Pewaris Barang

Aku bernama Nana, berusia lewat 20an, mempunyai seorang suami yang baik dan aku seorang yang degil.
Aku nak cerita kisah aku sebelum aku berkahwin.

Aku tidak bekerja kerana aku mempunyai perniagaan keluarga. Aku membantu keluarga ku menguruskan perniagaan bermula pagi hingga malam. Pendek kata aku ni hidup tak ada life la.

Aku sering jatuh sakit. Tubuh ku lebam dan seperti kesan gigitan di bahu atau leher. Macam love bite merah sebab kulit aku putih. Jangan fikir tak senonoh aku pun tak tahu menahu datang mana kesan gigitan ni sehingga lah aku berubat dengan seorang ustaz muda.

Sebelum nak dapat berubat tu punyalah susah. Mak ayah aku dah habis ikhtiar nak pujuk aku. Aku mesti meradang marah marah dan akan berkurung dalam bilik seharian. Tak makan tak minum tak mandi. Busuk woi seharian tak mandi. Aku jahil masa ni menyesal pulak bila aku fikirkan.

Aku tak pergi dah kerja di kedai. Aku hanya duduk dalam bilik. Ya Allah masa ni memang teruk gila babi la perangai. Malam aku tak tidur siang lepas subuh aku tidur sampai senja. Mandi entah kemana solat entah kemana. Memang aku dah macam orang hutan bau pun dah hamis kepam. Mak ayah aku dah tak tahan seminggu aku duduk berkurung dalam bilik.

Semua ni terjadi masa aku melawat rumah peninggalan arwah nenek di hujung kampung. Seminggu sebelum aku pinjam motor ayah aku terus ronda kampung. Hati aku macam ditarik tarik nak pergi rumah arwah nenek. Aku ingat pesanan mak jangan pergi rumah nenek tu. Aku degil sangat petang tu sebab aku rindu rumah nenek belakang nya ada sungai dan sawah padi. Depan rumah banyak pokok buah-buahan. Rambutan dan manggis.

Aku pun sampai di perkarangan rumah nenek dalam masa tak sampai 10 minit. Aku parkir motor ayah kat tepi pangkin kayu bawah pokok rambutan. Ya Allah, masa ni heaven gila nampak buah rambutan dah masak ranum merah menyala. Kau rasa aku nak lari balik ke, aku apa lagi cari galah panjang terus ambil sebanyak mungkin buah rambutan. Dah banyak ni mana pulak nak letak. Aku pun pergi ke dapur rumah nenek masa ni aku dah seram.

Bila aku buka je pintu dapur bulu roma aku naik. Sudah la apa pulak ni. Aku ambil bekas plastik di bawah almari kayu cepat cepat. Sebelum aku keluar aku macam nampak nenek aku sedang duduk memerhatikan aku di tangga dapur nya. Huuuuu. Apa pulak nenek aku buat kat situ tak akan dia marah aku ambik bekas plastik ni bukan Tupperware nek oi. Cucu sendiri nak kedekut.

Dalam aku berani tu haram nak tunggu lama terus berlari pergi at bawah pangkin dan kutip semua buah rambutan tadi. Korang ingat aku balik rumah ke, minta maaf aku degil sangat hari tu memang mendapat la kan. Aku kutip semua aku bawak pergi sungai belakang rumah nenek. Aku mandi sungai tak ingat dah peristiwa nampak arwah di dapur tadi.

Menjelang petang aku dah kecut segala nya. Buah rambutan pun dah habis aku makan. Aku pun naik ke tebing sungai. Masa naik rasa sayang nak tinggalkan sungai. Air cantik jernih. Memang cantik. Tiba tiba aku tercium bau harum bunga kuat sangat. Aku rasa mana ada pokok berbunga di sekitar kawasan. Aku pun terus berlari ke motor terus start enjin dan mencicit balik. Kali ni aku tak tunggu dah sebab masa aku tercongok congok cari bau harum tu aku nampak ada satu susuk wanita pakaian nya macam orang zaman dulu. Baju dia serba kuning langsat. Sebelah dia arwah nenek aku.

Sampai je aku kat rumah aku mengigil kesejukan. Terus aku masuk bilik tukar baju yang basah kuyup. Malam tu aku demam panas. Aku meracau racau. Mak aku bagitau aku merapu rapu kata aku nak budak ni. Budak ni hak aku.

Malam tu teruk aku kena bebel macam aku hilang kan Tupperware lagak nya dosa aku masa tu. Mak soal siasat aku pergi mana. Bila dia tahu aku balik rumah nenek. Mengucap panjang dia. Mak aku pesan kalau aku jumpa atau mimpi ada nak bagi apa apa jangan ambil.

Aku tidur malam tu dalam keadaan kepala sakit badan panas. Aku bermimpi pergi semula di rumah nenek. Aku berjumpa dengan perempuan berpakaian serba kuning tu dan nenek aku. Dalam mimpi tu nenek aku bagitau perempuan tu nama puteri kasidang. Bunian yang tinggal di sungai belakang rumah. Puteri tu yang tolong aku masa mak nak bersalin aku. Aku ni lahir songsang nenek aku bidan kampung tapi masa tu memang mak aku tak larat dah nak teran. Nenek aku minta tolong kawan dia. Akhir nya aku selamat dilahirkan. Puteri tu bagi nama aku puteri mayang sari. Tapi mak ayah aku tak setuju mereka letak nama aku Suhana. Puteri tu hadiahkan aku set lengkap barang kemas. Gelang, rantai, cincin, subang dan gelang kaki. Nenek cakap semua tu memang aku punya. Aku macam belatuk bodoh angguk je apa nenek cakap. Nenek hulur kan pada aku semua barang kemas tadi. Memang cantik woi, aku tak pernah tengok rekaan macam tu. Aku lupa pesan mak. Aku ambil dan pakai semua. Kemudian aku pun terjaga.

Paling seram bila aku tengok tangan, leher, kaki aku ada semua set barang kemas tu. Harey. Macamana boleh ada bukan aku mimpi ke tadi. Aku cuba tanggalkan tak dapat.

Aku jerit panggil mak aku. Berlari mak aku datang. Aku cakap mak buang ni gelang ni semua aku tak nak. Mak aku kata aku mengigau. Dia kata mana ada apa-apa pun. Sudah lah satu hal aku je nampak mak tak nampak.

Sejak daripada tu aku berubah sikap. Aku murung cakap sorang-sorang. Tak nak makan. Tapi bila aku makan banyak gila tak cukup. Aku suka makan daging. Macam karnivor pulak rasa. Manis je rasa daging.

Mak ayah aku diam diam dah panggil kan ustaz anak kawan mereka yang baru balik daripada Mesir. Ya Allah, Ya Allah..hensem gila ustaz tu. Aku bayangkan ustaz ni muka tua pakai ketayap putih pakai baju kemeja putih dan kain pelekat.

Tapi masa tu aku tak suka tengok muka ustaz Muiz, dia dekat je aku ludah dia. Kesian bakal suami aku.eh? Merapu plak. Ustaz terus mintak mak aku garam dan lada hitam. Aku masa ni dah seram sejuk. Tetibe je aku nampak bayangan nenek dan puteri kasidang di sudut bilik. Masa ni aku dah panas miang.

Bila mak aku dah bagi barang yang diminta dia terus baca ayat-ayat Al-Quran. Aku pun tak tahu ayat apa. Aku kan jahil masa tu. Aku solat pun entah kemana. Melepaslah nak jadi bini ustaz.

Ustaz tu ambik garam dan tabur sekeliling bilik aku. Aku masa ni dah terjerit jerit macam kena bantai dengan rotan. Sakit woi badan aku masa tu. Kemudian dia datang at aku picit hujung ibu jari aku. Masa ni aku dah tak ingat apa.

Menurut mak aku. Masa aku tak sedar diri. Aku mengilai dan memaki hamun semua orang. Badan aku terangkat sedikit dari atas katil. Fuyooo. Biar betul mak aku ni. Lepas tu suara kasar maki hamun kata aku ni hak dia, nak jaga aku. Aku dah terima dia jadi sampai bila aku hak dia. Mak aku masa tu marah la. Dia susah payah beranak kan aku suka hati nak claim aku hak dia.

Aku akhirnya sedar namun proses rawatan masih perlu diteruskan sebab ni saka keturunan arwah nenek. Barang emas tu dah hilang satu persatu cuma sekarang tinggal rantai dan cincin sahaja.

Aku makin pulih tak ada dah macam orang gila duduk berkurung dalam bilik. Ehem, ustaz Muiz tu pun dah kawin dengan aku katanya aku ni cantik dan comel. Sekarang ni aku lebih selamat dari gangguan jin tu semua. Cuma nya bila aku dah makin sihat banyak pula tragedi berlaku. Aku dah terbuka hijab. Makhluk halus semua berebut nak aku kawan dengan aku. Jenuh laki aku nak rawat kalau aku kena rasuk. Ada lah peristiwa masa tu aku tinggal seorang di rumah aku kena kacau dengan langsuir. Dia duduk di depan rumah sewa aku. Lain kali aku sambung kisah ni ya.
#biniustazmuiz
Sekian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. Jalan cerita melalui gmbrn awk best. Tp unsur lawak tu xkena la. cerita awk jd hambar. Seram xde. Menarik tu dh tenggelam. Nnti smbungn cerita awk yg hijab terbukak tu harap elakkan la lawak hmbar n cara penceritaan yg xperlu tu. Good luck

  2. Jalan cerita best. Tapi kejadahnya gedik betoi. Aku imagine ko bercerita sambil menyebut babi dan harey. Org kedah sebut, pompuan meqela. Unsur2 meqela ada dlm story ko. Naik geli aku baca.

  3. bukan nak backing writer nyhh…kenal pun tak…..tapi kecoh ahh korang nyhh ….. lantak pi laa dia nak menggedik macam mana pun …. cerita dia…..gedik-ii pun baca sampai habis jugak . manusia nyhhh bukan perfect mana pun so doa-ii jehh laa biar dia jadi manusia yang baik . untung dia dapat kawin ngan ustaz . hampa semua daa taw kaa sapa jodoh hampa ? so doa jehh laa yang baik-ii .

    1. Kawen je la ngan sape pun. Ada sape kisah? Kitorang tak peduli pun la. Chaitt. Bagus la kalo laki dia ustaz, mohon bimbing dia mcm mana nak menaip guna ayat yg sopan sikit seiring dgn status dia konon bini ustaz tu. Ko nak bekap sape pun sukati ko la. Pendapat ko, ko hadam. Pendapat kitorang, kitorang hadam.

  4. bace komen2 kat atas mcm pelik lak. aku rasa okay je dia cerita. ramai org mmg bile baca kisah kat sini jenis payah nak bersangka baik eh? dia pun dah tulis dia orangnya mcm mana. sesuai la gaya penceritaan dia tu. takkan nak harapkan mcm bahasa pelajar sastera pulak. manusia ohh manusia…

    btw aku baca dah 2nd story dr writer ni. okay je. hrp tulis lagi byk2 yer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *