PLKN Paya Indah (Lembaga Hitam)

PLKN PAYA INDAH KUMPULAN 1 SIRI 12/2015 (LEMBAGA HITAM) ….

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara. Semoga cerita yang tidak seberapa ini diterbitkan dalam fiksyen shasha.
Plkn Paya Indah, Selangor sebagai tempat semua kisah terjadi pada diriku. Batch kami adalah satu-satunya kumpulan 1 (kumpulan 2 & 3 dibatalkan kerana kerajaan menfokuskan bantuan banjir di semenanjung pada masa itu) yang terkahir mengikuti plkn sebelum ianya di ubah menjadi plkn 2.0.

Minggu malam terkakhir untuk pelatih-pelatih plkn biasanya akan digunakan sebagai sesi melepak atau sesi mencipta kenangan. Pada malam tersebut, aku dan rakan yang lain berkumpul di bilik istirehat yang terletak di antara dorm 7 dan 8. Kami makan sambil berborak diikuti dengan gelak tawa besar yang tersangatlah bising.

Dek keasyikan bergelak tawa, kami tidak menyedari bahawa jam sudah menunjukkan hampir 12am. Abapila kami berasa semakin mengantuk, barulah masing-masing balik ke dorm. Bagaimanapun, aku harus menemani rakanku yang lain untuk ke dorm mereka iaitu dorm 1, 2, 5 dan 8 kerana terpaksa melimpas dorm tersebut untuk ke dorm 2. Aku singgah ke dorm 2 untuk mengambil sabun mandi yang telah diukir dengan bentuk bunga oleh rakanku sebagai hadiah kenangan untuk kawan sebilikku (dorm 7).

Setelah mengambil sabun tersebut, aku perlu melalui beberapa dorm (2, 3 dan 4) kerana aku tinggal di dorm 7. Dalam lingkungan 250 meter sahaja. Semasa melimpasi dorm 3, aku merasakan ada seseorang sedang memerhati gerak geri ku. Tanpa berfikir panjang, aku pun menoleh. Aku seakan kaku dan tidak mampu untuk melangkah. Lembaga hitam yang hanya menampakkan matanya di belakang tong sampah dorm 3 itu bertentang mata denganku. Dengan keadaan cahaya yang samar, aku perasan bahawa lembaga itu tidak berkaki. Hanya mampu membaca surah Kursi dan azan yang hanya satu baris “allahuakbar”. Kakiku dapat bergerak sedikit. Tetapi aku juga hairan kenapa aku tidak berlari. Sesiapa sahaja yang berada di tempatku masa itu pasti akan tidak nampak batang hidung lagi. Lain pula padaku, aku berjalan balik ke dorm 7 seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

Setelah sampai ke bilik, aku seorang diri menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka dan memberus gigi. Semasa di sinki, aku perasan tuala wanita dan s****** sekali berada di sebelah sinki aku memberus gigi. Dalam hati ku berkata “mungkin ada yang lupa atau mungkin ambil barang di bilik sekejap kot”. Selesai mencuci muka, aku pun menuju ke dorm (tandas belakang dorm sahaja) dan aku juga bertembung dengan dua orang rakan sebilikku.

Lebih kurang 3 minit, mereka kembali ke dorm dengan tergopoh-gapah. Suasana seakan agak riuh rendah dengan tuala wanita yang aku nampak sebentar tadi. Tetapi cerita mereka berdua yang pergi ke tandas selepas aku tadi agak berbeza kerana ia nya terletak di atas dinding perantaraan yang memisahkan tandas-tandas. Aku agak terkejut dan mula menggeletar, aku hanya mendiamkan diri kerana terlalu takut, aku terus tidur.

Keesokan harinya, aku mendengar cerita daripada dorm 8 yang hanya belakang dorm kami hanya dipisahkan dengan bilik tv, bercerita bahawa mereka nampak lembaga hitam yang aku terserempak malam itu juga. Mereka mengatakan ada mendengar bunyi pada locker dan kelibat pada locker salah seorang pelatih dorm 8. Pada masa yang sama kawan mereka yang tidur berdekatan dengan locker itu tidak ada di atas katilnya. Apabila ditanya budak yang dikatakan “ghaib” di tempat tidur itu, “aku ada je atas katil lah. Aku tak pergi mana-mana. Tapi aku ada terdengar locker ku seakan berbunyi”. Haaaa.. sudah! Bukan aku seorang sahaja yang kena. Tapi kawan ku di dorm sebelah juga kena kacau.

Keesokannya….Memang rutin seorang pelatih akan berkumpul ke surau untuk menunaikan solat maghrib dan isyak pada masa yang sama mendengar ceramah. Pada malam tersebut kami mendapat tahu bahawa ustazah yang selalu memberi ceramah pada malam itu tidak hadir kerana ayahnya meninggal dunia. Oleh itu, AJK surau mengambil alih tugasnya memantau aktiviti malam itu. Aku perasan bahawa seorang pelatih perempuan seorang diri menuju ke tandas dan tempat air wuduk yang digabungkan sekali, seorang diri. Tidak lama kemudian, aku melihat dia keluar tetapi agak lain sedikit. Aku tidak menghiraukan pada mulanya. Akan tetapi apabila dia melangkah masuk ke surau dia rebah.

Pada masa yang sama azan isyak berkumandang dan seorang pelatih mengalunkan azan. Perempuan tadi mula berteriak. Apa lagi…. Semua pelatih perempuan termasuk lelaki berlari meluru ke luar kerana ketakutan. Aku melihat hanya seorang ajk surau perempuan dan seorang lelaki sahaja yang sukarela menahan dan meruqyah perempuan itu. Aku memberanikan diri untuk menahan kakinya, tetapi aku terkaku saat menatap matanya. Aku di sedarkan oleh pelatih lelaki yang sedang meruqyah perempuan itu, “jangan pandang mata nya. Tahan kaki nya saja”. Aku seakan tersedar dan menahan kakinya.

Malangnya, dua orang rakanku telah dirasuk. Mereka berlari ke luar sambal berteriak dan menangis. Ohh ya, kami berasal dari Sarawak dan dapatlah plkn Selangor, dan kami ada 6 orang perempuan dan 2 lelaki yang tidak perasan sudah selesa dan rapat sejak berjumpa di airport untuk menuju ke plkn Selangor. Sambung balik cerita rakan ku tadi, mereka berdua sempat dibawa oleh jurulatih ke bilik medic untuk diubat oleh jurulatih yang ada pada masa itu. Perempuan yang kenak rasuk mula-mula tadi telah pulih dan diasingkan. Kami diarahkan untuk berkumpul di dewan makan untuk mengelakkan benda yang lebih teruk berlaku di surau kerana jurulatih telah berkumpul di dewan makan pada masa itu.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila terdapat beberapa orang pelatih lelaki juga telah dirasuk. Semua pelatih dinasihatkan untuk membaca mana-mana surah dan berzikir. Ada juga seorang pelatih perempuan dari Sabah (Pika) dirasuk dan juga agak agresif terhadap seorang jurulatih perempuan. Juralatih tersebut sekan penat mungkin tidak cukup rehat, dia marah dan membaling kerusi ke arah pika dan tidak kena ok. Dia hanya menakutkan pika untuk memastikan bahawa dia memang kena rasuk. Sebab bagi jurulatih itu dia tak nak benda macam tu dianggap remeh. Jurulatih itu dibawa ke tempat lain kerana takut bergaduh dengan pika yang saya sendiri juga tidak dapat memastikan dia dirasuk atau sebaliknya.\

Pada masa itu juga aku nampak pelatih lelaki berpusing di dewan makan itu sambal membawa seliparnya di tangan. Aku juga tergelak kerana tidak pernah melihat orang kena rasuk begitu. Aku hanya duduk dan memerhati keadaan sekeliling. Aku juga tidak sedar bahawa aku terlayap.
Seorang pelatih lelaki Sabah Albert menegur, “ui, kau endak apa2 kah?” aku tersedar dari lamunan dan tersedar bahawa tanganku bergetar sepanjang aku mengelamun. Aku segera melangkah munuju tempat duduk lain kerana takut terjadi benda tak diingini terhadapku. Aku mendengar bahawa dua rakanku yang kena rasuk tadi bergaduh sesama sendiri dan ada yang memecahkan cermin. Disebabkan malam itu, aku dan rakan yang sama ku di airport (3orang pelatih perempuan) diminta untuk menemani dua rakanku yang kena rasuk tadi di bilik medic setelah mereka sembuh. Alhamdulillah kami tidur dengan lena.

Malam terkahir di plkn, aku berterus terang dengan seorang ajk surau yang sama dorm aku tentang kisahku yang diganggu dan kisah di tandas kami itu. Dia terkejut kerana tiada sesiapa yang mengalihkan tuala wanita itu kerana dia lah yang bertembung denganku pada masa itu. Tidak mungkin ia beralih dengan sekelip mata kerana tiada sesiapa masuk selepas aku ke tandas kecuali dia dan rakannya. Pada malam itu juga dia memelukku dan menasihatiku “Ira, jangan tinggal solat tau. Jaga diri elok-elok”. Nasihat yang seakan membuatku sedar bahawa sebelum ini aku mencipta pelbagai alasan apabila disuruh solat.

Kami menyangka malam itu ramai yang kena kacau kerana percakapan kami semasa di bilik tv agak bising dan tidak sedar jam telah melimpasi 12am. Ada juga yang mengatakan bahawa ada yang mengambil buah mangga di belakang dorm 8 tanpa minta izin dahulu. Moral of the story sini, jangan terlalu berhibur berlebihan sehingga larut malam lebih-lebih lagi yang mengikuti kem dan jangan sesekali mengambil sebarang hak orang lain yang kita sendiri tidak tahu siapa tuannya untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku seperti kisahku.

Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
Syahirah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.