Perpustakaan diduduki oleh Makhluk Lain

Assalamualaikum FS, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa di asrama sekolah. Perkara ni berlaku pada awal dua tahun lepas (2014). Ini berlaku semasa saya tingkatan 3. Saya tak tahu cerita ni seram atau tak bagi pembaca tapi kalau korang lalui perkara ni, memang boleh demam seminggu.

Lepas solat Isyak berjemaah di masjid, semua penghuni asrama bersiap nak pergi prep. Masa tu kami tingkatan 3 jadi kami selalu ada kelas tambahan tapi malam kejadian tu takde kelas sebab cikgu ada hal jadi kami prep dalam kelas je la. Saya pun ok je la sebab masa tu tak siap lagi homework yang cikgu bagi petang tu keh keh (saya tak pemalas, jangan salah faham haha)

Lepas dah bersiap, saya pergi bilik prep dengan 3 orang kawan. Masa on the way pergi sana, ada senior tingkatan 5 panggil saya. Dia nak bincang pasal program asrama yang nak diadakan esok hari sebab kitaorang AJK program tu. Dalam 30 minit bincang, senior tu pun tamatkan kitaorang punya perbincangan sebab dia pun ada kelas.

Saya pun pergi la bilik prep sorang sorang. Takde lah jauh sangat tapi bila jalan sorang sorang macam ni pada waktu malam, rasa jauh sangat ibarat dari Selangor ke Terengganu. Saya pun lalu la dekat blok hujung. Bilik prep kelas saya terletak di aras 2. Kalau nak pergi bilik prep kelas saya, mesti wajib lalu depan perpustakaan. Masa lalu, saya terdengar 2 orang macam berborak tapi tak paham apa pertuturan diorang. Dah la perpustakaan gelap, lampu tertutup. Kasut takde pun dekat rak luar perpustakaan. Lepastu dorang mengilai. Saya rasa seram sejuk dah. Memang rasa diorang bukan manusia.

Sampai bilik prep, saya tanya kawan saya “Perpustakaan berkunci tak?” lepastu kawan saya jawab “Eish kau ni taktahu ke perpustakaan dikunci seminggu sebab ada urusan apa ntah. Mana ada orang pergi sana”. Masa tu rasa nak pengsan. Bila dah kena macam tu, terus tak berani nak jalan sorang sorang. Nak lalu depan perpustakaan pun tak berani. Lagi lagi pada waktu malam. Lemah jantung.

Sekian, sampai kat sini je la cerita saya. Masa tulis ni pun dah rasa seram sejuk, meremang bulu roma. Maaf kalau tak cukup seram. Nanti Insha Allah saya akan tulis pengalaman saya yang lain pula. Terima kasih

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

4 thoughts on “Perpustakaan diduduki oleh Makhluk Lain”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.