Percutian yang melesukan

Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Terima kasih kerana menyiarkan kisah aku ini. Kisah ini baru lagi terjadi iaitu pada minggu terakhir sebelum puasa 2017. Aku dan husband beserta dua anakku pergi bercuti sempena anniversary kami ke sebuah resort yang ada theme park di kawasan Selangor.

Kami check in pada hari rabu. Setibanya kami di sana, urusan check in lancar dan aku minta pada staff hotel bilik yg mengadap theme park. Selepas selesai urusan check in, kami pun ambil beg2 dan naik lif. Keadaan koridor agak gelap cuma mengharapkan cahaya matahari. Sampai di bilik, kami bagi salam & baca surah2 ringkas. Disebabkan penat, petang itu aku tak bawa anak2 mandi di theme park. Cuma makan dan berehat di bilik. Malam pula, bawak anak-anak makan angin tepi pantai, makan dan naik ke bilik pada pukul 9.30mlm.

Sampai kat bilik, anak beriya2 nak mandi jakuzi jadi aku temankan mereka sekejap dalam bilik air. Masa tu, tiba-tiba aku terbau bau busuk yg amat. Tapi beberapa saat bau tu hilang. Jadi aku buat xtau saja. Selepas anak2 tido, aku dan husband duduk berborak di beranda. Kami masuk ke bilik pukul 12.10am sebab husband nak mandi. Tiba2 terdengar bunyi seperti guli berselerak di lantai dan orang alih barang dari tingkat atas. Aku masih buat tak tau. Lepas itu bunyi alih barang tu semakin kerap dan kuat. Aku rasa pelik dan seram pulak. Aku bukak mp3 ayat quran dan bunyi tu berhenti.

Tapi tak tau kenapa aku rasa seram sangat sampai bulu roma meremang. Anak aku yang sulung dah terbangun masa tu dan mata dia pandang ke pintu bilik je. Muka dia nampak takut tapi aku sendiri tak berani nak tanya sebab kang aku lagi bertambah2 takut. Mau malam tu jugak aku check out, hahaha.
Aku baca ayat kursi berulang kali sambil duduk bersandar di katil. Terasa macam angin sejuk lalu kat tangan aku. Husband keluar dari bilik air sambil tanya aku siapa yang bukak pintu bilik air tadi. Aku hanya diam sebab aku tau tiada sape pun yang pergi bukak pintu tu. Oh ya lupa bagitau, bilik air berdekatan pintu bilik yg anak aku pandang tadi. Husband terus tak jadi mandi. Aku rasa dia da dapat agak ape sebenarnya yang jadi.

Bunyi alih barang dari tingkat atas masih lagi ada walaupun tidak kerap. Pukul 2.30am bunyi tu berhenti. Aku lega la sikit. Tapi pukul 3 lebih aku dengar bunyi pintu bilik di hadapan bilik aku, bukak tutup macam ade orang keluar. Aku sedapkan hati, “ooo mungkin orang bilik depan tak tido lagi kot”. Tak lama lepas tu, dengar bunyi troli bellboy macam ulang alik depan bilik aku. Aku cuba sangka baik lagi, mungkin ade orang check out kot walaupun dalam hati tahap denial aku tinggi cakap apekejadah check out pagi2 buta, huhu. Bunyi tu berterusan sampai la 1 jam kemudian.

Pukul 5.30am, bunyi alih barang tu start balik makin kuat dan tak berhenti sampai azan subuh. Lepas azan, terus stop bunyi2 tersebut. Aku tengok husband lena je, tapi aku da macam mata panda. Disebabkan dah subuh, aku terus tak tido dan bangun bersiap untuk pegi breakfast. Lepas makan dan bawak anak2 pegi mandi di theme park, aku check out pukul 11.

Semasa dalam kereta, aku tanya anak yang sulung, “kakak kenapa malam tadi kakak tak tido sampai subuh?”. Anak aku jawab, “kakak nampak hantu kat pintu bilik hotel”. Terpaku aku dengar, betul ke anak aku bole nampak. Sebelum ni masa umur dia 3 tahun, semasa menginap di hotel lain, dia pernah jugak bersuara, “ibu ade momok dalam bilik air”. Tapi aku fikir mungkin gelap jadi dia takut.

Terima kasih baca cerita aku sampai habis. Aku tak sangka la kali ni percutian kami jadi macam ni sampai aku jadi lesu sebab tak tido semalaman. Sebenarnya bukan ini pengalaman paling menyeramkan bagi aku. Cuma aku risaukan diri aku, kerana aku pernah terkena buatan orang dan pernah terdengar2 suara memanggil aku untuk terjun dari tempat tinggi. Sebab tu malam tu aku tak tido, aku baca ayat2 pendinding diri supaya benda tu tak mempengaruhi aku.

Segala yang baik dari Allah, yang tidak baik dan khilaf itu dari aku. Semoga aku dapat tingkatkan lagi amalan di bulan puasa ini dan sembuh dari penyakit. Assalamualaikum.

Leave a Reply

10 Comments on "Percutian yang melesukan"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
cekodok

port dickson ke? hehehehe

hehehe

Kawasan Selangor bang.. baca betul2

semperitnestum

kat morib kan..hehehehe ok situ memang ngeri.

BB

Gold Coast Morib la tu..

suzi

yela siap ada jakuzi.. mne lagi…tp sy tdo sana ok je.. tak ada pape..

Muhd Firdaus

Ngeri kenapa tu.

malia

Dapat bilik ok mmg la xde ape2..kdg2 nasib klo dpt bilik x ok

Amin eminem

kt mana hotel murah tu? x kesah seram janji dapat meowww

👉👌👉👌👉👌💦💦💦

Ebi

amende yg ko merepek ni, cubalah komen yg elok elok skit

anakWong

gold coast eh?bangunan yg belah2 depan tu memang amik masa jugak nak siap….mesti dah ada yg tumpang…lagipun x jauh dari tempat buang abu mayat (x taulah ada kaitan ke x kan…)…

wpDiscuz