Perhitungan Terakhir

Perhitungan Terakhir.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, untuk kisah kali ini aku akan menceritakan tentang
jin yang menumpang jasad seorang insan yang sedang nazak, sebelum itu aku ingin memetik beberapa baris ayat Al-Quran untuk pengajaran kita semua.

“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman,tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya”

“Dan tatkala ia telah tersungkur,tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.

Al-Quran Surah Sa’ba
ayat 14.

Ayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa jin itu tidak mengetahui perkara yang ghaib,kecuali ALLAH S.W.T yang maha mengetahui segalanya termasuk yang terang lagi tersembunyi.

Dan ALLAH S.W.T telah berfirman didalam Al-quran Surah Az-Dzariyat ayat 55 dan 56 yang bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman”

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali mereka beribadah kepadaKu”

Maka sangat jelaslah firman-firmanNya sebagai panduan hidup umat islam di muka bumi ini,semoga pembaca-pembaca semua diberkati ALLAH S.W.T.

Bahagian-1

(Bermula sebuah tugas)

kali ini perjalananku terasa agak berat,sukar untuk aku bayangkan betapa dasyatnya kehidupan insan yang terpaksa menanggung seksa akibat daripada moyang mereka yang terdahulu.

Pagi itu sedang nyenyak ku dibuai mimpi,aku dikejutkan oleh ayahku untuk menanyakan sesuatu kepadaku,lantas aku bangun dari katil tidur ku menuju kepadanya lalu aku bertanya kepada ayahku

“ada apa papa”?

Terus ayahku mengambil telefon bimbitnya dan menunjuk kan sekeping gambar kepadaku yang merupakan bapa saudaranya,lalu aku pun melihat gambar tersebut.

“Cuba kau tengok atok ni,sedara papa cakap dia dah terbaring tak boleh bergerak nafas dia tercungap-cungap,mata dia tertutup”

“Soal ayahku kepadaku”.

Aku mula memeriksa gambar insan tersebut dan aku berzikir, tiba-tiba zikirku terhenti,terdetik dalam hatiku ada sesuatu yang tidak kena padanya,aku memberitahu ayahku ada sesuatu yang menumpang pada dia,ayahku terus menelefon saudaranya memberitahu esok kami datang ke rumahnya bersama sahabatku.

Keesokkan hari nya kami membuat persiapan,membawa apa yang perlu untuk digunakan semasa sesi rawatan,selesai sahaja kami terus menuju ke destinasi menaiki kereta.

Suasana mendung meliputi perjalanan kami,seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan,selang beberapa minit kemudian hujan mulai renyai aku memandang ke awan,dan hati kecilku mula terdetik mungkin ada sesuatu yang akan terjadi aku biarkan sahaja perasaan itu dan teruskan perjalanan.

Sesampainya disana kami disambut saudara ayahku,dia membawa kami ke sebuah warung berhampiran rumahnya untuk minum petang,lalu dia bercerita mengenai ayahnya yang sedang nazak.

“Ramai jugak yang datang tolong bang,tapi semua tak lepas,ada yang mengalah,balik semua sakit sakit ada yang kena warning dengan benda tu”

Kata saudaranya kepada ayahku

“insyaAllah kita cuba sedaya upaya”

Jawab ayahku

Aku dan sahabatku hanya mendengar,selesai sahaja minum petang kami pun beredar dari warung tersebut dan terus menuju ke rumah saudara ayahku,sesampai sahaja kami dirumahnya, aku melihat sangat ramai saudara mara yang hadir menziarahi insan yang sedang nazak itu,mataku mula memandang ke satu tempat ,dimana sekujur tubuh yang terbaring tidak bermaya disebuah katil.

Aku mendekatinya sambil melihat raut wajahnya seperti menanggung seksa yang amat berat, aku menadah kedua tanganku lalu berdoa, semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusanku demi membantu insan yang tidak bermaya ini.

Senja pun menjelang, terdengar azan maghrib berkumandang di masjid berdekatan rumahnya, kami bertiga pun bersiap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah, selesai sahaja solat maghrib, kami kembali semula ke rumah saudara ayahku.

Bahagian-2

(Perhitungan Terakhir)

Sekembalinya kami, masing-masing mengambil posisi bersiap sedia, dan aku berpesan kepada semua saudara mara ayahku termasuk ayahku dan sahabat baik ku, saya hanya mencuba akan tapi ALLAH S.W.T yang maha menentukan segalanya.

Aku mengarahkan tapak tanganku pada wajah insan yang tidak bermaya itu, lalu aku bacakan surah al-fatihah dan bacaanku terus berhenti, kerana aku tidak sanggup melihatnya menanggung derita lalu aku keluar ke pintu hadapan rumahnya sambil disapa saudara ayahku.

“Teruskanlah, kalau ALLAH ambik dia pun takpe kami redha, dari dia seksa macam ni”

Ujar pakcik saudaraku kepadaku.

Aku memandang ke langit lalu aku berdoa kepadaNya, Ya Allah tiada sesiapa yang mampu menandingi kekuasaanMu, engkau berilah bantuan kepadaku ya Allah, sesungguhnya hanya engkau lah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Aku kembali semula ke dalam rumahya, sekali lagi aku arahkan tapak tanganku pada wajah insan tersebut ,lalu ku bacakan semula al-fatihah dan bacaanku berhenti lagi untuk kali kedua, aku terdiam sejenak melihat dia tercungap-cungap mengambil nafas seperti ikan di daratan, tanpa berlengah aku teruskan bacaan, lantas aku terdengar bisikan halus di telingaku.

“jangan usik, dia aku punya”

Meremang seluruh anggota badanku mendengar bisikan tersebut,tanpa berlengah aku terus menarik apa yang menumpang didalam jasad insan tersebut,tiba-tiba aku terasa ada tenaga yang sangat kuat menolak hinggakan aku
terjatuh ke lantai dan di sambut sahabatku.

Kami bertiga siap menghadapi segala kemungkinan,walau apa pun yang terjadi kami akan tentang mereka habis-habisan, aku bangkit semula dan teruskan tugasku, sedang leka aku memeriksa insan tersebut, tanganku seperti menggenggam sesuatu yang amat berat lalu aku terlihat sekepul asap berwarna hitam keluar dari mulut insan tersebut, tanpa membuang masa aku terus melemparkan tenaga tersebut ke luar pintu.

Tiba-tiba asap hitam tersebut berubah bentuk seperti monyet dan sangat mengerikan, dengan lidahnya terjelir keluar rupanya amat buruk anak matanya memutih seperti mayat, bau hanyir menikam hidungku, kami bertiga tergamam seketika, tidak pernah aku melihat makhluk seperti ini, makhluk tersebut mulai mengamuk dek kerana aku membantu insan yang tidak bermaya itu ,lantas aku bacakan ayat suci untuk mengusirnya,tetapi malang makhluk itu hanya tertawa halus di telingaku.

Tidak semudah yang disangka untuk menghalau makhluk tersebut, aku teruskan bacaanku sambil diawasi sahabatku, semakin kuat aku membaca semakin kuat makhluk itu tertawa, aku mulai resah sepertinya makhluk tersebut tidak ada tindak balas dengan ayat yang ku bacakan, tanpa berlengah aku dan sahabatku pergi menghampirinya lantas menghadiahkan satu tumbukan padu ke arah makhluk tersebut.

Kami mengira serangan kami mampu memusnahkan makhluk tersebut, tetapi kami gagal, kami berdua tersembam ke lantai kerana kuatnya tenaga makhluk tersebut, bukanlah manusia yang kami hadapi, tetapi jin yang menumpang jasad insan yang tidak bermaya itu.

Kami bangkit semula, lantas aku bacakan surah al-baqarah ayat 102 untuk membakar makhluk tersebut, lalu aku melepaskan satu lagi tumbukan padu ke arah nya sebagai syarat untuk membakar makhluk tersebut, tidak lama kemudian kami terhidu sesuatu seperti daging terbakar baunya sangat hangit, dengan izin ALLAH S.W.T. makhluk mengerikan itu hilang.

Perhitungan dengan mereka belum selesai,  kami masuk semula ke dalam rumah untuk memeriksa insan tersebut, sedang leka aku memeriksa insan itu,tiba-tiba sahabatku berteriak kesakitan seperti ada sesuatu yang menyerangnya,lantas aku berlari kearah sahabatku dan melihatnya, alangkah terkejutnya aku apabila melihat rakan seperjuanganku terbaring dengan kesan cakar di lengan kanannya, lalu aku membuat air penawar untuk diberikan kepadanya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya, sahabatku bangkit semula bersamaku di medan pertempuran dan kami kembali menemui insan tersebut,lalu aku berkata kepada sahabatku ,ini adalah perhitungan yang terakhir untuk kita,dan semuanya berserah kepada ALLAH S.W.T

Aku mula membacakan ayat suci al-quran kepada insan tersebut,tidak lama kemudian tanganku terasa sangat panas seperti bahangnya bara api, tiba-tiba aku terasa satu hentakan yang sangat kuat mengenai bahagian dadaku, lalu aku jatuh tersembam ke lantai, semua yang berada disitu tergamam melihatku, aku bangkit dan berlutut kerana menahan sakit yang tidak tertanggung sehinggakan aku batuk mengeluarkan d***h.

Ayahku dan sahabatku mulai cemas apabila melihatku begitu, mereka membantu aku dengan memberikan segelas air penawar, lalu disapukan pada wajahku,t erus aku terbaring dengan menahan sakitnya hentakan tersebut, selang beberapa minit kemudian, aku bangkit semula, dalam samar-samar aku dan sahabatku melihat sesuatu yang membuatkan kami amat terkejut seolah-olah bebola api keluar dari jasad insan tersebut, kami terpaku sebentar ,ia terus menuju keluar pintu rumah dan berhenti tiba-tiba lalu menyerupai sebentuk makhluk yang amat mengerikan.

Wajahnya yang berulat, matanya yang merah menyala-nyala, kedua tanduknya terkeluar dari dahinya, taringnya menyeringai keluar lidahnya panjang mencecah ke lantai dan bau busuk menyengat ke hidung kami berdua dek kerana makhluk tersebut.

Aku dan sahabatku bangkit semula dan menentang makhluk mengerikan itu dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran,sedang khusyuk aku membaca,kami diserang dengan sangat pantas oleh makhluk tersebut sehinggakan kami berdua tumbang kembali,aku mengucap panjang dan sahabatku langsung tidak sedarkan diri,lalu aku bangkit dan memapahnya aku berikan arahan kepada sahabatku untuk berehat,walau apa yang terjadi biar aku dengan makhluk terkutuk itu sahaja membuat perhitungan.

Tanpa membuang masa aku teruskan membaca ayat-ayat al-quran untuk membakarnya, tiba-tiba aku terdengar suara bisikan halus ditelingaku yang makhluk terkutuk itu akan mencari seorang demi seorang dari keluarga insan tersebut,bacaanku terganggu seketika kerana bisikan ghaib itu namun aku tetap kuatkan semangatku.

Semakin kuat aku membaca, semakin kuat makhluk itu berbisik, terus aku bacakan sebaris ayat al-quran dari surah al-jin, dan aku bertakbir demi tenagaku yang terakhir, pantas aku berikan satu tendangan padu kepada makhluk terkutuk tersebut sebagai syarat untuk membakarnya,dengan izin ALLAH S.W.T. makhluk tersebut terbakar meninggalkan bau yang sangat hangit.

Aku kembali melihat insan tersebut, kelihatan dia tercungap-cungap mengambil nafas, semakin lama semakin laju, lalu aku memegang dahinya dan ucapkan shadah kepadanya.

Terasa kakiku seperti menerjah sesuatu yang sangat keras, sehingga tidak boleh bergerak lalu aku tersandar di sebuah kerusi untuk melepaskan lelahku sambil menahan sakit dikaki, aku bersyukur sangat kepada ALLAH S.W.T kerana membantu kami semua, tiada daya upaya selainNya yang dapat membantu hambanya yang lemah.

Aku dan sahabatku terbaring di lantai disebabkan kehabisan tenaga dek kerana bertempur dengan makhluk terkutuk tersebut sambil diperhatikan ayahku, lalu ayahku mengambil sebotol air mineral dan dibacakan ayat qursi terus diberikannya kepada kami berdua.

Bahagian akhir.

(Perginya insan tersayang)

Aku dan sahabatku bangun dengan keadaan letih menuju keluar pintu untuk mengambil nafas lega, kerana tugas kami telah pun selesai, aku bersalaman dengan sahabatku tanda kami berjaya menyelesaikan tugas yang amat berat tersebut,lalu kami disapa saudara ayahku dia menyatakan rasa terima kasihnya atas bantuan kami bertiga, kita hanya membantu, tetapi Allah sahaja yang maha mengetahui jawabku.

Tepat jam 12.40 minit malam, kami bersiap untuk pulang ke rumah, kami bersalaman dengan mereka semua tanda perpisahan, dan saudara ayahku memberinya saguhati atas bantuan yang kami berikan, namun ayahku menolak lalu diberikanya kepadaku, serba salah aku hendak menerimanya,t etapi dipaksanya juga, aku terus sahaja mengambil saguhati yang diberikan kepadaku.

Kami berjalan ke kenderaan dan terus menuju pulang, dalam perjalanan pulang, kami sempat bercerita apa yang telah terjadi sebentar tadi,masing-masing tertawa kecil kerana mengingat kembali kisah pertempuran tersebut, sahabatku dituju hingga berpusing tubuh badannya lalu tersangkut di ampaian baju, aku pula dituju hingga terpelosok di bawah dapur,  nasib menyebelahi aku tong gas yang dibawah dapur itu tidak menghempap tubuhku.

Keesokan harinya,saudara ayahku menelefon ayahku, dia mengatakan insan tersebut telah pun meninggal dunia pada jam 8.50 minit pagi, dan ayahku memberitahuku lalu aku sedekahkan al-fatihah kepada insan tersebut.

Selang beberapa bulan kemudian, sahabat seperjuanganku pula kembali menemui penciptanya, airmata ku mengalir tidak berhenti-henti mengenangkan jasanya terhadapku, setiap kali pertempuran dia akan bersamaku, kini dia sudah tiada dia pergi untuk selamanya dan aku menghadiahkan sekalung pingat kesetiaan kepada warisnya kerana kesetiaanya kepadaku.

Kini semua itu hanya tinggal kenangan, aku titipkan doa kepadaNya, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Aku termenung menjauh, tanpa disedari airmataku jatuh berderai membasahi pipi, mengenangkan sahabat seperjuanganku pergi dan tidak akan kembali semula, apabila aku teringat akan dia, aku sedekahkan al-fatihah buat hilangkan rasa rinduku padanya, terlalu banyak kenanganku bersama arwah sahabatku yang tidak dapat aku lupakan, pergilah wahai sahabatku semoga engkau tenang disana, aku merinduimu selalu.

TAMAT.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Kazt Ishida

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.