Assalamualaikum WBT wahai pembaca fs sekalian. Hamboiiii lama tak jengok, FS dah byk reader sekarang (*tepok tangan). Naik lengoh gaklah jari jemari aku scroll down nak carik link story aku part 1 Ni Story part 1 aku. Ok, seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku share part 2. Maaf bagi sesiapa yg tertunggu2 sambungan part 1. Part 2 ni cita dia mmg panjang, so admin & reader sila bertabah sikit ye. Anyway enjoy ur reading, selamat membaca. Bismillah.
Masa masuk tingkatan 1, kena campak masuk asrama. Haish! Ayah aku ni kan, suma anak2 dia wajib masuk asrama. Wajib! Ko kena paham tu. Nasib baik aku sebilik dengan rose, gumbira itu hanya aku je yang tahu. So aku tak sedih2 sangat sebab ada kawan sebilik. Dalam bilik tu boleh duduk 12 orang, katil double decker, mcm biasa aku chop katil bawah rose pulak katil sebelah, bawah jugak. Bilik kami ni agak jauh dari bilik lain dan view meja study pulak hutan, mmg taklah aku nk study ngadap hutan, kang ada benda lain gak yg nk menumpang belajar. Bilik sebelah pulak tmpt simpanan barang2 rosak, mcm katil rosak, kerusi rosak, meja rosak dan engko yg rosak pun boleh duduk dlm bilik tu.
Nak dijadikan cerita, gangguan pertama terjadi hari pertama lagi aku masuk asrama. Mana2 budak asrama memang tahulah suasana asrama bila waktu malam mcm mana. Masa tu budak2 dalam bilik aku x banyak lagi yang masuk, kira aku ni intake pertama masuk. Intake 2nd and 3rd belum masuk lagi. Malam tu cuma ada 4 orang je, dalam bilik aku xde kakak senior ok! Kami tak campur.
Jam masa tu baru 9.00malam, baru je habis makan kat kantin, so balik mcm biasa. Xde pape yang pelik. Masuk bilik pun mcm biasa. Yang tak biasanya masuk jamban. Perut aku memulas2 dengan jayanya, 2-3 kali jugak aku pujuk nak “membuang” esok, dia tanak jugak, nak malam tu jugak. Jam dah pukul 11 ke atas.
Kebanyakan bebudak dah tido, zaman aku skolah dulu mana ada bebudak hadap wasep,wicet,tuiter, IG bagai sampai larut malam! Hp pun guna 3310, nak lagi mahal nokia butterfly. Tp aku mana ada phone masa tu. Ayah x bagi. Berbalik kepada sakit perut aku tadi, aku gagah pegi gerak rose sbb nak minta dia temankan aku, nasib baik rose nak temankan aku. Feeling blessed sangat! Masa ondaway ke toilet ni, mcm2 gaklah bermain dalam fikiran aku. Benda terbanglah, mkcik melompatlah. Damn! Benci dengan perasaan tu, tp rose watlek watpiss. Dia tak tahu lagi apa yang aku dah lalui masa camping tahun lepas, sebab dia blah awal.
Malas gaklah nak open topic benda lama. Masing2 dengan feeling masing2 masa tu. Sampai je toilet aku pilih toilet paling hujung, dalam toilet tu ada 4 bilik. Masa nak masuk tu sempat lagi aku warning rose jgn pegi mana2. Stay je. Kena hadap jugak bau bahan buangan aku. Bau ke tak bau ke, kena tahan jugak. Aku meneruskan hajat aku yang tak dan2 nak terlepas. After 2-3minit mcm tu aku dengar toilet sbelah bunyik flush, aku tanyalah “weh! Ko ke?”.
Tp aku dgr bunyi berdehem je. Memula bersangka baik, rose lattew! Tp ntah kenapa pulak on da spot bulu-buluan tengkok and tangan aku meremang. Halamak! Petanda tak baik, tiba2 elok je perut aku dah tak meragam. Aku cepat2 mensucikan diri. Lama lagi aku dalam ni, mau gila melayan perasaan seram ni. Bila aku keluar rose takde! Perasaan aku bercampur aduk! Marah,takut,seram, lapa pun ada. Mencicit gaklah aku berlari balik ke asrama.
Sampai2 je, korang teka, apa aku nampak dengan 2 biji mata aku. Yes jwpn korang betol! Si rose tengah tido kat katil dia, dengan perasaan marah aku gerak rose agak kasar smbil jerit “woii bangun! bangunlah!” Pastu rose celik mata dgn muka berkerut 1000, tanda marah. Aku terus sound rose sbb tinggalkan aku sorang2 dalam toilet, janji nak tunggu. Tp rose jawab, “bila masa pulak ko ajak aku pegi toilet? Aku baru balik melepak dari bilik senior, ni pun baru masuk sini nak lelap, dtg2 kau kacau aku nk tido pulak”.
Terduduk weh aku dengar ayat2 yg keluar dari mulut rose. Terkebil2 biji mata aku, tergaru2 kepala yang tak gatal. Rose sambung tidur. Aku balik ke katil aku, otak ligat berfikir. Siapa tadi yang aku gerak, teman aku sepanjang jalan ke toilet, yang main flush sblh jmban. Aku tarik selimut smpai ke kepala, cuba pujuk diri nak tido. Aku tak tau bila masanya aku terlelap sendiri dengan air mata yang kering sendiri.
Keesokkan harinya. Aku bangun agak lewat, subuh pun aku terlepas. Aku jenguk kepala keluar dari selimut. Aku nampak rose tengah borak2 dengan ana & deb sambil tertawa ria. Tiba2 rose pandang aku, “baru bangun ke?” aku senyum je. Mcm xde pape pulak yg jadi. Mungkin aku bermimpi je malam tadi. Yes! Aku bermimpi agaknya. So aku bangun, kemas katil dan pergi mandi. Aku lupakan kejadian malam tu. Even sisa2 seram masih melekat lagi dlm memori aku.
Selepas 7 ke 8 bulan kejadian tu berlaku kat aku, kali ni giliran rose pulak. Masa malam kejadian tu budak2 banyak yang balik ke rumah, sebab hari jumaat public holiday. So bebudak asrama balik secara berjemaah. Aku je yg x balik sbb malas nak packing bagai. Isnin kang nak turun lagi, baik tayah balik. So, macam biasa budak2 asrama ada aktiviti masing2. Suasana malam tu aman damai je. Malam tu kami sebilik yg tinggal 5 orang dengan 3 orang akak senior main card uno. Main punya main, mata aku pun dah start ngantok. Jam pun dah pukul 12.30 malam. Tak taulah pkul berapa ntah akak senior balik bilik dorang. Tp yang pasti, malam tu malam yang panjang bagi aku.
Jam masa tu pkul 2.45 pagi, aku terbangun dari tido sebab panas yang amat, budak2 lain pun bangun jugak. Rose pulak tido m**i lagaknya. Aku biarkan, malas nak gerak. Aku capai torchlite aku kat tepi meja katil, torchlite aku pulak masa tu tanak on, pukul punya pukul elok je terus on. Masa torchlite aku on, tanpa sengaja tersuluh dekat salah satu sudut almari.
Aku terpaku, terkejut mcm x percaya, benda yang aku nmpak budak tgh duduk ngadap almari. Memang masa tu aku cuak! Budak mana pulak main dlm bilik kami masa tgh blackout ni. Aku panggil ana, sbb nak confirmkan apa yg aku nmpak, so ana dtg and suluh tmpt tu. Tp dah xde. Ok! This is not okay! Aku pendam je dlm hati, ana siap cakap aku ngigau lagi. Warden yang tinggal area2 dekat asrama kami mana ada anak, kalau ada pun xkan mak/ayah dorang nk benarkan anak keluar main 2-3 pagi. Betul jugak ckp ana. Aku pun acah2 je ketawa besar tp hati ni mmg tak sedap.
Sbb budak yg aku nmpak mcm familiar sgt. Tgh dduk berkumpul and borak2 dekat katil aku, tiba2 dikejutkan dengan bunyik announcement dari warden. Damn! Tanjat aku! Warden suruh stay dibilik, jgn merayau2 & jangan bakaq lilin. Nanti asrama terbakaq. Guna torchlite je.
After announcement tu, kami sambung borak. Borak punya borak tetiba alice diam, so kami pun automatically diam. Kami dengar bunyi almari kena baling berulang2 dgn objek keras, mungkin batu. Seriau gaklah, ana antara yang berani pegi suluh, tp takat berdiri hujung katil aku je kot. Takat tu je berani dia.
Tp bunyi tu tiba2 hilang camtu je. Apalagi yang lain dah siap2 tarik selimut. Tuan punya selimut pulak yg kena survive xde tmpt nak sembunyi! Sakit hati pulak aku! Tengah nak protes marah, tiba2 aku terhidu something yg busuk. Aku suluh muka ana, deb dan alice satu persatu, memasing buat muka tgh menghidu.
Bau tu mmg hebat sgt, dlm panik2 tetiba tringatkan rose. Aku suluh katil rose. Tp rose xde, aku suluh balik kat katil aku sbb nk double check, kot2 rose ade je dduk antara dorang. Then giliran ana pulak suluh bila dia dpt tahu yg rose dah xde dekat katil. Alice & Deb mereput dalam selimut sebab takut. Suluh punya suluh ana nmpak “rose” tgh dduk mencangkung bawah meja study, dia mcm ketakutan, so ana berlari dapatkan rose, tp terhenti sekerat jalan. Tiba2 ana patah balik sambil jerit “bukan rose.. bukan rose..hantu! Dgr je ana sebut perkataan “hantu!”, suasana dalam bilit masa tu mmg x tentu arah.
Alice yang tadinya asyik sembunyi dlm selimut bejaya lolos keluar dr selimut dan berlari x cukup tanah ke arah pintu bilik. Ana pulak peserta pertama yang lolos keluar dari bilik tu sejurus nampak benda tu. So tinggal aku dan Deb. Aku dlm dilema antara nak keluar dari pintu bilik yg tggal beberapa langkah lagi atau selamatkan Deb yg tengah bertarung nak keluar dr selimut. Tanpa berfikir pjg aku tarik selimut dgn Deb sekali dan heret Deb ke pintu utama yg tinggal beberapa jarak lagi. Tp sekali lagi langkah aku terhenti sebab aku nmpak dgn 2 bijik mata aku, pintu tu di tutup budak kecik yg aku nmpk tadi, and this is the same kid yg aku nmpak masa balik dar camping taun lepas. Pasaipa follow kami ni adik?! Rimas! Masa tu aku jatuh ke belakang sbb salah step, ala mcm x biasa bab2 terkejut ni mcm mana reaksi diakan. Chill korang!
Nasib baiklah aku x jatuh and hempap badan Deb. Kalau x naya anak orang. Deb yang tercungap2 keluar dari selimut terus pelok aku sbb slmtkan dia dan tak tinggalkan dia sorang2. Dlm waktu yg sama, aku harap telepathy aku sampai dgn Alice dan Ana untuk dptkan bantuan.
Jam dekat tgn deb masa tu pkul 3pgi ke atas, dahi aku pun dah start bengkak sebab asyik terlanggar katil masa nak selamatkan diri, torchlite aku pun dah x tau kat mana. Cuma mengharapkan lampu kecil dr jam tgn Deb. Tgh nak menenangkan diri, tiba2 dikejutkan dengan bunyi humming lepas tu gelak kecil yang mendayu2, then bunyi suara budak kecik tgh ketawa. Mmg seriaulah, aku terus cuit Deb supaya gerak and nyorok bawah katil yg berdekatan.
Aku dan deb gerak slow2 tanpa buat bunyi. Nak dijadikan cerita si Deb pulak bersin x ingat dunia, alah dgn debu! Ah sudahhh! Mayday! Mayday! Mission abort! Mission abort! Bergoleng2 dgn kelajuan maksima nyorok bawah katil. Masa tu mmg nak gelak jugaklah sebab 2-2 terlanggar tiang katil. Tp keadaan masa tu tak mengizinkan aku & deb gelak sakan.
Gelak tawa gumbira aku & deb terus terhenti bila dikejutkan dengan bunyi almari kena baling lagi, tp kali ni bunyi tu mmg kuat. Tiba2 pulak aku rasa marah nak mengamok sbb dah tak tahan kot asyik nyorok. Aku keluar dari bawah katil dengan lagak berani sambil jerit “diam!” deb pulak stay je bawah katil tengok aku tetiba keluar dari tmpat sembunyik, masa tu mmg ingat deb follow aku keluar dari bawah katil utk backup aku ke apa ke kan?! Boleh pulak dia msuk balik bawah katil.
Hilang semangat aku. Dlm samar2 gelap yg cuma diterangi cahaya bulan terang malam tu, aku try nak usha muka “rose” yg buatkan ana mencicit lari tinggalkan aku dan deb tnpa toleh ke blkang. Tp aku x boleh nmpak muka dia, sbb ditutupi rambut , satunya dia asyik pandang bawah, elok jugaklah, kang pandang aku, aku pulak yang tak lalu, nak2 aku pulak yang pitam kat situ on time. Xpelah rose, jangan pandang aku. Alang2 dah depan mata, aku sound je dekat benda tu jgn memain, jgn kacau kawan aku. Boleh pulak benda tu respon ketawakan aku.
Diam2 aku cuba baca 3qul & ayat kursi dlm hati, tp tak taulah asyik salah, asyik stop, then lupa. Tengah focus betulkan ayat bacaan, tiba2 aku dengar suara panggil nama aku “ashuuuu..” terhenti bacaan aku, aku boleh rasa yg jantung aku berjaya melompat keluar dari dada aku dan berlari menyelamatkan diri. Sekali lagi nama aku diseru, “Ashuu..”, yg pasti tu bukan suara deb, tp suara rose. Suara kali ni sedikit keras mcm marah.
Peloh menitik2 dari dahi, mcm kena siram pulak dah. Baju pun dah lencun basah. Situasi masa tu mmg menakutkan aku. Sikit lagi nk terkencing. Ilmu pun tak cukup lagi nak lawan, stakat nak cover diri sendiri bolehlah lepas. Lama gaklah aku berdiri kaku, mmg dah nak rasa rebah, sebab kepala aku pun dah pening, bahu aku tiba2 rasa berat giler. Aku terduduk, “rose” ada beberapa jarak dari aku, ntah bila “rose” dah dekat depan aku, aku x boleh nak dgr dia cakap apa. Ntah carut aku ke apa. Tak taulah. Bila aku dgr bunyi pintu ditendang, aku terus tak sedarkan diri, on time pitam.
Keesokkan hari tu, sedar2 dah dalam bilik senior, Alice, Deb & Ana pun ada skali duduk terpacak tepi katil. Bukak je mata dorang terus jerit “Ashu! Ashu!”. Aku tak nampak Rose. Aku tanya Ana mana Rose. Al Kisah malam tadi, selepas aku pitam, Ust. Naim terus tgkap benda tu, soal punya soal, benda tu marah sebab rose ada ambik barang anak dia, benda tu nak rose kembalikan kat tempat asal. Sebab tu benda tu masuk dlm badan dia.
Aku pulak kena kacau sebab tempias. Rose kasi “mainan anak” dia dekat aku. No wonderlah masa balik dari camping asyik nampak budak tu. Sebab mainan dia dekat aku. Benda yg rose bagi kat aku tu music box warna hijau, kecik je memang cantik. And music box tu aku bawa sekali masa masuk asrama. Nak dijadikan cerita, tiba2 rose nak balik music box tu. So aku bagi jelah, sebab tanak gado2 sebab benda camtu.
And patutlah malam tu asyik dgr bunyi almari kena baling. Almari yg kena aim tu almari si rose. Sebab music box tu ada dalam almari dia. Sempat gaklah aku ajak dorang bertiga ni pegi jengok bilik, almari elok je, xde kemek, katil elok je susun, suma elok je dekat tmpt asal. Ust. Naim, warden asrama perempuan dan sorang abg senior temankan Rose letak balik music box tu dekat sekolah lama kami dulu.
Petang tu, after maghrib Ust. Naim buat perjumpaan dekat surau sekolah. Bagi ceramah sikit, usai2 tu, Ust. Naim personal jumpa aku dan rose. Ana and ada beberapa senior pun ada je duduk kat situ nak dgr sekali. Dia pesan, next time kalau pegi mana2 tmpt yg 1st time pegi nampak benda cantik2, unik2 jgn dok gatai2 bawak balik na.
Tak pasai2 jemput tetamu tak d.undang. Lagi satu kalau pegi mana2 pun, bagi salam, semua tempat kita pegi ada penjaga/penunggu. Kalau kita hormat dia, dia pun hormat kita. Mulut pun kena jaga, kebersihan kena jaga. Agak panjang nasihat Ust. Naim malam tu. Rose pun mintak maaf dekat aku sbb tak pasal2 kena tempias gangguan. And after kejadian tu, xdelah perkara pelik2 berlaku. Cuma nasihat tu aku smpan smpai sekarang.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Mujur anak yg ngikot…
Kot bapaknye mau lg haruuuu…
Huhuhuhuuu…
byk part yg lawak dari seram, haha
Lawak n sedikit seram…over all..best
uishh anak dia mai pun asyik langgaq tiang ja takut punya pasai…mai mak pak, ak xtau nk habaq…
Ok byk kelakar. Hahahahahaha
hihi
Lwak plk bca cite nie..and seram lh gak.
Hahaha. Kelakar. Dan best!
Hahaha pandai olah cerita bagi menarik org nk baca ?? Suspen tetap ada wlu pon lawak!
Best . Cerita ni kalau rekaan pun xpa . Janji syok baca . Well done
kenapa hantu tu tak bagitahu nak apa,dah menyusahkan org lain.
leceh betul
Kenapa aku rasa mcm kenal penulis ni? Sebab jalan cerita sama dgn situasi aku masa masuk form 1 dulu. engkau kah itu wahai kawan? Kalau betul engkau, long2 time no see!
engko yg dh rosak pon boleh duduk dlm blik tu
la…rose buat hal rupenye..aduh..rose2…g gtl2 amik mainan “budak” tu spe suruh