Perjalanan Balik Kampung Tawau-Sibu

Berkahwin dengan orang jauh memang akan jadi rutin tahun-tahun untuk balik kampung. Kampung saya di sibu, sarawak. Ikut tinggal ngan suami di Tawau, Sabah.

Sebab kiteorang laki bini ni kaki adventure, saya fobia naik kapal terbang, jadi sejak tinggal ikut suami memang decide naik kereta balik. Lagipun nak la bawa ole2 untuk family. Jarak lebih kurang 1500KM, perjalanan direct ambil masa 20–26 jam. Ini cerita kiteorang.

CERITA 1- JUNE 2012

Perjalanan pertama sejauh itu untuk saya dan suami. Persediaan ala kadar je. Sebab saya kurang selidik dan tak pernah buat pasport, imigresen Tawau nasihat saya pegi ke Lawas, Sarawak untuk buat pasport. Jadi kena gerak hari khamis tu jugak lepas suami balik kerja pukul 7 malam lepas maghrib. Nak bagitau awal, setiap bandar yang saya sebutkan tu kiteorang stop makan, isi minyak, refresh diri ala kadar dlm 10-15 minit.

Plan asal nak singgah di Tenom untuk hadiri perkahwinan kawan suami. Tapi sebab kiteorang dah gerak sehari awal, so kiteorang cancel nak patah balik ke Tenom, memandangkan jalan nak patah balik dari Lawas ke Tenom boleh tahan jauh. Direct je balik sibu. Tapi tak bagitau parents pun kiteorang gerak awal. Kononnya nak bagi surprise. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu tak banyak masalah sebab dah biasa. Gerak pukul 7, sampai pukul 4 pagi. Singgah stesen petronas, mandi, sarapan semua. Siap-siap, pukul 5.30 pagi gerak semula. Hampir pukul 9 pagi kiteorang sampai Lawas.

Sampai Lawas urus pasport, setel dalam pukul 10.30 pagi. Singgah beli makanan ringan dan minuman untuk bekal supaya tak yah singgah makan berat. Keluar Lawas, masuk Brunei, masuk Limbang, masuk lagi Brunei baru last masuk Miri, Sarawak. Kat sini semuanya bermula.

Sampai Miri dah pukul 2.30 ptg. Singgah 10 minit di petronas, then terus jalan. Ada 2 pilihan. Jalan lama dan jalan pesisir. Kiteorang pilih jalan pesisir sebab dekat sikit, kurang kereta dan takda lori balak. So dengan perjalanan ambik masa dalam 6 jam, kami jangkakan akan sampai sibu pada pukul 8-9 malam. Hampir pukul 6 petang, kiteorang sampai bandar Bintulu. perjalanan tinggal 3 jam je lagi. Teruskan perjalanan sampai pekan kecil Tatau. Ingatkan nak singgah tandas petronas Tatau tapi takda air, so tak jadi singgah. Tapi dalam jarak 10-15 minit camtu suami saya pulak tiba- tiba singgah tepi jalan.

Time tu dah nak dekat pukul 7 malam. dah maghrib kat kawasan tu. Suasana mmg dah mulai gelap. Suami memang jenis hati kental, keluar sekejap nak mengasap. Sebab area tu kiri kanan memang ada dalam 4-5 buah rumah panjang, jadi tak la seram sangat. Lagipun belum gelap sangat. Tapi belum sampai seminit berhenti, tiba- tiba tercium bau busuk, mcm bangkai pun ada, mcm sampah lama pun ada. Suami saya jenis yg boleh feel and rasa, sebab dah biasa masok hutan waktu remajanya. 2-3 sedutan rokok je dia terus buang rokok dan jalan. Saya dah faham tanda dia begitu dan diam je. Sehingga sampai sini, parents saya tak tahu lagi kiteorang datang seawal tu.

Kiteorang teruskan perjalanan yang berbaki 2 jam lagi tu. Lima minit bergerak, saya rasa mengantuk sangat dan hujan pun start turun lebat. Nak bukak mata pun tak dapat. Sampai pukul 9 malam kiteorang lalu jalan yang teruk rosak sepanjang jalan, padahal jalan rosak sebenarnya hanya sekali sekala dan sikit je. Hujan dah mula reda, saya sedar bila suami tanya, jauh lagi ke? Sebab ini kali pertama suami bawa kereta long distance ke Sarawak. Saya tengok jam, sepatutnya waktu tu kiteorang dah sampai rumah. Atau sekurang- kurangnya simpang bulatan airport Sibu. Tapi yang saya nampak, perjalanan kami macam jauh sangat dan hanya jalan lurus. Sedar-sedar saya nampak muka suami dah macam nak marah. Sambil mengomel. Dia kata, “kau kata ini jalan singkat, jalan dekat. Tapi tak sampai-sampai.” Dia geram sebab dia pun mengantuk sangat dan rupa- rupanya sebelum tu dia tertidur sambil memandu!

Bila bangun tu, mata saya masih berat. Saya perasan ada ramai orang berjalan ditepi jalan dalam gelap dan hujan renyai-renyai tu. Dalam mamai saya tu, saya tak boleh nak bukak mata sangat sebab mengantuk. Sebabkan situ memang kawasan rumah panjang, saya anggap yang lalu lalang tu orang-orang yang tinggal situ. Tapi bila difikir secara logik dorang ramai-ramai nak pegi mana, lagipun masih hujan. Satu benda yang saya hairan bila sekali sekala bertembung dengan lori, treller, lori balak or kereta lain, dorg akan bagi high beam. Tengok jam dah hampir pukul 10, pekan terdekat pun kami tak jumpa lagi, padahal jarak pekan-pekan kecil situ hanya 15 minit – setengah jam (Tatau – Balingian – Stapang – Selangau – Sibu). Tapi kami masih stuck di Tatau dalam masa 3 jam tu!

Saya tengok suami start menampar- nampar muka sendiri dan rokok tak lekang dari mulut. Saya sedia maklum, dia hanya akan merokok kalau terasa lesu dan mengantuk kalau jalan jauh ni. Saya dah faham tanda tu, tak lama lepas tu dia terbalikkan cermin pandang belakang, dia ambil kain tutup pemain radio sebab ada keluarkan cahaya. Dia kata, kereta berat, tekan minyak pun jalan 30- 40 kmj saja. Sambil berbisik dia kata “ada yang tumpang kita duduk di belakang!” Barang kat belakang tak banyak, sebab plan asalkan nak singgah Tenom, takut lama- lama dalam kereta, rosak pulak kalau banyak bawa barang. Lagipun kami lalu imigresen antarbangsa, jadi pemeriksaan agak ketat. Takut ada yang tak boleh lepas. Sayang pulak. Jadi banyak ruang kat belakang utk dia tumpang.

Dalam ngantuk tangan menggagap kat dashboard. Baru saya teringat, sebelum jalan tu ada try cd mengaji kawan kat kereta dan lupa nak bagi balik. Saya pasang, dan cd tu dimulakan dengan azan. Kereta dah mula gerak laju. Dalam masa 5 minit baru saya nampak pekan Balingian. Jalan sepatutnya 20 minit antara Tatau- Balingian, jadi 3 jam!

Baru hati saya lapang. Waktu tu baru mata saya terang sikit, saya cari telefon. Saya telefon bapa saya. Bagitau apa yang jadi dan bagitau dia yang kiteorang dah lalu kawasan Balingian, dan sepanjang call tu saya kena bebel ngan bapak saya. Sebab konon- konon nak buat surprise kat orang tua, kiteorg pula yg kena surprise kat jalan. Bapak saya pesan, jangan bawa laju sangat. Jangan lalai kawankan suami saya sampai kiteorang selamat sampai ke destinasi. Bapak saya buat solat sunat, sebab kalau dia nak datang pun iring kiteorang, dah tengah malam, mata dah tak terang.

Tepat pukul 12 malam, kiteorang laki bini selamat sampai ke simpang bulatan lapangan terbang Sibu. Syukur sangat, dah selamat sampai kawasan situ. Suami saya pulak dah lega sangat. Sampai rumah, mak ngan bapak dah tunggu kat luar dan sambung bebelan dorang. Cuti dalam 2 minggu, habis cuti, kiteorang gerak balik lepas subuh. Sampai dikawasan Tatau, kiteorang carik tempat yang kiteorang berhenti malam tu. Memang ada beberapa rumah panjang, tapi tempat kami berhenti tu betul- betul di bawah kawasan kubur dorang!

Perjalanan balik alhamdulillah semua selamat takde yang pelik- pelik dah.

CERITA 2- MAC 2013

Kali kedua balik ni, waktu cuti sekolah. Jadi kiteorang bawa anak buah suami, waktu tu berumur 5 tahun. Perjalanan macam biasa. Kami rancang untuk elak sampai kawasan Tatau pada waktu malam. Tapi sebab waktu cuti sekolah, kami sampai di sempadan Limbang-Brunei pun hari Sabtu, jadi perjalanan agak lambat sebab waktu tu masih lagi guna feri untuk melintas sungai sempadan antara dua negara ni.

Terlewat dari masa yang kiteorang nak, kena gak lalu kawasan Tatau waktu lepas maghrib. Tiba di Bintulu semua ok lagi.jadi suami saya kata, kita direct je la jalan.insyaallah takda apa- apa. Tapi beberapa kilometer sebelum sampai petronas Tatau, hujan renyai- renyai mulai turun. Dalam hati saya kata. “Ha…sudah…..”. Tak lama lepas tu suami pulak kata lampu kereta macam malap. Cun lah…hujan start turun, lampu kereta pulak malap. Berhenti kat petronas tatau waktu tu dah gelap. Ingat nak carik mentol kat situ… tapi takde jual pulak.

Kena tawakal, redha je kiteorang jalan. Pelan- pelan jalan, suami perasan ada orang berdiri tepi jalan. Makin dekat, makin jelas. Rupanya cik ponti. Saya memang tak perasan, sebab saya jenis bukan terang mata, memang tak nampaklah. Anak buah kat belakang lena tidur, suami saya suruh bangunkan dia dan bawa duduk depan. Tapi gangguan ala- ala manja je sebab mungkin kiteorang pun dah ready mental dan fizikal.

CERITA 3- September 2013

Kali ni persediaan lebih baik lagi. Balik seperti biasa berdua saja kali ni. Tapi banyak barang yang kiteorang bawa kali ni sebagai ole- ole. Perjalanan semua baik- baik saja lagipun waktu ni jambatan yang menghubungkan limbang dan brunei dah siap. Perjalanan lebih cepat dan kali ni kiteorang sampai Sibu pukul 5 petang.

Habis cuti mak saya pula halang kiteorang gerak balik awal. Rancangan asal nak gerak hari jumaat, jadi sampai tawau hari sabtu. Ada 1 hari nak rehat sebelum kerja. tapi mak saya kata, alang2 katanya balik sabtu lah. Bukan selalu jumpa. Kiteorang pun turutkan jugak, tapi suami berat hati. Lepas tak jadi balik tu, dia sambung tidur kejap. Lepas siap2 sarapan, saya naik pergi bilik nak mandi. Suami cakap, ada orang bisik kat telinganya, kalau kiteorang tak balik hari tu jugak, akan ada benda tak baik jadi. Sebab masih lagi pagi, saya kata kalau nak balik hari ni jugak siaplah. Tapi sebab dah malas nak gerak, dia kata esoklah alang- alang sebab takut lambat gerak, lambat sampai di sempadan. Ada 3 sempadan brunei kiteorang kena lalu, jadi takut lambat sampai, imigresen memang takkan bagi masuk.

Saya pun dah tak sedap hati. Tapi suami dah tak nak gerak, saya tunggu je la. Esoknya kiteorang gerak awal pagi lepas subuh. Perjalanan setakat sampai bintulu semua okay. Masuk jalan pesisir nak ke miri, pun semua masih okay walaupun hujan. Tiba- tiba di trafik light terakhir sebelum masuk bandar tiba- tiba ada kereta berhenti ditepi jalan dan kereta depan kiteorang berhenti mengejut. Jarak kiteorang asalnya jauh dalam 50-70 meter, tapi entah kenapa suami saya dah tekan break, tapi kereta meluncur dan tak nak berhenti. Dan langgar kereta depan. Yang peliknya, saya rasa hentaman tak kuat sangat, bonet kereta depan tak ada kemek sikit pun. Then suami suruh kereta depan teruskan perjalanan. Bila kiteorang berhenti nak isi minyak, saya keluar dan terkejut tengok bonet depan kereta. Kemek sampai separuh bonet. Dan part dalam enjin ada yang kemek. Padahal kereta yang kiteorang langgar xda kemek langsung. Proton saga je kot..bukan lori pun. Kenapa kiteorang teruk sangat?

Masuk brunei, kereta start overheat. Saya dah risau. Nasib orang- orang brunei memang sangat baik dan friendly. Kiteorang berhenti dimana- mana rumah yang ada orang kat luar (time ni raya puasa), mintak air. iap ada yang bagi botol2 untuk isi air.

Sampai limbang dah malam. Kereta macam tak boleh nak paksa. Jadi kena redha. Malam tu kiteorang bermalam di post imigresen limbang, tapi ketua dorang dah sedia maklum masalah kami, dorang bagi kelonggaran untuk kami bermalam di dalam, sebab pagar akan ditutup lepas pukul 12am. Staff imigresen limbang pun memang ramah, kawankan suami buat bahagian2 yang bocor termasuk radiator. Siap ada yang balik quarters ambil barang2 utk suami guna baiki bahagian bocor tu. Sambil dorang bercerita, saya tidur. Sebab esok pagi nak ganti driving.

Saya jenis tak boleh nampak benda halus macam suami.tapi saya dari kecik akan kena kacau waktu mamai @ waktu tidur. Sebab tempat tu dikelilingi hutan, suami memang dah pesan, tidur diam2, kalau panas jangan gatal2 bukak pintu, bukak tingkap walau kami kat luar.

Tak bukak pun, tiba2 saya rasa badan saya berat dan rasa macam kena ikat.saya mimpi arwah ustaz satu kampung saya ni yang meninggal dalam 3 4 bulan lepas. Mula2 saya mimpi dia bercerita dengan sorang lelaki.entah tiba- tiba rupanya bertukar menjadi ular.nak mematuk saya.nasib saya boleh lepas diri dari mimpi. Saya bangun dan pindah kat seat pemandu sebab lebih dekat dengan tempat dorang suami saya duduk.

Sepanjang perjalanan okay. Lepas tu takda benda- benda pelik dah jadi sampai selamat ke Tawau.

Begitu dengan perjalanan seterusnya, ada tiga perjalan selepasnya kami lebih bersedia dan kalau perjalanan macam tak mengizinkan, kami akan bermalam di lokasi terakhir kami dan akan check in hotel sebab nak elak benda- benda pelik ni jadi lagi…sehinggalah perjalanan balik 2 malam sebelum raya 2016. Lepas setahun lebih tak balik ikut jalan darat sebab tuntutan kerja suami…

CERITA 4 – July 2016

Perjalanan mula dirancang nak jalan waktu biasa, selepas maghrib. Tapi ada beberapa masalah tak dapat dielakkan, terpaksa ditangguh dan kami gerak jalan pada 1am. 2 malam sebelum raya.sebab suami tak dapat kelulusan cuti panjang, jadi kami nak balik 5 hari sahaja pada asalnya. Kami ikut jalan yang jarang orang guna waktu malam. Digelar jalan belakang – tawau- kalabakan- keningau. Gerak pukul 1 pagi, memang jarang nak jumpa dan berselisih dengan kereta lain. Satu langkah suami ambil utk cepat sampai ke sempadan sabah- sarawak.

Walau jalan sunyi tapi alhamdulillah, takda apa- apa jadi. Sampai dengan selamat di sempadan pada pukul 6pagi. Kiteorang tak singgah lama disempadan dan ambil keputusan nak mandi di stesen petronas Lawas. Sebabkan driving dan musafir, kiteorang decide utk tak puasa hari tu. Hihihi…setiap tahun pun kalau balik utk raya dikampung, memang kami tak puasa dalam perjalanan.

Perjalanan balik okay.tapi sebab lebih setahun tak balik ikut darat, kami sedikit lalai..dengan sempadan negara agak sesak, perjalanan kami jadi lambat. kami sampai di bintulu dalam pukul 4.30. sebab esok dah nak raya, kami putuskan utk tidak berhenti bermalam dimana- mana dan teruskan perjalanan. Lalu semua tempat dengan baik, dan hari dah menginjak malam. Lepas dari tempat keramat kami tu, Tatau, saya dah rasa lega dan mula mengantuk. Belum sampai 5 minit saya pejamkan mata saya dengan suami mengucap panjang dan kereta bunyi melanggar batu dan kereta bergegar. Saya nampak ada kereta berhenti didepan tapi saya tak dapat nak tanya banyak, sebab kereta dah masuk dalam ladang kelapa sawit dengan suami masih cuba kawal kereta. Dalam dia cuba kawal, tiba- tiba kereta melencong macam kena tolak dan naik semula ke jalan raya. Semua jadi terlalu cepat dan saya tak dapat nak fikir banyak.

Waktu tu dalam satu jam lagi nak sampai Sibu. Suami parking kereta tepi jalan. Ada sebuah kereta patah balik tapi mungkin tengok kami okay, tanpa sebarang kecederaan, kereta tersebut teruskan perjalanan sebab kawasan tersebut pun sunyi sangat. Lepas 10 minit, dah tenang, suami dah cek keadaan enjin kereta diluar, kami dah call bapak saya untuk datang baru saya tanya suami, apa jadi.
Lepas cek enjin kereta, dia cepat2 masuk balik dan tunggu bapak saya datang. Jarak tak jauh, tapi sebab nak ambil kereta makcik saya (besar sikit) dan ambil kawan sepupu saya utk tengok kereta. Kami duduk diam2 dalam kereta.

Suami cerita apa jadi.Dia kata, ada kereta tak bagi signal nak masuk simpang depan.simpang tu masuk ke ladang kelapa sawit.jadi nak elak kereta tu, dia tersasar masuk. Tapi apa yang pelik lepas 50 meter kami masuk ke ladang, kereta tiba2 terpusing sendiri ke kiri dan menghala semula ke jalan. Sepanjang kami tunggu bapak saya datang, kereta yang kami elak tu masih dikedudukan asal disimpang jalan masuk kelapa sawit, jadi saya teka 2 je la. Sama ada taktik merompak atau dorang pengawal ladang. Sebab kan suami saya ni boleh nampak benda halus, dia asyik merasa ada orang berdiri dibelakang kereta. Jadi dia syak orang tu nak merompak, tapi sebenarnya saya tak nampak apa pun! Lepas tu dia kata ada 2 3 ekor kunang- kunang mcm menjaga kita ni.saya yang dah biasa dgn mulut suami ni saya buat bodoh je la sambil whatsapp bapak saya tanya lokasi dorg.

Sampai bateri kereta weak, kiteorang tunggu sambil enjin hidup..dalam 2 jam lebih jugak dorang nak sampai. Sampai- sampai je semua keluar dari kereta masing- masing. Bapak saya, sepupu 2orang, kawan sepupu dan kakak saya keluar dan bawa lampu emergency nak terangkan kawasan. Dalam hati saya “makcik pun ikut? La..laki dia ngan anak kat rumah sapa jaga”…sambil dorang lelaki baiki kereta utk sekurang- kurangnya dapat bergerak sampai sibu, saya dan kakak saya duduk dalam kereta sebab saya pun dah penat sangat. Masuk dalam kereta saya cakap kat kakak saya…”ingat makcik ikut tadi..ingat dia xnak keluar..masuk kereta tengok takda orang rupanya”..kakak saya dah memaki kaw2..nasib bapak saya lepas tu terus join kiteorang dalam kereta dengan alasannya dia penat dari surau tadi, nak rehat lagipun dia xreti nak baiki kereta.

Semua dah okay.sampai rumah…rupa2nya bukan saya sorang je nampak.suami pun nampak jugak. Dia ingat adik bongsu saya yang ikut waktu tu.dia andaikan adik saya bawa anak dia, jadi tak keluar dari kereta.

Seminggu tu memang tak rasa raya sebab kereta dah teruk, bajet lari baiki kereta. Suami self service je la..tapi banyak nak ganti.
Sampailah malam terakhir sebelum balik, masih lagi suami baiki kereta. Jadi..secara otomatik saya akan jadi driver. Perjalanan semua okay, kami gerak lepas subuh. Sampailah kami sampai kawasan beufort, suami buat keputusan untuk ikut jalan belakang. Saya teruskan drive dan sampai di kawasan keningau dah malam. Kami rehat sekejap dan tapau.

Teruskan semula driving, suami memang dah tidur sepanjang jalan. Tengok jam dah 3 subuh.saya gtau suami saya nak rehat. Saya carik kawasan yang ok dan selamat. Waktu tu dah masuk kat daerah nabawan. Sampai je kat satu tempat ni macam nampak terang, lagi pun masih waktu raya, saya agak2 mungkin orang kampung lepas buat rumah terbuka dekat balai raya ke sebab kawasan tu macam ada balai raya kat tepi jalan, lepas tu ada padang bola besar. Belakang sikit macam ada bangunan sekolah. Kosong tapi kawasan tu terang sangat.nampak luas. Saya yang dah mengantuk ni pun lena sekejap. Baru nak lelap, saya perasan ada dalam 5 6 orang lelaki baju jubah putih datang.

Dorang masuk dalam kereta padahal kereta kunci. Dorang kata nak ikut kiteorang. Saya bagitau, kiteorang ni jalan jauh ni.nanti korang nak balik sini semula penat kiteorang nak hantar balik. Tapi dorang tetap nak ikut, saya katalah..tak boleh…time tu saya baru perasan, saya masih tidur dan badan start rasa berat. Sebab dah biasa kena tindih ni, saya boleh lepaskan diri dengan cepat.baca surah n kuatkan hati. Saya bangun tu, tiba2 suami pun bangun tanya kenapa?bukan kata nak tidur ka tadi.saya jawab je la..dah tak ngantuk, jom jalan. Slow2, dia bangun, dia tanya lah tadi saya berhenti kat mana? Saya jawab je la, entah, lagipun jarang2 guna jalan belakang ni, jadi saya tak kenal sangat jalan2nya. Lepas tu dia pun sambung tidur balik. Saya drive sampai lepas subuh.dalam pukul 5 camtu, saya bangunkan dia..saya kata, saya dah ngantuk sangat ni.tak larat dah nak drive. Haripun dah start siang.kiteorang pun dah bertukar posisi.suami start drive baru saya bukak cerita. Apa jadi kat nabawan tadi. Rupa2nya suami saya tersedar bukan sebab saya start enjin kereta. Rupanya dia kena sepak ngan dorang yang nak ikut tadi tu..hahaha.

Suami kata waktu saya berhenti tu dia sedar jugak.dia memang nampak tempat tu terang benderang macam tengah berpesta. Dia nampak sorang perempuan bawa beg bimbit, pakai kebaya nyonya melambai ke arah kami. Dia tidur sepanjang jalan, jadi tak sedar waktu tu dah pukul 3 pagi. Dia ingatkan tempat tu memang tengah ada rumah terbuka, sebab ramai dia ok je la kiteorang berhenti. Tapi lepas kena lempang tu baru dia sedar dah nak dekat subuh.
Lepas dia drive, tapi Cuma bertahan sejam lebih.dia dah ngantuk semula. Kiteorang nampak sebuah lori parking kat tepi jalan. Plan nak berhenti kat tpt yang sama. Tapi waktu kiteorang dah nak dekat, lori tu jalan pulak. Dia pun teruskan semula perjalanan dalam 10minit baru jumpa kawasan agak lapang. Tidur lama jugak dalam 10minit. Waktu tu baru pukuk 6 pagi.kali ni dia pula kena. Saya dah biasa dengan dia mengigau. Jadi dengar je dia mengigau mcam bercakap, saya sedar dan bangunkan dia. Dia pun mengucap panjang dan kata, kena marah kita parking sini.

Padahal sebelah saya hutan je pun. Dia kata ada rumah situ. Tuan rumah tengah bersihkan kawasan rumahnya. Dia datang tadi, suruh kita jangan parking situ, sebab dia tengah sapu kawasan rumah dan tengah bakar sampah. Ada sekor kucing situ perhatikan je kiteorang. Tapi kenyataannya sebelah tu memang hutan tebal.waktu ni kiteorang dah masuk ke daerah sapulut. Dalam jarak 5 kilometer baru nampak beberapa lori balak lalu, kiteorang tukar lagi driving.

Nasib tak bawak dorang berenam tu tadi..kalau tak naya nak hantar balik pulak….

Tahun 2017 tak balik kampung lagi ni sebab sibuk sikit. Nanti kalau ada cerita perjalanan lagi saya share lain kali.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]
FiZZ

25 thoughts on “Perjalanan Balik Kampung Tawau-Sibu”

    • saya ada masalah gayat..dlu ok je naik kapal terbang..tp sejak ada masalah time fly, enjin berasap…mmg btambah2 gayat+fobia…naik kapal terbang mmg seram sejuk spjg flight…hahaha…

      Reply
  1. nice writing, tak ada dialect borneo pun..

    for 1500km driving in borneo mmg kental la..aku drive KK ke Sandakan, KK ke Kuala Belait pun tak tahan, ni Tawau ke Bintulu..hebat!!

    Reply
    • tahun ni belum ada kesempatan balik lagi..tp ada 1 cerita kiteorg jumpa lori eksiden kat anti graviti hill kimanis…seram tu xde la..misteri tu sgt2…sbb byk plot twist dlm jln cerita tu sbb kami sempat jumpa fmly mendiang..dorg cerita bbrp kejadian.seolah2 mendiang masih xsedar dia dah meninggal dan selalu dgr mcm dia ada balik rumah..ada masa.sy share

      Reply
  2. wowww..salute dgn penulis ni..rjin dn gigih travel jauh balik kg. aku ni faktor usia, xlarat weh travel jauh cmtu..cukup skadar naik public transport ja

    Reply
  3. SAYA PUN PERNAH DRIVE TAWAU-LAWAS START 1.30PM BULAN 3 HRITUE.GILA KAW2 PENAT.SENDIRI LAGI.PEREMPUAN LAGI.PERIOD LAGI. JAM10 MLM BRU SMPAI LAWAS.MMG CERMIN SEGALA CERMIN TAK AKAN DIPANDANG SPNJG JLN HAHAHAHAHA.

    Reply
  4. Jiwa kental boleh drive berjam jam gitu .. Sa ni hari hari drive 30 mnt ke tmpt kje pun terasa letih Ya amat ? .. Nice story nanti sambung Ya sis

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.