Permohonan IPG 2019: PISMP Maktab Perguruan

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kini dibuka untuk permohonan.

Permohonan mulai dibuka pada 19 Mac 2019. Bermula pada pukul 12 tengah hari.

Hanya yang layak memohon sahaja boleh mengisi borang permohonan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan IPG 2019

Berikut beberapa syarat kelayakan umum untuk anda memohon IPG pada tahun 2019.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2019.
  • Lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kokurikulum

Jika anda memenuhi kriteria umum di atas ini, anda boleh teruskan dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Cara Permohonan IPG 2019

Terlebih dahulu pastikan anda layak secara umum. iaitu memenuhi syarat kelayakan umum.

Kemudian, isi borang permohonan dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu

Borang Permohonan dan pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari pautan yang tertera di bawah ini.

MOHON IPG 2019 DI SINI

Selesai mengisi, anda bolehlah menunggu keputusan anda. Sama ada berjaya atau tidak.

Tarikh Penting Permohonan IPG 2019

Dikongsikan di sini beberapa tarikh penting:

  • 19.3.2019-25.3.2019 – Permohonan Dibuka
  • 25.3.2019 – Permohonan ditutup
  • 2.4.2019 – Semakan calon berjaya dipanggil UKCG
  • 7.4.2019 – Ujian UKCG dijalankan.
  • 16.4.2019-23.4.2019 – Semakan calon yang berjaya dipanggil temuduga dan ujian fizikal.
  • 23.4.2019-3.5.2019 – Temuduga berjalan

Kami di sini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemohon.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]