Pontianak Datang

Bismillah. Assalammualaikum bertemu lagi bersama aku Fiza. Jadi aku ada lagi sebuah cerita seram yang terjadi di rumah nenekku.

Baiklah ceritanya begini, sejak arwah datukku meninggal rumah peninggalannya yang didiami nenekku itu makin seram. Lihat dari luar pun sudah ternampak suramnya. Masakan tidak jiran nenekku sudah berpindah semua, jadi tinggalah rumah nenekku yang masih berpenghuni.

Ceritanya begini, satu hari nenekku telefon kami (cucu-cucunya) untuk menemaninya kerana pakcikku belum pulang dari kerja. Aku sangat sibuk ketika itu jadi terpaksa menolak ajakkannya untuk tidur di situ menemaninya. Kebetulan pak ngah aku ketika itu cuti jadi dia datang menemani nenek.

Pak ngah tidak banyak cakap ketika sampai pada malam itu sebab dia mengantuk. Jadi setelah sampai, pak ngah terus ke dapur untuk membuat nescafe panas. Nenekku ketika itu berada dalam bilik sedang tidur. Tiba-tiba pak ngah aku tersentak setelah membuka suis lampu dapur. Terkejut dia apabila melihat banyak jari yang berkuku hitam dan panjang sedang tersusun di celah-celah bawah pintu. Jeritan pak ngah memecah kesunyian malam. Dia menggigil ketakutan, nenekku lantas bangun dan ke dapur dilihatnya ‘jari-jari pontianak’ tadi sudah hilang.

Tidak terhenti di situ, selang beberapa hari dari peristiwa itu busu aku pula diganggu. Kali ini dia menunjukkan wajahnya. Busu ku berkata hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana luruhnya jantung dia ketika berdepan dengan pontianak itu.

Busu ku seorang pemandu lori. Kerja sebagai seorang pemandu lori membuatkan busu sering pulang lewat ke rumah. Satu hari busu pulang ke rumah nenek lewat. Memandangkan hari sudah jauh malam sekitar 1 pagi dia segera membersihkan diri dan menjamu selera di depan televisyen. Dia beritahu pada malam itu hati dia berasa kurang enak dan bulu romanya meremang sejak dia melangkah masuk ke rumah tapi tidak dia endahkan perasaan itu. Terasa seperti ada yang memandang membuatkan dia ingin masuk terus ke rumah tanpa mencuci kaki terlebih dahulu.

Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi masih berbaki 15 minit untuk dia habiskan cerita kegemarannya. Sedang ralit dia menonton terdengar bunyi orang ketawa. Busu ku terus membuka tingkap dan melihat ke luar. Tiada apa-apa ketika itu. Tanpa berlengah terus busu menutup televisyen dan masuk ke bilik untuk tidur.

Tiba-tiba ketika dia baru memejamkan mata bau wangi menusuk kuat ke rongga hidungnya, katanya seperti bau bunga harum sundal malam. Dia memejamkan terus matanya tanpa mempedulikan bau itu. Selang berapa saat bau wangi hilang datang pula bau busuk sebusuk-busuknya. Ah sudah katanya ni memang betul ada pontianak getus hatinya. Bau itu membuatkan busu membuka mata. Alangkah takutnya dia langsir yang menutup tirai kamar itu diselak dengan tangan yang pucat dan berkuku hitam yang buruk. Tersembul muka pontianak yang menggangu pak ngah haritu! Allahuakbar busu menjerit tetapi tubuh dan mulutnya seakan terkunci dek pandangan dan senyuman melirik pontianak itu. Kainnya lusuh, matanya besar tersembul, giginya bertaring hitam, tersenyum melirik mengejek seolah-olah seperti tahu yang busu tengah membaca ayat kursi. Berjalan-jalan lah si pontianak itu di dalam bilik busu sambil matanya direnung-renung dalam pada busu. Busu menguatkan hati dan melawan badannya yang terkunci dengan melaungkan azan. Dan tak berapa lama kemudian pontianak itu terbang ke atas almari dan hilang.

Dahi busu sudah dibasahi peluh badannya yang terkunci tadi dapat digerakkan perlahan-lahan. Dia bangun dan membasuh muka, tetapi niatnya untuk sambung tidur menjadi takut. Takut untuk dia melihat pontianak itu, bagaimanalah dia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan rumah nenek dah dipagari arwah atuk. Dia masuk ke dalam bilik semula dibacanya ayat-ayat pelindung diri lalu diludah ke kiri tiga kali. Ketika itu hanya terdengar tangisan pontianak itu sahaja dari luar. Barangkali dia lemah ketika busu laungkan azan.

Baiklah cukup sampai setakat ini sahaja. Cerita lain akan aku tulis di lain episod. Terima kasih. Assalammualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.5]
Fiza

2 thoughts on “Pontianak Datang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.