Pocong Semasa Tidur

Assalammualaikum kepada pembaca Fiksyen Shasya. Setelah membaca beberapa kisah menarik yang dikongsikan oleh pembaca di laman Facebook Fiksyen Shasya, aku teringin nak kongsikan kisah seram yang pernah aku alami sewaktu masih berada di sekolah menengah. Ini pertama kalinya aku menulis dan kongsikan kisah ini ke laman Sosial.

Baiklah, Terus ke pengalaman kisah aku tadi. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin, sekolah ini mula dibuka pada tahun 2010 Sebelum ini aku bersekolah tingkatan 1 di sekolah lama SMK Beladin. Ini merupakan sekolah baru. Yang aku dengar, kawasan tapak sekolah ini dahulunya penuh dengan pokok pokok ara, Kayu bakau dan nipah. Sewaktu menebang pokok pokok di kawasan itu pun banyak halangan dan tak mudah kerja dilakukan.

aku masa tu berumur 17 tahun. Dimana kami semua bersedia untuk menduduki SPM Pada tahun 2013. Aku menetap di asrama. Asrama tempat aku tinggal ni masih baharu. Ada 3 tingkat. Dimana di setiap tingkat mempunyai 6 buah bilik dan 2 buah tandas. Tingkat yang tak pernah digunakan adalah tingkat 3. Selain itu tingkat 1 dan 2 memang penuh dengan pelajar.

Pada hari hari biasa memang sentiasa penuh keriangan di asrama inj kerana semua menjalani hari persekolah seperti biasa. Namun bagi kami yang masih menghadapi kertas peperiksaan (SPM) di hujung tahun memang agak janggal rasanya kerana semua pelajar sudah cuti hujung tahun pada bulan 12. Hanya yang tinggal aku dan 5 rakan ku sahaja menjadi penghuni asrama 3 tingkat itu. Manakala kebanyakan pelajar tingkatan 5 yang lain mengambil keputusan untuk datang sebagai pelajar harian. Kami berenam tidur berpecah 3 lagi di bilik aras bawah, Aku bersama Kawan ku Saini dan Norman Di tingkat 1 Bilik 3.

Selesai ulangkaji malam untuk peperiksaan di besok hari kami berenam meneruskan langkah ke dewan makan Untuk minum malam. Begitu rutin harian kami sebagai pelajar asrama. Selepas sahaja selesai minum, kami semua balik ke asrama. Sesampai sahaja di bilik tadi, aku Melepaskan beg dan memadam seluruh lampu di kawasan koridor tingkat 1 dan 2 sambil ditemani Norman. Sesudah itu kami berdua berlalu masuk ke bilik.

Dalam kegelapan yang hanya diterangi cahaya lampu tandas dari koridor berdepan bilik, aku mengajak Saini Dan Norman Untuk Menghamparkan Tilam Di bawah, dan tidur Bersama di lantai. Untuk pengetahuan, Bilik kami dilengkapi Dengan katil kayu 2 tingkat, Ada 10 Buah Katil, Cuma 2 Yang Digunakan. Tetapi malam itu aku berasa lebih selesa tidur bersama di bawah kerana hanya kami bertiga sahaja. Selesai menghamparkan 2 buah tilam single, aku baring sambil memikirkan apa yang akan aku hadapi dalam ujian pagi besok. Saini dan Norman masih di atas katil bercakap pasal ujian yang lepas. Mataku semakin sayu dan aku pun terlelap.

Bangun saja aku dari lena sebab kesejukan, tangan aku bertindak mencari selimut. Disini aku mulai merasa pelik. Dalam kesamaran malam dan mata yang masih belum cerah kerana baru bangun aku menoleh ke sebelah kiri untuk mencari jam tangan aku. Aku turn on light dekat jam. Menunjukan pukul 3.13 pagi. Kesejukan yang sangat aku rasa. Berasa kurang selesa berbaring menghadap kiri. Aku pun berpusing menghadap kanan. Disinilah aku sebaik sahaja berpusing aku mencium bau yang sangat busuk. Sebaik sahaja aku pusing ke arah kanan, di tilam sebelah aku tadi, aku nampak sekujur tubuh berbaring Dengan muka betul betul menghadap aku. Mukanya gelap. Buruk. Itu apa yang aku pasti. Sebab mata bangun tidur ni kadang kadang memang kurang jelas. Aku perhati. Dari kepala ke kaki. Berbungkus habis. Masa ni lah aku m**i m**i fikir bahawa itu adalah norman. Sebab sebelum tu aku ada tawarkan dia dan Saini tidur di lantai. Aku dalam keadaan tak tau apa apa aku sempat tanya dia, “Man, kenapa Kau Baring Macam Ni” Lalu Aku tolak bahu benda tu, dan benda tu pun terbaring betul. Diam jer benda tu.

Apa yang aku rasakan waktu tu? Tiada apa apa. Sebab aku yakin itu Norman. Kawan 1 bilik aku. Kemudian aku pejamkan mata sambil berbaring menghadap ke kanan. Dan betul paling ke benda tu. Aku pun pejam mata, aku tak boleh tidur, bau busuk tu mengacau aku. Seakan menusuk terus. Bau yang sangat dekat. Aku fikirkan balik. Norman? Tak tidur ke dia, sebab mata tadi terbuka. Aku tolak dia? Tapi dia tidak berkata apa. Jika benar dia bangun. Kenapa tidak berkata walau mata terbuka. Katil Norman Dan Saini Di Sebelah kiri kaki aku. Hati aku dah tak sedap. Bulu roma aku berdiri tegak. Aku tarik selimut dan pusingkan kepala ke arah katil, Ya Allah. Apa Yang Aku Nampak. Norman Tidur Di katil Dan katil atas Pulak Saini. Tak salah lagi Memang Itu Norman.

Aku tarik selimut perlahan lahan dan tutup seluruh tubuh, aku kaku. Aku tak berani bergerak. Ayat Kursi Aku Baca Bercelaru. Ya Allah. Apa dia yang baring di sebelah aku. Saat ini aku merasa takut yang teramat sangat. Bau semakin teruk. Aku intai dari lubang selimut di lutut aku. Baru aku dapat perhatikan dengan jelas bahawa yang berbalut tadi bukanlah manusia. Kain yang dipakai jelas kotor berlumpur. Dekat sini aku dah nak pitam sebab busuk bau tu aku tak tertahan.

Aku dah tak sedar. Pagi tiba. Aku dikejutkan Oleh Saini. Aku bangun terus pergi ke Norman yang baru selesai. Aku panggil saini Sekali. Aku tanya mereka berdua. Siapa yang tidur dengan aku dibawah semalam? Mereka berdua ketawa dengan soalan aku. Dan Mereka kata aku tidur seorang dibawah. Aku tanya lagi. Betul ke aku seorang? Ye.. Mereka memang nampak aku seorang. Pakai dua tilam single. Tiada sesiapa lagi dalam bilik ni kecuali kami bertiga.

Selesai aku ceritakan kepada 5 orang kawan aku yang menjadi penghuni Asrama 3 tingkat itu. Mereka semua ketawa. Aku digelakkan. Tetapi, pada malam seterusnya, aku Norman dan Saini mengambil keputusan untuk berkumpul 1 bilik bersama 3 lagi rakan yang lain di bilik bawah. Malam tu, tiada seorang pun yang tidur di katil. Semua berhampar di lantai dengan tilam masing masing. Selepas kena dekat aku mereka semua jadi penakut juga. Ke tandas pun berteman. Mana tidaknya. Asrama 3 tingkat. 20 bilik 7 tandas. Trtapi hanya 1 bilik yang lampunya bernyala, dan hanya 1 tandas yang kami guna. Kesunyian dan seram yang jelas terasa.

Kisah ni apa aku pernah lalui sepanjang aku membesar. Dari umur 9 tahun aku sudah di biasakan dengan tinggal asrama. Masuk sekolah menengah aku sambung 5 tahun. Bermacam macam kisah seram yang di lalui. Ada juga asrama perempuan yang kena. Dimana Histeria yang selalu berlaku. Aku salah Seorang daripada 4 orang yang Warden suruh azan di empat penjuru. Asrama Perempuan. Ada kisah yang kawan aku seorang lagi tengah azan tangan dia ditarik ke belakang. Kisah ni, nanti nanti lah aku ceritakan. Cukup sini dulu. Kalau ada kemajuan dalam karangan dan penulisan. Aku akan teruskan. Bersama kita kongsi pengalaman. InshaAllah. Terimakasih kerana sudi membaca kisah aku.

Mohamad Fazrul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

7 thoughts on “Pocong Semasa Tidur”

  1. pontianak dtang membawa budak,
    menjerit mengilai terbahak-bahak,
    klau trserempak prempuan bwa budak,
    mula2 nmpak kmudian x nmpak.
    Lirik lagu cerita momok xD

    Reply
  2. kalo benda tu baring dekat engko, cuba bagi sekali secara mengejut Pukulan tepat ke perut nya.. apa reaksi benda tu? cer tengok.. pasti benda tu takut punya+nyesal punya lhh..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.