yang penuh harsat dengki untuk membuat benda terkutuk terhadap mak aku.. Tapi sempat di elak sebab aku terus berubat bila aku perasaan kehadiran dia…

Diaoranf jadikan aku PERANTARAAN sebab diaorang nk mak aku merana sebab kehilangan aku.. Kiranya nak seksa aku sampai aku tak bernyawa.. Seksa 2 nyawa sekali gus.. Tapi allah maha adil maha berkuasa dan alhamdulillah sekarang aku dan mak aku semakin sihat..terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ni…

-ash-

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
Ash

2 thoughts on “Perantaraan”

  1. sebelum hantar cerita, make sure baca semula crita tu untuk double check ejaan dan ayat. Form6 kena penulisan yang bagus dan agak teliti. apa pun cerita not bad. share la lagi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.