Hi. Terima kasih admin kalau cerita ini dipublishkan.
.
Aku pernah menulis cerita tentang ‘Kenangan Ketika Belajar Part1/2’ . Jadi hari ini, izinkan aku cerita satu pengalaman yang bagi aku agak seram. Benda ni berlaku pada tahun aku SPM iaitu 2011.
.
Ketika ini aku duduk asrama. Ye first time aku duduk asrama. Biasalah, nak dekat SPM baru insaf nak belajar bersungguh-sungguh.
.
Sekolah aku jenis sekolah harian biasa. Ada disediakan asrama bagi pelajar perempuan sahaja. Dorm-2 terletak di bahagian tingkat 1,2,3. Di bahagian bawah sekali ada bilik prep dan bilik rehat serta surau. Kawasan asrama aku takdelah besar sangat. Biasa-biasa sahaja.
.
Ceritanya bermula….
Ada satu hari tu, kawan-kawan aku iaitu Maya, Tikah, Idah mengajak aku ponteng prep. Idea asalnya daripada si Tikah. Dia ajak pergi ke kelas kami sebab nak ambil barang tertinggal. Biar aku jelaskan ye, bangunan kelas kami itu berada di bangunan C. Untuk ke bangunan C daripada asrama, kami harus melintasi dewan makan asrama, kantin sekolah, bangunan A , bangunan B dan seterusnya baru lah akan sampai ke bangunan C.
.
Kawasan sekolah pada waktu malam adalah sangat gelap ye. Lampu jalan pun macam malu-malu nak muncul. Jadi secara logik akalnya, aku menentang idea si Tikah ni. Tambahan pula, pelajar asrama memang tidak dibenarkan keluar ketika waktu prep.
Aku “kenapa nak pergi malamni jugak? Esok pagi-pagi kita ke kelas jugak kan..?”
Tikah “alah, benda penting ni. Jom lah. Boleh ponteng prep yang bosan ni..”
Maya “ha ah lah weh jom lah. Bosan kut prep macamni. Aku hadap muka kau, kau hadap muka aku. Jom lah”
Aku “taknak lah. Gelap lah. Lagipun kelas kita kan jauh..”
Idah “pengecut cakap je lah pengecut.. hek eleh..”
.
Aku diprovok. Akhirnya, aku bersetuju. Kami pun memulakan sesi memonteng ini. Hanya berbekalkan telefon nokia batu ketika itu sebagai ‘torchlight’ kami.
.
Langkah pertama keluar asrama sangat lah lancar. Ini kerana waktu itu mak guard memang takde. Pergi meronda lah kut.
.
Kami pun berjalan dengan gembiranya ke kelas. Ketawa sana sini. Namun, jujur dalam hati aku rasa tak sedap hati. Bukan apa, sekolah kami dahla bekas peninggalan askar jepun. Kubur-2 jepun pun ada di sekolah. Jalan pun sangat gelap. Sebagai seorang penakut, bermacam benda tak elok aku fikirkan. Namun, aku buat tak layan je.
.
Beberapa minit selepas itu, kami tiba di kelas kami yang terletak di bangunan C. Ketika di dalam kelas, kami berborak seperti biasa. Membawang pasal perangai pelajar-pelajar yang kami tidak suka. Lepastu gelak-gelak lagi. Aku tengok si Maya, Tikah dan Idah ni macam tak takut langsung buat benda macamni.
.
Tak lama selepas itu, aku mula rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang memerhati. Jadi, aku ajak mereka semua pulang ke asrama. Tkah pun dah selesai mengambil barangnya yang tertinggal.
.
Ketika kami melintasi kantin sekolah, tiba-tiba Maya mencadangkan sesuatu..
Maya “Eh koranng, kita study kat sini nak..?”
Aku “Sini..? Sini mana pulak kau ni.. Dah nak sampai asrama ni..”
Maya “Kat kantin nil ah. Mesti syok. Takde orang nak kacau. Sunyi pun sunyi. Baru best nak study..”
Tikah “Eh ha ah lah. Best jugak ni. Jom korang..!”
.
Ahh sudah.. Idea mengarut apa lagi ni..! Tanpa sempat aku membangkang, mereka dah tarik tangan aku ke arah kantin
.
Diorang pun pilih tempat di tengah-2 kantin. Kerusi kantin ketika ini belum guna yang besi-besi macam sekarang. Kerusi kayu yang panjang punya tu. Bila duduk, dia akan bunyi ‘krekkkkk’ Haa macamtu lah. Meja kantin pun empat segi besar tu. Jadi, si Maya pun on suis kipas dan lampu di tengah-tengah. Sekitar kami memang sangat gelap! Hanya di kawasan kami saja yang ada lampu. Alah, macam scene dalam filem-2 seram tu. haa
.
Aku duduk berhadapan dengan Maya. Tikah dan Idah duduk bersebelahan kiri aku. Ketika ini aku memang tak sedap hati. Namun aku buat bodoh je sebab malas nak layan. Kami memulakan sesi pembelajaran kami dengan tenang. Eh tak, tipu je. Dalam 5 minit je kami study. Lepastu berborak tak ingat dunia.
.
Dalam sedang syok berborak, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki. Ye tapak kaki orang berjalan. Makin lama makin kuat. Bunyi tu betul-betul di belakang aku. Oh, bunyi tapak tu macam bunyi kasut orang buat berkawad tu.
‘tukkk’
‘tukkkkkk’
‘tukkkkkkkkk’
.
Eh, makin lama makin kuat pulak. Dah macam betul-betul belakang aku. Aku pun toleh ke belakang nak tengok siapa datang, Yelah, kut-2 mak guard ke kan. Bila aku toleh, gelap jer! Takde orang pulak. Jadi, aku buat taktahu je lah. Mungkin aku salah dengar.
.
Tiba-tiba…….
‘Krekkkkkkkkkkk’
Ah sudah! Bunyi seperti orang duduk di sebelah aku. Ye betul-betul di sebelah aku. Kerusi kantin kan panjang, jadi kedudukan aku ketika itu di hujung belah kiri jer. Bila dah tiba-tiba bunyi macamtu, aku segera toleh ke kanan aku.
‘Eh, tadi macam dengar ada orang duduk. Mana ada orang ni. Hmm……salah dengar kut’ hati aku bermonolog sendirian.
.
Aku cuba buat taktahu walaupun bunyi tersebut memang jelas di telinga aku. Dalam hati aku tak payah cakaplah. Memang dah laju dah ni. Tapi serious, memang time ni aku rasa ada orang betul-betul duduk sebelah aku. Aku taktahu nak jelaskan macam mana, tapi aku memang yakin ada ‘seseorang’ di sebelah aku. Namun aku buat tak endah.
.
Kebetulan, ketika itu aku sedang berborak dengan si Maya yang sedang duduk di hadapan aku. Tiba-tiba aku ternampak ada kain putih terbang di belakang Maya.
.
Aku ketika itu macam terdiam sekejap. Tapi entah beberapa saat selepas itu pulak otak aku ligat berfungsi nak memproses macam-macam tentang kain terbang tu
‘Eh tadi tu bukan bendera ke. Eh, tapi takkan bendera warna putih..? Kalau bendera nak terbang pun, mana ada angin malam-malam buta ni. Laju kut terbang tadi. Lagipun kain putih tu bersih gila kut. Kalau kain tu bendera sekalipun, kenapa dia terbang lepastu hilang..?’
Bermacam andaian yang otak aku sedang proses ketika itu. Aku tengok kawan-2 aku yang lain semua rancak je berborak. Lah, takkan aku sorang je nampak benda tu..?
.
Tiba-tiba entah kenapa hati aku meronta nak balik. Badan aku dah rasa macam berat semacam. Kepala aku pun ketika itu tiba-2 pening sangat. Aku duduk termenung sekejap. Aku rasa macam dah dalam dunia aku sendiri. Macam semua benda kosong. Aku cepat-2 buat tak endah. Aku taknak melayan sebab aku tahu kalau lagi layan karang lagi benda tu suka. Ketika itu jugak aku ajak diorang balik
.
Aku “korang, jom balik. Aku tak sedap badan..”
Maya “kau kenapa ni..? Muka nampak lain macam. Kau okay tak..?”
.
Agaknya diorang tengok muka aku pucat semacam, diorang pun setuju nak balik Kami cepat-2 kemas barang kami dan berjalan pulang ke dorm.
.
Dalam dorm, aku ceritakan segalanya yang aku rasa malam tu dekat diorang. Diorang minta maaf sebab buat aku rasa tak selesa. Itulah kali pertama dan terakhir kami ponteng prep.
.
Aku ingat cerita malam tu berakhir disitu je. Namun, sangkaan aku tak tepat. Ada benda yang mengekori aku. Waktu tidur aku sering terganggu kerana kerap terjaga dua tiga pagi. Katil aku digoyangkan. Bantal/selimut aku ditarik ketika tidur. Kerapkali aku bermimpi ada benda yang minat nak berkawan dengan aku & banyak lagi. Tak mampu nak cerita disini.
.
Jadi aku habiskan cerita dengan sebuah nasihat berbunyi “jangan gatal-gatal duduk tempat gelap kalau diri tu penakut” . Okay, ada masa aku karang cerita lain pulak. Adios!
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
arite nice..boleh feel bila baca..yep seram beb hahah,anyway please smbung lagi ya~
hahah aku yang menulis pun seram tau. sebab ternginag ngiang kain putih tu hahahha. btw, thankyou!!!
ahh weyh aku sorg je dlm bilik ni hahah seram trbayang kah!
Skolah asrama penuh ka?
asrama harian je.
Adoii..seramnya klau kite sorg jek yg boleh nmpk atau rasa antu2 ni.. pengajaran dan pnglaman..
ha ah. nasib lah tak munculkan diri depan-2.
adoiiii cari peyakit betol nasib tak kene sampuk…
sekolah kt melaka ke.. (tanya je.. cuba nasib. hikhik)
yup area melaka.
Baca story ni mcm berlaku kat diri sdri jer…sbb dlu pun penah gak waktu prep teman kwn ambik brg kat kelas…kelas tingkat atas skali..bangunan pling hujung lak tu…lps ambik brg lepak dlu kat kantin…mrja kerusi same lak tu mcm dlm critr ni…cume pengalaman kene kacau tu lain..haha…btw best2…
Sambung la lg citer nye…