Pewaris Barang: Langsuir

Assalamu’alaikum wbt, aku Nana aka bini ustaz Muiz. Jangan bayangkan aku berniqab baju jubah hitam. Aku biasa sahaja. Tak ada kesempurnaan masih usaha untuk berubah ke arah lebih baik. Alhamdulillah suami aku banyak bantu aku berubah.

Seperti yang aku janjikan aku nak cerita kan kisah seram aku dengan langsuir. Kisah ini terjadi masa aku baru pindah ke rumah sewa baru kami. Yelah tak akan lepas kawin nak duduk rumah nenek dan keluarga dia. Nanti tak selesa bukan salah cuma nak elakkan masalah yang tidak elok kemudian hari.

Rumah sewa ni Muiz cari kan strategik dekat dengan pasaraya senang bini dia ni nak membeli belah barangan keperluan. Dan menghabiskan duit dia… Paling penting dekat dengan jalan utama untuk ke sekolah dia mengajar. Muiz ni selain mengajar dia pun terlibat juga dalam merawat kira perawat Islam. Aku pun tak tahu mana kerja dia. Aku pun baru belajar sikit-sikit betul kan bacaan aku dalam solat. Tu pun dia ajar.

Rumah sewa kitaorang adalah jenis teres satu tingkat je. Aku berdua bukan ramai. Jiran tetangga kebanyakan mereka bekerja tinggal lah aku sendirian waktu siang dari pagi sampai ke petang. Depan rumah kami ada sepohon pokok rendang, korang jangan tanya jenis apa pula. Aku tengok besar dan rendang. Rumah depan tu pun kosong tiada orang tinggal.

Rumah sewa kami ni dah di pagar sebelum kami masuk. Muiz dan kawan kawan dia yang bersihkan. Alhamdulillah, aku lega dan tak takut, memang tak ada gangguan lagi dalam rumah setakat ni. Cuma gangguan tu aku selalu nampak pada pokok besar dan dalam rumah kosong depan rumah kami.

Aku selalu nya nampak seorang wanita yang berambut panjang paras pinggang, baju putih lusuh labuh. Dia akan duduk di perdu pokok atau bertenggek pada dahan. Memang seram tengok dia pandang je ke arah aku. Di rumah kosong belakang pokok besar tu pula aku selalu nampak pocong. Ni makhluk jin yang aku seram seriau. Encik pocong ni memang suka menziarahi rumah aku. Kalau waktu malam bila aku jenguk di tingkap bilik dia tercongok nak masuk ke dalam pagar rumah.

Episod seram aku diganggu oleh langsuir bertenggek di depan rumah ni bila satu malam suami tercinta aku dapat panggilan dari seorang sahabat nya. Sahabat nya itu minta tolong bantu dia ada kes rasukan beramai-ramai di sebuah sekolah. Tanpa melengahkan masa suami aku keluar dan terus pergi. Tinggal lah aku sorang diri malam tu. Aku kebiasaannya suka sidai baju waktu malam. Ini tak elok sebenarnya. Jangan amalkan sidai baju waktu malam. Kalau boleh kain baju dah di ambil daripada ampaian sebelum waktu maghrib. Menyesal aku sebab degil nak juga sidai baju diluar rumah malam tu.

Macam biasa aku pun punggah lah bakul baju daripada bilik basuh baju ke luar rumah. Mata aku ni tak lepas dari tengok kak cantik atas pokok. Boleh pulak aku tertanya kakak cantik tu malam ni pergi mana. Selalu ada duduk di bawah pokok atau bertenggek atas dahan.

Sambil aku sidai baju tu aku sempat tengok rumah kosong tu juga. Apalah malam ni aku macam tercari cari pula. Sedang aku leka sidai baju aku nampak kelibat putih lusuh labuh mencecah lantai dan bau yang busuk betul betul atas tembok pemisah rumah aku dan jiran sebelah kanan. Astaghfirullah al-Azim…masa ni aku tunduk je kepala tak nak tengok depan. Paling aku tak sangka, aku gigih nak siapkan juga sidai baju ni. Kenapa lah aku tak lari masuk dalam rumah.

Tiba tiba bunyi pagar dilanggar oleh sesuatu aku toleh je. Ketar lutut aku encik pocong pula bagi salam kenal nak ziarah aku. Masa ni lah aku rindu sangat kat laki aku… kenapa lah dia tak ada masa ni.

Aku tengok depan nak pasti kan kakak cantik tu dah pergi ke belum. Ya Rabbil A’lamin dia dah turun daripada tembok tu dan ada dah depan aku cuma dia berselindung di sebalik ampaian baju aku ni je. Perasaan aku masa tu betul ke ni aku nampak ke aku mimpi…

Masa ni aku tak ingat nak baca apa-apa ayat. Lidah aku kelu. Kaki aku kaku melekat di lantai. Masa aku sedang usaha nak lawan ketakutan diri sendiri tu.

Dalam ketakutan saat ini aku melihat Puteri kasidang datang kepada ku dan aku terus tak sedarkan diri. Aku tak tahu apa pun kejadian berlaku selepas itu. Menurut laki aku, bila dia sampai di rumah dia nampak aku berdiri tegak dekat pintu pagar. Memang terkejut dia masa tu dah pukul berapa dia ingat kan puaka sekolah tadi ikut balik ke. Kuang ajar panggil aku puaka. Tagune punya laki.
Dia terus berjalan ke arah aku dan dia tahu aku dah dikuasai oleh pendamping aku.

Letih melawan puaka di sekolah tak habis balik bini pula buat hal kena rasuk. Dia tarik aku masuk ke dalam rumah. Masa tu dia cakap pintu depan terbuka. Kalau pencuri masuk memang senang la. Alhamdulillah syukur tak ada kecuali kena kacau dengan langsuir dan pendamping aku ni sahaja.

” Aku nak kau keluar dari badan dia atau kau aku seksa!” Muiz mengherdik aku kalau masa aku sedar dia buat macam tu memang aku bungkus kain baju balik kampung.

” Aku tak akan tinggalkan dia selagi mana langsuir tu berada dekat dengan dia,” sambil tangan aku menunjuk ke arah luar rumah.

” Takpe aku uruskan langsuir tu kalau lepas aku halau dia kau masih ada nahas kau!”

“Huh,” aku berdengus kuat seolah mengiakan kata-kata Muiz.

Langsuir itu degil untuk tinggal kan kawasan rumah kami, agak lama juga Muiz berlawan dengan nya sampaikan Muiz hampir dicekik oleh kuku nya yang berbisa tajam itu.

Setelah langsuir itu berjaya ditumpaskan oleh Muiz dia pun keluar daripada kawasan rumah kami. Aku pun tersedar dan melihat Puteri kasidang keluar dari rumah menuju ke arah pintu dan terus hilang.

Aku ingat kan dia dah tiada yelah tak sangka pula dia masih lagi bersama aku. Aku tak tau sampai bila aku akan terikat dengan perjanjian lama.

Muiz segera menuju ke arah ku dalam kelelahan. Dia memberikan aku air penawar. Dan alhamdulillah aku benar benar pulih dan kembali sedar.

Dia minta maaf sebab tinggal kan aku sendirian. Masa tu dia tak fikir soal keselamatan diri aku. Dia bagitau makhluk halus lain tunggu masa sahaja nak mengisi kekosongan dalam badan aku. Puteri kasidang pula tak akan pergi jauh jika ada bahaya menimpa aku.

Muiz janji dia tak akan tinggalkan aku sendirian waktu malam. Sebab dia tahu depan rumah memang banyak puaka lain yang tunggu masa nak menyakiti aku.

Aku tak rasa seronok pun bila hijab aku terbuka. Dan paling tak seronok bila semua makhluk halus mengejar aku. Macam aku ni magnet puaka. Aku tak minta pun aku jadi macam ni. Doakan aku ya semua. Lain kali kalau ada kesempatan waktu aku nak cerita pengalaman ketika aku mengandung anak sulung kami. Masa ni seksa sangat dengan emosi nya ditambah dengan gangguan jin yang makin banyak nak ganggu anak aku.

Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

14 thoughts on “Pewaris Barang: Langsuir”

  1. kelakar betul bab Muiz ingatkan puaka dr sekolah ikot balik hahaha
    even cerita pendek tapi seram la jugak bila dibayangkan
    nanti cerita lagi yer

    Reply
    • Terima kasih sudi baca, heee, tu la Muiz ingat puaka sekolah …wuuuu tak kenal dah bini sendiri.

      Insyaallah nanti nak cerita kisah pengalaman pregnant. Masa ni gangguan teruk. Sebab maybe emosi pun tak stabil.

      Reply
  2. Hahahahahahah…
    Bini lawo2 boleh ustaz nampak mcm puaka…
    Sadiiisss sungguh dik…
    Kate umah tu dh dipagar…
    Kenapa cik ponti ngan puteri boleh masuk sampai ke ampaian tu…???
    Boloosss ehhh pagarnye???

    Reply
    • Tu la, sebab menurut Muiz,
      Pagar tu boleh terbuka banyak faktor antaranya apabila ada penghuni rumah masuk rumah dan keluar rumah tak baca Bismillah dan doa. Saya la tu…Muaz mungkin tak.

      Doakan lah keselamatan saya. Sebab natang suka kacau saya. Pergi mana pun. Muaz kata sebab saya ada saka.????

      Reply
  3. Soalanya siapakah puteri kasidang dan darimanakah keturunan dia..adakah dari keturunan tok sidang husben shila rosli.

    Reply
  4. Apapn,akak memg berani ga la n seramm bila baca..dpt imagine..cuma tergantung fasal puteri kasidang tu.X sbar ga nk baca kisah akak yg seterusnya 😊

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.