Percutian di Kota Tinggi

Salam, Nama Saya Pelo warga Singapura. Maaf kalau Melayu saya tak begitu bagus. Semua nama dalam cerita ini telah di tukar. Pada tahun 1994 time tu umur dalam 10tahun tak silap, saya dan keluarga saya lima orang termasuk saya dan keluarga sedara saya dari Indonesia, mereka dalam 5 orang telah bercuti di kota tinggi. Kami telah menaiki teksi dari larkin tak silap lah dan sampai ke Kota Tinggi dalam 11 pagi. Arwan bapa saya kami kata yang akan bercuti dalam 3 hari. Jadi excited lah sangat time tu dan tak pernah ke air terjun. Arwah bapa kami telah mengambil 2 chalet with connecting door.

Jadi bila dabis check in, kami semua pergi lah mandi dan bermain – main di air terjun itu sampai lah nak masuk waktu asar. Arwah bapak suruh balik. Tapi kami semua melengah sampai lah nak masuk maghrib. Sebelum balik, kakak saya, Timah dan adik sedara saya, Ina telah bermain dengan seekor monyet. Arwah bapak tegur dan memberitahu supaya jagan bermain dengan monyet itu.

Selepas sampai ke chalet kami semua buat lah apa yang patut solat, makan malam dan kami semua berehat. Kami di separate kan lelaki dan perempuan kereana keluarga sedara saya bapak mereka tak ikut. Jadi Pakcik saya lah.

Sambil tengah baring sambal main angin, saya dengar si Ina nangis tapi time tu kecik lagi kan jadi buat bodoh lah. Arwah bapa yang menegur sedara saya, si Aris, if si Ina selalu kat rumah dia nangis malam tak. Tapi Aris memeritahu yang Ina tak pernah nangis malam. Jadi Arwah Bapa saya pergi lah ketuk pintu dan mak saya cakap yang si Ina selepas maghrib je da nangis nangis tapi tidak beritahu kenapa yang buat dia nangis.

Arwah bapa tahu menahu tentang benda benda ghaib dan sekali pandang Arwah bapa tahu yang Ina da di kacau oleh benda halus. Arwah bapak masuk balik bilik kami dan kumpul kami suruh buat bulatan. Jadi Ina ni kat dalam. Kami di suruh baca ayat kursi tanpa henti. Time tu saya blur lah kenapa kan tapi ikut je baca terus. Sambil baca – baca tu Ina nangis dan ketawa je part tu lah saya baru tau si Ina kena sampuk. Cuak sekejap saya, ulang dalam 5 ke 7 kali baru si Ina diam.

Yang Arwah Bapa saya terus menuju ke toilet cepat cepat. Dia bukak pintu toilet tu tapi dia tak masuk kat luar tu arwah bapa saya membaca sesuatu kuat kuat. Tapi tak tau surah apa. Langsung dia menuju ke main door dan bukak. Macam orang hantar tamu balik gitu. Dan dia tutup. Arwah bapa tak cakap banyak dan suruh tidur. Jadi kami lelaki semua patah balik lah pat bilik kami. Tengah nak terlelap dalam 30min. Dengar pulak kakak saya nangis tersedu-sedu dan ketawa ketawa. Jadi arwah bapa saya panggil lah kami lagi.

Ni kali arwah bapa saya marah pasal benda tu dating balik. Jadi arwah bapa suruh kami buat bulatatn dan baca lagi tanpa henti. Sama lah waktu baca tu kakak nangis lah ketawa lah. Tapi yang best part tu kakak dan si Ina bila kena sampuk muka dorang tak lah seram mana pun. Bila kakak da berhenti nangis, arwah bapak suruh continue je baca dan arwah bapak diri kat pintu sambal menegok apa benda saya pun tak tahu. Bila semua da selesai, arwah bapak cakap yang pintu connecting room jangan di tutup, Cuma kasi renggang je. Mak saya pulak tak sedap hati dan terus mengaji di tikar sembahyang.

Jadi saya pun tertidur lah sampai pagi. Bangun subuh Nampak arwah bapak kat varenda, di depan. Da habis sarapan pagi, Arwah bapak suruh kami pack dan check out. Bila da sampai rumah, arwah bapak ceritakan yang dia tak tidor malam tu pasal tak sedap hati. Dia ceritakan yang dia melepak pat luar varenda tu, dia ingat nak lepak lepak dulu tengok ada ganguan lagi ke tak sebelum tido. Chalet kami ni atas bukit so belakang dia hutan- hutan dan ada pokok besar.

Dia ceritakan sambal dia tengah hisap rokok dia nampak pokok pokok bergoyang dan melihat ada budak budak kecil yang ramai tengah panjat and main main. Jadi arwah bapa saye tengok kan je. Dalam pukul 2am gitu arwah bapa saya Nampak mak saya masuk bilik dan keluar ke varendah tempat arwah bapa nga duduk. Tapi bila di tegur mak diam je dan turun ke bawah. Half way dia stop dan pusing sambal lambai lambai memanggil arwah bapa saya sambal senyum.

Arwah bapa da bangun tapi dia berhenti kerana dia teringat yang mak saya kalau ke mana mana mesti pakai tudung yang ini tak bertudung and tempat tu gelap lah sangat yang ada lampu dari varendah tu je. Jadi arwah bapa diam je tengok kan benda tu yang menyerupai mak saya. Agak agak benda tu da tahu arwah bapa da tau dia pun turun ke bawah dan hilang di dalam kegelapan itu.

Jadi arwah bapa kata yang time kakak dan Ina main dengan monyet tu arwah bapa saya da tak sedap hati kerana takut benda halus yang menjelma seperti monyet tu. Sekain terima kasih,

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Percutian di Kota Tinggi”

  1. sambal udang sambal ns lemak sambal petai sambal bilis sambal mak cik sambal popia sambal belacan sambal kupang sambal sotong sambal ketam ..sebelum nk sambal semak la dulu semak di sambal typo sambal sampai lebam…
    aku maafkn kau sambal..

    Reply
    • hahahaha…dia auto correct ni..teringat mmber kat opis buat presentation, ada pkataan sambal dlm slide dia..abis kene bahan da lapar ke tgh2 meeting ni..hahahaha

      Reply
  2. Sambal = Sambil
    Nasib aku faham semua jalan cerita dia.
    Dah jangan nak menganjing kan orang,macam lah diri kita ni tak pernah buat silap??

    Reply
  3. Awak patut belajar bahasa melayu dgn Perdana menteri awk..saya respect dgn PM awk yg fasih berbahasa melayu..walaupun die seorang kaum cina..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.