Pertemuan Pertama dalam Hidup

Kisah ini kekal segar dalam ingatan aku. Antara pengalaman pertama aku berjumpa dengan makhluk ghaib.

Siapa yang tak excited bila nak masuk darjah 1 ? Itulah diriku yang excited untuk berjumpa dengan kawan baharu serta environment yang baru juga.

Ceritanya bermula apabila aku bangun awal, mandi dan mengenakan pakaian baharu. Aku melihat jam dan perasan ada lebihan 1 jam lagi sebelum waktu subuh. Selepas itu, aku berdiri di tangga rumahku untuk menyikat rambut. Untuk makluman, cermin utama di rumah aku ialah di dinding tangga, jadi kesemua keluargaku akan terutamanya lelaki akan menyisir rambut disitu. Cermin itu pula akan nampak pantulan pintu masuk rumah itu. Ketika aku sedap khusuk mengayakan rambut aku, aku perasan pintu masuk rumah aku berubah bentuk fizikalnya, pada mulanya aku endahkan, tetapi lama kelamaan pintu berkenaan daripada segi empat berubah menjadi bulat. Aku menggosok mataku, kerana tak percaya apa yang aku lihat. Pintu yang berwarna putih berubah menjadi hitam ibarat seperti ada black hole, hitam dan bulat.

Aku terkaku melihat fenomena itu, selepas pintu aku berubah menjadi seperti black hole, tiba-tiba ada satu lembaga berpakaian putih masuk. Aku perasaan “benda” itu terapung keluar daripada black hole itu. Pakaiannya putih bersih, tapi dia terapung dan pandangannya tunduk ke bawah. Aku yang masih terkaku disitu menyaksikannya daripada pantulan cermin pada ketika itu.

Tetapi, “benda” itu perasan aku melihatnya melalui pantulan cermin itu, dan terus dia memandang aku tepat ke arah ku. Aku yang masih terkaku melihat semua ini melalui pantulan cermin itu, tidak boleh buat apa-apa, seolah-olah telah dikunci. Terus “benda” itu menghampiri dan dia mengeluarkan tangannya. Aku perasan tangannya hitam dan mempunyai kuku panjang bewarna hitam juga. Dia seperti ingin menerpa atau menangkap aku.

Aku kumpulkan kekuatan dan terus berpaling ke belakang untuk berhadapan dengan “benda” itu. Sambil aku pusing itu, aku pejamkan mata, iyalah takut tu. Bila aku buka mata, aku perasaan “benda” itu dah hilang. Aku lihat pintu rumah aku dah kembali seperti asal. Tiada bentuk bulat atau blackhole.

Aku pusingkan balik kepala aku dan melihat semula ke cermin. Semua kembali normal. Seketika aku dikejutkan dengan seruan azan dari surau berdekatan dengan rumah aku. Aku menarik nafas lega. Aku kembali semula mengayakan rambut aku seperti biasa dan selepas itu, barulah aku nampak ibuku menyapa aku.

Aku tidak berani ceritakan kepada keluargaku sehinggalah keluargaku berpindah ke rumah baharu. Mak aku hanyalah berseloroh mengatakan bahawa aku ini hanyalah berilusi sahaja. Tetapi bagi aku, benda itu terasa sangat real dan memang aku nampak apa yang berlaku pada hari tersebut.

Sekian, itu sahajalah kisah pertemuan pertama aku dengan makhluk ghaib ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 3.8]
Tiada Penama

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.