Politeknik Tangga Sana Sini

Assalamualaikum pembuka bicara. Bertemu kita kembali di musim kuarantin ni. Terima kasih untuk komen tentang kisah pertama aku haritu “Mencari Dia”. Banyak feedback aku dapat. Disini aku Firash, nak menceritakan kembali pengalaman dan kisah kisah yang di alami oleh rakan seperjuangan aku di satu Politeknik nun jauh di utara.
Layan……

Semua cerita ini aku bahasakan aku untuk menggantikan penama kepada penceritanya.

Kisah 1 : Bilik
Selesai minggu orentasi, aku di tempatkan di satu bilik bersama 3 orang rakan yg lain. Di satu malam, ketika aku baru hendak melelapkan mata. Tiba tiba….. tangan aku di gigit. Di gigit oleh seekor nyamuk. Pappp! Mampos kau. Kata hati kecilku. (Part nyamuk ni aku bohong ja. Hahaha) Aku sambung… Tiba tiba, mata aku terpadang akan satu sosok tubuh berdiri kaku di luar tingkap. Aku renungkan kembali, ya memang jelas kelihatan. Satu sosok tubuh menyerupai gula gula atau seperti bantal peluk. Anda tau apa bukan? Ya itulah dia, Cik Cong. Terlihat matanya yang kemerahan disalut oleh kain putih kekuningan. Aku kaku, mulutku keras seperti di gam. Tak mampu untuk membacakan apa apa surah. Aku cuba pejamkan mata. Tapi masih rasa di perhati. Aku tak berani untuk membuka mata. Aku pejamkan mata juga sehinggalah aku tertidur dan tersedar di kala azan subuh kedengaran.

Tak seram ke? Tenang… Baru kisah satu. Nak lagi ke? Tengok belakang tu ada apa tak? Hehehe.

Kisah 2 : Tandas Wing A.

Di bangunan kamsis(asrama) terdapat dua buah tandas. Satu di wing A dan satu di wing B. Bilik aku betul betul berhadapan dengan tandas di wing A. Pada satu malam, lebih kurang dalam pukul 12. Aku berasa hendak membuang hajat besar. Aku pun seperti biasa bangun dan terus ke tandas. Aku nyalakan sebatang rokok sambil termenung menunggu hajat aku keluar. Pangggg! Pintu sebelah tandas aku di tutup. Dengan tiba tiba segala bulu di tubuh meremang. Pelik, siapa yang masuk. Tak kedengaran pulak tapak kaki yang masuk. “Ermmmmm ermmmmm..” Kedengaran bunyi berdehem di sebelah tandas tadi. (Jangan kata orang meneran hajat ye. Lain bunyi nya.) Dalam kepala otak aku suruh tengok ke atas. Ahhh tak berani aku nak memandang ke atas takut takut ada yang menghulurkan kepala. Aku mempercepatkan hajat aku dan terus chow dari toilet sebelah. Sempat aku menjeling mata ke tandas tandas di sebelah. Pintu semua terbuka tidak ada sesiapa pun. Anda rasa apa?

Kisah 3 : Siapakah Dia

Semester ke 3 aku di tempatkan di bilik 4 orang di tingkat atas sekali. Kalau tak salah tingkat 4. Susunan katil 4 katil bujang. Tapi di cantum ke empat empat nya di tengah bilik betul betul di bawah kipas. Pada satu malam minggu. 2 rakan aku dalam bilik sudah pulang ke kampung. Tinggal la aku berdua bersama Edy. Pada pukul 3 pagi, aku terjaga. Dalam samar samar mata aku terlihat Edy sedang duduk di meja study. Tiba tiba Edy berpaling ke arah aku dengan senyuman yg sangat seram. Korang boleh bayangkan tak senyuman manis tapi menyeramkan. Aku cuba pejam mata. Aku berpusing ke arah belakang dalam keadaan baring tu. Sekali lagi aku di kejutkan. Edy sedang tidur dengan nyenyaknya di belakang aku. Aku terpengsan ke apa aku pun tak tahu. Sedar sedar sudah pagi. Aku cuba positif mungkin itu mainan mimpi. Oh ya, aku cuba hidu di atas tilam, kot kot ada bau perfume hancing. Tamat

Ada lagi ni kisah dari sobat sobat aku. Tapi aku tengok feedback macam mana. Kalau ada sambutan kita sambung lagi pasal politeknik tangga sana sini. Stay safe guys. Dapat duit PM guna dengan berhemah ye guys. Assalamualaikum!

Firash

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Politeknik Tangga Sana Sini”

  1. Aku rasa aku tau Poli apa yg hg maksudkn. Byk lg kes kt poli tu. Especially tangga nak pi cafe admin. Otai² cakap tangga batu cave. Sb apa aq ckp mcm ni ? Sb aq ex student poli tu jgk. Dkt tasik belakang pusat islam tu jgk kamj buang segala makluk² yg pnh rasuk bdk² perempuan dlm poli tu. Btw, Ust Hishamudin dgn Encik Jo ada lg ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.