hujan

Perempuan Jangan ‘galak’ Sangat

Salam semua pembaca

Kisah yang aku nak share ni dari pengalaman aku sendiri. Aku selalu boleh rasa kehadiran benda-benda yang tak boleh nampak pada mata kasar ni, tapi aku jarang nampak rupa dia, cuma perasaan aku kuat kalau benda tu ada dekat situ. Seumur hidup aku rasa pengalaman yang paling tragik masa aku sambung belajar kat pantai timur.

Tempat belajar aku ni baru je bukak, dibina dalam hutan dan pernah terbengkalai masa pembinaan. Aku masuk pon batch ke 3 so student memang tak ramai. Asrama pompuan ada dua blok, satu blok kosong dan blok yang aku duduk just tingkat dua je yang ada orang. Masa masuk tu aku ada perasan benda – benda yang pelik kat asrama ni, tapis aku ignore je benda-benda macam tu.

Sampai la dalam dua minggu lepas duduk situ, ada satu malam budak – budak senior aku ntah kenapa galak sangat macam kanak-kanak ribena. Boleh pulak bergelak ketawa macam orang hilang akal lepas tu kejar-kejar sampai bangunan sebelah yang kosong tu. Ye diorang nama je senior tapi muda dari aku. Bila da tengah malam dalam pukul 11.30 satu asrama dah diam, aku yang baru balik dari toilet tetiba dengar bunyi burung. Aku tergamam kejap sebab bunyi burung tu pelan-pelan bertukar ke bunyi pompuan gelak yang sangat kuat dari tingkat 3!

Esok ak tanya kawan-kawan aku ada tengok cerita hantu ke, tak pon ada lepak kat tingkat atas. Sorang pon tak mengaku, diorang cakap diorang tido awal sebab penat main kejar-kejar. Rupanya itu baru salam pengenalan dari dia.

Lepastu kerap jugak aku dengar bunyi pelik-pelik kat asrama ni. Aku diamkan je sebab roomate aku penakut nak mati. Ada masa aku tengah main wifi kat blok bawah, tetiba pulak aku perasan ada benda main lintas-lintas dekat atas jalan tar tak jauh dari tempat duduk aku. Masa yang sama kawan – kawan aku tengah galak bergurau senda kat atas. Aku biar la benda tu. Lantak la kau nak joging tengah-tengah malam, malas aku layan.

Pernah sekali kecoh sebab member aku nampak ada benda terbang kat belakang asrama. Nasib bukan aku yang nampak. Dan sorang kawan aku yang galak main hujan lepas balik kelas tetiba masuk bilik dengan muka pucat. Malamnya dia cerita kat aku time dia tengah mandi tu, dia perasan ada orang tengah renung dia dari tingkat 4. Padahal situ mana ada orang. Aku perasan benda ni selalunya jadi bila penghuni asrama ni tengah hyper dan over excited. Mesti dia datang.

Malam last aku kat situ sebelum cuti sem, aku tido rumah lecturer aku, dekat tepi rumah tu hutan . Masa nak tido aku usya la dekat luar sebab dekat atas kepala katil ada tingkap besar. Tengah tengok kapal terbang, tengok burung terbang, dan benda tu pon terbang sekali. Aku rasa tu benda yang sama kawan aku nampak dulu. Ye malam tu aku yang over excited tengok cerita cina nga lecturer aku sebab itu malam last aku kat situ. Aku ingatkan itu dah salam terakhir aku dengan ‘penghuni-penghuni’ dekat situ.

Dijadikan cerita masa cuti sem budak kelas aku kena panggil balik sebab ade kes sikit. Aku budak pompuan yang pertama sampai asrama dan asrama kosong masa tu. Budak bilik aku sampai lambat sebab dia naik bas malam. Mula – mula semuanya ok sampaila bila kawan-kawan aku dari johor sampai asrama pukul 2 lebih macam tu.

Aku dengar diorang punya bising bukan main, tak lama lepas tu aku rasa aku kena tindih, dan benda tu kacau aku sampai la subuh. Esoknya bila da settle semua urusan aku balik rumah, naik je bas nak balik aku terus demam sampai rumah. Rupa-rupanya mak cakap dia nampak ada pompuan berdiri hujung kaki aku , benda tu ikut aku dari sana lagi. Lepas mak bagi air yassin , terus ok macam tak ada apa-apa sebelum ni. Aku sendri tak tau benda tu punca dari sapa sebab sebelum kawan-kawan aku sampai tak de benda pon kacau aku.

Nasihat aku untuk kawan-kawan pompuan kat luar sana, kalau nak seronok tu takde masalah, tapi janganlah terlampau sampai tak ingat dunia. Tambahan bila dah tengah -tengah malam. Sebab effect dia kadang – kadang bukan dekat kita tapi dekat orang sekeliling.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *