Permainan Syaitan

Zaman aku di universiti dulu ada bermacam perangai manusia yang ada di sekitar aku. Ada yang jenis skema, gila, dan gila-gila, tapi yang paling menghairankan aku manusia yang jenis lembut ni. Pasal diorang ada keberanian yang tersembunyi bila berkumpul dalam satu kumpulan. Keberanian yang aku maksudkan ialah menyeru dan bermain-main dengan syaitan dalam permainan “semangat dalam duit syiling”.

Rasanya tak perlu aku cerita cara bermain permainan ni hampir semua orang tahu. Permainan ni femes sewaktu hampirnya peperiksaan akhir kononnya nak release tension. Bilik aku berhadapan dengan bilik kumpulan lelaki lembut (aku gelar geng k-pok @ kakak bapuk) kat sini adalah tempat berkumpul ahli k-pok senior dan junior kalau pick hour ahli dari blok siswa yang lain pon ada, memang meriah. Aku sendiri pernah tengok bilik diorang bergelap dan ternampak seorang anggota k-pok ni bawak lilin bernyala dua batang dari bilik hujung masuk kedalam bilik tu, saja dibuat begitu nakkan perhatian agaknya. Memang aku tau apa tujuannya pasal aku dulu budak sekolah asrama dah biasa tengok benda ni. Pernah jugak aku intai aktiviti diorang nak follow tengok tak dibagi mungkin pasal tak daftar ahli lagi. Cuma cara permainan diorang ni kreatif sikit ada bakar colok aromatheraphy yang biasa jual kat kedai bodishop tu. Semerbak baunya dengan haruman lavender bila colok ni dibakar.

Kali pertama diorang bermain aku boleh rilek lagi, masuk kali kedua aku dah mula tension. Nak sound lebih-lebih diorang senior aku baru junior aku assume diorang ni lagi cerdik dan matang. Paling tensen walaupon diorang dah berhenti main untuk seminggu sekalipon kesan keberadaan makhluk tu tetap boleh dirasa seakan portal atau laluan untuk ‘mereka’ dah dibuka disitu.
Aku sendiri tak terkecuali dari terkena gangguan selain roomate dan budak level aku yang lain. Paling menyakitkan hati gangguan tu datang ketika sedang tidur. Pernah ketika baru nak melelapkan mata tiba-tiba datang angin kencang bertiup dari tingkap dan terus kearah pintu bilik aku dengan bunyi nyaring dan berdesing macam bunyi ribut digabung dengan bunyi cengkerik..tersentak terus terbangun terangkat bulu kuduk meremang segala bulu yang ada..yang peliknya pintu bilik boleh terbuka dan angin menjadi tenang didepan bilik kumpulan k-pok ni. Pelik, angin pon reti bukak pintu dah la pintu jenis kuak kedalam kena pulas tombol pulak kalau nak buka pintu. Habis bersepah bilik dengan segala kertas, dan sampah terbang ditiup angin.

Roomate aku pulak jenis penakut piang dia dari katil atas boleh melompat turun tidur kat katil aku. “ Kemat aku tido sebelah ko je lah, lain macam rasa malam ni”.. ah! sudah..menyemak betol mamat ni harap muka je jambu tapi pengecut, ni kalau orang masuk bilik aku sia-sia je kena tuduh geng kunyit. “ Mat ko nak tau? kelmarin time aku studi sensorang tengah malam aku kena ketegur, seram giler takut rasa nak cerita” kata Zali bersungguh dengan dahi berkerut dan mata terbeliak. Cerita si Zali ni berlaku ketika sedang studi seorang diri kira-kira dalam pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk menghadapi final exam (aku dan seorang lagi roomate dah lena tido) diawal pagi buta begini suasana terasa tenang dan sunyi, mudah ilmu nak masuk walaupon belajar disaat-saat akhir. Tapi ketenangan ini terganggu bila aura bilik yang sejuk dan damai ni boleh berubah secara tiba-tiba..suasana menjadi hening sunyi sesunyinya sampaikan bunyi jarum jatuh pon boleh dengar dan tiba-tiba terasa bahang panas yang pelik katanya. Tapi Zali cuba beranikan diri, sikit lagi nak habiskan kerja menyalin nota atas kertas kecil sebesar telapak tangan. Berpeluh dahi Zali, terangkat roma dibelakang leher petanda sesuatu berada disekitar sedang memerhatikan dia.

Tak boleh dilayan perasaan ni buat tak tau je, bisik hatinya. Tiba – tiba dari luar tingkap “psst..psst..hai..hai awak”.. suara kecil tapi berbunyi pelik seakan berbisik memanggil Zali dari tingkap bilik di tingkat 4. Keras Zali di meja studi seakan melekat diatas kerusi otak dia cuba mentafsir apa yang sedang berlaku. “awak… pandang la sini, kita ada kat sini, cuba pandang kejap” suara tu memanggil lagi seakan merayu. Zali cuma mampu memakukan pandangannya ke lantai tak berani sesekali untuk dia menoleh kearah tingkap. Sepantas kilat Zali terus berlari memanjat naik keatas katilnya menyelimutkan diri dan menekup muka dengan bantal. “Pelik camana suara dia Li?” aku bertanya.. “Suara dia garau tapi cuba nak buat-buat suara kecik macam perempuan” terang Zali. “ Macam bapok ke? Wah! Ingatkan gadis-gadis bilik depan ni je yang minat kat ko, antu bapok pon terpesona” kata aku dengan ketawa kecil untuk menghilangkan suasana seram. Hambar… jawapan aku dijawab Zali dengan mengangkat jari tengah depan muka aku dan dia terus baring mengiring membelakangi aku senyap tak berkata apa. Bagero punya budak rasa macam nak je aku siku muka dia.

Petang tu selesailah sudah aku menjawab soalan periksa bagi beberapa subjek. Berkat studi di akhir waktu dan diiringi doa dari ibu aku tenang je jawab soalan subjek Macro Economy, salah satu subjek yang paling aku menyampah sekali. Yang macho nyer aku keluar dewan periksa paling awal siap tulis surat rayuan lagi kat kertas jawapan dengan harapan lecturer simpati pada aku. Takpa semester depan mungkin kita jumpa lagi. Sampai dibilik aku melepak isap rokok sebatang dua dan terus baring dikatil..rasa lapang sikit dada esok cuma ada paper Basic English dan Manhaj Ketuhanan je senang subjek tu. Hati dah tenang sikit aku mesti tido nak hilangkan kegusaran hati mengenangkan nasib paper Makro yang aku jawab tadi. Sedang hanyut fana’ dalam ketiduran tiba-tiba suara sergahan keras memekik di telinga aku ‘huarghhh’ tersentak aku terjaga tercari-cari majal mana yang pedajal aku. Aneh, bilik aku kosong roomate sorang pon takde dalam bilik. Blur kejap otak aku, betul ke suara tu atau perasaan aku je? susah otak aku nak cerna. Seram sejuk aku rasa tengok langit dah gelap, astarghfirullah dah masuk waktu maghrib rupanya roomate dua orang dah gerak ke dewan makan tinggalkan aku. Musibat betol tak kejutkan aku pon..yang aku pulak tertidur macam orang m**i. Aku capai tuala dan baldi terus ke bilik mandi, tak sanggup nak lepak bilik sorang-sorang.

Malam tu aku lepak kat balkoni yang terletak kat sebelah bilik aku..layan gitar bersama kawan-kawan melalak lagu Metallica sebagai pembakar semangat. Gerombolan geng k-pok turut kelihatan melepak di markas mereka (bilik yang berhadapan dengan bilik aku) terkekek-kekek bergelak sakan, entah apa yang dibualkan tak berminat untuk aku tau. Habis sesi berkaraoke kitorang layan pulak sesi berborak dan mengumpat, topiknya aktiviti permainan spirit of a coin geng k-pok ni. “ Mat benda syirik berlaku depan mata, kita boleh tengok je takkan tak berani nak tegah?” ayat bajet bagus si Tompi budak kaki porno ni buatkan aku sedikit rasa terkesan dihati. Bukan aku tak tegur, pernah juga aku cakap kat sorang budak k-pok ni tapi jawapan dia menyakitkan hati “saja suka-suka nok..nak release tension” bila aku cakap kesan permainan diorang ni punca blok ni jadi semakin ‘keras’ pandai pulak menjawab “alah nok, sebelum kitorang main pon level ni dah macam-macam budak jumpa hantu bungkus la, mak lampir la, ceplos apa semua”. Yang member level ni pulak lagi aku tak paham semua nak lapor pada aku takkan sorang pon tak berani nak tegah. Kalau rasa tindakan kita betol buat apa nak takut peduli apa walaupon senior kasi langgar je la. “ Aku pernah baca dulu dalam novel seram siri bersembang dengan jin, pernah si penulis ni kunci jin buas dan ganas dengan bacaan ayat kursi 7 kali dengan ulangan wala yau dhuhu qhif dzuhuma wa huwal a’li yul adzim beserta ikatan lam jalalah, tapi tak tau la aku apokobondo lam jalalah tu, ko pernah dengar?” tanya si Tompi padaku. Aku dapat rasakan Tompi cuba bagi clue pada aku untuk mula bertindak dengan cara Islamik tapi masalahnya aku ni solat pon bila nak dekat final exam je entah Dia pandang ke tak segala usaha aku ni. Aku bukanlah orang yang alim, cuma berani tu adalah sedikit itu pon tengok pada keadaan. Biarlah..ada lagi dua paper nak kena jawab esok lepastu cuti sekejap pasal esok hari jumaat, hari minggu takde exam, malas nak serabutkan otak.
Berat mataku untuk dipejam malam tu, pusing kiri tak kena pusing kanan pon serba tak kena, tilam yang empuk terasa keras macam batu. Aku ambil keputusan untuk keluar lepak di balkoni untuk menghisap rokok seorang diri. Terasa seram sejuk sikit malam tu, sunyi sepi ramai yang sedang studi, ada yang sedang tekun beribadah (ini pemandangan biasa ketika musim peperiksaan) dan ada yang overnight kat luar kampus pasal esok hari Sabtu takde exam. Bilik geng k-pok masih ada penghuni cuma tak seramai seperti sebelumnya.

Aku yang keseorangan di hujung ni tak dipedulikan mereka, lampu bilik dipadam dan pintu ditutup rapat. Aku dapat menduga ada sesuatu aktiviti sedang berjalan disana, tertarik aku untuk menyiasat. Tombol pintu cuba aku pulas tapi berkunci, pintu diketuk tapi semuanya diam sesekali cuma bersuara ‘oiii..oiii.. ko nak apa?’ aku intai dibawah pintu bilik bergelap cuma diterangi cahaya lilin dua batang (time ni colok tak dibakar pulak, habis stok kot). Tau dah aku malam ni diorang main lagi spirit of a coin. Teringat cerita si Tompi pasal ayat kursi kelmarin, ini masa untuk aku mencuba walau pon hasilnya belum tentu menjadi. Ayat kursi aku baca 7 kali dan diulangi macam kata si Tompi..cuma skip pada ikatan lam jalalah pasal aku tak tau dan tak pernah dengar pasal tu. Aku bawak kefahaman sendiri dengan membayangkan sekeliling bilik tu dipagari dengan tembok setinggi langit biar segala syaitan terperangkap terpasung dalam bilik tu. Entah macamana aku terpikir nak buat begitu memang time tu ilham datang tanpa diminta. Sudah selesai aku kembali ke bilik untuk meneruskan tidur, tak terpikir pula aku soal jadi atau tidak apa yang aku buat tu semuanya cuma lebih kepada bereksperimen. Kalau jadi maka jadilah, tak menjadi pon tak apa.
“Gedebung..gedebang…” bunyi pintu bilik ditendang dan diketuk kuat berulang kali mengejutkan aku dan budak level yang lain. Semuanya bangun dan memaki hamun kearah bilik budak k-pok. Rasa bengang kerana ketenteraman penghuni bilik yang lain diganggu oleh mereka. Ketua level merangkap senior betul-betul panas hati terus diterajang pintu bilik budak k-pok namun senyap tak berbunyi. Kerana takut sesuatu yang buruk berlaku mungkin pergaduhan dan sebagainya pintu bilik dipecah masuk.

Alangkah terkejutnya kami semua bila lampu bilik dibuka kelihatan tiga orang sedang terbaring dengan jari telunjuk masing-masing memegang pada sekeping duit syiling 50sen. Seorang lagi aku nampak tengah mengerekot menangis ketakutan kat sudut katil. “Tolong woi kitorang dah penat, benda ni taknak balik” teriak sorang anggota k-pok. Kami yang masih terkejut tetap terpaku kat depan pintu bilik mereka, tak tahu apa nak dibuat. “Korang tolong aku angkat diorang ni” arah ketua level dalam keadaan cemas. Kami pisahkan mereka dan dudukan mereka sandarkan pada dinding, kelihatan wajah mereka pucat dan berpeluh kepenatan. Aku cuma melihat tanpa perasaan (pasal mengantuk), tak sepatutnya diorang dialih tanpa menghabiskan permainan, tanpa syiling tu kembali ke bulatan ‘home’. Seorang budak k-pok dah mula meracau, sekejap ketawa sekejap menangis menceritakan siapa dirinya. Katanya dia adalah seorang pelajar perempuan yang m**i ketika melahirkan anak luar nikah kira-kira 20 tahun lalu di universiti ini (iyolah tu). Keadaan menjadi bertambah gamat bila budak ni mula bangun dan mengamuk mencampak-campakkan segala buku dan barang didalam bilik kearah kami dengan menjerit ”aku mau pulang..aku mau pulang!!!”. Melihatkan keadaan menjadi semakin tak terkawal ketua level terus melaungkan azan dengan harapan gangguan dapat dihentikan tapi syaitan dalam badan budak ni boleh pulak mengajuk ketua level aku siap tekap tangan di telinga dengan memek muka mengejek dan mengekek gelak, yang ni memang serius seram. Ketua mintak kami kejutkan budak level yang masih ada didalam bilik dan diadakan bacaan yassin tergempar di kaki lima level dengan seberapa segera. Bacaan kami mengejutkan budak-budak dari level lain dan menarik mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, dikiri dan kanan tangga level penuh dengan orang yang menjadi pemerhati. Satu buku surah yassin sudah habis dibaca, budak kerasukan kelihatan sedang tidur nyenyak. Keadaan kembali tenteram dan kami kira semuanya sudah selesai, ada yang dah mula kembali ke bilik masing-masing.

“Huarghhh ye yeahhh” budak kerasukan bangkit kembali kali ni budak yang lain pula, sementara tiga lagi rakannya tetap tidur tak sedarkan diri. Aduh, bala apa lagi ni syaitan ni seakan berpindah- pindah tubuh dengan personaliti yang berbeza. Kali ini lebih istimewa budak yang seorang ni bangkit dan mempersembahkan tarian ala siam dengan jari mengerekot dan membebel tak tentu biji butir. Kelakar pulak aku tengok takde rasa kesian pun sapa suruh sengaja mencari bala. “ Kalau dibiarkan makin menjadi ni sampai bila nak habis?” getus salah seorang level mate. “ Cuba panggil Cik Leman dia boleh setelkan benda ni” sahut seorang lagi. Encik Leman ni adalah RS (Residen Staff) ataupun warden blok yang aku duduki ni, memang handal bab mistik dan kerasukan walaupun kelihatan agak masuk air. Tengok cincin yang dia pakai pun besar macam biji guli, walaupun dia juga seorang pensyarah Art and Design tapi tinggi juga ilmu akhiratnya selalu menjadi rujukan berkaitan kes-kes paranormal di kampus ini. Cik Leman terus naik kebilik budak kerasukan, seakan Padayappa melintasi anak buah semua orang ketepi memberikan laluan kepadanya.

“Kenapa masuk dalam badan budak ni apa yang kau mahukan?” soal Cik Leman sambil menyepitkan cincin pada ibu jari kaki budak kerasukan. Sesekali kelihatan dia membisikkan bacaan ayat suci ke telinga budak tu. Menjerit- jerit kesakitan dia sampai menangis meminta simpati, lagi galak Cik Leman tibai dia dengan ayat suci. “ Aku tak mau keluar, aku dah suka tinggal dalam badan budak ni, istana dia gelap untuk aku (jarinya ditunjukkan kearah jantung). Kali ni nampak Cik Leman lebih serius dari sebelumnya, dia terus duduk bersila didepan budak tu dan menekan kearah dadanya sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu. Tak dapat aku menangkap apa yang dibacanya cuma kedengaran bunyi berdesir seperti laser menembak kearah jantung pztttttttt…pzttttt. “Cukup!! Cukup!! Sadakallah hul adzim.. sadakallah hul adzim..aku mengalah, aku keluar sekarang, tapi tolong bukak dulu pagar yang ada sekeliling bilik ni” kata syaitan dalam badan budak tu. Cik Leman kelihatan hairan dan bagaikan dapat menangkap sesuatu terus berkata kepada kami sesiapa yang ada kunci atau pagarkan bilik ni tadi tolong bukak sekarang.

Mata budak kerasukan tu tepat memandang aku sambil tersengih. Aduh, tak sangka menjadi jugak ilmu bidan terjun yang aku buat tu. Tapi ada masalahnya; aku cuma reti pagar, tapi tak reti buka. “Cik Leman, saya yang pagarkan tapi saya tak reti bukak” kata aku. “Senang je pakai la kunci kalau nak bukak pintu” balas Cik Leman sambil tersengih. Dia memanggil aku mendekatinya dan mengajarkan cara untuk membuka pagar ghaib yang aku buatkan. Senang je caranya lebih kurang sama macam waktu aku pagarkan sebelum itu yang penting bayangkan pagar dibuka sebelum memohon doa pada Allah. Apasal dia tak buat je kenapa kena aku jugak?

Keamanan dah kembali pulih di level kami selepas peristiwa pada malam itu. Semua kembali menjalankan aktiviti masing-masing untuk menghadapi final exam. Peristiwa yang berlaku tetap menjadi perbualan ramai dikala senggang sampaikan blok-blok lain pun turut bercerita mengenainya. Aku turut menjadi watak penting dalam cerita dan diangkat sebagai orang yang ‘berilmu dalam diam’, ini membuatkan aku sedikit kembang dan terbit rasa riak dihati yang mana itulah sebenarnya istana yang akan dihinggapi iblis dan syaitan jika tak dijaga. Satu perkara yang aku sesalkan sampaikan saat menulis ini pon terasa malu walaupun menggunakan nama samaran. Berkaitan dengan budak k-pok depan bilik aku ni mereka tidak lagi menjadikan bilik itu sebagai markas tempat berkumpul ini satu petanda yang baik mudah-mudahan memberi sedikit keinsafan. Mereka cuma kelihatan di waktu siang hari untuk menukar pakaian dan singgah sementara diwaktu malam mereka tidur dengan menumpang dibilik rakan seangkatan di blok dan level lain. Bilik dibiarkan kosong sehingga semester depan yang mana mungkin akan diduduki oleh pelajar baru.

Salah seorang budak k-pok yang kerasukan di malam itu aku terus tak jumpa sehingga buka semester baru, khabarnya dia dah berhenti belajar dan masuk universiti swasta.
Setelah lama kejadian tu berlalu baru aku dapat tau rupanya masa diorang main spirit malam tu syaitan tu dah ada dalam bilik. Sesi soal jawab bersama syaitan dah pun tamat tiba masa aku pandai- pandai gi pagarkan bilik tu makhluk tu tak boleh nak keluar dari bilik, itu yang dia masuk balik dalam duit syiling tu dan berpusing pada huruf-huruf memberitahu dia mau pulang. Terketar ketar tangan budak pencatat (yang mengerekot menangis kat sudut katil di malam kerasukan itu) bila duit syiling bergerak membentuk perkataan PERGI JAHANAM.. puas dipujuk suruh dia pulang langsung tak mau balik-balik di tulis PERGI JAHANAM. Patutlah letih je muka diorang rupanya habis kuderat memujuk mintak makhluk tu pulang Kahkahkah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jin kenuak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

87 thoughts on “Permainan Syaitan”

  1. First!

    Dan first time aku dengar orang panggil bapok tu K-pok. Haha

    Perenggan tu tebal sangat jin kenuak.
    Pinau mata aku baca

    Reply
  2. Banyak lagi mainan dalam dunia ni dik. Main tarik tali. Main ting ting. Main tali skipping itu juga ko pilihh… jadikan pengajaran ye… ish ish ish

    Reply
  3. Kahakahkahkah. boleh kau pagar masa orang tengah main. No wonder la ko jadi watak utama dalam ni. sumpah lawak and best gila. Menjadi jugak eksperimen kau tu. Ustaz terjun ?. Nah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

    Reply
  4. Wah! Ingatkan gadis-gadis bilik depan ni je yang minat kat ko, antu bapok pon terpesona” kata aku dengan ketawa kecil untuk menghilangkan suasana seram. Hambar… jawapan aku

    haha yg ni aku xboleh bla. tapi kau mmg hati keras siap pagar lagi bilik tu . haha. lepas hantu ckp dia nk keluar kau bagi kunci ke x?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.