Perkhemahan Bersama Kak Ponti

Perkhemahan sudah pastinya mengujakan, lagi-lagi perkhemahan di hutan. Banyak yang bermain dalam otak kami ni antaranya nanti nak masak dan makan apa dalam hutan, tempat berteduh dan sebagainya.

Sama seperti kumpulan yang lain, kumpulan gadis ni kongsi pengalaman mereka bertemu dengan Cik ‘Ponti’ saat berkhemah di dalam hutan. Seram weyh!

Kisah mereka bermula apabila terpisah daripada kumpulan mereka yang lain.
Pada Sabtu yang lalu, kitorang mengikuti program perkhemahan anjuran sekolah. Aku, Shima, Eira dengan May memang selalu bersama dan pada hari kejadian kitorang dapat duduk dalam satu khemah yang sama. Perasaan berkhemah buat kali pertama sememangnya mengujakan dan ada sedikit perasaan gementar. Maklum la tak pernah nak bermalam dalam hutan. Petang tu, waktu semua sibuk memasang khemah kitorang sempat berselfie mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Si May ni memang kaki selfie sikit tak kisah la apa yang berlaku…Petang tu berlabuh seperti biasa dan kitorang semua bersiap-siap untuk makan malam…”

Tiba-tiba..
Shima, seorang yang bermulut murai tapi semurai-murai dia ni tak pernah lokek dalam membantu kawan-kawan termasuk aku ni. Malam tu Shima tiba-tiba menjadi seorang yang pasif dan tak banyak bercakap. Aku rasa pelik dengan kelakuan dia tapi aku tak berani nak tanya. Selesai makan malam, kitorang siap-siap nak masuk dalam khemah untuk berehat setelah melalui hari yang sangat panjang. Sewaktu nak bergerak ke khemah, Shima sempat bisik dekat telinga aku sambil mengengam bahu aku. Disebabkan telinga aku tak berapa nak dengar, satu perkataan je yang aku ingat iaitu ‘PONTIANAK’…Tiba-tiba meremang bulu roma aku, si Shima melangkah laju menuju ke pintu khemah. Aku cuba tenangkan diri dan berfikiran positif tapi…

Kelibat tak diundang..
Aku terus berjalan masuk ke dalam khemah. May dan Eira kelihatan tenang berbaring sambil bermain telefon mereka, cuma aku masih tertanya-tanya kelakuan Shima yang tiba-tiba berubah. Malam tu tenang je, hanya bunyi cengkerik yang kedengaran di dalam hutan tebal tu sehinggalah kitorang dikejutkan dengan cubitan dari May. Rupa-rupanya dia nak buang air, kitorang telah dipesan untuk sentiasa bersama mengikut ahli khemah tidak kira apa yang berlaku sebab nak memudahkan kerja. Jadi Aku, Shima, Eira dan May pun keluar berbekal lampu suluh dan menuju ke kawasan terlindung untuk May membuang hajatnya. Hati aku tergerak nak tanya pada Shima pasal kelakuan dia yang pelik sejak petang tadi. Belum sempat aku nak tanya tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ada yang mengilai, dan keadaan yang tenang bertukar seram. Kitorang cepat-cepat suruh May keluar dan duduk rapar bersama. Tanpa sengaja, telefon May telah terakam susuk tubuh makhluk berambut panjang sedang memandang tepat ke arah kitorang. Apa lagi memang macam lipas kudung dibuatnya..!!!!

Kalau dah berlari sebab ketakutan memang sesatla jawabnya..Tapi..
Tengah-tengah berlari tu, tiba-tiba si Eira dan Shima hilang dari pandangan aku dengan May. Aku dan May terus berlari gara-gara takut cik Ponti tu mengejar sehinggalah kitorang sampai dekat satu kawasan ni. Waktu tu Eira dengan Shima betul-betul berdiri sambil mengapit susuk tubuh yang berdiri tegak sambil…

La..macam tu rupanya pengakhirannya. Menurut Ecah kelibat itu sudah tidak kelihatan sejurus May ajak untuk selfie. Cuma apa yang masih bermain dalam fikiran Ecah adalah kelakuan Shima yang berubah pelik sejak perkhemahan itu masih menjadi misteri.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

14 Comments on "Perkhemahan Bersama Kak Ponti"

avatar
ella

Ape benda la cerita kelam kabut ni. Takde proper closure, ayat perenggan tunggang langgang. Menyesalnya baca…

aRuna

sabo kak’ die try je menulis kak’ admin patut tapis”
hahaha

Pengkritik FS

KAK PONTI PALE BUTO

Pengkritik FS

Udah-udah le tu memburukkan reputasi aku wahai
SPM Victim 2k17 yang hina

Nurra

Bosan je

Amin eminem

Dlm khemah la sedap meowww kan? uhhh ahhhhh ahh ahhhh
?????????

cik fluffy

admin tapis dlu cerita sblm di publish.

SPM VICTIM 2K17

guys, jom baca cerita aku.
#Amateur-My Guardian
Please jangan basher aku.
First time menulis

aRuna

nanti aku baca’

aRuna

Cuba sedapkan hati gak la baca sampai abis Sebab tajuk
jalan cerita dan isi cerita hilang arah
finishing langsung xdpt nak phm dan bertambah blur
anyway good try’anda boleh baiki lagi dimasa akan dtg
#AdminFsMohonTapisCeritaLa
#JagaQualitiFS

mawar

pening la cita ko dik.. adehh

paris jackson

mende la ending..xpaham.

CIK EFFY

MURUNG AKU BULAN PUASA NI DIK……..
Baca cerita kau nie….

RatuPecut

Hahahahaha….murung berjemaah la nampaknya kita

wpDiscuz