Percintaan Singkat 2 Alam

Dengan kalimah bismillah aku mulakan bicara.
Kejadian ini berlaku sekitar awal tahun 2000. Aku kenalkan diriku dengan nama Jejaka Misteri. pada waktu itu umurku baru berusia 13 tahun. ‘Gangguan’ ini kerap berlaku apabila aku sedang lena diulit mimpi. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan didatangi ‘gangguan’ ini. Minta maaf aku tidak boleh bagitahu apa gangguan tersebut atas sebab tertentu.

Akibat tidak tahan diganggu aku dibawa berubat di rumah pak cik din (bukan nama sebenar). Pakcik din cuba mengubati aku dengan menggunakan beras untuk dibawa pulang ke rumah. Dengan beras tersebut hendaklah ditabur di dalam rumah dan dibiarkan beberapa hari.

Namun ‘gangguan’ itu tetap berulang kembali. Aku serta keluarga berulang sekali lagi pergi jumpa pak cik din dan dari apa dia cakap aku dapat agak dia tak boleh ‘handle’ masalah yang aku alami. Aku ingat lagi pakcik din berkata pada ayahku bawak pergi berubat kerana makhluk itu sudah hampir denganku, kelak aku dibawa ke alamnya.

Selang beberapa hari pada malam aku hendak tidur, aku dapat rasakan makhluk itu berada dekat denganku. Dengan berani aku berkata kepada makhluk tersebut ‘dimana kau, apa kau nak?’.
Secara tidak aku duga pandanganku tiba2 bertukar menjadi putih seperti aku berada di dalam kabus yang cukup tebal. aku cuba melihat sekeliling aku, ternyata aku tidak silap, penuh degan kabus yang terlalu banyak dan sangat hampir dengan ku. Lantas aku cuba untuk keluar dan cuba merontakan diriku untuk melepaskan aku dari ‘cengkaman’ kabus tebal ini. Akhirnya aku berjaya kembali ke alam nyata.

Apabila merasakan diriku sudah berada di dunia nyata yakni dapat melihat seperti biasa aku terus ke ruang tamu dimana ayahku sedang menonton tv. Aku ceritakan padanya apa yang berlaku sebentar tadi. dan aku pun terlelap tanpa sebarang gangguan.

Aku akhirnya dibawa kerumah ustaz Sufian (bukan nama sebenar). Apa yang aku ingat rumah ustaz itu seluruh lantai rumahnya dihiasi karpet berwarna kuning diraja. Apabila aku masuk ada beberapa pesakit yang mendahului aku datang kerumah ustaz sufian.

Tiba giliran aku. lantas tanpa membuang masa aku menceritakan ‘gangguan’ yang aku telah hadapi kepada ustaz sufian. selang beberapa ketika ustaz tersebut bertanya apa namaku dan menyuruh aku telan air liur beberapa kali. Cara perubatan nya pada aku sedikit unik kerana berlainan dari yang lain. posisi ustaz sufian pula duduk di sofa dan aku berdiri lebih kurang 1 meter didepannya.

Setelah aku menuruti apa yang dikehendaki oleh ustaz sufian, agak lama ustaz sufian memandang ke syiling rumahnya dan lutut aku juga hampir penat berdiri. dan disini ‘part’ yang paling aku terkejut dan tak terduga.

Sambil aku berdiri dan berkhayal apa yang akan berlaku selepas ini, secara tiba2 ustaz sufian berkata ‘yang ganggu awak ni bukan jin tetapi bunian. Aku pada waktu itu benar benar terkejut dan memang tak aku sangka oleh akal waras aku ini. seperti hendak percaya atau tidak. Dan mata ustaz sufian masih lagi pandang ke atas iaitu syiling rumahnya. aku cuba pandang atas dimana ustaz tersebut memandang. Tetapi hampa kerana aku hanya nampak syiling putih dihiasi lampu. Tidak ada apa yang menarik perhatianku. aku hanya menunggu kata kata ustaz sufian sahaja.

Tidak lama selepas itu ustaz sufian berkata padaku dia memangil bunian tersebut bersama ayahnya atau ibunya. aku dah lupa kerana lebih sepuluh tahun perkara ini berlaku. Mungkin ustaz sufian tahu apa yang bermain difikiran aku (seperti hendak percaya atau tidak) , dia berkata padaku awak nak rasa dia pegang tangan awak?. Dengan rasa ingin tahu aku terus angguk kepala tanda setuju. Ustaz sufian menyuruh aku letakan tangan kanan di sisi dan berkata lagi dia sudah pegang tangan awak. Tetapi waktu itu aku memang rasa biasa. Tak ada rasa seperti dipegang.

Aku cakap tidak ada rasa apa apa dan sedikit kecewa. tetapi selang beberapa ketika aku dapat rasa tangan kananku kebas kebas. Tetapi tidak di sebelah kiri. Pada waktu itu aku berasa sangat teruja. tidak dapat aku gambarkan perasaan aku dengan kata kata. Selepas aku beritahu ustaz sufian yang aku dapat rasa pegangan tangannya ustaz sufian berkata orang buniannya lawa, cantik. orangnya. pada waktu itu umur aku 13 tahun dan gadis bunian itu 15 tahun.

Dan waktu ini aku dapat rasakan perasaan cinta aku dan sayang mula mengalir di dalam diriku kepada gadis bunian tersebut. Dan aku yakin gadis bunian tersebut juga sama perasaannya seperti aku. pada waktu itu aku dapat rasakan kehadiran makhluk tersebut di sebelah aku.

Dan ini adalah part sedih bagi aku dan aku tak akan lupa sampai bila bila. Tanpa membuang masa ustaz sufian bertanya padaku awak nak atau tidak gadis bunian ini? aku hanya diam. sukar bagiku untuk terangkan apa perasaan aku waktu itu. Kemudian aku bertanya pada ustaz sufian bagaimana jika aku mahu gadis bunian tersebut?. Ustaz sufian lantas membalas soalanku dengan menjawab aku harus bernikah dan pergi ke alamnya. Ringkas. Dan bertanya sekali lagi pada ku awak nak atau tidak gadis bunian ini.

Sungguh aku amat berat untuk menjawab iya atau tidak. Aku hanya diam. Dan aku rasakan genggaman gadis bunian tersebut semakin kuat. Jujur sedangku taip kisah ini aku berasa sedih apabila mengenang kembali kisah ini. terasa sayu hatiku. Dan ustaz tersebut bertanya untuk kali ketiga soalan yang serupa. Namun soalan itu dijawab oleh ibu ku yang ada di belakangku. Jejaka misteri sayang mak kan? (tapi tak lah mak aku panggil aku nama macam tu, aku perlu sembunyikan sepenuhnya identiti aku atas sebab tertentu).

Apabila aku dengar ibuku berkata begitu tahu lah aku yang ibuku tidak setuju jika aku bersetuju bernikah dengan gadis bunian itu. Dengan berat hati dan terpaksa, aku menjawab tidak kepada ustaz tersebut. dan pada waktu itu aku kebas kebas di tangan ku hilang sekelip mata. Aku berasa terkejut dan seperti baru terjaga dari tidur yang panjang. Aku sedar sepanjang apa yang aku lalui sebentar tadi. tetapi amat sukar bagi ku untuk terima hakikat yang aku berkata tidak. jujur aku ingin bersamanya pada waktu yang sama ibu ku yang melahirkan aku yang besarkan aku tidak mungkin aku akan meninggalkan nya hanya kerana seorang gadis bunian yang cantik? Lupa untuk ku bagi tahu yang gadis bunian ini adalah gadis yang kaya di alamnya, dan juga merupakan anak kepada ketua kampung.

Setelah itu ustaz sufian berkata tegas dan lantang kepada gadis bunian itu kalau kau ganggu lagi budak ni (aku), aku (ustaz sufian) pancung kau. Maka disini berakhirlah kisah percintaan aku yang amat singkat. Selang beberapa hari adik ku ternampak di sudut tempat tidurku seperti kelihatan seorang gadis sedang menangis.

Sampai disini sahaja kisah percintaanku dengan gadis bunian ini. Jika ada respon yang menarik aku akan kongsikan beberapa pengalaman aku termasuk pernah pergi sekejap ke alamnya.

sekian jumpa lagi. babai

jejaka misteri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

29 thoughts on “Percintaan Singkat 2 Alam”

  1. aku dapat yakinkan diri bahawa cerita ini tipu dan rekaan semata2..kenapa??..padayang punya pengalaman dan ilmu akan tau kenapa.

    Reply
    • lg 1 saya nak pesan kalau rasa ilmu tu tinggi, ilmu allah lagi tinggi. jangan kerana awak mempunyai sedikit ilmu, awak menidak kan pemgalaman seseorang. ingat allah menjadikan alam ni berbagai2. jangan riak.

      Reply
      • Takpe bro aku caya.. dlu cg aku selalu crita psl alam bunian ni. Dia ada crita psl 2 org lelaki ni yg dia knl prgi bljr utk masuk alam bunian.. tpi mmg kena berguru lah. Dia pon crita dia prnh dpt brg drpda org bunian dll.

        Reply
      • Saya percaya awak.. Kawan ayah saya jadi gila sebab dia suka bunian.. Bapak saya cerita dia selalu cakap sorang² masa tengah lepak.. Lepas bapak saya pernah cakap kawan dia cakap ada perempuan cantik lalu depan dia.. Tapi ayah saya tak nampak..

        Reply
  2. Urmm saya ada beberapa soalan laa. Saya takdelah nak menidakkan sebab awak cakap pengalaman awak kan tapi saya cuma rasa pelik.
    First pasal ustaz sufian, ustaz jenis apa tu?? Dia boleh tanya awak nak ikut bunian tu ke tak?? Macam dia galakkan awak ikut bunian tu pulak sedangkan dia ustaz kan takkan laa dia tak tahu yang manusia dengan jin/bunian tak boleh bersama?? Siap bagitau cantik semuatu selalunya benda tu tak perlu tanya dia sendiri dah tahu.
    Second, “secara tiba2 ustaz sufian berkata ‘yang ganggu awak ni bukan jin tetapi bunian. Aku pada waktu itu benar benar terkejut dan memang tak aku sangka oleh akal waras aku ini” okey mula2 awak tahu yang awak ada kawan bunian waktu ustaz bagitahu tapi “aku akan kongsikan beberapa pengalaman aku termasuk pernah pergi sekejap ke alamnya” kalau baru awak tahu macam mana awak boleh pergi ke alamnya?? Takkan sebelum tu awak tak tahu yang itu bunian?
    Mohon beri pencerahan?? 🙂

    Reply
      • Boleh la.. ada yg kahwin siap dapat anak lagi.. rumah tinggal sorang tapi riuh rendah suara budak2 … Hah mcm mana tuh??
        ~Walallahu’alam~

        Reply
        • ade dgr kisah di tgganu..suaminya bunian, dia dh dpt 2 anak..dia blh je melihat suami n anak2 dia, tapi bila saudara mara dia akan nmpk mcm kain tu bgerak2 menunjukkan baby tgh bermain-main kaki dia atas kain yang dibentang tu…takde pun kena g ke alam bunian, mgkin sbb dia prempuan kot..ntahla wallahualam

          Reply
  3. Maaf brtnya..ye ke mnusia dgn jin x blh brsama? Skadar brtnya..sbb pkcik aku dr baby di jaga oleh bunian smpai skrg..tp skrg, aku x tahu pkcik aku tu masih hidup ke x..umur pkcik aku tu pn dh 50an kan..sbb yg blh nmpk pkcik aku tu hnya arwah nenek..arwah nenek dh mnggal hmpir 5 tahun..hnya arwah yg boleh nmpk keadaan smasa anaknya mlalui mimpi..

    Reply
  4. asal bunian jer semua perempuan
    xde ke bunian lelaki hahahahahaaaaaa
    dan kenapa bunian kne suke kat manusia ekk
    kalau bunian perempuan da cantik mesti la yg bunian lelaki dorang pun ensem
    so kenapa bunian pompuan ni xcari sesama bunian je jodoh dorang ni
    pelik kannn tapi itu semua atas izin allah ..

    Reply
  5. Takpe bro saya percaya dgn cerita awak. Best cerita ni, harap bro dapat sambung cerita yang pernah pergi ke alam sana 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.