Perkampungan Po****

Assalammualaikum admin dan semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Terima kasih diucapkan sekiranya ceritaku ini dipaparkan oleh admin.

Ketika itu, aku bersama beberapa orang temanku telah disuruh oleh umiku untuk bertemu dengannya dan ahli keluarga lain di suatu lokasi yang aku langsung tidak ingat di mana dan…dia telah menyuruh kami untuk travel pakai basikal sebab kereta tiada. Ya!Menggunakan basikal sedangkan perjalanan yang bakal kami lalui bukanlah perjalanan yang dekat. Kami turuti saja.

Di awal perjalanan, aku, Zaim dan Ummu menaiki kereta ke suatu rumah yang terletak betul-betul disebelah sebatang sungai yang luas. Cantik rumah itu dengan pemandangan sungai yang sungguh mengasyikkan. Kami telah membuat keputusan untuk bermalam di rumah yang tiada penghuni itu kerana hari telah lewat. Apabila pagi menjelma, kami terkejut melihat paras air yang semakin meninggi dan deras berbanding malam sebelumnya. Kerana risau air yang semakin mengganas, kami terus bersiap dan cepat-cepat keluar untuk menyambung perjalanan kami.

Beberapa jam kemudian, kami tiba di sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Kelihatan ada yang cacat tubuh badan dan ada yang mempunyai pelbagai penyakit yang lain sedang bermain di halaman sekolah tersebut. Kami memasukki bangunan sekolah tersebut dan tiba di sebuah bilik yang tertulis, “KANAK-KANAK BERPENYAKIT BERJANGKIT”.

Aku memasukki bilik itu bersama-sama Liyana, Faris, Wani dan Ayin. Entah bila mereka muncul. Zaim dan Ummu sudah tidak lagi kelihatan. Kami bermain dengan kanak-kanak yang sedang bermain bola di dalam bilik itu. Aku ternampak seorang bayi yang sungguh comel dan mendukungnya. Pipinya aku cubit sebab geram sangat. Tetiba aku terkejut kerana kami diserang kanak-kanak yang berpenyakit di dalam bilik tersebut yang cuba hendak menyentuh kami. Aku lari kerana tidak mahu berjangkit dengan penyakit kronik yang boleh djangkiti melalui sentuhan air liur dari mereka. Seorang kanak-kanak ini terus menerkam aku dan tidak mahu melepaskan aku.

Aku cuba dan terus mencuba untuk melepaskan terkamannya dan apabila berjaya, aku terus belari ke luar bilik. Di situ muncul Zaim dan Ummu bersama kereta seperti aksi action movie cuba untuk selamatkan kami. “Cepat semua naik kereta!” Jeritku kepada Liyana, Faris, Wani dan Ayin. Laju Zaim memecut menjauhi sekolah tersebut. Mujur kami sempat melarikan diri kerana kesemua penghuni di bangunan tersebut berubah seperti zombi yang mengejar mangsanya.

Hari sudah malam, Zaim meninggalkan kami di sebuah stesen keretapi yang usang dan berlalu pergi. Sedang aku, Liyana, Faris, Wani dan Ayin menunggu keretapi tiba. Sekumpulan manusia yang berpakaian seragam muncul dan menunggu keretapi yang sama. Berebut-rebut mereka masuk ke dalam keretapi yang tiba. Punyalah ramai sehingga kami berkeputusan untuk tunggu keretapi seterusnya. Ketika kami sedang menunggu keretapi seterusnya, datang pula sekumpulan manusia yang lain lalu mereka berkata kepada kami dan yang lain-lain, “Tadi kami sengaja menguji kalian semua. Kamu adalah antara orang yang penyabar kerana tidak berebut menaiki keretapi tadi. Siapa antara kamu yang mahu hadiah dari kami?”. Aku lihat ada beberapa orang angkat tangan dan diberi hadiah. Aku tengok bukan best mana pun tapi entah kenapa aku tak meminta hadiah tersebut.

Keretapi tersebut berlalu pergi dan kemudiannya berhenti di satu perkampung. Semua penumpang pun turun. Aku kenal tempat ini. Ini adalah kampung pakcikku. Disitu Angah dan Alang muncul membawa sebuah basikal. Basikal biasa sahaja. Memang takkan muat aku, Liyana, Faris, Wani, Angah, Alang dan Ayin naik basikal tersebut. Badan kami semua boleh tahan besarnya! Aku suruh Wani pinjam basikal pakcikku tapi tidak dibenarkan kerana mereka perlukan basikal tersebut. Liyana lalu berkata, “Korang teruskan perjalanan. I tak dapat nak join, masalah perempuan.

Susah nak meneroka perjalanan jauh dengan basikal. I shall fly”. Aku pun tak tau kenapa kami yang lain tidak turut serta naik kapal terbang dan terus setia membonceng basikal ramai-ramai walapun kami tahu perjalanan masih jauh. Disebabkan ramai, adalah yang terpaksalah bergilir-gilir berjalan kaki seiring basikal kami. Dalam perjalanan tersebut, kami terserempak dengan kumpulan manusia yang memberi hadiah tadi.

Mereka menjemput kami menaiki bas mereka. Kami pun naik. Beberapa seketika, tiba-tiba kami melalui satu jalan yang gelap yang penuh dengan pokok-pokok besar yang tumbang. Bas tersebut tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa meneruskan perjalanan dan akulah yang mengayuh basikal tersebut dengan dihimpit oleh Faris, Alang, Wani dan Ayin. Manakala angah mengambil giliran untuk berjalan seiring basikal kami.

Sedang aku membonceng basikal tersebut, kelihatan seorang lelaki berkopiah mengayuh basikal dengan laju sekali dari arah bertentangan. Mukanya kelihatan pucat dan lesi seperti ketakutan. Aku gagahi juga mengayuh basikal dengan muatan empat orang walapun hati berdegup pantas memikirkan lelaki berkopiah tadi. Sedang kami teruskan perjalanan melalui celah-celah pokok besar yang tumbang yang hanya disinari cahaya bulan. Aku terlihat po**** bergelimpangan di atas dahan-dahan pokok yang tumbang. Aku terus membonceng basikal dengan pantas dan cuba mengelak sebarang sentuhan dengan po**** tersebut kerana takut akan membangunkannya. Laju kayuhanku kerana di hujung jalan tersebut aku nampak sebuah kampung di mana orang-orang kampung sedang berkumpul seolah-olah sedang melakukan majlis keagamaan.

Mungkin untuk memohon kepada Allah agar dapat mengatasi po**** yang bergelimpangan. Ini pikirku. Kemudian disuatu sudut, aku nampak sebuah rumah dimana ahli keluarga rumah tersebut ada bersama dengan satu po****. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak melanggar mereka tetapi aku terlanggar juga. Po**** dan keluarga tersebut sangat marah padaku kerana melanggar mereka dan cuba untuk serang aku.

Entah kenapa aku tiba-tiba menjadi orang yang alim dan penuh pengetahuan melawan mereka dengan laungan kalimah-kalimah Allah dan diiringi bunga-bunga pencak silat sehingga mereka semuanya tumpas. Orang kampung bersorak memperlihatkan kemenanganku dan mengalu-alukan kedatanganku dan yang lain-lain. Berduyun-duyun mengikut aku tatkala aku dan yang lain dipelawa untuk melihat dan berehat di kampung tersebut. Aku tidak menolak tawaran tersebut kerana aku merasakan elok untuk tunggu siang hari sebelum kami meneruskan perjalanan. Belum sempat kami melangkah terus jauh masuk ke dalam kampung tersebut.

Belum sempat aku bertanyakan kenapa ada banyak po**** bergelimpangan atas dahan pokok yang tumbang. Aku terjaga dari tidur. Badan aku terasa amat penat dan seram sejuk seolah-olah memang aku melalui setiap detik tersebut. Everything seems so real. Perkampungan apakah itu?

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
BungaMelur

13 thoughts on “Perkampungan Po****”

  1. Aq xphm pon ko cte ap? Ko nk pegi mne sebenarny? Kjp basikal, kejap jln kaki..ad zombie lh.. mimpi ke fiksyen ni? Idea ad tp jln cte berterabur.. try again next time k.. gud luck…

    Reply
  2. From start aku dah dpt agak yg semua ni mimpi je
    Tp aku nak baca jugak sampai abis..
    Mungkin sbb aku sejenis dgn kau yg suka berimaginasi pelik2 mcm ni, cth mcm zombie
    Aku sukaaaaaa…Thanks 🙂

    Reply
  3. Dari 1st ayat ko aku dh xphm lgsg ap ko nak ckp..n aku tau ini cerita mimpi fantasi kau dengan setiap detik kau hafal mmpi tu…

    Kesimpulannya jgn menulis lagi cerita karut.k cau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.