PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.3

Petang itu,

“Hoii! Pontianak. Aku tengah mandi ni, jangan kacau aku lah.. Setan. ” Aku melepaskan geram. Entah berapa kali aku dengar atap zink dibilik air dikopak2 kuat. Kadang2 bunyi orang memijak atap zink.

Nasib aku baik, bilik air dibina dalam rumah. Aku sudah tidak dapat menahan diri dari gangguan yang tidak putus2 hadir. Bunyi orang bercakap lah, dinding kena cakar, ketuk2 pintu belakang rumah.

Aku teringat akan pesanan orang tua2..mandi berbogel. Aku cuba. JURUSAN BOGELAN TANPA BAYANGAN.. Kah2.

Mana kau setan. Eh! Menjadi pulak. Suasana jadi sunyi sepi langsung tiada bunyi gangguan lagi..Hahaha. Aku lega hanya mandi ala2 koboi. Siap aje mandi, tutup pakai kain tuala mandi.. Zass! Laju je bunyi2 meriah datang balik..hanat tol. Takkan kau nak aku berbogel di dalam rumah kot. Malu lah family aku tengok. Ini pun terdesak pasal takut, jarang kot aku mandi berbogel.


Ayahku bekerja sebagai pemandu lori dan secara kebetulan hari ini dia sudah berada di Kelantan menghantar barang, esok baru lah pulang ke rumah. Kakak dan adikku sudah menumpang tidur di rumah Tok Busu yang berdekatan rumah kami. Malam ini, hanya tinggal aku berdua dengan Mak.

*Aku ringkaskan gangguan pada diriku kepada sesiapa yang tidak membaca episod 1..

Hantu : Pontianak.
Umur : >500 tahun.
kerja : Dayang di istana.
Unsur : Api / Asap.
Kelayakkan : Pernah bertapa kuatkan ilmu batin.
Pengikut : Makhluk tiada jasad, rupa asap hitam.
Kepakaran : – Pukau.
– Tiru suara orang/ binatang.
– Berbola api.
– Merasuk badan seseorang / mimpi.
– Baca minda orang.
– Bunga kemboja
– Menjelma kucing hitam.

  • Waktu siang hari selamber dia menjelma.

*Korang tanya aku, kenapa Pontianak tak masuk rumah. Rumah aku sudah dipagar derr! Hanya nampak lihat tangan terkeluar2 dari celahan atas dinding atap, dinding bilik air. Memang seram derr! Belum lagi dia ajak main saipp2! badan. Terasa. Ada kesan cakar dekat pipi muka , tangan dan peha.. sakit weii!

  • Aku suka bahasa dia, kalau dilihat pada umur dia memang bahasa Melayu klasik dia guna tune suara zaman2 dolu2.. sangat lembut. Ada jugak bahasa yang ayat dilontarkan aku tak paham maksudnya.

*Dia dayang ye.. bukan puteri. Kalau puteri bahasa macam kena hormat2. Dayang pulak bahasa macam rakyat manheram, seronok ajak borak2.
Nak aja aku hantar dia dekat DBP. Biar celik sikit budak2 wechat.

” Sayang! Marilah, Sayang..”

MAKHLUK BENTUK AWAN HITAM, TIADA JASAD.

Aku ingat kena kacau Cik Ponti aje. Sekali dia panggil gengg! BANZAII!!!.

Selepas aku solat isyak. Aku baringlah dekat katil aku jenis QUEEN yang jenis kerangka besi. Aku pulak dalam family sorang aje budak jantan dapat pulak katil jenis besar, memang puas aku golek2.

Masa aku sedang syok2 baring..layan pejam mata, tiba2 aku terdengar orang berbual2 dikawasan luar rumah. Lelaki suara garau bercakap kuat dan bunyi berdengus. Ayat dari suara dia jawab sepatah2 perkataan. Aku hairan lah sebab aku terdengar suara perempuan jugak.

Aku amati suara perempuan itu, rupa2 nya suara Cik Ponti. Hawau betol! Ayat dia berbunyi macam ini- ” Aku nakkan budak itu, bawakan dia padaku. Kalau kau gagal, akan ku hukum kau.”

Sebaik lah aku tergerak hati melihat keadaan disekelilingku. Mataku tiba2 jadi orang yang ada kelebihan SIX SENSE. Aku lihat awan hitam ala2 Dragon Ball color kuning, ini hitam pekat. Separuh di luar dan separuh di dalam bilikku. Aku terkejut, apa benda alah ni..

Lampu dibilik aku jenis lampu pijar yang bulat, warna dia kuning terang. Aku lihat dekat lampu pijar, takde pulak benda2 serangga bertebangan / objek2 menghalang cahaya. Separuh dari atas katil aku jadi gelap tiba2. Tak terucap aku bayangkan, bau tiada, bila sentuh pun takde apa2 cuma terasa ia angin sejuk je. Adakah benda ini salah satu benda ajaib di dunia ker? Sungguh menakjubkan bagi aku. Wow!

Apa yang aku buat, aku lakukan eksperiment. Aku baring di atas katil sisi gelap itu. Mula2 tiada apa berlaku. 10 minit lepastu, aku rasa2 sesak nafas, takde udara. Aku bingkas bangun, tarik nafas panjang2 pastu masuk balik slow2 bernafas. Aku dapat rasa aura jahat kuat hadir meresap dalam kepala.

Aku menahan sakit kepala yang berdenyut2, perasaan aku berubah menjadi penuh dendam dan benci membuak2, lama2 ia suruh aku b***h diri. What! Going on..bahaya sungguh sebab ada suara halusinasi berbisik. Aku bingkas bangun terus ke tempat lain. Beristighfar panjang. Aku cuba berkomunikasi Makhluk ini.

Aku : Siapa kau disana? Masuk.

Awan hitam : Diam. Lama betul respond. Hanya bunyi Grrr.! Marah.

Aku : Kenapa ganggu aku, Setan?

Awan hitam : Kau manusia darjat rendah, kau tak layak perintah aku. Hanya tuan aku sahaja yang berhak. Grrr.! Nada marah.

Aku : Tuan kau Pontianak. Apa dia hendak? Di mana dia sekarang?

Awan Hitam : Reaksi terkejut. Dia menyuruh aku datang untuk menangkap kau. Dia sedang bertapa jauh di dalam hutan untuk kuatkan kuasa nya.

Aku : Rumah aku telah dipagar, macam mana kau boleh tembus.

Awan Hitam : Setakat pagar seperti ini, tiada sesiapa dapat menghalang aku.

Aku : Aku tahu kau berbentuk kepulan2 awan. Di mana jasad dan rupa bentukmu. Tunjukkan lah padaku?

Awan Hitam : Aku tiada jasad. Memang aku dijadikan awan hitam. Bangsa ku ramai dan kuat dari segala jin2 yang berjasad.

Aku : Apa kelebihan kau?

Awan Hitam : Aku golongan jin paling bahaya. Aku sangat besar di langit. Bila di bawah. Aku akan menyihir mangsaku seperti berhalusinasi untuk m******h diri, stress, terseksa, benci , menjadi pemarah membuak2. ( take a note kawan2, sesiapa rasa nak b***h diri secara tiba2, bawakan banyak2 Mengucap. Makhluk ini ambik masa yang sangat singkat untuk menghasut korang lakukan perkara2 yang memudaratkan diri dan orang lain. )

Aku : Aku tiada urusan denganmu, pergi kau dari sini. Panggil tuanmu datang kemari.

Awan Hitam : Tuan aku paling berkuasa dan tidak berperikemanusiaan. Hati2 lah wahai manusia. (Ayat aku ubah. Kalau dari ayat Makhluk ini sampai tak ada kesudahan puji diri nya lebih. Aku cakap lah, kalau kau kuat sangat.. asal kau bertuan, ikut perintah Pontianak. Tak pasal2 aku kena maki berbakul2, hawau betol ).

*Awan Hitam ini asyik terkejut giler bila aku tanya. Kalau dia ada jasad bernyawa, aku rasa sudah banyak kali sakit jantung, Hahaha. Sekali ambik kau, Cik Ponti datang betul2 weii!! Aku terasa aura jahat dia. Cik Ponti memanggil2 namaku. Aku cabut larii keluar dari bilikku pergi ke ruang tamu.

BAU WANGI / BUSUK MACAM BANGKAI

Tiba2 pulak datang bau haruman sangat wangi semerbak keluar dari bilik aku. Ah! Sudah bau bunga kemboja.. aku tegur. Masa ini Mak aku kebetulan lalu, aku cakap lah.. ( First time beb aku hadapi benda camni ).

” Mak ada rasa2 bau wangi tak? ”

” Mak tak bau apa2 pun..” Mak aku balas.

Tiba2 bau wangi hilang camtu je lalu berubah bau busuk, hapak, hanyir keluar.. aku tutup hidung sebab tidak dapat menahan. Mak aku pun sama tutup hidung dan wajah dia terkejut, Mak aku cepat2 tarik aku ke tempat lain lalu mak tanya..

” Abang nampak siapa petang tadi? Jujur. ”

  • Aku tak berani nak luahkan.

” Dia perempuan kan..”

-Aku mengangguk.

” Mak dah agak..Abang ada setuju apa2 tak? Dia ada ajak abang kahwin tak?”

“Mana mak tahu? Abang tak cakap apa2.. Abang halau dia ”

” Dia itu hantu PONTI..tuutt! Mak tak boleh sebut nama dia sekarang. Kalau sebut nama dia malam2 ini, dia akan muncul betol depan2. Betul ke Abang tak cakap nak kahwin dengan dia? dan lepas ini, mak nak Abang hati2 dan jangan jumpa dia lagi. First sekali, Jaga mulut! Kalau boleh diam.. Diam2saja. Jangan bersuara. Mak takut, kau tiada nanti.. ”

Aku Blurrr! dan langsung tidak memahami.

” Mak tak takut ke? ” -Aku cuba menduga.

” Dia tak kacau orang perempuan, dia suka pada lelaki.. Mak rasa dia ikut kau balik rumah. Ingat pesan mak. Ayah balik pagi ini, kita pergi berubat. ”
-Aku mengangguk lagi.

Mak aku bagus. Dia pergi kunci semua pintu2 dan tingkap. Aku perasan jugak dia ada sorokkan segala barang2 alatan tajam di dalam rumah dari pengetahuanku. Aku masa tu tak paham lah untuk apa. Mak aku cakap demi keselamatan aku.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
BOTAK

3 thoughts on “PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.