PESANAN

#NHHY
Hai my fellow readers! Alhamdulillah bersua lagi kita di laman FS ini , ini merupakan cerita ke 4 yang aku karangkan. Seperti biasa ku dahului dengan pembukaan mukadimah ku dengan ucapan ribuan terima kasih kepada page Fs yang sudi publishkan cerita aku dan cerita yang sebelum-sebelum ini. Namaku NHHY, untuk kisah kali ini aku akan menceritakan pengalaman seorang staff medical laboratory yang terpaksa kerja the whole day (oncall) untuk mencari nafkah halal atas redha Allah swt namun kerap diganggu dengan pelbagai kisah angker yang mencabar imannya.

Okay let’s start begin, aku merupakan staff baru yang bertugas pada bahagian makmal di sebuah hospital swasta yang beroperasi 24hours, sebagai pekerja yang bertugas di company yang beroperasi 24jam ni kenalah redha untuk menghadapi kerja lebih masa. Aku sebagai staff baru kena lah beramah tamah aidilfitri, bersapa-sapaan, senyum-senyuman dengan staff yang ada di hospital ini terutama staff yang berada di bahagian tempat aku bekerja. Sebagai penjelasan, Staff di bahagian makmal dikehendaki bekerja the whole day (oncall) secara bergilir-gilir berpandukan jadual yang telah Manager Lab tetapkan.

Okay, setelah hampir 2 minggu aku bekerja di sini, aku mulai rapat dengan seorang staff yang bernama Audra atau lebih dikenali dengan Kak Deera dan hari ini merupakan giliran Kak Deera untuk oncall iaitu kerja sampai ke tengahari keesokanya. Di sini, waktu bekerja bermula dari pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 4:30 petang, namun bagi sesiapa yang dijadualkan untuk oncall kenalah stay sampai ke pukul 12:30 tengahari keesokannya. Harini aku berminat untuk menemani Kak Deera oncall sebabnya supaya aku boleh belajar lebih banyak tentang perihal di dalam makmal, sebagai staff baru banyak lagi selok-belok procedure di dalam lab yang kena aku tahu supaya aku boleh bertugas seperti mereka yang lain.

Setelah habis sample yang perlu kami selesaikan, aku dan Kak Deera kembali ke bilik rehat yang telah disediakan khas untuk staff yang oncall. Memandangkan mata pada malam ni agak memberontak taknak tidur aku pun mengambil kesempatan dengan menemu-ramah pengalaman Kak Deera semasa oncall sepanjang dia bekerja di sini, boleh juga aku karangan dan kongsikan dengan kalian semua. Dalam banyak-banyak cerita yang Kak Deera ceritakan, aku tertarik dengan satu cerita yang ini ~

Kisah Kak Deera
—————————————————————————————————————
***
Pada harini aku terpaksa bertugas sehingga keesokan harinya kerana Laila yang merupakan salah seorang dari kakitangan makmal terpaksa meminta aku untuk bertukar jadual oncall dengannya, sebab katanya dia ada hal yang mustahak yang harus dia selesaikan pada hari itu. Memandangkan aku juga tiada rancangan untuk kemana-mana, tanpa berfikir panjang aku mempersetujui permintaan Laila untuk bertukar jadual oncall antara aku dengannya di mana sepatutnya jadual untuk aku bertugas adalah keesokan harinya.

“kring kringg kringg kringg” ! Telefon ku berdering menandakan ada panggilan masuk, di screen handfone ku tertera nama Wani, Wani merupakan rakanku yang bertugas sebagai nurse yang ditugaskan di bilik Unit Rawatan Khas (ICU).

“ya waalaikumsalam, ada apa Wani?“, aku.

“tolong aku Deera, tolong aku! tolong aku”, Wani.

“ehhh jap jap! Kenapa ni? Talk slowly sayang, suara tak jelas. Dah kenapa kelam kabut semacam je ni?”, aku.

“aku perlukan kau Deera”, Wani.

“kau dekat mana? Aku tengah kerja ni, aku oncall so aku tak boleh nak ke mana-mana, takkan aku nak tinggalkan sample yang tengah running ni”, aku.

“oncall? Okay aku datang”, Wani.

Tutt tutt tuttt ~ (call end up)

Hairan! Pelik! Dah kenapa lah si Wani ni kelam kabut semacam, suara dah macam bunyi orang bercakap dalam air. Oh ya! Baru aku ingat dalam 2 3 hari ni Wani asyik mengadu yang dia tertekan dengan keadaan sekeliling dia, semenjak suaminya menghilang dia selalu didatangi 2 3 orang pemuda yang berbadan agak sasa lalu mengugutnya supaya dia segera menyelesaikan hutang-hutang suaminya, katanya suaminya pernah berhutang dengan ahlong (alaaaa yang skim pinjaman berlesen laa sangat tu). Dia selalu diugut dengan diancam nyawa anak-anaknya sekiranya dia tidak mampu melangsaikan hutang tersebut dalam masa yang ditetapkan. Kadang-kadang dia sampai diganggu ditempat kerja menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan kakitangan yang lain. Pernah dia memutuskan untuk berhenti kerja dan lari balik kampung duduk dengan mak ayahnya.

“Tit tit tit tit tit”

Bunyi kod pintu masuk ditekan dari luar, untuk kami memasuki makmal, kami telah disediakan kod khas masing-masing sebagai kunci membuka pintu untuk keluar masuk dari makmal. Maklumlah kawasan larangan, hanya kakitangan sahaja dibenarkan masuk. Aku terlalu pasti dan yakin bunyi itu adalah dari Wani yang katanya tadi hendak datang, mungkin ada sesuatu yang dia hendak luahkan.

“pappppp”!

Pintu tertutup dengan sendirinya, aku hanya menunggu dan terus menunggu siapakah gerangan yang telah menekan kod masuk dan telah pun masuk ke dalam makmal, namun tiada bayangan seseorang pun yang kelihatan. Aku bingkas bangun dan menjengah ke luar untuk memastikan siapakah gerangan yang ku sangkakan, sebabnya aku pada masa ini berada di dalam bilik rekod data.

“ehh takda siapapun”, aku.

Aku beranggapan mungkin ada staff yang datang mengambil barangnya yang tertinggal dan terus berlalu pergi, siapakah gerangannya pun entahlah. Tetiba tekak ku terasa haus, agak malas untuk aku keluar ke pantri untuk mengambil air membasahi tekaku yang dari tadinya berteriak inginkan air. Namun tetap ku gagahi jua, kalau tidak alamatnya kering-kontanglah tekakku ini, bukan boleh ku turutkan sangat rasa malas ni! Tengah on the way aku nak ke pantri, Tiba-tiba! terasa ada tangan sejuk yang menarik tanganku!

“YA ALLAH! Terkejut aku! Dah kenapa kau ni?”, aku.

“tolong aku Deera”, Wani.

Wajah wani kelihatan pucat sekali dan apa yang memeranjatkan aku, diwajahkan kelihatan ada cecair-cecair kecil seperti j*****t tapi mengandungi air (macam melecur) dan dari bahagian dagu hingga ke lehernya kelihatan hitam pekat seolah-olah terbakar dari dalam.

“astafirullahalazim , kau kenapa wani? Apa yang dah terjadi? Kau dari mana ni?”, aku.

Dengan masih dalam keadaan berpakaian seragam nurse Wanie berdiri kaku dihadapanku lalu tunduk dan menangis semahu-mahunya, dayuan tangisannya itu! Ya Allah! Merinding aku dibuatnya, namun apakan daya aku sebagai seorang rakannya mesti tahu apa keadaan yang sebenar tengah berlaku.

“jaga anakku, anggap seperti anakmu. Maafkan dosa silap salahku, halalkan segala makan minumku”, Wani.

Wani menarik tanganku lalu dikucup lembut, airmatanya terus berlinangan terus dan terus. Aku pun mulai dihujani airmata kerana tersentuh dengan adegan yang berlaku didepanku, sungguhpun aku tidak tahu apakah keadaan yang sebenarnya berlaku namun aku tersentuh dengan tingkah-laku rakanku ini.

“Bilang suamiku kelak bila dia mencariku, katakan kepadanya aku memohon seribu satu kemaafan, jumpa dihari lain kelak inshaAllah dan katakan kepadanya aku telah mengampuninya” Wani.

“Mengucap Wani , tolong jelaskan kepada ku apa yang kau maksudkan?, apa yang sebenarnya terjadi? Kau digganggu lagi? Mana anak-anakmu?”, aku.

*nada dering telefon bimbit berbunyi*

“maafkan aku, aku segera pergi. Ingat! Anak-anakku adalah anak-anakmu , aku ikhlas Deera , aku ikhlas!”.

Usai sahaja Wani menjawab panggilan dari telefon bimbitnya, dia mengucapkan kata-kata terakhirnya memberi pesan kepadaku untuk menjaga anak-anaknya sambil dia berlalu masuk ke dalam lift. Setelah Wani beredar baru aku tersentak dan sedar! Bagaimana dia masuk? Tadi aku panggil kenapa tiada sesiapa yang menyahutku? Dah sah-sah tadi memang tak ada sesiapapun dalam makmal ni dan kenapa tangan Wani terlalu sejuk ? kenapa dengan wajahnya?!

Soalan demi soalan menghantui fikiranku membuatkan aku membatalkan niatku untuk ke pantry, entah kenapa rasa haus tetiba bertukar jadi rasa seram-seram suku. Aku bertindak untuk menghubungi number Wani lagi lagi dan lagi, ya aku risau! Entah apalah yang terjadi dengannya, dimanakah anak-anaknya dan kenapa dia sering tegaskan aku supaya untuk menjaga anak-anaknya. Ahh! Fikiran ku bercelaru! Nasibku agak begitu baik memandangkan tiada sebarang sample yang dihantar ke makmal untuk dilakukan ujikaji. Aku kembali ke bilik rehat khas untuk berehat memandangkan sudah seharian aku berada di dalam makmal, dengan kejadian yang baru sahaja berlaku tadi tidak mampu membuatku untuk terus focus berada di dalam makmal, aku perlu fikirkan keadaan Wani sekarang! Setelah mempersiapkan diri untuk mandi dan sebagainya, aku pun berbaring dan bila tikanya aku terlena pun aku dah tak sedar, penat sangat la kot.

Pada keesokan harinya, aku masuk kerja seperti biasa. Memandangkan aku hanya bertugas sehingga tengahari, riangku agak berlainan sedikit al-maklumlah hanya kerja setengah hari, tapi aku mulai pelik dan perasan akan ketiadaan staff-staff yang lain, ke mana perginya staff yang lain? tak masuk lagi ke?. Didalam bilik rekod aku dapatkan Agnes lalu ku tanyakan ke mana perginya staff yang lain. Agnes memberitahuku mereka semua ke Unit Rawatan Khas (ICU) , kenapa? Aku pun tak tahu sebab tidak dinyatakan sekali oleh si Agnes ni.

“Ting tong ting tong!” (bunyi yang menandakan ada sebarang pengumuman)

“Dukacita dimaklumkan, seorang kakitangan jururawat dari bahagian Unit Rawatan Khas iaitu Norwani Syazana Binti M**** telah meninggal dunia di code blue”

Allahuakbar! Allahurabbi! MasyaAllah !

Aku tidak bermimpi! nama itu ! ya nama itu nama Wani! Apa yang dah terjadi???

Lalu aku bergegas ke ICU untuk memastikan pengumuman sebentar tadi berapa sahihnya dengan harapan telinga ku ini bermasalah! Mungkin aku salah dengar ! Itu bukan wani yang aku kenal, bukan!.
Sesampai sahaja aku di ICU aku dapati katil wani sudah dikelilingi ramai staff-staff yang lain dan aku meminta izin untuk menatap wajah terakhir Wani rakanku ini. MasyaAllah! Wajah itu! Wajah yang sebijik sama seperti wajah Wani yang datang kepadaku malam tadi! Wajah yang bertompok-tompok kecil seperti melecur dan hitam. Disudut sana kelihatan ibu ayah dan anak anak arwah si Wani, menangislah kedua-dua anaknya meratapi pemergian bondanya yang tercinta. Apalah salah anak kecil ini, bondanya pergi tika mereka masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu untuk terus membesar manakala ayahnya pula pergi entah hidup entah m**i. Sabarlah anak muda, perjalananmu masih panjang, redhalah dengan takdir Allah swt anak muda!

Kini kedua-dua anak Wani (Irfan dan Tasha) telah menjadi anak angkatku yang sudah ku anggap seperti anak kandungku sendiri, setelah kedua nenek dan atuknya meninggal dunia, kepada akulah mereka bergantung harapan dan berkongsi kasih dan sayang. Aku sayang akan kedua-dua anakku ini!
Kematian Wani dilaporkan akibat tertelan cecair racun perosak, apa jenis racun itu aku tidak berapa pasti. Segala organ di dalam tubuh badannya hancur dan kulitnya hangus serta melecur. Menurut pihak bahagian siasatan, arwah dipaksa untuk meminum cecair racun tersebut dalam keadaan kaki dan tangannya diikat kebelakang, mayat arwah dijumpai oleh orang ramai pada pukul 8:40 pagi di belakang gudang kedai lama yang terletak 2 kilometer dari tempat arwah bertugas.

Arwah diserang oleh konco-konco atau lebih dikenali sebagai orang suruhan ahlong ketika hendak pulang dari kerja. Hasil tangkapan terhadap pelaku menyatakan mereka disuruh majikannya untuk menyerang Wani atas sebab Wani tidak mampu untuk melangsaikan hutang suaminya dalam masa yang ditetapkan. Mayat arwah dijumpai dalam keadaan yang separuh bogel dan dipercayai dirogol dengan kejam secara bergilir-gilir sebelum dipaksa untuk meminum cecair racun tersebut. Apa yang menyentuh perasaan ku, arwah disahkan meninggal pada pukul 8:40 malam manakala kejadian arwah datang menemuiku semalam pada pukul 10:30 malam di mana pada waktu itu jasad dan roh arwah sudah terpisah! Allahuakbar!

Aku teringat akan panggilan yang ku terima daripada arwah malam semalam, namun tiada sebarang call log list atas nama Wani dalam senarai panggilan ku, sama ada ditelefon atau menelefon. Hilang! Number Wani hilang! Segala pesanan arwah telah pun aku tunaikan supaya menjaga kedua anaknya yang telah pun ku tatang bagi minyak yang penuh, cuma ada satu pesanannya yang sampai sekarang aku belum mampu tunaikan iaitu untuk menitipkan salam dan maafnya kepada sang suaminya. Suaminya hilang sampai ke sudah, maafkan aku Wani.

Tidak tercapai dek akalku, siapakah yang datang kepadaku yang menyerupai Wani dengan menitipkan pesanan kepadaku semalam, roh? Syaitan yang menyerupai? Atau ~ hmm. Allahualam.
Wani pergi selama-lamanya . Al-fatihah
*END*

“ohhh! Jadi si Irfan yang bertugas sebagai attendant yang selalu kakak titipkan makanan tu anak arwah kakak Wani?”, aku.

“haa yelah, akak mana kawin lagi. Rasa macam dah malas dah dik . hahaha “, kak Deera.

“yelahkan, akak pun dah ada tanggungjawab. Apapun terima kasih kak sebab kongsikan cerita ni , kalau akak tak keberatan adik nak kongsikan kisah akak dengan Arwah kak Wani ni dekat pembaca tegar di Fs boleh? “, aku

“go on dik, tak kisahpun”, Kak Deera.

Okay guys, cerita dah tamat. Ada masa kita bersua lagi ye ! Assalammualaikum.

p/s : nama watak arwah ku ubah sedikit untuk menghormati dan menjaga aib si m**i.

NHHY

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 thoughts on “PESANAN”

  1. MasyaaAllah…
    Manusia perangai setan tu lg menakotkan dr jelmaan yg dtg secara misteri tu…
    Serius kuajaaqqq…!!!
    Tak dapat bayangkan betapa seksanya takotnye saat saat akhir Wani mase berdepan setan2 tu semua…
    Allahuakbar…
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya…

    Semoga Allah juga melimpahkan rahmat buat Kak Deera ats segala pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan dia membesarkan, mengasuh dan mendidik anak2 arwah…

    Sedih sgt cerita ni…
    Bersyukur masih ade insan yg berhati mulia…

    Reply
    • “Usai sahaja Wani menjawab panggilan dari telefon bimbitnya, dia mengucapkan kata-kata terakhirnya memberi pesan kepadaku untuk menjaga anak-anaknya..”

      Mase ni Wani jwb call dr sape??
      Die ckp ape mse otp tu..?

      Reply
      • entahh , Kak Deera tak menyatakan pulakkk . nanti kita tanya dia alik , hahaha rasanya dia pun tak tau . kita tengah on the way mengarang cerita yang seterusnya . hehehe

        Reply
      • Uiisshhh…
        Baguihlah hang…
        Dlm pd kena kecam aritu, semangat menulis x luntur naa…
        Keep it up…!!!

        Alaarrr…
        Xkan Kak Deera x dgr lgsg sikit2 pon butir perbualan die…
        Ceehhh sebok gak nk tau…
        Hehehehhe…

        Sampaikan salam ucapan Assalamualaikum buat KAK DEERA THE IRON LADY BUDIMAN yer…
        Serius kagum dengan kemuliaan hati dia…

        Reply
        • hahaha , buat apa nk down sebab diorang , cer suruh dorang karang sendiri , agak agak boleh dak ? hahaha . speaking sikit dh memekak , yg diaorang btw btw , wtf wtf tu amenda lak ? bahasa cina ? haiiyaa . tak melunturkan semangat nak mengarang , sbb mmg dh hobi . hehehe . kak , kita tgh kerja ni , kak Deera cakap waalaikumsalam . hahahaha . dia cakap arwah Wani just jawab call , dengar then blah sambil dia tinggalkan pesanan last dia .

          Reply
        • Baguusss…
          Nk jd penulis kt FS ni kena hati kering, heheheheh…

          Oooo…kirenye Wani just jwb call tp x ckp pape…
          Ok ok, paham dah…

          Mesti Kak Deera pelik jer ngan pembaca yg beria nk tau detail cam akk ni kaannn…
          Hahahhaha…

          Reply
  2. Sedihnya…. sbb suami pinjam ahlong isteri jd mangsa nasib baik anak2 pon xterlibat skali… xdpt byg anak2 tgk jenazah ibu mereka… ya Allahhh sebaknyaaa … emo sgt bc cerita ni

    Smuga Allah bls jasa kak deera jaga anak2 arwah… sedihnya

    Reply
  3. hmm…sedihnya..yg x bersalah jadi mangsa…
    Roh dh terpisah dr jasad ..maybe yg dtg jumpa Deera tu Qarin wani yg bantu smpaikan hajat dia yg terakhir…Wallahualam.

    Reply
  4. sedihnyaaaaa cerita ni.. kejam sesangat org yg buat arwah mcm tu … Semoga Arwah di tempatkan di kalangan org yang beriman .. Amin

    Reply
  5. sedihnya kisah ni…..salute to kak Deera….alfatihah pada Wani…tp angin lak dengan suami si wani tu…jilake ke apa…dia yg berhutang dgn along anak bini lak jadi mangsa…kena rogol..kena b***h….samdol tul laaa…huuuu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.