PERISTIWA KELAS MALAM

Hi readers sekalian.Terima kasih kerana membaca kisah aku yang terjadi tahun 2004. Nama aku IKA. Aku akan cerita pasal tuisyen malam. Kelas ni cuma 8 orang je. Untuk pengetahuan korang ni adalah kali pertama aku tuisyen malam sebab aku SJKC. SJKC tak ada kelas malam. Kelas tuisyen akan diadakan pada waktu petang. Ok. Aku akan ceritakan satu-persatu untuk korang supaya korang faham tapi kalau tak faham jugak maafkan aku.

MALAM PERTAMA

Disebabkan itu adalah kali pertama, aku and the geng memang gembira tahap dewa. Sebenarnya kitorang tuisyen kat asrama guru tapi disebabkan kitorang ni degil, cikgu pun suruh kitorang tuisyen kat koridor (depan koridor ada dewan. Kat dewan tu ada kerusi dan meja. Jadi kitorang akan ambik kerusi dan meja kat situ).

Kelas pun dah start dengan keadaan riuh rendah disebabkan gelak tawa kitorang. Kelas tuisyen ni cikgu tak ajar pun, dia cuma bagi buku latihan dan akan ajarkan kami sekiranya kami tak faham. Tengah sedap-sedap si ZC ni ketawa sambil makan popcorn, terus je senyap walaupun kitorang buat lawak. Disebabkan die senyap tak cakap apa-apa dan muka dia pucat, aku pon tegur dia sambil tepuk bahu dia “hei! Asal senyap? Kau kan raja ayam”, (maksud “raja ayam” ialah paling bising) tegur aku.

“Aku nampak seorang pempuan kat sebelah cikgu tengah berdiri tegak” jawabnya. Peh naik d***h beb. Nasib aku tak dianugerahkan seorang yang boleh nampak “benda” tu. Kalau tak memang boleh pengsan. Maklumlah aku ni penakut. Ok sambung tadi, ZC pun minum air dan sambung buat keje. Sekarang giliran aku pulak tak boleh buat keje asyik pandang cikgu je sambil bulu romaku naik tinggi. Pastu cikgu pun tegur aku asal tengok dia. Aku pun cakaplah tak ada pape. “Ke cikgu hari ni cantik, jadi kamu asyik perhati cikgu”, jawab cikgu. Eeeee..kalau aku suruh ZC cakap ada CIKGU dari dunia lain kat sebelah dia, aku rasa memang alih tempat dia tu.

MALAM KEDUA

Kali ni tak ada apa yang berlaku cuma masa balik tulah ada budak jumpa something. Hantu ni dia tak kacau kitorang cuma selalu tunjuk diri dia je. Ok sambung tadi.

Aku ni memang suka berkawan dengan lelaki. Bukan menggatal tapi perangai aku ni ada sikit TOMBOY. Masa balik tu budak lelaki kat belakang. Aku?Dah budak laki kat belakang, aku pon samelah. Masa tengah jalan tu si JW tiba-tiba lari kedepan. Kalau lari anak tu aku tak kisah sangat mungkin dia kena bully ngan budak laki lain. Ni tak, laju macam dia tengah lumba lari.

Masa kat pondok tu aku tanya asal dia lari. Tapi dia kata esok baru bagitahu sebab dah malam sangat. Keesokannya aku tanyalah dia. “Aku nampak perempuan baju merah kat sebelah aku”, jawab dia. Mak aii. Kejap kat sebelah cikgu ni kat sebelah aku pulak. Tak tahulah dia ada ikut aku balik ke tidak .

MALAM KETIGA

Yang ni ramai budak nampak sebab kitorang buat keje gila masa cikgu amek losyen kat asrama guru sebab ada budak merengek kaki asyik kena gigit nyamuk. Jarak asrama guru ngan tempat kitorang ni tak jauh pun.

Masa cikgu tengah ambik tu, ada sorang kawan aku (YJ) cakap “Kalau aku tutup lampu ni, kita nampak tak ‘benda’ tu?” Ada yang sokong, ada yang membangkang. Disebabkan ramai yang sokong jadi YJ pun tutup lampu. Peh nak pekak dengar jeritan budak perempuan. Pastu lampu pun bukak balik. Lepas lampu tu bukak PT cakap dia ada nampak benda warna hitam terbang.

Si ZC pulak nampak perempuan rambut panjang lalu kat depan tandas (tempat kitorang ni memang boleh nampak bilik air) tapi aku bersyukur bab aku tak nampak apa-apa sebab masa tu aku pejamkan mata je. Dan masa tu cikgu pun datang sambil marah-marah sebab kitorang jerit. Kerana nila setitik, pecah susu sebelanga. Budak perempuan yang menjerit, tapi budak laki dengan aku sekali pun kena denda.

Cukup jelah cerita ni. Sebenarnya ada lagi yang diorang jumpa orang tua. Tapi aku rasa ni dah cukup. Sebab bagi aku dah panjang dah ni (tak tahulah bagi korang). Okbye.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

6 thoughts on “PERISTIWA KELAS MALAM”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.