PERTEMPURAN KAMSIS

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin sebab sudi publishkan kisah dan pengalaman aku ni. Aku suka sangat cerita kat Fiksyen Shasha ni. Jadi aku sendiri terpanggil untuk ceritakan kisah aku yang tak lah berapa seram.

Tapi pengalaman paling hebat juga dalam hidup aku ni. Cerita ni mula sejak aku dapat tawaran sambung belajar pada akhir tahun 2014. Alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan keluarga aku dapat sambung belajar di sebuah politeknik (tempat dirahsiakan). Hehe.

Dan kebetulan aku ditawarkan untuk menetap di kamsis (asrama).
Kejadian ni terjadi selepas cuti raya cina selama seminggu. Satu hari classmate aku Hana (bukan nama sebenar), tiba-tiba meracau dalam kelas ketika pensyarah aku tengah mengajar kat depan. Dan masa tu baru lepas azan asar. Si hana ni tiba-tiba je menangis. Budak kelas semua dah cuak termasuk pensyarah aku tu. Jadi pensyarah aku buat keputusan untuk panggil ustaz. Tengah ustaz otw nak ke kelas kitaorang, tetiba aku jadi panas, badan aku jadi kebas dan berdebar. Aku macam Nampak sesuatu kat sebelah Hana.

Jadi kawan baik aku si Tasha(bukan nama sebenar) ni dah nampak aku lain macam dia pun baca surah kat telinga aku dan Tasha dan kawan-kawan aku yang lain terus bawak aku keluar dari kelas tu. Rupanya Hana jadi sejak dia Nampak “something” kat pokok besar depan blok kamsis pada pukul 4 pagi. Hana masa tu dari bilik kawan dia dan otw nak balik bilik dia. Masa Hana jadi tu aku dah rasa lain macam. Seram sejuk aku.
Sejak peristiwa Hana jadi tu, ramai budak kamsis kena sampai ada yang hysteria teruk termasuk akak JPK (jawatankuasa kamsis) yang duduk sebelah bilik aku. Satu malam, aku dan roommate si Timah(bukan nama sebenar) dan Joyah(bukan nama sebnar juga) tengah study. Tetiba dengar ada orang menjerit kuat sangat, rupanya JPK yang duduk sebelah bilik aku yang menjerit sebab kena gangguan.

Dan menurut cerita Timah, aku terus tutup laptop, simpan semua barang-barang aku dan terus melompat atas katil aku dan selubung badan aku dengan selimut. Aku jadi sesak nafas dan menggigil. Timah dan Joyah ni dah mula cuak. Jadi, Timah panggilkan JPK dan Joyah pegang tenangkan aku.

Dan Dua orang JPK pun datang dan terus suruh romate aku baca Yassin sebelah aku. Lagi kuat dorang baca lagi kuat aku menggigil. Kemudian sorang JPK kak Hajar(bukan nama sebenar) pegang kaki aku dan baca ayat-ayat Quran serta bagi semangat supaya aku tak lemah dan kuat untuk melawan segala gangguan. Bagus akak ni. Hihi. Dan aku baransur pulih. Lepastu romate aku ni jaga aku sepanjang malam. Baik betul dorang ni. Berjasa aku dengan dorang ni.
Setelah beberapa kejadian berlaku di kamsis, pihak kamsis membuat keputusan untuk mengadakan bacaan Yassin di dataran kamsis tersebut. Bila dengar je announcement tu, aku jadi gelisah, tak senang duduk dan tak sedap hati. Aku dapat rasa “benda” tu akan marah kalau buat.

Setelah berkumpul, bacaa Yassin pun dimulakan. Pada beberapa ayat pertama aku masih tenang, tapi bila dah masuk ayat kesepuluh badan aku tiba-tiba menggigil dengan sendirinya sampai aku tak dapat kawal dan tangan aku jadi kejang sampai tak boleh gerak. Masa tu aku dah nampak pokok bergoyang teruk sangat, angin pun kuat lain macam je. Lepastu Timah panggilkan JPK dan Joyah menangis sebab risaukan keadaan aku. So sweet.. Dan akak JPK pun tarik aku ke suatu bilik. Sebaik aku melangkah classmate aku si Tasha ni terus pengsan dan menjerit kuat gila. Dan beberapa orang lain jugak menjerit bersambung-sambung.

Yang lain dapat dikawal dan kembali pulih tapi aku dan Tasha terpaksa dimasukkan dalam bilik yang mention tadi. Keadaan di dataran kamsis tu diteruskan dengan solat isyak dan hajat.
Dikatakan bila aku masuk je bilik tu aku terus pengsan dan aku tak ingat apa yang jadi. Bila aku dah sedar baru akak JPK akak Limah(bukan nama sebenar) yang rawat aku tu cerita apa yang terjadi antara aku dan Tasha. Dikatakan ketika aku dan tasha pengsan, kitaorang berlawan suara menjerit-jerit sampai sakitlah tekak aku. Lepas je akak JPK tu cerita badan aku tiba-tiba jadi berat dan akak JPK tu suruh aku tenang dan jangan gelabah dan lemah. Akak Limah terus pegang belakang aku dan baca beberapa baris ayat Quran.

Lama-lama badan aku jadi ringan. Dan aku diberi air untuk minum dan tenangkan diri. Tasha pun dah sedar. Lepastu kitaorg balik ke bilik masing-masing. Kemungkinan Tasha kena sebab dia mula cuba tenangkan aku masa dalam kelas tu. Aku dan Tasha balik ke rumah masing-masing untuk terus berubat dengan ustaz. Menurut ustaz tu dia kata peristiwa ni terjadi mungkin sebab “Pertempuran”. Sampai sekarang aku tak faham maksud ustaz tu.

Dan biarkan menjadi tanda tanya. Dan ustaz yang berubat aku kata sepatutnya tak boleh buat bacaan Yassin kat tempat terbuka macam tu. Keadaan jadi lebih teruk. Lepas aku dah habis berubat aku dah kembali pulih seperti biasa. Tapi sejak kejadian tu aku diberi satu kelebihan oleh Allah SWT dengan boleh merasa kehadiran “benda” tu. Paham-paham sendiri jelah. Dan semester seterusnya aku buat keputusan untuk duduk dirumah sewa. Dan masa aku cari rumah sewa tu kawan-kawan aku akan tanya rumah mana yang sesuai sebab kelebihan aku tu. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali pulih seperti biasa. Tapi macam aku cakap, aku diberi kelebikan “merasa” tersebut. Dan ada juga kena tapi tak lah kerap.
Okaylah.. aku rasa cerita ni dah panjang sangat. Dan terpulang pada korang sama ada nak percaya atau tidak. Sampai sini jelah cerita aku ye. Ada masa nanti aku cerita pula pengalaman aku kat rumah parent, rumah sewa dan tempat lain lagilah. In Shaa Allah. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Panda Comel

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

4 thoughts on “PERTEMPURAN KAMSIS”

  1. Maaf Kalau saya maklumkan satu perkara ni..
    Kelebihan awak tu.. Datangnya berasbabkan ada pendamping..
    Buktinya, awak masih kena.. Sebenarnya ketika kena tu.. Pendamping awak kalah bila berlawan dgn entiti lain. Dia lawan bukan utk melindungi..Tapi sebagai tanda awak milik dia.
    Kalau anugerah Allah.. Biasanya kelebihan itu dapat sejak lahir.. Sejak baby lagi..
    Tapi ada orang beranggapan itu bukan anugerah, tapi sumpahan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.