Percutian Melaka

Assalamualaikum. Terima Kasih admin Fiksyen Shasha sekiranya cerita aku ni disiarkan. Apa yang akan aku ceritakan ni pegalaman keluarga kecil aku bercuti di Melaka.

Aku dan husband rancang untuk pergi bercuti sempena birthday aku dan anak. Benda ni berlaku pada bulan September tahun lepa (2017). Okay, macam yang dirancang, aku dah book sebulan awal hotel yang akan aku stay. Hotel yang agak popular dekat Melaka, siap ada waterpark. Pagi tu aku bertolak dari Johor Bahru awal pagi kerana rancang nak makan tengah hari di Muar (tempat dirahsiakan).

Gangguan pertama yang aku kena masa tengah makan dekat situ. Bila makanan semua dah order, tiba-tiba anak aku menangis dan tak nak makan. Bila aku tanya kenapa, dia tunjuk dekat satu kedai yang agak memang famous dan dia cakap, “Mama… tu… atut (takut)…”

Aku pun toleh ke arah kedai tu, tapi aku nampak tak ada apa-apa pun. Aku pandang muka laki aku, bagi hint suruh cepat makan dan blah dari situ. Anak aku umur baru dua tahun, mungkin hijabnya masih terbuka lagi.

Lepas sejam lebih drive, aku sampai dekat hotel. Mula-mula sampai aku pusing satu kawasan hotel tu tengok keadaan. Kawasan hotel tu nampak suram dan tak terurus. Aku pun suruh laki aku parking depan lobby dan aku uruskan untuk check-in. Bila dah settle semua, aku terus pergi blok tempat yang aku akan stay. Okay, bilik hotel yang aku book ni sebenarnya apartment. Dalam tu ada tiga bilik, ruang tamu yang agak besar dan dapur. Disebabkan aku book untuk satu bilik, maka lagi dua bilik lagi pihak hotel kunci. Masa first time aku masuk apartment tu aku dah rasa lain macam sebenarnya. Tapi aku sedapkan hati jer.

Malam tu lebih kurang pukul 12:00 tengah malam, aku terdengar macam orang pindah-pindahkan perabot dan bunyi guli jatuh dekat atas lantai. Aku bersangka baik jer, mungkin orang atas belum tidur walaupun dalam kepala aku dah fikir lain. Aku kalau check-in hotel memang akan buka ayat-ayat ruqyah yang aku dah save dekat dalam handphone. Agak lama juga bunyi seret-seret tu. Akhirnya aku tertidur selepas aku ikut bacaan ruqyah yang aku dengar.

Okay, aku pendekkan cerita. Petang malam kedua tu aku ajak laki aku teman gosok tudung dekat tingkat enam, kerana hotel tak sediakan iron dalam bilik. Aku naik atas lebih kurang pukul 6:30 petang. Masa sampai tingkat enam tu, aku memang dah rasa takut, tapi aku buat-buat berani jer. Bilik utiliti tu dekat ujung sekali. Dekat tingkat ni dahlah sunyi. Lampu koridor pun suram-suram jer. Aku jalan depan, laki aku dekat belakang dengan anak aku. Bila aku nak masuk jer bilik tu, aku ternampak kibasan kain dari celah bawah pintu. Alah, macam langsir kena tiup angin tu, macam tu lah yang aku nampak. Padahal bilik tu tak ada langsir pun. Aku masuk, cepat-cepat gosok tundung dan blah. Lagipun dah nak maghrib.

Lepas maghrib aku keluar pergi makan ikan bakar dekat area muara yang famous jg kat Melaka. Mula-mula sampai situ, anak aku dah buat hal macam dekat Muar juga. Dia mula menangis dan tak nak makan. Aku pun cepat-cepat makan, lepas tu balik hotel. Sampai jer dekat hotel, makin teruk anak aku menangis. Aku bawa masuk bilik, makin kuat dia menangis. Aku tanya kenapa, anak aku tunjuk dekat tingkap, lepas tu terus tutup muka dengan selimut. Agak kalut juga aku nak pujuk anak aku malam tu. Akhir sekali aku peluk dia sambil baca ayat-ayat ruqyah yang aku pasang. Aku ingat dah abis dah gangguan manja dia. Lebih kurang pukul 1 lebih, aku baru jer nak tertidur, aku dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah belari dari tingkat atas. Bunyi tu macam budak kecil dengan orang dewasa tengah berlari pada tempat yang sama.Bunyi tu betul-betul atas bilik aku. Pada mulanya aku buat tak tahu je, tapi makin lama makin pesta pulak dia. Aku terus cakap dalam hati, “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.”

Aku tahu orang yang duduk bilik atas dah check-out, sebab petang tu masa mandi dekat waterpark, aku nampak bilik tu dah kosong. Tak lama lepas aku cakap macam tu, bunyi tu terus hilang.

Esok paginya, nak pastikan lagi, masa breakfast aku tengok lagi bilik yang atas bilik aku tu memang kosong. Lepas breakfast aku terus check-out. Masa dalam kereta aku cerita apa yang aku dengar masa stay dekat situ dekat laki aku. Rupa-rupanya dia pun dengar apa yang aku dengar, tapi dia tak nak cerita, risau nanti aku takut. Apa yang aku perasan sepanjang stay dekat situ sesiapa yang check-in, pihak hotel akan bagi stay dekat blok B dan C sahaja. Blok lain dia tutup.

Maaf andai cerita nie tak berapa menakutkan. Sekian, terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
qistina

81 thoughts on “Percutian Melaka”

  1. Dulu pernah ada check in kat sebuah hotel dia punya bilik seram la pulak. Sekali nak mandi tu, tuala yang putih bersih tetiba ada tompok d***h. Tengok sekeliling takda pun datang nya warna merah. Kus semengat..

    Reply
  2. review hotel slalu x sama dengan real punya.. pernah booked hotel kat melaka.. bila sampai hotel fasiliti dan tempat sangat teruk..

    Reply
    • Saya sokong ni…. Dalam review (photo) semua nampak indah dan baik2….. Reality? Ada juga gambar 2 – 3 tahun sudah skrg maybe agak usang… Saya maksudkan interior…

      Reply
  3. Aku pernah tidur dkt hotel melaka straits hotel..Ada org kata hotel tu hospital dulu..Tp nasib baik tak kena kacau.Waktu nak check-out baru penjaga kaunter tu bgtahu

    Reply
  4. lps ni kalau nk tido hotel yg best kt melaka try moty hotel..mmg mcm 5 star la..padahal 3 star hotel je.ade indoor swimming pool lg..pastu bilik termasuk breakfast buffet skali..bilik lengkap ade mini bar..ade iron n board ..ade bath tub..puas hati duk hotel tu..pastu dekat je dgn menara taming sari hotel tu.tapi kene siap2 deposit rm200 la ek.masa check out on time baru dpt balik duit tu.ngeee

    Reply
  5. Baru nak comment kengkonon seram. Tapi tergantung pulak niat sbb family hasani husni haznan ni.panjang bebenau nama si hasani ni eh

    Reply
  6. Seram la…sian kat ank tu duk ketakutan je..sy pnh ada pengalaman ank x henti2 nangis ni.nasip baik ada knl org yg ilmu ckit bab2 alam ghaib ni…slesai smua sesi bacaan n pgr rmh trus ank snyap n ttdur…

    Reply
  7. Beraninya, kenapa xcheck dulu feedback org2 yg pernah check in situ? Kalau sy dah lama dahh xdudukkk, spesis penakut yakmatttt hahahaha

    Reply
  8. atuk bagi pihak keluarga HASANI minta maaf atas tindak tanduk keluarga kami. Inilah jadinya jika kurang kasih sayang dalam keluarga serta hasil dari persetubuhan haram seterusnya melahirkan generasi yg jahil dan bodoh seluruh keturunan. Atuk sekali lagi mita maaf bagi pihak keluarga HASANI.

    Salam Ramadan semua…

    Reply
  9. Rumah sekarang saya menetap ni mmg sering bunyi guli dan org alih perabot . Mmg takut juga la mula tahu yg tapak perumahan ada penghuni . Sekarang dh lali dah . Mereka anak beranak tinggal tmpat tu . Taknak lari dah . Nak cerita dekt fiksyen shasha ni sussah juga sbb tak pandai atur ayat . Kang korang tak paham 😂

    Reply
  10. Kat rumah aku ni tetiap malam bunyi guli n org alih perabot. Sampai subuh la bunyi die. Kitorg laki bini ada pasang surut. Kadang seram. kadang kitorg cool xde perasaan, kadang geram sbb bising. Penah somi x thn sgt die amek btg penyapu die ketuk siling rumah. Lepas tu bunyi tu senyap malam tu 😂😂😂. Insaf agaknye antu tu kene sound ngan laki aku

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.