Assalamualaikum warga fiksyen shasha semua, nama aku Bunga.. Bunga apa?? Bunga Raflesia laa kot baru rare sikitkan.. Hahahahah.. Ini first time aku menulis mohon maaf sekiranya ada terkurang ya saya budak baru belajar. Sebelum tuh aku nak perkenalkan dekat korang kisah hidup aku dulu.
Aku dan keluarga aku dengan kisah-kisah mistik ini memang berpisah tiada untuk pengetahuan korang. Bak kata pepatah Melayu, air dicincang tak akan putus. Hah, lebih kurang gitulah. Aku anak perempuan tunggal dalam keluarga yang mempunyai dua orang adik lelaki yang annoying nak mampos. Mak aku dan adik-adik aku semuanya hijab mereka terbuka sejak azali lagi, cuma aku dan ayah aku saja yang hijab tak berapa terbuka sangat. Tapi aku nih boleh nampak jugak kadang-kadang tu, cuma ayah aku memang tak pernah nampak benda-benda halus ni.
Banyak sangat kisah mistik yang aku dan keluarga pernah alami, so kalau korang nak baca lebih lagi kisah-kisah aku ni, komenlah ye.
Okay, dahlah tu… meh kita ikuti kisah aku.
Kisah ini ketika aku berumur 9 tahun, masa kami sekeluarga baru pindah rumah. Rumah baru aku ni dekat taman, tapi memandangkan rumah aku lorong yang last sekali, so belakang rumah aku tu ada ladang pokok geta. Dekat belah hujung lorong tu pulak ladang kelapa sawit dan depan pulak padang golf. Hah, mesti korang pening nak bayangkan. Pandai-pandai koranglah ye. Yang pasti, bila malam menjelma, memang seram sebab sunyi je. Tambah-tambah dekat bahagian pokok getah tu.
Dapur rumah aku pula jenis open, takde pintu dan dinding. Memang sengaja mak aku buat macam tu. Katanya senang bila memasak takdelah berasap dalam rumah. Tapi sebaliknya bagi aku, sebab bila malam kau nak pegi dapur, kau boleh straight nampak apa yg ada dalam ladang pokok getah tu. Tak payah pakai lampu pun… cukuplah dengan cahaya bulan. So korang paham-pagam jelah ye macam mana feeling dia tuh.
Pada hari pertama perpindahan, sedang kami semua sibuk mengangkut barang-barang dari rumah lama ke rumah baru tu, mak aku dah tunggu di rumah baru seorang diri. Masa masuk rumah tu bila mak aku nak ke dapur, tiba-tiba muncul seorang pakcik tua berserban dan berjubah putih di hadapan mak aku. Entah dari mana datangnya.
Pakcik: Assalamualaikum nak, kamu baru berpindah ke sini ka?
Mak: Waalaikumsalam, ya betul… Pakcik ni siapa? Macam mana pakcik boleh ada di sini?
Pakcik: Pakcik memang dah lama tinggal di belakang sana tuh… Pakcik dtg ni cuma nak pesan kepada kamu dan keluarga supaya berhati-hati. Jangan tinggal solat dan rajin-rajinlah mengaji dan berdoa memohon perlindungan ye nak.
Mak: Apa maksud pakcik? Memohon perlindungan untuk apa?
Dan pakcik itu terus hilang seperti angin membawanya pergi tanpa menjawab pertanyaan mak aku tuh. Tinggallah mak aku yang masih penuh tanda tanya tentang apa yang diperkatakan oleh pakcik itu tadi. Apabila mak aku menceritakan kepada kami semua tentang apa yang dialaminya itu terus kami tak sedap hati. Jadi kami bercadang untuk mempercepatkan majlis doa selamat yang akan diadakan di rumah baru kami ini.
Majlis doa selamat diadakan genap seminggu selepas kami berpindah. Majlis berjalan seperti biasa, tiada sebarang gangguan semasa majlis berlangsung. Setelah sebulan kami menetap di situ, semuanya okey. Tiada tanda-tanda yang buruk berlaku. Cuma biasalah… apabila malam menjelma, mulalah kedengaran bunyi-bunyi di atas bumbung rumah ataupun bunyi guli dan perabot dialihkan dari rumah sebelah. Padahal ketika itu, rumah sebelah aku masih tidak berpenghuni. Yalah kan, taman yang aku duduk itu taman yang baru dibuka, jadi agak sunyilah. Masih ramai yang belum berpindah masuk.
Beberapa bulan selepas itu, family aku telah mengambil orang gaji dari Indon untuk menetap dgn kami. Hah, selepas kedatangan dialah banyak perkara yg aneh berlaku. Setelah berapa hari dia tinggal bersama kami, suatu hari itu dia datang menceritakan kisah apa yang dia alami. By the way, bilik dia terletak di bahagian belakang rumah, so kalau tengok tingkap tu, memang terus nampak ladang getah.
Ini berdasarkan apa yg dia cerita:
Ada suatu malam tu dia terdengar ada org mengetuk tingkap biliknya tepat pukul 3 pagi. Dia pun bukalah, katanya ingatkan mak aku yg panggil. Tetapi bila buka tingkap, dia bau wangi sangat dan ada seorang perempuan berbaju kuning lembut. Menurutnya, perempuan tersebut tersangatlah cantik seperti seorang bidadari.
Bibik : Siapa kamu ? Apa hajat kamu kemari?
Perempuan : Nama aku Ratna.. Aku datang kerana aku mahu berkawan dgn kamu.
Bibik : Aku tak mau berkawan dgn kamu, pergilah balik ke tempat asalmu jangan ganggu aku !
Perempuan : Aku tinggal di belakang ni saja, di busut dkt ladang getah itu.. Marilah kita berkwn sbb aku tidak bertuan.
Bibik : Enggak mau aku berkwn dgn kamu, kita dari dua dunia yg berbeza… Pergilah kamu jangan ganggu kami kalau tidak aku akan panggil ustaz untuk hapuskanmu.
Perempuan : Baiklah, aku tidak akan ganggu kamu lagi.
Dan dia pun berlalu pergi tetapi sebelum dia pergi mukanya berubah menjadi buruk seperti kesan melecur akibat terbakar dan baunya teramat la busuk. Nasib baiklah dia seorang yang mendengar cakap bak kata bibik aku menurut perintah (hahaha).
Bibik aku nih memang seorang yg berani, sebab dia ada ilmu sikit. Sebab dia org Jawa kan.
Alhamdulillah, selepas kejadian tuh dia tidak lagi menganggu tetapi ada benda lain pulak yg munculkan diri sampai kecoh satu taman kami. Sekarang nih bilik belakang tuh, adik aku yang si kecil tu memang tak berani tidur, sebab katanya selalu kena ganggu. Jadi bilik tu kami biarkan je kosong. Kalau korang nak tahu apa benda lain yang muncul tu, aku akan ceritakan di part kedua. Itu pun kalau korang nak bacalah
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
😊
Pendeknye!
Yalah
Best tapi mcm tergantung pulakk…
Hehe tq.. nnti tggu sambungan dia yee
Cerita je. Nak tau.
Rumah takde pagar belakang ke? Biar betul dapur kat belakang ngadap ladang getah…berani mak awak ni…tp benda halus ada pagar pun leh je masuk rumah..
Ada pagar tp pagar rendah je.. Yupp btul laa tuh mak saya mmg terlampau berani hahaha
Ok tolong sambung sampai habis.
Hehe baikk Pok Mang
Awak dduk lagi ke rumah tu ??
Awak org mna ??
Yup skrg still duduk situ.. Area penang kt seberang prai
Rasa macam pendek cerita awak ni.
7/10
Kak bunga tlg cerita sampai habis.. Nak semua cerita
. N kenapa bilik blakang da kosong.. Mana bibik tu pg?
Hahaha iyee okeyy nnti akak sambung yee
sambung cepat sebelum terlupa kisahnya😁
cepat taw sambung.. lepas ni sambung panjang2 sikit..hehe
aduh…sambung cpt pls
Sambung plessss😊😊😊
Tazabar nak tunggu sambungan cite ni
Harap admin cepat approve cite sambungan awak tu hehe. nice².
alaaaaa , sambung cepat sikit bunga 🌸
cter best tp x pyh la tanya kteorg bc ke tak..nak sambung, sambung je la adeihhh *tepuk dahi*
Sambung cpt ye..pjgkn sikit cerita tu..😅
aku pantang btul klu citer x abis cmni… hmm
pendek beno cerite Nye haaa..cerita seronok nnti sambung cerita bg abis tau..
besttt! better bilik blkg tu jgn tinggalkan kosong. kalo kosong lagi dorg suka, jadi tempat dorg.
Betul tu…buat la bilik solat…rajin2 bukak cd or radio surah al baqarah tp kena la baca skali noo..klw xbaca nk jd apooo…hahaha
rasa mcm baru baca intro,tiba2 tamat dah
bunga tak lawak bunga kau stop cite tengah jalan. tak lawak tau bunga. sambung cepat bunga
please sambung awat la g stop mcm tu ja skejap sgt.
sambung2..mesti ada yg baca nnti..
Perhhh tngah feeling² membaca tiba² boleh stop what is this!!!
sambung plssss
sambung cepat plishhh
halaaa tgh sedap boleh kata sambung pulakkkk…
ini ibarat tengok video porno tpi habis mcm tue je. Tak sempat tengok mcmana di blow. Blow kat dalam ke kat muka ke atau kat hidung ke.. Itulh perumpamaan ceta nie..
Padu beb padu. Teruskan berkarya ye. Thumbs up. Taksabar nk baca next story